30 March 2014

PEMBANGUNAN PESAT SABAH HASIL PERUNTUKAN BERBILION RINGGIT K'JAAN PERSEKUTUAN - MUSA


Berikut sebuah kenyataan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Musa tahun 2013 diambang pembuangan undi PRU-13 5 Mei 2013. Melalui kenyataan ini, nyata telah disambut baik oleh rakyat Sabah semasa PRU-13 itu, dengan memberikan kemenangan 2/3 di dewan Undangan Negeri, selain menyumbang banyak kerusi bagi Parlimen.
Manifesto Pakatan Rakyat dan juga Star  antara lain menaikan royalti minyak jika  menang pilihanraya, tidakpun mendapat sambutan rakyat Sabah, meskipun beberapa kerusi BN jatuh ke tangan mereka, atas berbagai isu.

Mengapa kah selepas BN diberi mandat yang cukup gah? akhirnya ada pemimpin BN ikut rentak Pembangkang, terutama yang berkaitan dengan royalti minyak?  Apa kah permintaan ini, memang telah dirancang, menunggu BN di Semenanjung dalam keadaan yang tidak kuat? Sebab pada masa BN di Semenanjung kuat, seolah-olah melupakan Sabah dan Sarawak?

OKB meminta pembaca merenungkan kenyataan Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Dr Musa pada 29 April 2013, di Tawau, Sabah.

TAWAU, 29 April (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata pembangunan pesat dinikmati Sabah selama ini, antara lain adalah hasil peruntukan berbilion ringgit setiap tahun daripada kerajaan pusat.

Beliau berkata ia dipermudahkan lagi menerusi kerjasama erat antara kerajaan negeri dan persekutuan yang ditadbir Barisan Nasional (BN).

Musa yang juga Pengerusi BN negeri berkata dasar dan pelbagai inisiatif kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang jelas memberi manfaat langsung kepada rakyat juga merupakan faktor sokongan kuat rakyat kepada BN.

Berdasarkan faktor berkenaan, beliau yakin BN akan dapat membentuk kerajaan baharu selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad ini, katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan kaum Tionghoa di sini hari ini.

Sokongan berterusan rakyat kepada kerajaan BN selama ini adalah manifestasi daripada kebijaksanaan rakyat ''Negeri Di Bawah Bayu'' ini dalam menilai kepimpinan yang diinginkan untuk membela kepentingan mereka, katanya.

Katanya sokongan rakyat negeri ini terhadap Najib dan BN terserlah berdasarkan sambutan meriah rakyat terhadap lawatan pemimpin BN sama ada negeri atau pusat termasuk perdana menteri pada program pemimpin bersama rakyat.

"Saya sudah menjelajah seluruh Sabah, ke Keningau, Tenom, Sipitang, Beaufort, Sandakan, Beluran dan banyak lagi. Saya boleh rasa sambutan rakyat sangat meriah, sangat baik. InsyaAllah, kita (BN) sekali lagi akan bentuk kerajaan," katanya.

Katanya Najib merupakan seorang perancang yang baik serta pemimpin yang penyayang dan dengan itu hubungan baik kerajaan negeri dan pusat yang sekian lama terjalin perlu dikekalkan demi kebaikan rakyat Sabah.

Ketua Menteri berkata sumbangan masyarakat Tionghoa dalam pembangunan ekonomi Sabah dan Malaysia amnya tidak dapat dinafikan dan berharap masyarakat itu terus menyokong kerajaan BN yang sentiasa peka dalam menyediakan persekitaran kondusif untuk perniagaan.

Musa yakin melalui kerjasama erat dan saling membantu antara kerajaan dan masyarakat Tionghoa, akan membawa lebih banyak kemajuan dan pembangunan kepada Sabah untuk dinikmati rakyat pelbagai suku dan kepercayaan.

Katanya sejak beliau menjadi Ketua Menteri Sabah, bantuan kerajaan kepada sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh, gereja serta kuil telah meningkat kepada sebanyak RM30 juta setahun berbanding sebelumnya antara RM1 juta hingga RM2 juta setahun.

Ketika menghadiri program pemimpin bersama rakyat di Balung, Musa mengingatkan rakyat supaya menolak pakatan pembangkang yang hanya tahu menabur janji namun gagal menepatinya sehingga ada rakyat di negeri ditadbir pembangkang menyaman kerajaannya sendiri. sumber

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels