13 August 2014

Umno Kota Belud Semakin kukuh

Datuk Salleh Bersama putri Umno Kota Belud
UMNO Kota Belud semakin kukuh; sesuai dengan namanya ANAK SULUNG Umno Sabah. Kekukuhan Bahagian itu, terlihat pada persidangan tahunan yang berjalan minggu lalu. Para perwakilan mahupun pemerhati di semua peringkat dalam keadaan mode yang ceria dan gembira.

Sesebuah organisasi kukuh, antara faktornya adalah siapa yang mengetuainya. Umno Kota Belud diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang juga ADUN Usukan selain Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.

Politiking dalam Umno Kota Belud terkubur, apabila Datuk Musbah Haji Jamli yang juga mantan Ketua bersatu menjadi satu pasukan kepimpinan Umno bahagian. Dengan penyatuan itu, ianya mendorong kepada kekukuhan parti. Syabas kepada para pemimpin kerana mampu melupakan sebarang sengketa demi keutuhan parti.

Sebuah parti yang kukuh, akan mendorong sokongan rakyat; kerana rakyat menilai bahawa pemimpin yang bergerak dalam satu pasukan sahaja mampu membela rakyat.

Kekukuhan Umno Kota belud, merupakan implikasi kepada ketokohan Pengerusi Umno Sabah yang berganding bahu dengan Timbalannya; di mana kepimpinan yang ditunjukkan melalui tauladan menjadi ciri kepimpinan beliau. Tindakan turun padang yang merupakan motto beliau, bukan sahaja merapatkan semua ahli dalam semua peringkat, akan tetapi mencipta satu kondisi yang saling menguntungkan; saling memerlukan antara samu sama lain.

Jika keadaan ini berterusan, nampaknya pada PRU-14 dan PRU-PRU selepas ini, Umno atau BN akan tetap menjadi pilihan majoriti rakyat. Apa tak lagi, rakyat umunya melihat bagaimana bercelarunya parti-parti pembangkang terutama PKR.

Kemelut MB Selangor, yang menyaksikan bagaimana Anwar Ibrahim mahu melaksanakan nepotisme, telah kecundang, kerana PAS dan Khalid ibrahim enggan mengikut telunjuk Anwar.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels