9 March 2013

Krisis Lahad Datu: Anwar Puas Hati- Pihak Asing Campur Tangan

Bukankah ini yang Anwar mahu. Campur tangan pihak asing dalam menyelesaikan insiden berdarah yang berlaku di Lahad Datu...

Sebab tu Anwar beriya iya membuat kenyataan pada media luar mengatakan kerajaan Malaysia gagal menangani pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu..

Sebelum ini pihak inteligen Manila, mengatakan sepertimana laporan media negara itu, Anwar merupakan dalang kejadian di Lahad Datu. Jika benar laporan itu, ucapan tahniah pada beliau kerana berjaya menjadi punca dalam insiden yang telah mengorbankan 8 nyawa anggota keselamatan negara..

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon bertemu dengan wakil Malaysia ke badan dunia itu ketika beliau meneruskan usahanya untuk menyelesaikan krisis di Sabah.

Satu kenyataan pada halaman Ban di PBB berkata beliau memberitahu Hussein Haniff, wakil tetap Malaysia, bahawa "usaha perlu dibuat untuk memastikan hak asasi manusia akan dihormati dan kehilangan nyawa dapat dielak" ketika pasukan keselamatan Malaysia meneruskan operasi mengusir pengikut kesultanan Sulu yang mendarat di Sabah awal bulan lepas untuk menuntut wilayah tersebut.

"Setiausaha agung mengambil maklum usaha-usaha yang telah dibuat oleh kerajaan Malaysia dan Filipina untuk mencari penyelesaian secara aman terhadap keadaan tersebut," kata kenyataan itu.

Operasi, yang telah berpusat di sekitar pekan Lahad Datu, setakat ini telah meragut nyawa 53 penceroboh dan lapan anggota polis Malaysia, walaupun kesultanan Sulu hanya mengesahkan 10 pengikutnya terbunuh, empat cedera dan 10 ditangkap. Kira-kira 200 pengikut kesultanan Sulu datang ke Sabah, dengan diketuai oleh putera mahkota, Agbumddin Kiram yang kini dianggap orang yang paling dikehendaki.

Pada hari Khamis, Jamalul Kiram III mengumumkan bahawa beliau telah mengarahkan pengikutnya di Sabah untuk mematuhi gencatan senjata unilateral.

Bagaimanapun, para pegawai Malaysia, yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, menolak gencatan senjata itu dan berkata satu-satunya cara untuk menamatkan krisis ialah untuk pengikut sultan menyerah diri tanpa syarat.

Pada hari Jumaat, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jen Zulkifeli Mohd Zin berkata mereka percaya kumpulan Azzimudie telah bersembunyi untuk mengelak bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Sementara itu, Human Rights Watch yang berpangkalan di New York menggesa Malaysia supaya memberikan "maklumat yang jelas dan tepat" mengenai krisis tersebut

31 comments:

Star said...



Dalam hampir dua minggu ini kita dikejutkan dengan peristiwa bilamana sekumpulan lelaki bersenjata yang mendakwa mewakili Sultan Sulu mendarat di Lahad Datu, Sabah dan bertindak menetap serta meminta agar Sabah dipulangkan kepada Kesultanan Sulu.

Star said...

Pencerobohan Lahad Datu: Anwar dan Misuari dalangnya?

Apabila kerajaan Filipina memeterai perjanjian damai dengan umat Islam di selatan negara berkenaan melalui Perjanjian Rangka Kerja Bangsamoro, umat Islam di Filipina menganggap ini sebagai jalan ke hadapan selepas berdekad menghadapi kebuntuan dalam krisis dengan Kerajaan Filipina. Rangka kerja ini membolehkan penciptaan entiti tunggal dan autonomi dipanggil Bangsamoro menggantikan Wilayah Autonomi Islam Mindanao.

