30 July 2025

GRS FOKUS PADA PILIHAN RAYA

FOKUS GRS adalah pilihan raya, selepas bekerja keras selama 5 tahun.

Selama 5 tahun, mengikut ukuran kerajaan, GRS yang mengepalai kerajaan negeri telah mencapai apa yang sepatutnya.

Mereka yang tidak dapat menerima pencapaian kerajaan GRS, yang disokong PH Plus, hanya Pemimpin seperti Datuk Shafie Apdal dan Datuk Bung Moktar Radin, sebabnya, jika mereka mengakui, maka secara automatik, mereka kehilangan modal politik.

Shafie dan Bung, suka sangat menuding jari pada orang lain, sedangkan 4 jari mereka menuding di muka sendiri. Perbuatan mereka, seperti kuali mengata belanga hitam.

Ketandusan modal politik, punca Shafie dan Bung hilang hala tujuan, kerana tidak dapat menangkis rekod pencapaian kerajaan GRS yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Bohong lah jika kerajaan GRS tiada kelemahan, tetapi, kelemahan-kelemahan tersebut mempunyai solusi, atau di atasi menerusi HALA TUJU SABAH MAJU JAYA.

Merealisasikan hala tuju tersebut, bukan kerja perorangan, akan tetapi meliputi semua jajaran pemerintahan, kakitangan awam, dan rakyat itu sendiri.

Kerajaan GRS tidak menangisi apa yang diwarisi, akan tetapi bergerak ke hadapan ke arah penyelesaian.

Menerusi HALA TUJU SABAH MAJU JAYA, “leave no stone unturned”, ertinya setiap permasalahan rakyat mempunyai solusi dan penyelesaian, lambat atau cepat.

Pemimpin pembangkang terutama Shafie dan Bung, hanya hebat bercakap, besar suara, akan tetapi tin kosong.

Tanya Shafie semasa menjadi Ketua Menteri 26 bulan, apa yang dia buat? Demikian juga Bung semasa menjadi Menteri Kerja Raya, apa dia buat berkaitan bekalan air dan jalan raya? Semua kosong.

Dengan pencapaian kosong, cuba pula mempengaruhi 1.7 juta pengundi Sabah untuk menyokong mereka. Hanya mereka yang tidak dapat berfikir menyokong mereka.

Bagi GRS, apa yang penting, kerusi-kerusi yang disandang dipertahankan, manakala kerusi-kerusi baharu diharapkan dimenangi.

Apabila GRS dan parti sekerjasama menang 2/3 kerusi, maka, kerajaan yang dibentuk stabil, dan politik juga stabil. Kestabilan membolehkan kerajaan terus bergerak ke hadapan memajukan dan membangun negeri.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels