23 August 2014

Hanya Ada Satu Ketua: Salleh

SETIAP kita mahukan satu perjalanan atau pelayaran yang selamat; bukan sahaja selamat semasa dalam perjalanan juga selamat tiba ke destinasi.

Menurut Salleh-ibarat sebuah kereta api, hanya ada sebuah kepala; dengan berbagai gerabak; perjalanan kereta api itu sepenuhnya tergantung kepada kepala kereta api itu; gerabak akan ikut lenggang lenggok kepalanya sehinggalah berhenti atau tiba ke destinasi terakhirnya. Dalam politik atau organisasi atau kerajaan juga demikian, kejayaannya semua bergantung kepada ketua dengan syarat, apa sahaja perancangan, idea atau tindakan ketua perlu dipatuhi, dilaksana hingga berjaya.

Berjayanya sang ketua, jika tidak berlaku sabotaj, tidak berlaku tikam belakang. Untuk itu konsep satu ketua perlu benar-benar dihayati, dihormati, oleh semua pihak agar dapat berkesan dan menjamin kejayaan.

Salleh menlontarkan konsep satu ketua ketika berucap pada Mesyuarat Umno Bahagian Kota Belud hujung minggu lalu. Mesyuarat Bahagian itu dirasmikan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Merangkap Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Haji Aman.

Salleh meneggaskan, bahawa pada satu-satu masa, adalah perlu bagi kita berketuakan satu, disokong dengan cara berpasukan; berjalan seiring dengan sang ketua; kerana sang ketua sudah tentu mempunyai perancangan di luar makluman kita, untuk sampai ke suatu destinasi dengan selamat dan paling membahagiakan adalah mencapai kejayaan.

Sabah yang berketua menterikan Musa sejak tahun 2003, ternyata dalam landasan betul baik daripada segi politik mahu daripada segi ekonomi. Kestabilan politik Sabah menyebabkan setiap PRU, BN Sabah mencapai kejayaan dan memerintah dengan kuasa 2/3 di Dewan undangan negeri; malah salah satu penyumbang terbesar MB di Dewan Rakyat.

Sabah kini bukan sahaja setiap tahun membuat rekod dalam bajet, malah mampu memperkuat tabungan kewangan negeri; itu kepada paras RM3bilion. Tabungan kewangan itu berjaya dikumpul ekoran setiap tahun sejak tahun 2003, belanjawan Sabah senantiasa surplus dalam lingkungan RM272 juta setahun.

Lontaran Salleh berketuakan satu, kalau di Sabah berketuakan Musa dan diperingkat pusat adalah Najib; sesuai dengan keadaan semasa. Hanya melalui sokongan tidak berbelah bahagi kepada ketua, maka sebarang bentuk perancangan, tindakan dan keinginan rakyat dapat dilaksanakan, kerana sang ketua tidak disibuk dengan karenah-karenah tertentu, sebaliknya dapat menumpukan masa dan tenaga serta fikiran kepada kemajuan negari/negara demi rakyat.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels