16 March 2010

Kalau PRU-13 Esok Siapa Yang Bertanding Mewakili BN Untuk Kawasan Kota Belud

JIKA PRU-13 esok,apa kah ada perubahan status quo wakil rakyat kawasan Kota Belud?

Kawasan parlimen yang kini disandang oleh Datuk Rahman Dahalan, Usukan oleh Datuk Japlin Akin, Tempasuk oleh Datuk Musbah Jamli dan Kedamaian oleh Datuk Herbert Timbun Lagadan.

Berasaskan ketersepaduan para wakil rakyat kawasan Kota Belud, difikirkan adalah tidak patut mengubahnya.

Jarang sekali berlaku ketersepaduan antara wakil-wakil rakyat Kota Belud, hanya kali ini ketersepaduan itu sangat menyerlah.

Politiking antara wakil-wakil rakyat jarang kita dengar, yang kita dengar adalah kerjasama erat antara mereka. Ke-empat-empat wakil rakyat ini saling memerlukan antara satu sama lain, saling lengkap melengkapi, demi membawa apa sahaja pembangunan untuk kawasan Kota Belud.

Jika Herbert Timbun Lagadan ditugaskan untuk mengenal pasti rakyat miskin yang perlu diberi bantuan, YB ini telah senaraikan mereka melalui e-kasih atau disenaraikan oleh tindakan kementerian-kementerian tertentu baik negeri mahupun pusat.

Isu pendidikan misalnya diperjuangkan oleh ahli parlimen Kota belud, isu pembangunan infrastruktur oleh Japlin Akin dan pembangunan ekonomi oleh Musbah Jamli.

Ibarat satu sistem, ke empat-empat wakil rakyat ini merupakan satu sistem yang satu, mempunyai arah yang satu, mempunyai hala tuju yang satu, yakni membangun kawasan Kota Belud.

Syogianya lah pimpinan negeri yang di ketuai oleh Datuk Musa Aman dan pusat oleh Datuk Najib dan TS Muhyiddin, mempertahankan ke empat-empat wakil rakyat ini, se tidak-tidaknya se penggal lagi, demi menyempurnakan misi dan visi mereka.

Menukar di tengah perancangan dan pelaksanaan adalah sesuatu yang tidak sesuai, kerana melihat kemampuan seseorang wakil rakyat itu dalam masa sepanggal ada lah sukar.

Bisik-bisik mahupun secara terbuka, gandingan 4 wakil rakyat ini cukup jitu di kawasan Kota Belud. Memberi mereka kesempatan sepenggal lagi adalah kehendak majoriti rakyat kawasan ini.

1 comment:

rojokobog said...

Salam One KB,
Bagi saya siapa yang menjadi calon bagi ke empat-empat kawasan PRU ( 3 DUN, 1 Parlimen) Kota Belud tidak lah penting sangat, apa yang paling MUSTAHAK sekali calon yang dipilih dan memenangi kawasan tersebut berpihak dgn parti yang memerintah dan beliau amat prihatin dengan permasalahan rakyat khususnya akar umbi, soal pemantapan ekenomi akar umbi amat penting sekali demi untuk melahirkan generasi akan datang yang lebih berinovasi dan mempunyai kepelbagaian kepakaran, keperluan asas di ceruk-ceruk kampung amat diperlukan oleh penduduk kampung....sebagai contoh DUN USUKAN yang pernah diwakili oleh wakil rakyat yang mempunyai Jawatan tertinggi diperingkat Nasional dan Negeri, sepatutnya hanya tinggal 10% sahaja masalah yang timbul tapi sebaliknya bertambah parah pula, dimana silapnya, PERUBAHAN MENTALITI harus ditekankan dikalangan masyarakat...untuk akhirnya biar lah PARTI YG MENGUASAI KERAJAAN JGN KERAJAAN YG MENGUASAI PARTI.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels