13 January 2014

Berehat Dikala Rakyat Bertembung Peningkatan Sara Hidup

OKB terperanjat, apabila seorang sahabat menghantar pesanan ringkas (SMS) antara lain kandungannya, salah seorang pemimpin utama negeri, berehat daripada politik dan bertindak low profile  untuk 2 tahun.
Antara penyebab, mengapa pemimpin itu berehat, kerana tidak tahan lagi melayan permintaan  penyokong  yang terbeban dengan peningkatan sara hidup, akibat kenaikan harga barang. SMS yang dihantar meliputi berbagai amaun, malah ada yang berjumlah puluhan ribu.

Sebelum ini, memang sudah menjadi kebiasaan pemimpin itu untuk cuba membantu para penyokongnya, kerana para penyokong tegar itu, menjadikan pemimpin itu sebagai majikan, melalui arena politik.

Berbagai peranan penyokong, antaranya bagaimana menaikan imej pemimpin itu agar supaya senantiasa harum, atas sebab itu pada sebarang pertandingan, samada dalam pilihanraya umum ataupun parti, pemimpin itu senantiasa mendapat sokongan dan tentunya menang.

Berbalik kepada SMS sahabat tadi, mulanya, OKB terfikir, apakah pemimpin itu, seperti seorang askar yang lari daripada perjuangan? atau kah pemimpin itu seperti ular sawah, apabila kekenyangan, maka berehat dan tidur?
Apabila seseorang berehat daripada kerjayanya, dan memang kerjaya itu digemarinya kerana telah menjadi pilihannya, memang mengundang 1001 persoalan. Mengapa ianya boleh berlaku secara tiba-tiba? ataukah memang satu perancangan daripada pemimpin itu, untuk berehat terus, dan telah tiba masanya memberi peluang kepada orang lain mengambil alih peranannya? ataukah satu strategi?

Memandangkan keadaan rakyat umumnya dan penyokong/pengikut khasnya pada keadaan sekarang bertembung dengan kenaikan sara hidup, wajarkah pemimpin itu berehat? atau pemimpin itu sedang mencatur sesuatu, membiarkan rakyat atau penyokong/pengikut teronta-ronta bagi berdepan dengan gelombang kehidupan, dan kemudian muncul menjadi hero?

Atau kah mahu melepas tangan, membiarkan pengikut mencari ketua baru, kerana tiada kemampuan lagi sebagai ketua/majikan?

Sekiranya senario ini yang berlaku, maka adalah menjadi pengajaran kepada sesiapa yang mahu menjadi penyokong kepada seseorang untuk menjadi pemimpin atau ketua di masa akan datang.

Dengan pengalaman itu, maka setiap penyokong jangan menyokong melulu, sampai tidak tahu lagi membangkang, maka apabila pemimpin yang disokong tiba-tiba melepaskan diri, maka penyokong/pengikut yang tergolong menyokong melulu itu, akan terkapai-kapai.

OKB telah melihat keadaan ini sering berlaku, malah ramai teman-teman OKB yang hidup terkapai-kapai ibarat habis manis sepah dibuang.

Sementara sang pemimpin tidur lena di singgahsananya, penyokong/pengikut hanya mengigit jari. Menyesal kemudian tiada guna lagi. Namun, dalam dunia politik, jika seseorang yang sudah terbiasa memimpin suatu hari akan kembali kepada rakyat, dan sudah tentunya akan mencari penyokong, nah di sinilah baru akan disedari oleh pemimpin itu, bahawa pimpinannya sudah di masa silam.

Harris Salleh, Yong Teck lee, telah mencuba kembali kepada rakyat, namun kerana kepimpinan mereka sudah di masa silam, maka jawabnya kalah.

Bertanding dalam parti tidak menang lagi. Bertanding dalam pilihanraya tidak menang lagi. Jika dahulu, kehadiaran pada suatu majlis sangat dirasai, kini tiada lagi keadaan itu. 

Belum lama dulu, semasa pemilihan Umno, Mantan Ketua Menteri Melaka, merasakan itu. Atas sebab, jika ditampuk kuasa, memberi itu biarkan daripada hati yang dalam, bukan kerana hanya berlakon, kerana untuk mendapatkan sokongan.


No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels