Anwar Ibrahim yang mempunyai dendam yang sangat membara untuk menjadi Perdana Menteri, namun tidak pernah kesampaian, akhirnya memilih jawatan Menteri Besar.
Bagi Anwar, tidak jadi PM, MBpun jadilah.
Anwar disahkan sebagai calon Pakatan Rakyat bagi kerusi N25 Kajang, jika PRK diadakan.
Bagi OKB, tindakan ADUN Kajang mengosongkan kerusi, semata-mata untuk memberi peluang kepada Anwar, seolah-olah Pakatan Rakyat tidak mempunyai agenda membela rakyat, akan tetapi lebih menjurus kepada perjuangan peribadi.
Kempimpinan Pakatan Rakyat mempermainkan sistem demokrasi negara, kerana dengan mudah mengosongkan kerusi yang dimenangi tanpa sebab yang munasabah. Pengosongan kerusi, akan mengakibatkan wang rakyat terpaksa dibelanjakan untuk mengadakan pilihanraya.
Semalam, ADUN PKR bagi Dun N25 Kajang Selangor, mengosongkan kerusi, tanpa sebab-sebab yang kokoh seperti masalah kesihatan. Pengosongan itu, seolah-olah wakil rakyat Pakatan Rakyat memperlekeh rakyat yang memilih mereka.
Seharusnya pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak melayan tindakan sebegini, kerana tindakan seperti yang dilakukan Lee Chin Cheh hanya merugikan rakyat.
Tindakan mengosongkan kerusi DUN Kajang, hanya bertujuan, agar Anwar dapat bertanding, untuk membolehkan Ketua Pembangkang itu dilantik sebagai Menteri Besar.
No comments:
Post a Comment