KUALA LUMPUR, 2 Mac — Spekulasi semakin kencang dengan desas-desus terbaru mengatakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan pertengahan bulan ini bagi membuka ruang kepada pilihan raya negeri yang ke-10.
Barisan Nasional (BN) Sarawak akan mengadakan konvensyen negeri Sabtu ini dan ia dilihat sebagai petanda jelas pembubaran akan menjadi kenyataan bulan ini selepas spekulasi mengenainya bermula kira-kira setahun lalu.
Kini BN memberi tumpuan ke atas dua pilihan raya kecil serentak di Semenanjung dengan hari pengundian berlangsung Ahad ini.
Laporan The Star hari ini menyebut DUN Sarawak akan dibubarkan pada 19 Mac dan kemungkinan hari pengundian pula 9 April.
Mandat semasa hanya akan berakhir 23 Julai ini sementara Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud terus dengan gaya beliau membiarkan orang ramai membuat spekulasi demi spekulasi mengenai kemungkinan tarikh pembubaran.
Laporan The Malaysian Insider sebelum ini memetik sumber berkata kepimpinan BN pusat yang mengadakan mesyuarat bulan lalu menjangkakan pilihan raya negeri, yang menawarkan 71 kerusi, akan diadakan awal April.
Menurut laporan akhbar itu hari ini menyebut DUN akan dibubarkan pada 19 Mac manakala penamaan calon diadakan pada 2 April dan disusuli dengan tarikh pengundian 9 April.
Akhbar itu memetik Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak Tan Sri Dr George Chan berkata, “sebarang tarikh sebelum Julai mungkin.”
“Ketua Menteri telah meminta kami agar bersedia. Dan kami sudah pun bersedia,” katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri.
Setiausaha Agung BN Sarawak Stephen Rundi berkata, jika pilihan raya hendak diadakan pada 9 April, BN “sudah bersedia untuk bertarung.”
“Sebenarnya saya tidak tahu-menahu tarikh pembubaran. Ia bergantung pada Ketua Menteri bila hendak memanggil pilihan raya tetapi kami sudah bersedia,” katanya.
Bagaimanapun Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen tidak mahu membuat spekulasi mengenai tarikh pilihan raya.
“Kami akan melakukan yang terbaik dan kami bersedia sepenuhnya dan bertanding habis-habisan,” katanya lagi.
Setiausaha Agung Parti Nasional Sarawak Stanley Jugol percaya pilihan raya akan diadakan April ini.
“Kami sudah meramalkan pilihan raya tidak akan diadakan lewat daripada bulan April. Kami sudah bersedia untuk menghadapinya jika ia diadakan,” katanya lagi.
Pilihan raya negeri terakhir diadakan pada 2006 dengan DUN dibubarkan pada 24 April manakala penamaan calon 9 Mei dan pengundian 20 Mei.
Pada 25 Februari lalu, Taib berkata BN Sarawak sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya negeri dan senarai nama calon juga telah diterima.
“Sudah... sudah, kita (BN) sudah bersedia, calon pun sudah ada, saya tidak boleh umumkan nama calon sekarang,” katanya.
Pada pilihan raya negeri yang lepas BN menguasai 63 kerusi.

8 comments:
Pilihanraya negeri sarawak mmg akan diadakan tak lama lagi. tapi tarikh sebenarnya belum lagi diketahui.
tidak tahu bila pilihanraya negeri Sarawak akan diadakan. yang penting semua pihak perlu sentiasa bersedia.
yang penting semua parti perlu menunjukkan prestasi terbaik kerana rakyat sentiasa menilai dan akan memilih siapa yang mereka percaya.
kurangkan berpolitik dan banyakkan tindakan..
Semoga Pilihanraya berjalan dengan lancar di Sarawak akan datang.
We should wait for the official announcement.
Tak kisahlah bila p/raya diadakan, yang penting semua pihak harus bersiap sedia.
Sama2 la kita tunggu dan lihat bila p/raya akan diadakan. Saya yakin pengumuman rasmi pasti akan dilakukan tidak lama lagi.
Post a Comment