HALA TUJU SABAH MAJU JAYA (SMJ1.0) tahun 2021-2025 sudah hampir dipenghujung dengan pencapaian 94%. SMJ2.0 (2026-2030) akan dilaksanakan bermula tahun hadapan.
Kesinambungan HALA TUJU negeri Sabah akan berjalan tanpa gangguan, jika GRS terus kekal sebagai kerajaan negeri.
Kena ingat, setiap kali air bah, sekali Pantai berubah, sepertimana semasa Parti Warisan mengambil alih kerajaan, mereka bertindak bagaikan tikus membaiki labu, maka bekalan air terganggu, penyiapan lebuh raya Pan Borneo terbantut, kegiatan ekonomi menjunam, struktur perkhidmatan awam sebagai pelaksana dikacau ganggu.
Merosak lebih pantas daripada memperbaiki, pun demikian semasa proses pembaikan, rakyat mendapat kesan. Apa yang mendukacitakan, kerosakan yang mereka buat, menuding jari pada kerajaan yang memperbaiki, dengan dakwaan yang bermacam-macam.
Kerajaan era GRS, telah memperkenalkan pelbagai inisiatif dan insentif yang belum pernah dipekenalkan oleh mana-mana kerajaan sebelum ini, antaranya rumah percuma mesra SMJ, bantuan RM300 bulanan selama setahun untuk tahun 2025 untuk KIR miskin tegar, dan pelbagai bantuan lagi terutama pada golongan pelajar.
Kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor melabur tinggi dalam sektor pendidikan dan pembangunan modal insan, kerana menaruh keyakinan pelaburan modal insan adalah aset utama negeri untuk maju dan membangun.
Dibimbangi, jika kerajaan bertukar, Projek Hidroelektrik ULU Padas yang berkos RM4.3bilion yang sedang dibina untuk penyelesaian bekalan air selama 100 tahun dibatalkan, atau diubah pelaksana, dan jika itu berlaku, maka, sasaran penyiapan akan terterbengkalai.
Empangan UlU Padas dijangka beroperasi pada tahun 2030, dan memembekalan 6,000 Juta liter sehari untuk memenuhi keperluan rakyat sehingga 100 tahun.
Strategi kerajaan GRS menerusi SMJ2.0 adalah untuk mengukuhkan perekonomian negeri termasuk daripada kewangan, penyediaan peluang-peluang pekerjaan, untuk mendokong sasaran negeri maju menjelang tahun 2030. Pada tahun 2030, Sabah lepas landas sebagai negeri maju.
No comments:
Post a Comment