17 October 2015

PPR Batu Sapi: Satu Lagi Pembelaan Untuk Rakyat: Musa

1. Tiada yang ada dihati Ketua Menteri Sabah selain membela rakyat.

2. Pada Jumaat, Ketua Menteri telah melawat tapak Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi Batu Sapi yang bakal dibina dengan 900 unit rumah yang bernilai RM149juta. Projek itu dijangka siap pada Februari 2019.

3. Apa yang membanggakan, perumahan tersebut disediakan unit-unit yang bersifat mesra OKU.

4. Di Sandakan, selain PPR Batu Sapi, juga ada PPR Taman Mesra, PPR Taman Murni, PPR Jalan Lintas Sibuga, PPR Pekan Muhibah dan PPR Gum-Gum yang menyebabkan kawasan tersebut merupakan kawasan yang paling banyak projek perumahan untuk rakyat.

5. Musa selain Ketua Menteri Sabah, juga merupakan ADUN Libaran, Sandakan.

6.Untuk makluman, projek PPR, bukan sahaja di bina di Sandakan akan tetapi di Seluruh Sabah, termasuk kawasan Kota Kinabalu, Penampang, Tawau, Kota Belud dan kawasan-kawasan lain.

7. Projek PPR merupakan matalamat kerajaan di bawa pemerintahan DS Najib, kerana menjelang negara lepas landas sebagai negara maju pada Tahun 2020, setidak-tidaknya 95 peratus isi rumah mempunyai rumah kediaman, khususnya mereka yang termasuk dalam 40 peratus rakyat yang menjadi sasaran kerajaan di mana kini dalam kategori berpendapatan rendah kepada berpendapatan sederhana.

8. Apa yang membanggakan rakyat, sejak tahun 2003, selepas sahaja Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah, beliau melancarkan Hala Tuju Sabah, dimana hala tuju itu memacu Sabah mengejar ketinggalan dalam semua segi termasuk pembangunan fizikal.

9. Pada November nanti, Musa akan membentang bajet bagi tahun 2016, sebagai permulaan bagi Rancangan Malaysia ke-11. Bajet itu nanti sebagi pilar bagi penerusan pembangunan Sabah.

3 comments:

Unknown said...

440 RUMAH AHLI-AHLI UMNO MUSNAH DI BAKAR OLEH ESSCOM-MDLD-MPT ATAS ARAHAN KERAJAAN UMNO/BN 30 MATI RENTUNG POLIS TUTUP MATA

OLEH: KARUNAKARAN A/L MUTHUSAMY
Thursday August 25/2016

LAHAD DATU- Tindakan pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dengan kerjasama pihak ESSCOM membakar lebih 200 buah rumah yang didiami oleh penduduk tempatan dan PTI di Kampung Ice Box 3.4 mereka adalah ahli-ahli UMNO/BN Tawau telah hilang tempat tinggal untuk selama-lamanya.

Menurut beberapa orang penduduk yang menyaksikan tragedy itu berkata pihak Unit Penguatkuasa MPT-Polis dan Tentera terlibat sama membakar rumah-ruman di kampung Ice Box dan telah menyebabkan 10 keluarga mati rentung dan 7 buah kereta telah musnah terbakar.

Sementera di Kampung Lobang Lahad Datu 240 buah musnah di bakar oleh kakitangan Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) bersama anggota tESSCOM dan 35 orang di sahkan mati rentung dan 20 kenderaan musnah terbakar.

Nampaknya kerajaan UMNO/BN telah bertindak ganas dan sanggup menyuruh anggota ESSCOM membakar rumah-rumah di kedua-dua kampung yang melibatkan banyak nyawa terkorban siapa yang akan bertanggungjawab diatas kematian mereka dan harta benda mereka.

Seorang pegawai kerajaan di Jabatan Ketua Menteri di Bahagian Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kawasan N50 Lahad Datu yang juga sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Lahad Datu merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) iaitu Ir Rajesh Yussof telah meletakan jawatan sebagai jawatan Timbalan Pengerusi MDLD serta merta kerana tidak tahan menahan kesidihan melihat ahli ahli UMNO yang menjadi mangsa keadaan.

Ini jelas bahawa kerajaan UMNO/BN lebih kejam dari kerajaan Yahudi kerana sanggup membakar rumah-rumah ahlinya sendiri hingga mengorbankan nyawa 30 orang mati sia-sia saja tanpa ada pembelaan daripada mana-mana pihak kerana polis dan tentera telah terlibat sama membajar rumah-rumah tersebut. POSTED BY SUARA RAKYAT

Unknown said...