Perjanjian rangka kerja itu telah ditandatangani di Istana Malacanang pada 15 Oktober 2012 dalam kehadiran Presiden Beningno Aquino III dari Filipina; Al Haj Murad Ebrahim, Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro; Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia; dan Ekmeleddin Ihsanoglu , Setiausaha Agung Pertubuhan Negara-Negara Islam. Sebaliknya, pemimpin yang tidak hadir di dalam upacara bersejarah berkenaan adalah pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MILF), Nur Misuari.

Star said...



Nur Misuari telah menganggap bahawa perjanjian itu tidak relevan dan beliau mendakwa ianya telah diciplak oleh Presiden Aquino dan DS Najib Razak. MILF adalah kumpulan pemisahan yang merupakan sebahagian tulang belakang MNLF pada tahun 1970-an. Percanggahan pendapat dalam cara Nur Misuari mengendalikan isu-isu telah membawa kepada kumpulan berkenaan terpisah jauh. Turut tidak hadir ialah Sultan Sulu. Pengasingan dan pemencilan Sultan Sulu berkenaan mungkin merupakan punca kepada krisis di Lahad Datu.

Sultan Sulu sendiri telah mengaku menghantar kira-kira 400 lelaki menyeberang laut ke Sabah, kerana beliau melihat perjanjian yang dimeterai tidak berperanan di dalam peningkatkan kehidupan Bangsamoro. Tambahan lagi, beliau sendiri turut tidak mempunyai sebarang peranan. Manakala Nur Misuari pula diketahui umum sebagai penyokong kuat Sultan Sulu.

Star said...

Pencerobohan Lahad Datu: Anwar dan Misuari dalangnya?

Mengapa Sultan terasing dalam proses damai bangsa Moro? Ianya mudah. Terdapat sepuluh orang yang mendakwa menduduki takhta. Kerajaan Filipina tidak boleh berurusan dengan sepuluh Sultan yang berbeza dengan sepuluh idea yang berbeza asas mengenai bagaimana untuk membawa keamanan dan pembangunan kepada Bangsamoro. Nur Misuari sendiri tidak menghadiri majlis menandatangani perjanjian berkenaan kerana dia takut sekiranya terdapat waran berterusan dikeluarkan untuk menangkap beliau kerana melancarkan perang terhadap kerajaan Filipina.

Nur Misuari dilihat mengambil kesempatan ke atas isu ini. Nur Misuari dengan segera mengancam Kerajaan Malaysia dengan berkata “Jika setitik darah tumpah maka kita akan terpaksa untuk datang untuk membantu mereka.” Nur Misuari juga berkata yang berikut, “Ini harus dikendalikan oleh ketua yang berfikiran terbuka … bahawa ia juga akan menjadi baik untuk menunggu pilihan raya umum untuk melihat siapa yang akan menjadi Perdana Menteri (Malaysia) yang baru.”

Star said...

Pencerobohan Lahad Datu: Anwar dan Misuari dalangnya?

Apakah yang tersirat disebalik kata-kata Nur Misuari itu? Tiada lain dan tidak bukan adalah disebabkan oleh kawan lama beliau, Anwar Ibrahim. Reuters melaporkan dan telah disahkan oleh sumber tentera Filipina bahawa Anwar Ibrahim telah ke luar negara untuk bertemu dengan Nur Misuari bagi membincangkan tuntutan tanah di Sabah, beberapa bulan sebelum kejadian di Lahad Datu berlaku. Anwar telah menafikan sekeras-kerasnya ini, tetapi gambar di atas menunjukkan sebaliknya.

Kerajaan Filipina telah menghantar enam kapal tentera laut untuk menghentikan orang dari rantau Moro dari memasuki perairan Malaysia. Walaupun kerajaan Malaysia mempunyai kelebihan dari segi kawalan dan kemudahan senjata api untuk menamatkan krisis ini, mungkin jalan damai adalah yang terbaik bagi semua pihak iaitu Bangsamoro, kerajaan Filipina serta Malaysia, untuk tidak membenarkan apa-apa untuk menjejaskan perjanjian yang ditandatangani yang masih dalam peringkat awal.

Star said...

Pencerobohan Lahad Datu: Anwar dan Misuari dalangnya?

Sementara Kerajaan berusaha dengan diplomatik untuk menyelesaikan isu ini, kedua-dua kerajaan perlu mendapatkan sebab musabab sehingga ke akar umbi peranan yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim dalam memudahkan atau menyebabkan kejadian ini berlaku. Ianya tidak akan berlaku kalau tidak ada peranan dari orang dalam. Isu Sabah terlalu dekat dengan Anwar Ibrahim kerana beliau mengimpikan sokongan Rakyat Sabah bagi menyokongnya di dalam PRU13. Namun kita masih tidak tahu apa agenda besar Anwar Ibrahim melakukan ini semua. Soalan ini masih menjadi tanda tanya.

Star said...

As clever as the squirrel hops, it will one day, eat dirt

Anonymous said...

kedaulatan negeri dan keselamatan nyawa rakyat Sabah masih tergugat, janganlah kita menuding sesama sendiri, biarlah isu pencerobohan oleh militan Sulu ini diselesaikan bersama-sama

Anonymous said...

rakyat Sabah hendaklah bersatu dan bekerjasama untuk menumpas penceroboh-penceroboh dari Filipina ini yang telahpun meragut 8 nyawa pasukan polis kita

Anonymous said...

on the other hand, we urge the Malaysian authorities to take all necessary measures to protect and provide for the safety and well-being of civilians caught in the conflict zone, bearing in mind that these involve the elderly, women and children.

Anonymous said...

on top of that, they should be provided with safe passage to non-conflict zones and be provided with access to adequate food, shelter, medical assistance and protection.

Anonymous said...

As we seek to assert our rights and protect our sovereignty and territorial integrity, we must continue to conduct ourselves with a strong sense of dignity and professionalism, with due observance of our own laws as well as international laws and standards.

mantera said...

jika kita lihat pada media pembangkang, mereka sering merendahkan kemampuan pasukan keselamatan.

mantera said...

pembangkang seolah-olah suka jika pasukan keselamatan kita dikalahkan, pembangkang sebenarnya pengkhianat.

Teruterubozu said...

Anwar Ibrahim dilihat sebagai pemain yang cukup hebat. Permainan beliau cukup dengan muslihat yang licik. Permainannya sukar dikesan. Namun para wartawan cukup arif dengan pergerakan beliau.

Teruterubozu said...

Semasa "pemerintahan" beliau selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dahulu, rata-rata kalangan wartawan cukup "tidak begitu gemar dengan beliau".

Teruterubozu said...

Semasa beliau dalam Kabinet lagi, para wartawan sudah mula menggossipnya. Ada sahaja yang tidak kena dengan gelagat si Anwar ini, baik dari segi perwatakannya, sikapnya, cara menovering-nya, penguasaannya terhadap "bos-bos" media, mengenai lingkungan sahabat-sahabat kroninya dan pelbagai lagilah.

Teruterubozu said...

Beliau dilihat cukup rakus dan kemudian kelihatan gelojoh. Cara hidupnya berubah sekelip mata daripada corak ABIM kepada korporat. Kroni-kroninya juga turut berubah.

Teruterubozu said...

Anwar pernah menuduh kerajaan meracunnya dengan racun arsenik. Sepanjang tempoh perbicaraannya dulu, dia memakai pendakap leher dengan imej mata lebam untuk menunjukkan simpati kepada rakyat. Drama sakit pinggangnya cukup mendebarkan dan macam-macam lagi.

Teruterubozu said...

Drama beliau cukup hebat. Disingkatkan cerita yang panjang, kini isu pencerobohan di Lahad Datu juga mahu didramakan.

Puak-puaknya tiba-tiba mengatakan itu semua sandiwara. Hulu balangnya, yang gemar tidur di depan trak FRU, Tian Chua mengatakan ia hanyalah ploy (muslihat) UMNO untuk menarik perhatian rakyat. Ada yang sanggup mengatakan tugas polis dan tentera adalah untuk mati dan berbagai-bagai lagi.

Teruterubozu said...

Tian Chua enggan memohon maaf kepada pihak keselamatan polis dan tentera apabila membuat tuduhan itu. Beliau ada menghantar SMS kepada satu pihak mengatakan "saya serahkan nasib saya kepada Yang Maha Esa" namun tidak sekali-kali akan memohon maaf.

Orang Anwarinas dalam Pas juga mendakwa tragedi di Lahad Datu sebagai sandiwara.

Teruterubozu said...

Sepanjang tempoh tragedi Lahad Datu itu tiada siapa pun daripada kalangan PKR mahupun Pas yang berkunjung ke Sabah mahupun Sarawak untuk menunjukkan rasa simpati mereka. Yang dilaporkan pergi hanya Lim Kit Siang ke Sabah iaitu dua hari selepas kejadian dan tokoh kerdil PKR, CheguBard hujung minggu lalu. Selain daripada itu tiada.

Teruterubozu said...

Tapi yang hairannya, sebelum tragedi Lahad Datu itu Anwar dan konco-konconya sering berulang-alik ke Sabah. Anwar ke Sabah pada Disember 2012 lalu bersama-sama Azmin Ali dan beberapa yang lain, sambil bergembira menyanyi dan menari lagu 'Sabah Akan Hilang'.

Teruterubozu said...

Anwar difaham dan dikatakan beberapa kali ke Filipina. Tidak diketahui untuk tujuan apa.

Selepas daripada itu Anwar mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Januari lalu, sebelum meletusnya tragedi di Lahad Datu baru-baru ini.

Teruterubozu said...

Semuanya berlaku secara kebetulan. Pihak pembangkang terus menerus mengatakan bahawa BN akan kehilangan simpanan tetapnya (fixed deposit) di Sabah. Sabah mempunyai 25 kerusi Parlimen.

Teruterubozu said...

Tiba-tiba, nak jadikan cerita lebih kalut. Bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (PI Bala) balik dari tempat persembunyiannya di luar negara. Setibanya dalam negara, dia dibawa mengadakan ceramah di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur untuk mengaitkan PM dengan kes Altantuya. Malah semasa tiba di lapangan terbang dia secara terus terang mengatakan "pulang untuk membantu pembangkang".

Teruterubozu said...

Namun, ceramah itu dikatakan tidak mencapai matlamat yang dikehendaki. Apa yang dia cakap sebelum ini dan pada ceramah itu tidak konsisten. Tahu-tahu PI Bala dikatakan diserang sakit jantung pula semasa berceramah di Bachok, Kelantan. Dia kini berada di hospital.

Aktivis PKR, CheguBard dalam blognya mendakwa PI Bala mungkin menjadi mangsa sihir(?!)

Teruterubozu said...

Berikut petikan CheguBard dalam Kedailan Daily kelmarin: Katanya, terdapat dakwaan mengatakan Balasubramaniam jatuh sakit kerana terkena ilmu sihir.

"Ada kawan-kawan sebut, angkara ilmu hitam. Saya tak tahu. Mereka (musuh Bala) boleh buat apa sahaja. Yang penting, kita tawakal kepada Maha Pencipta," kata Badrul.

Secara kebetulan atau sengaja mahu mengalihkan perhatian penduduk Malaysia daripada isu Lahad Datu, PKR tiba-tiba mengadakan sidang akhbar bapa Saiful, Azlan Bukhari.

Teruterubozu said...

Melihatkan tiada impak besar pendedahan Azlan berbanding pendirian anaknya Saiful yang terus mendakwa dia diliwat oleh Anwar, Azlan membuat satu lagi sidang akhbar di pejabat PKR kelmarin.

Itu juga tidak berjaya untuk menutup pendirian Saiful yang terus menuduh Anwar meliwatnya. Saiful pernah bersumpah laknat di dalam masjid diiringi oleh bapanya, Azlan.

jackie said...

Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata Anwar.

jackie said...

Anwar pelakun terbaik.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels