Showing posts with label Umno Kota Belud. Show all posts
Showing posts with label Umno Kota Belud. Show all posts

21 April 2013

Keahlian Lamsil Hamidsor daripada Umno Terlucut: Salleh Said

KOTA BELUD: Ahli Umno Lamsil Hamidsor, yang bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Parlimen Kota Belud terlucut keahliannya secara automatik daripada parti, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said.

Beliau berkata perlembagaan parti jelas menyediakan peruntukan kelucutan keanggotaan terhadap mana-mana ahli parti yang bertindak menentang parti, termasuk bertanding sebagai calon Bebas.

Sehubungan itu, Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud menyeru ahli dan penyokong parti supaya memberikan sokongan kepada penyandang, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dipilih mempertahankan semula kerusi berkenaan.

Beliau berucap pada perjumpaan bersama jentera Barisan Nasional (BN) di Kampung Sembirai, di sini Ahad.

Abdul Rahman menghadapi persaingan lima penjuru dengan Isnaraissah Munirah Majilis (PR), Jalumin Bayugoh (STAR) dan Kanul Gindol (Bebas) selain Lamsil.

Salleh yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan mengingatkan rakyat supaya jangan mudah terpedaya dengan pelbagai dakyah pembangkang.

"Kita perlu memberi kemenangan besar kepada BN bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat...kerajaan yang kuat saja mampu membawa kestabilan politik," katanya. 

21 December 2012

Anak Sulung Umno Sabah Dalam Bahaya?

TAJUK di atas adalah tajuk utama Free Malaysia Today (FMT) melalui entrinya pada 24/11/2012 lalu. FMT adalah portal berita milik Tian Chua Naib Presiden PKR dan MP Batu Wilayah Persekutuan.

Portal berita itu membuat kesimpulan demikian kerana Dr Jeffery Kitingan Pengerusi STAR Sabah mampu membuat ceramah di Kampung Tamau (kampung Iranun) dan Kg Lebak Moyoh (kampung Bajau) Kota Belud.

Alasan yang diberi penulis adalah pembangkang mampu mendobrak pertahanan utama Umno yakni suku Iranun dan Bajau yang merupakan bumiputera islam penyokong utama Umno.

Pada PRU-12 lalu, untuk pertama kalinya, calon-calon Umno kalah di peti-peti undi majoriti kaum iranun, manakala di peti-peti undi majoriti kaum bajau, perolehan undi cukup merosot sekali, kecuali dipeti-peti undi DUN Usukan; walaupun demikin, semua calon-calon Umno masih mempertahanan semua kerusi yang dipertandingkan.

Faktor utama penurunan jumlah undi daripada kaum Iranun dan Bajau terhadap calon-calon Umno bagi calon Parlimen dan Dun Tempasuk, kerana fakor Datuk Salleh Tun Said dan Tan Sri Pandikar yang tidak dicalonkan pada pilihanraya Umum itu.

Selain itu, faktor "perbalahan" antara USBO dan kepimpinan Musa yang masih panas ketika itu juga merupakan penyumbang kepada kemerosotan sokongan kaum bumiputra islam terhadap calon-calon Umno.

Usbo adalah organinasi rumpun Bajau dan dipimpin oleh Salleh dan Pandikar.

Mungkin disebabkan faktor-faktor yang berlaku terhadap pola pengundian pada PRU-2008 diambil oleh penulis FMT, sehinggakan penulis itu membuat anggapan, bahawa anak sulung Umno Sabah dalam bahaya.

Umno Sabah lahir di Kota Belud pada tahun 1991, apabila calon PRK DUN Usukan daripada Umno yang diwakili oleh Bapa Kemerdekaan Sabah Tun Datu Mustapha Datu Harun menang mengalahkan calon PBS Jap Omar (Jap kini telah menyertai Umno).

Kota Belud dihuni oleh tiga suku kaum, yakni Dusun-Kadazan, Bajau-Samah dan Iranun. Dusun Kadazan tertumpu di kawasan DUN Kedamaian dan kira 20 peratus pengundi DUN Tempasuk. Bajau-Samah pula majoriti di DUN Usukan dan 40 peratus di DUN Tempasuk. Manakala Iranun kira-kira 40 peratus di Dun Temapsuk dan 10 peratus di Dun Usukan.

Melihat keadaan politik semasa, Suara Rakyat tidak melihat, bahawa kedudukan Kota Belud sebagai tempat anak sulung Umno tergugut. Keadaan PRU-12, tidak akan berlaku untuk kaum bajau-samah mahupun Iranun. Mungkin pada kali ini, kedudukan kaum Dusun-Kadazan pula yang tergugut,

Kaum Dusun-Kadazan yang majoriti DUN Kedamaian dan 20 peratus DUN Tempasuk akan menentukan jumlah majoriti yang diperolehi calon Parlimen dan calon DUN Tempasuk. Manakala di DUN Kedamaian, kaum itu terpaksa membuat pilihan samada tetap dalam BN atau menjadi pembangkang di DUN Sabah.

Pada PRU-13, tidak wujud kebimbangan bagi Umno Kota Belud, Parlimen, Dun Usukan dan Tempasuk masih merupakan kubu kuat parti itu.

Terdapatnya mantan ahli-ahli Umno yang menyertai parti pembangkang, adalah ahli-ahli yang mempunyai rekod bertukar-tukar parti. Mereka ini, telah diketahui oleh ramai pengundi adalah individu-individu yang senantiasa mencari peluang dalam politik. Mereka merupakan pemimpin diri mereka sendiri, bukan pemimpin pada orang lain.

Anggapan pembangkang bahawa melalui penyertaan individu seperti Redzuan Sikah daripada Kampung Lebak Moyoh, mampu menggugat Umno, jauh api daripada panggang, demikian juga penyertaan individu-individu daripada suku kaum Iranun kepada pembangkang hanya melibatkan mereka-mereka yang memang tidak pernah menyokong Umno atau BN.

Bagi BN atau Umno, sesiapapun yang diletakkan sebagai calon pada PRU-13 akan datang adalah calon-calon yang boleh menang. Calon-calon itu boleh diterima pengundi, kerana mereka memang dekat dengan pengundi. Mereka telah turun padang, mengurus padang dan menyelesaikan masalah-masalah rakyat.

Di Dun Usukan misalnya, pemimpin yang semakin pasti dicalonkan adalah Ketua Bahagian Umno Kota Belud, Datuk Salleh Tun Said, yang diberi laluan oleh DUN sekarang- Datuk Japlin Akim. Japlin mungkin beralih ke Dewan Negara melalui perlantikan sebagai senator. Jawatan senator membolehkan dilantik sebagai anggota kabinet persekutuan.

Sementara di DUN Temapsuk pula, sudah pasti Datuk Musbah Jamli diberi peluang sekali lagi mempertahankan kawasan DUN itu. Musbah adalah pemimpin yang dekat dengan akar umbi, kerana sifatnya yang senantiasa berdekatan dengan masyarakat kampung.

Musbah masih mempunyai misi yang belum selesai, yakni Program Jelapang Padi dan Agropolitan serta memajukan agroindustri bagi kawasan Kota Belud.

Sementara Datuk Rahman Dahalan, walaupun dituduh sebagai orang luar bagi orang yang tidak mengenalinya, sebenarnya MP itu juga berasal daripada Kota Belud, walaupun masa kecilnya dibesarkan di Tuaran, jiran Kota Belud.

Pihak BN atau Umno tidak boleh kehilangan kehadiran beliau di Dewan Rakyat. Rahman bersama-sama Khairy Jamaluddin adalah ayam tambatan BN berdebat, menangkis isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang. Untuk sementara di pihak BN, hanya KJ dan DARD yang mampu berdebat dengan Lim Kit Siang mahupun Tony Pua atau Tian Chua, sehingga pemimpin pembangkang itu kehilangan modal untuk meneruskan ucapan.

Terserah kepada pucuk pimpinan, siapakah yang dicalonkan mewakli Umno di kawasan Kota Belud. Samada pucuk pimpinan mempertahankan status quo ataupun mengubahnya, Parlimen Kota Belud, Dun Usukan dan Dun Temapsuk tetap kubu Kuat Umno.

5 December 2012

Tidak Mudah jadi Pemimpin Kota Belud

Ada pemimpin,kerana ada yang dipimpin. Kalau pemimpin yang menganggap dirinya pemimpin, namun tiada yang dipimpin, ibarat makan sop ikan tidak bergaram. 

Iktibar perlu diambil pada persidangan parti Umno yang baru sahaja melabuhkan tirainya minggu lalu. Bayangkan lebih 500 ahli dan penyokong serta perwakilan berlepas dengan kapal terbang untuk mengahdiri persidangan itu. Pemimpin yang bertanggungjawab menghantar 'kontenjen"yang ramai itu adalah  Datuk Salleh, Datuk Musbah dan Datuk Rahman.

Sumbangan tiga pemimpin itu, secara tersirat sudah para ahli ketahui. Kos yang ditanggung untuk hadir pada persidangan itu, bukan hanya tikit kapal terbang, akan tetapi juga termasuk penginapan dan belanja makan minum.

Atas faktor itu, tidak mudah menjadi pemimpin Kota Belud. Keadaan ini perlu menjadi iktibar kepada mereka yang bercita-cita menjadi pemimpin Kota Belud; jika anda tiada kemampuan daripada segi ekonomi lupakan saja hasrat itu. Jangan cuba-cuba jadi pemimpin dahulu dan kemudian ekonomi akan kukuh kemudian, kerana cara itu, mencari peluang dengan menggunakan nama parti berserta ahli dan penyokongnya.

Rakyat kini sudah bijak. Di benak mereka, terpahat, bahawa sesiapa yang bercita-cita jadi pemimpin, sedangkan latarbelakang ekonominya tidak kukuh, difikiran mereka, bahawa individu itu hanya mencari peluang untuk cepat kaya. Mereka menyaksikan, bahawa sebelum ini seseorang yang hanya punya kereta proton, kemudian punya bermacam-macam kereta serta rumah yang hebat selepas menjadi Yang berhormat.

Keadaan politik kini, tidak seperti 20 tahun lalu, keadaan politik kini sungguh kritikal. Jika pun ada individu yang mampu menjadi pemimpin kerana cetusan daripada bawah, ertinya individu itu punya wibawa daripada semua segi mengatasi kebanyakan. 

Kita semua tahu, kebanyakan yang menganggap dirinya mereka "pemimpin" hanya menjadi pelengakap kepada organisasi, bukannya kerana kewibawaan atau kemampuan mereka. Kalaulah parti dibolehkan hanya diwakili seorang individu, pasti yang "lain-lain" tidak akan tersenarai.

Suatu hari nanti, jika semua ahli/penyokong atau rakyat berkampuan daripada segi ekonomi, maka pada masa itulah wujudnya pemimpin yang berwibawa, kerana pada masa dan ketika itu, pemimpin dilihat bukan sahaja daripada segi kemampuan kewangannya, akan tetapi ketokohannya.

Pada masa itu, tidak wujud lagi, istilah "tajaan" menghadiri sebarang persidangan baik yang menyeberang laut mahupun bukan, kerana mereka yang hadir adalah menyaja diri sendiri dan atas kemahuan diri sendiri. Pada ketika itulah akan berlaku keadaan seperti di Jepun atau Singapura, bahawa hanya mereka yang benar-benar berwibawa menjadi pemimpin. Fikir-fikirkan lah.

15 July 2012

Utamakan Parti: Salleh Said

KOTA BELUD, 15 Julai -- Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak meminta anggota Umno supaya memberi keutamaan kepada kesetiaan dan perpaduan bagi memastikan kelangsungan perjuangan parti.

Beliau berkata ini adalah penting kerana partilah yang akan membentuk kerajaan dan bukannya individu, demikian katanya semasa merasmikan persidangan bahagian Kota Belud hari ini, di Dewan Masyarakat Kg Botung.

Turut hadir, ADUN Tempasuk-Datuk Musbah Haji Jamli, MP Kota Belud-Datuk Abdul Rahman Dahalan dan ADUN Usukan-Datuk Japlin Akim.

Salleh yang juga Speaker DUN Sabah meminta agar ahli parti tidak menghianti parti dan menyeru agar semua pihak dan lapisan senantiasa setia agar supaya parti terus kekal memerintah.

Dalam mesyuarat itu juga, Umno Kota Belud menyatakan sokongan tidak berbela bagi kepada DS Najib Razak selaku Presiden Parti dan DSP Musa Aman sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri.

13 July 2012

Umno KB bersidang lagi

Persidangan kali ini, tiada pemilihan AJK, namun pertandingan kumpulan 7 tetap berjalan.

Diperkirakan perjalanan sidang sepertibiasa seperti persidangan sebelumnya, namun kali ini, agak luarbiasa sedikit, kerana persidangan kali ini, adalah persidangan terakhir sebelum PRU-13.

Diperkirakan amanat Ketua Bahagian Umno, akan berkisar kepada pemantapan saf untuk menghadapi PRU-13. Umno tidak mampu bergolak, kerana, pada kali ini, Umno berhadapan dengan ibu kepada pilihanraya. Untuk mengelak itu, faktor itulah yang menyebabkan pertandingan dalam parti ditangguhkan sehingga tahun depan.

Melihat kepada keadaan lapangan, Umno atau BN tidak berhadapan dengan masalah mempertahankan semua kawasan Kota Belud, asalkan calon yang diketengahkan adalah winnable candidate.

Ramai yang telah tahu, bahawa para pemimpin yang ada merupakan pertaruhan parti untuk mempertahankan kerusi-kerusi yang dimenangi BN pada beberapa PRU yang lalu.

Dun.8 Usukan, akan kembali kepada Datuk Salleh, selepas bercuti sejak tahun 2004. Manakala Dun.6 Tempasuk, masih lagi disandarkan kepada Datuk Musbah Jamli, memandangkan keupayaan beliau membangun kawsasan itu, melalui program-program kerajaan seperti Jelapang Padi dan Agropolitan.

Bagi kawasan Parlimen, apakah penyandang sekarang Datuk Rahman Dahalan akan mempertahankan kawasan Kota Belud? ataukah tidak? belum ada sesiapa yang mengetahui, walaupun keutamaan calon selalu diberikan kepada penyandang.

Rahman mempuyai pilihan, samada berhijrah atau mempertahan kerusi Parlimen Kota Belud; beliau mempunyai beberapa tempat seperti Tuaran atau Sepanggar, namun semua itu terletak kepada pucuk pimpinan, kerana tiada yang mampu meneka apa yang ada dibenak pucuk pimpinan.
 
Apa yang penting, bagi ahli-ahli parti-terima sajalah keputusan pucuk pimpinan, kalau tidak siapa lagi yang perlu diikuti.
 
Kestiaan kepada parti dan perjuangan amat penting berbanding isu peribadi, kerana perjuangan parti bermatalamat untuk membangun bangsa dan negara.
 
Berkorban sentimen peribadi, adalah suatu pengorbanan yang amat tinggi nilainya; kerana pengorbanan itu, akan dinilai bukan sahaja oleh pucuk pimpian malah rakyat jelata.
 
Pada PRU-12 lalu, para pemimpin utama Kota Belud telah berkorban dengan tidak bertanding, namun selepas PRU, mereka diberi peranan utama dalam arena kuasa dalam negara.
 
Yakinlah berkorban sentimen peribadi mempunyai balasan yang lebih hebat kepada suatu perjuangan. Fikir-fikirkan lah.
 



23 June 2012

Undi wanita penentu kemenangan: Salleh Said

Jumlah pengundi wanita yang melebihi separuh daripada daftar undi, merupakan faktor penentu kemenangan seseorang calon. Parti mana yang mendapat sokongan kaum wanita, maka parti itulah yang boleh menang.

Ketua Bahagian Umno Kota Belud, DSP Salleh Tun Said semasa merasmikan Juara Rakyat: Bulan Wanita & Keluarga bertempat di Dewan Tun Said Kota Belud hari ini, berkata peranan wanita sungguh penting dalam perjuangan parti, kerana atas sokongan mereka, parti akan terus teguh dan sukses.

Disebabkan peranan itu, kerja berpasukan sepertimana diamalkan kumpulan wanita supaya diteruskan, agar supaya mereka senantiasa kuat dan ampuh. Ibarat kata pepatah, lidi sebatang mudah dipatah, namun jika seberkas, maka terlalu sukar untuk mematahnya.

Wanita mempunyai peranan yang kuat untuk menangkis hasutan pembangkang, kerana sifat mereka yang dekat dengan rakyat. Untuk itu, kerjasama mereka kepada semua wakil-wakil rakyat BN adalah dituntut untuk mendapat maklumat-maklumat baru untuk tujuan disebarkan kepada akar umbi.

PRU-13 adalah sangat penting, kerana PRU itu merupakan ibu kepada semua PRU di negara ini. Melalui PRU itu, akan ditentukan apakah BN akan terus menerajui negara atau sebaliknya. Atas sebab itu, semua penyokong BN dan ahli-ahli parti BN, perlu berkerja keras termasuk kaum wanita, demi memastikan, agar BN terus menerajui kerajaan.

Hanya melalui kerajaan BN, segenap rakyat akan terbela. Kerajaan BN terus perhatin terhadap kesejahteraan rakyat, sehinggalah semua rakyat negara ini menjadi maju setanding dengan penduduk negara-negara yang telah maju.

Kawasan Kota Belud semakin membangun. Kewujudan Jelapang Padi, agropolitan, tempat-tempat pelancongan di kawasan itu, membuka peluang pekerjaan dan menjadi wacana untuk rakyat menambah pendapatan.

Kerja berterusan wakil-wakil rakyat BN yang senantiasa turun padang, untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat selain mendapat input untuk membuat perancangan, merupakan usaha murni. Atas sebab itu, kawasan Kota Belud dianggap sebagai kawasan pasti menang untuk calon-calon BN.

Usaha MP Kota Belud- Datuk Abdul Rahman Dahalan untuk menyelesaikan masalah airbersih, semakin beres, kerana 99 peratus, kawasan telahpun dipasang dengan paip-paip air, dan hanya menunggu air bersih untuk disalurkan.

Jelapang Padi dan Agropolitan, yang terus diperjuangkan oleh ADUN Tempasuk-Datuk Musbah Jamli, semakin membuahkan hasil. Proses penaman padi secara bersepadu seluas 800 hektar akan berjalan dalam sedikit masa lagi. Melalui usaha itu, diperkirakan, produktiviti sehektar akan meningkat sehingga 8ton/hektar.

Pembangunan untuk rakyat akan dapat diteruskan, jika kestabilan politik terus kukuh; apatah lagi, jika semua para pemimpin sepakat dan berganding bahu, sepertimana yang ditunjukkan oleh para pemimpin Umno kawasan Kota Belud. Tahniah.

17 April 2012

Datuk Salleh pasang Gear lima

Sekembali daripada umrah, Ketua Bahagian Umno Kota Belud, DSP Salleh Tun Said, turun padang dengan berbagai akiviti, apa kah itu aktiviti politik mahupun sosial, termasuk acara hiburan.

PRU-13 semakin diambang pintu. Semboyan telah dibunyikan, malah Tun Dr Mahathir memberi kenyataan, bahawa sekarang ini, ya sekarang, adalah masa yang sesuai mengadakan pilihanraya.

Bulan lalu, PM dan TPM habis mengelilingi negara, malah beberpa hari lagi Najib akan melawat Sabah, kemudian disusuli oleh Muhiyiddin.

Dalam perkembangan lain pula, setiausaha agong BN telah mengumumkan bahawa nama2 calon perlu dikemukakan kepada PM dalam masa dua minggu.

Melihat tindakan Ketua Bahagian Umno Kota Belud itu, nampaknya beliau akan menyertai pilihanraya kali ini.

Walaupun dilihat kepada kemampuan beliau, adalah sesuai bertanding di peringkat parlimen, namun tenaga beliau sangat diperlukan di peringkat negeri, bagi membangun negeri ini bergandingan dengan Ketua Menteri sekarang DSP Musa Aman.

Sebenarnya, gandingan Musa-Salleh, adalah harapan rakyat Sabah untuk membawa negeri ini ke puncak kejayaan. Gandingan Musa-Salleh, bukan sahaja menutup pergolakan politik dalaman, malah gandingan mereka mampu meredakan politiking di semua peringkat.

14 January 2012

Umno Kota Belud pasang "gear 5" menghadapi PRU-13

Kelihatan Salleh, Musbah, Rahman dan Japlin semasa mesyuarat tersebut.

SEMALAM Umno Bahagian Kota Belud bermesyuarat bagi persiapan menghadapi PRU-13.

Selepas Mesyuarat tersebut, Ketua Bahagian Umno Kota Belud merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri DSP Salleh Tun Said berkata, Umno Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman telah bersiap sedia menghadapi PRU-13, jika iapun diadakan secara mengejut.

Mesyuarat Umno Bahagian Kota Belud tersebut telah dihadiri oleh ADUN daripada Umno dan MP Kota Belud.

Pada PRU-12, Daripada 60 DUN yang dipertandingkan di Sabah, 59 dimenangi BN, sementara Parlimen, 24 dimenangi BN dan satu oleh DAP.

Sabah dianggap sebagai Simpanan Tetap.

26 November 2011

Kenapa Umno Kota Belud hilang gahnya?

TAHUN-Tahun kegemilangan Umno Kota Belud seperti tahun 2004 hingga PRU-12 lalu, cukup terkenang. Pada masa itu, sebarang majlis Umno pasti mendapat sambutan luarbiasa daripada segenap lapisan masyarakat.

Pada musim-musim itu, apabila ada sahaja pertandingan baik pemilihan kepimpinan Bahagian atau pemilihan G7, beratus calon menawarkan diri untuk bertanding. Yang jelas, masa itu Umno sangat terasa keberadaannya.

Mesyuarat Agong Bahagian misalnya, dilaksanakan secara hebat, sehingga pucuk pimpinan negeri mahupun pusat sangat teringin hadir untuk merasmikannya.

Namun selepas sahaja berlaku pergantian pimpinan bahagian, Umno Kota Belud terlihat sangat lesu, malah anjuran-anjurannya tidak mendapat sambutan.

Keberadaan Umno, baru timbul semula, apabila penganjuran "rumah terbuka" Umno sempena, Hariraya lalu, digabungkan antara para ADUN dan MP Kota Belud, dan pengajuran itu, diamanahkan kepada ADUN Tempasuk, Datuk Musbah Haji Jamli.

Sempena rumah terbuka itu, baru terasa keberadaan Umno semula, di mana suasana itu telah hilang sejak awal tahun 2008.

Kita perlu menerima hakekat, bahawa sokongan kepada sesebuah parti, apabila semua lapisan rakyat merasakan bahawa sesebuah parti itu senantiasa terasa keberadaan di kalangan rakyat. Rakyat akan merasa "hilang" sesuatu, jika tidak melihat keberadaan sesebuah parti itu, atas dasar itulah, parti yang dekat dengan rakyat itu akan mendapat sokongan yang hebat di kala pilihanraya.

Jangan lupa, bahawa setiap parti ada dua kategori penyokong, penyokong kekal dan penyokong yang perlu dirai.

Apabila, keberadaan sesebuah parti itu senantiasa dekat dengan rakyat, maka sungguh mudah mengekalkan penyokong kekal, malah mampu merai sokongan daripada penyokong yang perlu dirai. Namun, apabila keberadaan parti itu jauh daripada rakyat, maka ada kemungkinan penyokong kekalpun akan hilang, apatah lagi merai penyokong yang perlu dirai.

Umno Kota Belud merasakan keadaan di mana penyokong kekal, bukan sahaja tidak lagi menyokong, malah telah berlaku keluar daripada parti.

Kalau bukan ada komponen parti, maka penyokong BN itu akan terlepas kepada parti pembangkang. Keadaan ini berlaku, atas sebab kepimpinan Umno bahagian tidak lagi mengamalkan, bahawa sokongan rakyat terhadap parti berasaskan kepada usaha secara terus menerus kepimpinan parti, dan semua lapisan rakyat terasa keberadaannya.

Pemimpin sesebuah parti, tidak harus puas dengan jawatan yang diperolehi melalui parti, sebaliknya jawatan yang diperolehi itu, perlu digunakan mengembeling sokongan terhadap parti.

Akan tetapi hakekatnya, para pemimpin Umno Kota Belud, telah lupa bahawa jawatan yang diperolehi kerana parti itu, membuat mereka terbuai dan terpesona, sehingga lupa, bahawa penyokong kekalpun terpaksa meninggalkan parti buat selama-lamanya.

Satu kemuskilan daripada OKB, apakah semuanya ini adalah sandiwara untuk melemah kekuatan parti? atau ada udang dibalik mee goreng?

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels