6 March 2013

Disebalik Pencerobohan Lahad Datu

Jamalul Kiram III
PUNCA sebenar daripada krisis pencerobohan Lahad Datu adalah hasutan daripada pihak tertentu yang berpunca daripada terkeluarnya MNLF pimpinan Nur Misuari daripada perjanjian antara kerajaan Filipina dengan MILF pimpinan Jen, Murad Ibrahim pada 29 Otober 2012.

Selain itu, janji pembangkang yang memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika mereka mengalahkan kerajaan Bn dan menguasai Putrajaya, mendorong kepada isu tuntutan ke atas Sabah.

Ironinya, individu yang menuntut Sabah yakni Jamalul Kiram III, meskipun waris kepada Sultan Sulu, namun bukanlah pewaris yang layak, kerana beliau tidak termasuk dalam sembilan pewaris Sultan Sulu.

Pewaris yang termasuk sembilan itu adalah Dayang-Dayang Piandao Taj-Mahal Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H Sampang, Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Puteri Permaisuri Kiram Guerson dan Sitti Jenny K.A Sampang.

Sultan Jamalul Kiram II yang mangkat pada tahun 1936, sebenarnya tidak meninggalkan waris takhta secara langsung, atas sebab itu padjakan dihentikan. Namun, atas permintaan sembilan pewris itu, maka satu keputusan dibuat pada tahun 1939, untuk penyambungan padjakan. Padjakan yang berjumlah mexcion gold 5,000 kemudian dilanjutkan oleh Malaysia sehingga kini, akan tetapi dalam ringgit malaysia.

Kesulitan hidup yang membayangi Jamalul kiram 76, yang masih mendapat rawatan dialisis buah pinggang dengan bantuan kerajaan Filipina, menyebabkan beliau menerima hasutan daripada pihak tertentu, untuk melakukan kekacuan di Sabah, terutama menjelang PRU-13 agar supaya mempercepat tuntutannya.

Tuntutan ke atas Sabah, hanya gimik untuk mendapatkan pampasan yang banyak, malah bekas Ketua Menteri Sabah, menyarankan RM200 juta untuk bayaran pampasan, untuk memuktamadkan tuntutan.

Menurut perkiraan yang menghasut Jamalul Kiram, beliau akan mendapat pampasan itu, kerana Malaysia terkenal dengan pendekatan yang lembut, dan tidak akan melakukan tindakan kekerasan terhadap mereka. Nasihat ini dapat mempengaruhi Jamalul Kiram III, apatah lagi kos tindakan itu dibiayai oleh dalang tersebut.

Di lain pihak, dalang itu mempunyai niat politik, kerana jika tindakan kekerasan diambil terhadap penceroboh itu, maka mereka akan mendapat keuntungan politik.

Pertemuan Jamalul Kiram III dengan Datuk Amir Kahar Tun Mustapha hampir membuahkan hasil, dan dikhabarkan Jamalul Kiram III sudah bersetuju untuk menarik semua pencoroboh dari bumi Sabah. Namun, matalamat dalang kepada pencerobohan ini, bukan lah secara damai, atas sebab itu, taktik kotor digunakan, agar supaya pasukan keselamatan negara melaksanakan operasi ketenteraan.

Pada pagi Jumaat 1 Mac, empat jam sebelum pertemuan antara Amir Kahar dengan Jamalul Kiram, satu taktik kotor dilakukan. pihak pencoroboh pura-pura mengangkat bendera putih tanda menyerah, tetapi sebaliknya menyerang anggota keselamatan sehingga mengorbankan dua anggota dan mencederakan tiga yang lain.

Pasukan keselamatan tiada pilihan, melainkan membalas tembakan dan berjaya membunuh 12 penceroboh. 

Sebahagian daripada penceroboh yang berpecah kepada tiga kumpulan pada malam 12 Februari, lari ke Kg Sri Jaya Pulau Simunul, Semporna. Akibat kematian rakan-rakan mereka di Kg Tanduo pada 1 Mac, maka satu muslihat dilakukan mereka pada petang 2 Mac, sehingga mengorban enam anggota polis melalui serangan hendap.

Kerajaan Malaysia melalui Pasukan keselamatan dari awal-awal lagi tidak mahu melakukan kekerasaan terhadap penceroboh, atas sebab itu perundingan berlarutan sehingga 23 hari. 

Disebabkan niat dalang kepada pencerobohan ini berniat jahat untuk kepentingan politik, maka penceroboh itu perlu dijadikan umpan dan perlu mati, agar supaya motif mereka tercapai.

Perancangan pencerobohan Lahad Datu ini, dirancang dengan rapi, melibatkan berbagai pihak diluar kawalan pasukan keselamatan negara.

Penceroboh mulai menyusup ke Sabah seawal bulan januari, sebaik sahaja kapal Perang Amerika USS Guardian terkandas di utara Pulau Pahlawan. Terkandasnya kapal itu, menyebabkan kapal tentera laut Filipina tertumpu di kawasan itu, sehingga di bahagian selatan, kawalannya longgar.

Penceroboh itu masuk diserati oleh orang-orang lanjut usia dan wanita untuk mengabui pihak keselamatan negara dan juga Filipina.

Mereka bertolak daripada Filipina tanpa senjata, namun di tengah laut mereka mendapat senjata moden seperti M16, M14 daripada sendikit penjual senjata haram, terutama daripada Pulau Basilan.