KERAJAAN UMNO/BN KEJAM DARI PADA KERAJAAN YAHUDI BAKAL RUMAH AHLI- AHLI UMNO DI LAHAD DATU

KEJAMNYA MANUSIA DI SEKITAR
( kasus kg Lobang Lahad Datu rumah diroboh bakar)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Rabu Ogos 24/2016

KEKADANG saya terdiam sebentar memikirkan olahnya manusia di sekitar kita. Begitu tega menyeksa dan sanggup menyusahkan sesiapa saja. Ya Allah kenapa jadi demikian?

Allah memerintah kita jangan melampau dan bumi ini harusnya kita diami dengan rasa kasih sayang sesama tak kira apa bangsa, agama, keturunan warna kulit dan budaya pelbagai.

Bukan saja kepada manusia sesama, malah Allah perintahkan kita menjaga dan penuh kasih sayang terhadap tumbuhan dan juga haiwan yang Allah ciptakan untuk sama hidup di muka bumi ini.

Mereka yang melampau siap akan ada azab Allah turunkan tak kesan lambat atau cepat bakal diterima nanti itu bukan ukuran dan hukum karma di dunia akan kelihatan juga nanti sebagai balasan dari Allah yang maha satu kepada mereka yang berhati batu hitam warna.

Dalam minggu ini saya kira ada dua hal yang cukup mendukacitakan kita sebagai hamba Allah dan pertama yang terjadi di Icebox Tawau dan kedua di kg Lobang Lahad Datu.

Yang di Icebox ada yang mengatakan di sana itu orang asing, tetapi tidak semuanya di sana orang asing dan memang ada orang lokal sebab kg icebox itu sudah berabad wujud dan ramai teman-teman tinggal di sana sama macam keadaannya di Sembulan, Likas/kg perpaduan dan Telipok ria yang dikatakan ramai PTI sebalik orang lokal juga banyak di sana.

Di Kampong Lobang juga sama keadaannya. Kes di kampung Lobang ini memang sudah dijanjikan untuk nanti ditempatkan di perumahan Pangsapuri Mutiara kasih sesudah siap tetapi sungguh mendukacitakan belum sampai waktunya siap rumah2 mereka kalangan orang miskin segera diroboh dan dibakar seperti miliknya rumah haiwan yang berbahaya.

Kita singkir dulu soal PTI kalau memang benar tetapi kita harus melihat mereka dari kaca mata kemanusiaan dan sesama hamba Allah di bumi ini.

Kita ini dicipta oleh Allah ada akal dan otak yang baik bisa menimbang cara mana yang paling sesuai. Cara meroboh dan kemudian membakar, lalu di mana saja hati nurani kita sesama manusia itu sendiri?

Tidakkah pernah kita membayangkan kalau-kalau mereka itu adik atau ayah ibu kita sendiri dan mereka itu bukan orang kaya yang bisa mendirikan rumah di mana-mana saja kala mahu tetapi mereka itu kalangan yang susah kais pagi makannya pagi dan malam belum tentu mungkin menahan laparnya perut atau berpuasa.

Nah, kesan tindakan meroboh dan membakar rumah-rumah mereka kalangan yang miskin itu ir Rajesh Yussof Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kawasan N50, Lahad Datu juga selaku setiausaha UMNO bahagian Silam merangkap Timbalan pengerusi Majlis Daerah Lahad Datu segera meletakkan jawatannya di Majlis daerah.

IR Rajesh terduduk, terdiam tertunduk mengalir air matanya tanda hiba rawan sedih sangat melihat anak-anak yang rumah orang tua mereka di roboh dan kemudian di bakar, lalu di mana lagi mereka berlindung teduh kesan hujan dan panas matahari?

Saya sendiri tidak bisa berkata-kata selain terdiam dan memikirkan terus sikapnya manusia yang sudah kehilangan perikemanusiaan dan kasih sayang sesama kita.

Ya, Allah mudahkan laluan hidup mereka kalangan saudaraku yang susah miskin dipandang hina dan mudah-mudahan Allah pelihara mereka dan mudahkan perjalanan hidup mereka untuk mendapatkan sesuap nasi demi hidup yang sisa dan susah masa kini.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels