APAPUN bentuk kerjasama politik yang dipilih GRS berdepan PRN-17 Sabah, 1.7 juta pengundi Sabah perlu memberi merit pada parti tersebut mengepalai kerajaan negeri. GRS mengepalai Kerajaan Negeri sejak September 2020.
Dengan parti mana pun GRS bekerjasama, yang penting kerjasama itu dapat mengwujudkan kestabilan politik dan kerajaan.
Kemampuan GRS mengawal keadaan apabila pada 6 Januari 2023, semasa digerakan Langkah Kinabalu diketuai Datuk Bung Moktar Radin yang bekerjasama dengan Datuk Shafie Apdal, namun langkah itu gagal, apabila tidak mendapat sokongan.
Selepas kegagalan Langkah Kinabalu, GRS meneruskan kerajaan dengan sokongan PH Plus sehingga ke hari ini.
Dalam masa hampir 3 tahun, telah terbina keserasian antara pemimpin. Kerana asas keserasian tersebut, maka kecenderungan mempertahankan status quo.
Status mempertahankan status quo, dikacau ganggu pada Mei 2025, apabila BN-PH Pusat mengeluarkan kenyataan bahawa dua parti itu telah memuktamadkan kerjasama berhadapan PRN-17 Sabah. Keputusan PH yang membelakangkan GRS, maka Pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri memberi reaksi balas, jika kerjasama tersebut muktamad, maka GRS bersedia bergerak solo.
Namun, menerusi lawatan kerja PMX ke Sabah selang 2 hari kemudian, membuat kenyataan, sebarang kerjasama politik hendak lah melibatkan pelbagai parti, dan Datuk Seri Hajiji mengetuai rundingan.
Pada 27 Julai, selepas ucapan DASAR PAT Gagasan Rakyat, menjawab pertanyaan pengamal media, Hajiji sekali lagi menyatakan mempertahankan status quo Kerajaan GRS-PH dan diterjemahkan kepada kerjasama politik dengan terma yang dipersetujui ke dua belah pihak.
Pada hakikatnya, GRS meneruskan mengepalai kerajaan negeri sesuai dengan mandat rakyat pada PRN-16 tidak kira parti nasional mana menyokong, seperti mana pendirian parti itu menyokong parti yang menerajui kerajaan Persekutuan.
Matlamat GRS adalah untuk menjaga rumah sendiri, mengurus dan memerintah Sabah sesuai dengan acuan lokal. Kerajaan yang diterajui GRS bermatlamat mengwujudkan hubungan antara kerajaan dengan kerajaan ( G to G) bukan antara parti seperti mana yang lalu-lalu.
Kerana GRS bermatlamat hubungan dengan Kerajaan Persekutuan berbentuk hubungan G to G, maka pada hakikatnya, kerjasama dengan parti nasional mana pun, tidak menidakkan, matlamat parti itu, iaitu #Rumah Kita Kita Jaga, #Kita Jaga Sabah, menerusi SabahFirst, SabahForward, SabahProsper dan SabahUnited, Demi Sayangi Sabah.
GRS memilih PH, kerana terbukti, dokongan parti itu telah mengwujudkan kestabilan politik dan kerajaan sepertimana dibuktikan selama hampir 3 tahun menerusi kerajaan GRS-PH Plus.
Pendekatan GRS adalah CARA SABAH, pendekatan GPS adalah cara Sarawak. Cara GRS sesuai untuk Sabah, cara GPS sesuai untuk Sarawak.
Cara GRS, tidak perlu terpengaruh dengan naratif pemimpin Umno atau Parti Warisan, kerana GRS mempunyai identiti dan jati diri berbeza dengan dua parti tersebut.
Apabila Pengerusi GRS membuat kenyataan, bahawa status quo kerajaan hari ini diterjemahkan kepada kerjasama politik, maka, itu lah model politik yang sesuai untuk Sabah.
No comments:
Post a Comment