Menurut sumber bermula daripada 3 Februari, mereka mula berkumpul dan pada 7 Februari (wakil Anwar Ibrahim ke Manila kononnya untuk menemui double agent) satu arahan agar mereka menampakan diri sebagai kumpulan, dan hanya pada malam 12 Februari kehadiran mereka diketahui pihak keselamatan negara.

Pada malam 12 Februari, kumpulan lebih 100 orang yang disertai lelaki bersenjata sudahpun menduduki Kg Tandau, Lahad Datu.

Selama 23 hari, pihak pasukan keselamatan negara memberi peluang, sehingga lanjutan demi lanjutan diberikan kepada penceroboh itu meninggalkan bumi Sabah. Pihak Polis Malaysia telah menamatkan rundingan pada 21 Februari, untuk itu, hanya menunggu arahan untuk bertindak.

Pada pagi Jumaat, hari H telah berlaku. Kini, krisis pencerobohan itu berlanjutan. Nyawa pasukan keselamatan negara 8 telah melayang. Malah pemimpin Pembangkang Tian Chua, menggambarkan kematian anggota pasukan keselamatan itu mati katak, kerana krisis Lahad Datu adalah mainan Umno.

Pembangkang menggunakan psiokologi songsang, agar rakyat tertipu, namun sebenarnya merekalah perancang kepada krisis Lahad Datu, seperti mana laporan prisik kerajaan Filipina seperti mana di laporkan oleh Manila Times dan The Inquire News.

22 comments:

Kris Jr said...

kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu

Kris Jr said...

Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.

Kris Jr said...

smael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram. Majlis penabalan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan Sulu pada 1974. Muedzul Lail Tan Kiram, yang ditabalkan sebagai Raja Muda. Kumpulan penceroboh ialah pengikut Ismael Kiram II, yang tidak pernah ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang diiktiraf oleh kerajaan Filipina.

Kris Jr said...

Mantan sultan’ Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka Saved
Filipina pernah membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah

Kris Jr said...

Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah

Kris Jr said...

Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu.

Kris Jr said...

Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepadaBritish North Borneo Company pada 22 Januari 1878.

Kris Jr said...

Pusat Kesultanan Sulu terletak di Maimbung, Jolo.

Kris Jr said...

Wakil The Manila Times di Mindanao, Al Jacinto, melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pakatan Rakyat, mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.

Blackforest said...

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menghidu peluang untuk menjadi tumpuan media apabila bingkas membidas kerajaan kerana kononnya lambat bertindak terhadap pencerobohan di Sabah.

Blackforest said...

Beliau menyelar kerajaan kerana kononnya membiarkan isu itu berlarutan begitu lama sebelum tindakan ketenteraan diambil.

Blackforest said...

Responnya untuk menyemarakkan api kebencian yang ditanam pembangkang terhadap Barisan Nasional (BN) memang sudah dijangka. Beliau Ketua Pembangkang dan cukup benci kepada BN.

Blackforest said...

Sebagai mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar seharusnya arif tentang susur galur dan adab sopan menyelesaikan konflik bersenjata menerusi usaha diplomatik sebelum tindakan ketenteraan diambil.

Blackforest said...

Putrajaya mengambil pendirian awal untuk tidak terlalu bingkas menggelar penceroboh berkenaan sebagai pengganas, tetapi sebagai satu kumpulan bersenjata yang menyimpan rasa tidak puas hati kerana didakwa dipinggirkan oleh Manila.

Malah PAS sendiri mengaku mereka ini bukan pengganas al-Qaeda atau Jemaah Islamiyah.

Blackforest said...

Naib Presidennya Husam Musa dipetik dalam Harakah sebagai berkata kumpulan ini keturunan Sulu ada susur galurnya daripada keturunan Nabi Muhammad saw. Mereka terkenal dengan amalan Islam, kata beliau.

Jadi kenapa Anwar menganjurkan supaya kerajaan Malaysia cepat-cepat mengambil tindakan ketenteraan terhadap “golongan beriman” ini?

Blackforest said...

Anwar gelojoh mahu salahkan kerajaan, ATM

Realitinya ialah, Putrajaya mengambil kira segala pertimbangan, risiko di dalam dan di luar acuan diplomatik. Rundingan dijalankan tanpa putus-putus supaya kumpulan berkenaan menyerah diri dan kembali ke Filipina.

Blackforest said...

Ketika rundingan sedang berjalan, respon Anwar adalah untuk menengking kerajaan kerana kononnya tidak mempertahankan kedaulatan negara.Anwar melakukan provokasi, mencabar kerajaan mengambil tindakan ketenteraan tanpa menerokai segala ruang diplomasi.

aku baini said...

Selain itu, janji pembangkang yang memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika mereka mengalahkan kerajaan Bn dan menguasai Putrajaya, mendorong kepada isu tuntutan ke atas Sabah.

kita tidak boleh mengandaikan sejauhmana perkara ini benar, semoga ada pihak yang berani tampil ke depan dan memberi keterangan terbukanya

aku baini said...

kemungkinan PRU13 akan berlaku berasingan dengan Sabah/Sarawak dan semenanjung akibat peristiwa di Lahad Datu dan Semporna..

aku baini said...

Semoga PRU13 ini dapat dijalankan dengan aman dan tanpa 'kekacauan' berlaku...

aku baini said...

walau apapun, Najib Razak patut melanjutkan tarikh pilihanraya umum atau dan membuburkan dewan atas nasihat YDP Agong memandangkan keadaan negara sekarang tidak aman dan tenteram.

aku baini said...

semoga PRU di Sabah yang dikatakan akan diadakan pada bulan Mei ini, tidak mendatangkan 'kemudaratan' kepada semua rakyat Sabah...

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels