27 April 2010

Impak Jelapang Padi Di Tunggu-Tunggu? Kapan Kah? Hasilnya?

Datuk Rohani Semasa Melawat Jelapang Padi Kota Belud
Jelapang padi baru akan dibuka di Kota Belud, Sabah dan Lingga Banting, Sarawak pada tahun depan bagi memastikan bekalan makanan dalam negara terus terjamin, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata projek kementerian itu akan menyaksikan jelapang seluas 8,000 hektar dilaksanakan di Kota Belud manakala seluas 5,000 hektar lagi di Lingga Banting.

Menurutnya projek itu penting untuk menampung keperluan terutamanya di kedua-dua negeri itu yang kini mendapat kira-kira 70 peratus beras import.

"Pembukaan jelapang padi ini dijangka dapat mengurangkan import beras ke negeri-negeri berkenaan," katanya pada sidang berita selepas merasmikan Mesyuarat Perhubungan Pertanian Negeri Sabah dan Sarawak di Cameron Highland, Pahang pada 18 April lalu.

Seramai 100 anggota delegasi dari Jabatan Pertanian Sabah dan Sarawak menghadiri mesyuarat itu.

Rohani berkata selaras dengan pembukaan jelapang padi baru itu, sebuah badan kerajaan akan ditubuhkan untuk menjalankan dan mentadbir pengurusan projek itu.

Walaupun perkembangan pertanian di Sabah dan Sarawak berjalan lancar,pengeluaran padi di kedua-dua negeri itu amat diperlukan berikutan krisis makanan yang berlaku pada tahun 2008, katanya yang turut mengadakan lawatan kerja di sekitar Cameron Highlands selepas mesyuarat tersebut.

Sementara itu, Menteri Muda Pemodenan Pertanian (Pertubuhan Peladang dan Koperasi) Sarawak Datuk Peter Nyarok Entrie berkata beliau tidak mahu negeri itu melalui krisis kekurangan beras seperti yang berlaku pada 2008 dan berharap projek itu akan menjadi permulaan bagi Sabah dan Sarawak untuk mengeluarkan padi secara besar-besaran.

Beliau enggan mengulas lanjut mengenai kos pembukaan kedua-dua jelapang padi tersebut tetapi mengakui bahawa jumlahnya adalah besar.

Tahun lepas Datuk Noh Omar semasa lawatan ke Sabah, telah mengumumkan bahawa kos Jelapang Padi untuk daerah Kota Belud mencecah 1 billion ringgit.

Akan bilakah projek jelapang ini akan siap? Penyiapan projek ini sangat ditunggu oleh rakyat Kota Belud, agar impaknya kepada pendapatan rakyat daerah dapat dinikmati.

10 comments:

2718 said...

pembukaan jelapang padi ini dilihat amat baik untuk mengurangkan import beras dan mampu memenuhi bekalan beras di sabah/sarawak serta mampu menyediakan peluang pekerjaan dan menjana pendapatan negara melalui export. namun kerajaan perlu mengambil kira pandangan rakyat terlebih dahulu memandangkan ianya memerlukan tanah seluas 8000 hektar yang mungkin menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan mereka.

karaabau said...

peluang pekerjaan dapat diwujudkan di samping mengurangkan import beras di kedua-dua negeri...di samping itu juga, pembangunan di kedua-dua kawasan jelapang padi baru ini dapat diperhebatkan...moga2 projek ini akan dapat membantu rakyat dan seterusnya menjana ekonomi di kedua-dua negeri...

kitakita said...

Segerakan pembukaan Jelapang padi di kota belud, sabah. Ini kerana permintaan beras semakin meningkat dari masa ke semasa. Pembukaan jelapang padi ini juga dapat mengurangkan bekalan beras import di negeri ini.

Paquin said...

Bagus ba ni. Sekurang-kurangnya kita taklah bergantung sangat dgn beras import.. Malah secara tak langsung, peluang pekerjaan pun dapat diwujudkan :)

kitakita said...

Kalau ada jelapang padi dan kos mencecah berbillion ringgit.....wajar ada pengurusan yang baik. Sistem pengairan yang baik juga harus ada dan ia berupaya memberi kelebihan kepada para petani untuk dapat menanam padi wlaupun musim kemarau panjang. Jika tidak, para petani akan sentiasa rugi kalau perlaksanaan jelapang padi ni tidak dirancang dengan baik.

kitakita said...

Projek jelapang padi yang akan dibuka di Kota Belud, Sabah penting untuk menampung keperluan terutamanya di kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak. Pada masa sama juga dapat mengurangkan import beras di negeri ini. Sebuah badan kerajaan juga perlu ditubuhkan untuk menjalankan dan mentadbir pengurusan projek itu agar berjalan lancar. Diharapkan juga pelaksanaan dapat dilakukan dengan segera kerana permintaan beras semakin meningkat.

kitakita said...

Jelapang padi diwartakan di KB diharapkan bakal meningkatkan hasil padi negeri supaya dapat menampung 70% keperluan masyarakat. Cuma saya agak risau dengan masalah perosak tanaman padi seperti siput gondang emas dan penyakit merah! Harap ia dapat ditangani dengan baik

kitakita said...

Kalau ada jelapang padi dan kos mencecah berbillion ringgit.....wajar ada pengurusan yang baik. Sistem pengairan yang baik juga harus ada dan ia berupaya memberi kelebihan kepada para petani untuk dapat menanam padi wlaupun musim kemarau panjang. Jika tidak, para petani akan sentiasa rugi kalau perlaksanaan jelapang padi ni tidak dirancang dengan baik.

Unknown said...

Sudah tiba masanya untuk kerajaan menyiap dan membukakan jelapang padi untuk orang-orang Kota Belud. Melengahkan masa pembukaan hanya akan menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan.

karaabau said...

perancangan yang baik dan teratur perlu bagi projek yang sebesar ini...
diharap jelapang padi ini akan siap sepenuhnya dengan segera tanpa mengabaikan soal kualiti...

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels