18 August 2010

Akan ada tikam belakang lagi kah?

Semasa PRU-1990 tepat diambang pembuangan undi, PBS komponen BN Sabah keluar BN dan bersatu dengan Barisan alternatif (BA) pimpinan Tengku Razalegh Hamzah.

Para pemimpin PBS yang mendesak Pairin Kitingan agar PBS keluar BN antara lain Yong Teck Lee dan Bernard Dompok.

Alasan yang diberikan mereka, jika PBS kekal dalam BN ada kemungkinan besar calon-calon Cina PBS akan tewas kepada calon-calon pembangkang khasnya DAP. Alasan kedua adalah menurut pemerhatian para pemimpin PBS, bahawa BA dan APU mempunyai peluang untuk menguasai 50% kerusi parlimen di Semenanjung, kerana itu PBS adalah penentu kepada gabungan itu untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Dalam satu perjumpaan di Audotirum Yayasan Sabah yang dihadiri oleh Presiden S-46 Tengku Razalegh dan Setiausaha Agong DAP Lim Kit Siang dan sudah tentu Pairin sendiri, semasa berucap- Lim Kit Siang dengan nada cukup yakin.. telah mengistiharkan bahawa Tengku Razalegh ada "the next prime minster of Malaysia".

Namun tindakan PBS tersebut telah menyedarkan kaum melayu di Semenanjung, bahawa kuasa mereka akan punah, jika memberi peluang kepada BA dan APU. Benar juga, BA dan APU telah kalah teruk di Semenanjung.

Sebaliknya PBS menyapu bersih semua kawasan yang ditandinginya, dan PBS seterusnya membentuk kerajaan negeri.

Akibat tikam belakang PBS tersebut, maka UMNO masuk dan dirasmikan pada Februari 1991.

Pada PRU tahun 1994, UMNO-LDP-AKAR ternyata belum berjaya menumpaskan PBS, namun PBS hanya sebulan dapat bertahan setelah pilhanraya itu dan akhirnya tumbang apabila kehilngan majoriti di dewan undangan negeri disebabkan keluarnya Lajim Okin dan Robin Balang untuk menyertai UMNO.

Apabila PBS kehilangan kuasa, maka PBS terpecah tiga, yakni PBS-PDS-PBRS. PDS kini UPKO diketuai oleh Dompok, PBRS oleh Joseph Kurop.

PBS akhirnya diterima ke dalam BN pada tahun 2006.

Tindakan Dompok pada tahun 1990 kini berulang kembali apabila pada Ahad lalu semasa mersamikan Zon C bahagian UPKO menyalahkan Para pemimpin Umno yang mengelilingi presiden Umno tidak ikhlas untuk menjayakan konsep 1Mlaysia cetusan Najib Razak, Perdana Menteri ke-6 Malaysia.

Dalam blognya Timbalan pengerusi perhubungan umno negeri Salleh Said Keruk telah menyuarakan bahawa UMNO Sabah kesal dengan kenyataan seorang pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang membayangkan UMNO menjadi halangan kepada usaha mempromosikan konsep 1Malaysia.

Salleh Said Keruak menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan menegaskan UMNO Sabah benar-benar memahami dan komited sepenuhnya terhadap konsep itu.

"Oleh itu tidak perlu bagi presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok mempersoalkan sama ada UMNO memahami maksud sebenar atau semangat konsep 1Malaysia," katanya dalam blognya ssk.blogspot.com

Katanya sebagai menteri Kabinet pusat dan presiden parti komponen BN, Dompok seharusnya tahu UMNO komited sepenuhnya kepada konsep yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO.

Salleh berkata demikian ketika mengulas laporan media yang memetik Dompok sebagai berkata sama ada Najib akan dibenarkan oleh partinya dan mereka yang mengelilinginya melaksanakan konsep itu.

Dompok dilaporkan berkata demikian semasa merasmikan Konvensyen UPKO Zon C (Penampang, Kota Kinabalu, Sepanggar dan Putatan) di Penampang, Ahad lalu.

Pada konvensyen tersebut, pemimpin bahagian UPKO mengulangi rasa tidak puas hati berikutan permintaan pemimpin UMNO untuk mendapatkan lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum termasuk satu kerusi yang disandang oleh UPKO.

Mereka juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan masalah pendatang tanpa izin di negeri itu yang sudah berlarutan sekian lama.

Salleh berkata adalah menjadi kebiasaan bagi mana-mana parti politik menuntut bilangan agihan kerusi yang banyak tetapi akhirnya keputusan muktamad terletak di tangan pucuk kepimpinan BN.

Mengenai isu pendatang tanpa izin, Salleh, yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, berkata adalah tidak adil bagi memberi persepsi salah kepada rakyat bahawa kerajaan pusat dan negeri tidak berbuat apa-apa bagi menyelesaikan masalah itu.

"Jutaan ringgit dibelanjakan bagi pasukan keselamatan dan pembelian peralatan canggih untuk digunakan di sepanjang pesisir pantai bagi tujuan pengawalan dan pemantauan.

"Kita semua mahu isu ini diselesaikan. Biar jangan satu pihak sahaja mendakwa menjadi wira dalam usaha ini," katanya.

17 August 2010

Benar kah janji itu hutang?

Teringat kata seorang pensyarah semasa saya menutut dahulu: Janji itu Hutang! ringkas hanya satu perkataan, setiap janji adalah hutang. Setiap hutang perlulah dibayar.

Hutang kepada siapa sahaja perlu dibayar. Kalau hutang tidak dibayar maka namanya mungkir janji, kalau hutang pada bank, kalau tidak bayar adalah pasti bank akan minta siberhutang dimufliskan.

Demikian juga janji politik, setiap janji politik mesti dikotakan, jika tidak ianya menjadi asas kepada penolakan kepada sesiapa yang membuat janji itu.

Janji pemimpin apa lagi. Sebagai manusia dan invididu yang telah membuat janji, namun ingkar kepada janjinya, maka manusia dan individu itu tergolong manusia munafik.

Atas sebab itu jangan suka membuat janji jika tidak mampu menunaikannya.

Biasanya dalam dunia politik, pemimpin politik lah yang suka membuat janji. Atas sebab apa, agar pemimpin itu mendapat sokongan. Sokongan untuk mendapatkan tempat dalam dunia politik dan sekaligus kuasa.

Sebelum mendapat kuasa, pemimpin itu menabur 1001 macam janji, namun setelah mendapat kuasa yang diingini, maka janji hanya tinggal kenangan.

Malangnya apabila penyokong yang menyokong membangkitkan isu janji kepada pemimpin yang telah ada kuasa itu,maka si ponyokong pula dikatakan bermasalah kerana tidak berusaha memajukan dirinya.

Kenapa janji itu adalah utang! Kerana itu, janji harus dibayar!” Itu kan konsep Customer Satisfaction atau Kepuasan Pelanggan.

Ketika orang berpikir bahwa service adalah ”keramahan” atau ”senyum”, maka kenyataannya bukan begitu. Ada banyak orang yang berpikir bahwa service adalah ASS atau after sales service. Apalagi, di industri otomotif ada istilah ”3S” (sales, service, and sparepart)!

Kalau sudah begitu, erti service itu menjadi ”kecil”. Sebab, bahagian sales bertanggung jawab jualan produk. Service untuk ASS, sedangkan sparepart yang menyiapkan suku cadang. Padahal, pengertian service bukan seperti itu.

Menurut penyelidikan intensif yang dijalankan Leonard Berry, Valarie Zeithaml, dan Parasuraman, mereka menemukan bahwa elemen terpenting dalam service adalah reliability. Deliver what you have promised! Berikan apa yang Anda sudah janjikan!

Statemen pensyarah saya itu ketika itu bahkan lebih keras lagi yang mengatakan bahwa janji adalah hutang! Bererti, kalau Anda sudah janji, sudah langsung hutang! Padahal, waktu itu, CS masih istilah baru di dunia marketing.

Berusahalah selalu reliable atau memenuhi janji. Sebab, biaya memuaskan orang yang marah karena merasa tidak dipenuhi apa yang dijanjikan menjadi lebih mahal. Itulah bunga dari hutang yang harus dibayar! Pada saat ini saja, masih banyak orang hanya mengambil mudah soal janji, tetapi tidak bisa melaksanakan.

Kalau orang menunaikan janji ada tiga kebaikkanya: penyokong tidak akan berpaling tadah atau pelanggan tetap setia, para penyokong komited terhadap kemimpin sang pemimpin atau parti dan ketiga parti atau pemimpin tidak perlu bersaing atas sebab apa semuanya ada ( all gotten). Fikir-fikirkan lah.

16 August 2010

Empangan Kg Tambatuon Kota Belud

Projek Jelapang Padi Kota Belud tidak akan berjaya tanpa pembinaan empangan Kg Tambatauon Kota Belud.

Pada 30 julai lalu, Menteri Pertanian Persekutuan Noh Omar telah menyatakan bahawa projek tersebut perlu diteruskan, jika tidak Jelapang padi kota belud tidak akan berjaya.

Pembinaan empangan Kg Tambatoun sangat mustahak, kerana itu pengorbanan rakyat yang berada di kampung itu sangat di sanjung tinggi oleh rakyat yang menghuni sebahagian besar penduduk Kota Belud.

Projek Jelapang padi Kota Belud akan menguntungkan lebih 50 ribu penduduk, di banding penduduk kampung itu yang tidak mencapai 500 orang.

Akibat pembinaan empangan itu, penduduk yang terlibat akan ditempatkan semula ke kawasan yang sustanible dan menguntungkan mereka secara jangka panjang.

Penduduk kg Tambatoun akan diberi peluang seluas-luasnya dalam arus pembangunan dan ekonomi, ini bermakna melalui pembinaaan empangan di situ akan wujud keadaan menang-menang, di mana rakyat majoriti akan mengecapi tempias jelapang padi dan pada masa yang sama penduduk kg itu juga akan mengecapi pembangunan ekonomi.

Projek empangan itu akan menelan kos lebih RM450 juta dan kemungkinan akan bertambah apabila ianya akan bermula.

Pembinaan empangan tersebut mendapat bangkangan daripada parti pembangkang terutama SAPP dan NGO yang berafiliasi kepada kontra pembangunan.

Pandangan SAPP dan NGO-NGO tertentu adalah bermotifkan politik, sehingga mereka sanggup mengorbankan kepentingan rakyat yang lebih ramai.

Dalam proses pembangunan, rakyat perlu berkorban, kerana tanpa pengorbanan pembangunan tidak akan berjalan.

Kepada penduduk kg Tambatuon, cuba lah berfikir rasional dan ke depan, kerana melaluinya, maka Kota belud akan menjadi pemangkin ekonomi yang tersohor di negeri ini.

Beras adalah komoditi stratigik, kerana beras adalah makanan utama negara ini.

Ada lah dipohon kepada penduduk kg Tambatuon meredeka kan lah minda anda daripada dibelengu politik sempit parti pembangkang.

Wakil rakyat Kota Belud Datuk Rahman Dahalan mempuyai tugas berat untuk memberi penerangan kepada penduduk kg yang terlibat. OKB yakin melalui net working wakil rakyat itu, maka pada akhirnya penduduk kg Tambatuon akan menerima pembangunan empangan tersebut dengan tangan terbuka demi pembangunan Kota Belud secara keseluruhan.

14 August 2010

Tidak mudah menyatukan bangsa!!!!

Menyatukan bangsa untuk menuju pucak tidak mudah. Terlalu banyak ranjau yang perlu dilalui.

Ranjau bukan sahaja apa yang ada dihadapan, tetapi ranjau yang dalam bangsa itu sendiri.

Tepat 4.30 petang tadi di restoran citarasa kota belud telah berlangsung pertemuan kedua para pencetus ilham untuk mengwujudkan wadah baru menyatukan bangsa dan dijadikan asas untuk menuju puncak.

Walaupun kehadiran tidak memberangsangkan, namun agenda membentuk jawatankuasa penaja tetap dapat dilaksanakan.

Jawatankuasa penaja ini bukanlah bermaksud mewakili seluruh masyarakat iranun, namun hanya sebagai pengerak pertama. Tiada yang bermula,kalau tiada yang memulakan.

Jawatankuasa penyaja ini diketuai oleh Sdr Almudin Kaida dan timbalannya adalah sdr Roslan Haji Mansor.

Dalam perbincangan dan percambahan pendapat petang tadi telah disepekati bahawa melalui wadah baru ini, semua kesilapan para pemimpin iranun terdahulu dinoktakan sebaliknya hanya kebaikan yang diambilkira dan dijadikan asas untuk menuju pucak.

13 August 2010

Apabila gambar pengganti diri

Bulan puasa datang saja, pasti ada gambar besar dipampang di persimpangan jalan sebagai pengganti diri. Itu bagi pemimpin. Bagi rakyat biasa pada bulan puasa, bazaar ramadhanlah tempat pertemuan atau surau-surau atau masjid.

Lain pula kalau musim pilihanraya, apa jua pilhanraya, yang datang ada lah calon sekurang-kurang wakil calon, pengganti diri tak main. kenapa ya?

12 August 2010

PRU-13 kemana halatuju pengundi Kota Belud?

Pernah berlaku di Sabah. Tahun 1985 kekuatan parti Berjaya di bawah pimpinan Datuk Harris, tiada yang menduga boleh ditumbangkan.

Tahun itu boleh dikata parti Berjaya tiada saingan. Tiada parti yang menonjol demikian juga "figure" seseorang pempimpin yang boleh bersaing dengan Datuk Harris. Usno pada masa itu masih sebuah parti, masih layak bertanding dan masih komponen BN. Namun sandaran parti Usno hanya kawasan bumiputra islam, berjaya pula adalah multiracial parti. Ertinya berjaya menaungi semua kaum Sabah, termasuk bukan bumiputra-kaum cina.

Namun kemunculan parti bersatu sabah (PBS) yang ditubuhkan menjelang PRU-1985 itu berjaya menumbangkan berjaya. PBS menang 25 kerusi- Usno 17, Berjaya 6. PBS menang dengan majoriti mudah. Pada masa itu juga hampir berlaku huruhara, kerana Tun Mustapha dipangruhi oleh Datuk Harris agar ke istana untuk angkat sumpah sebagai Ketua Menteri. Namun berasaskan demokrasi, Musa hitam ketika itu sebagai menteri dalam negeri, merestui agar Datuk Pairin Kitingan di lantik sebagai Ketua Menteri.

Pada tahun 1985-Kota Belud hanya kehilngan Kedamaian, manakala Tempasuk dan Usukan masih berpihak kepada BN- Usukuan (usno)- Tempasuk (berjaya).

Namun tahun 1986- Tempasuk berjaya dimenangi PBS dan hanya pada tahun 1994 dimenangi BN melalui tikit AKAR- calonnya ada Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.

Pada PRU-13 akan datang ke mana kah halatuju pengundi Kota Belud?.. Kawasan Usukan.. pasti Umno yang menang.. Namun Tempasuk dan kedamaian adalah kawasan tidak selamat bagi BN.

Pada PRU-12 kaum KDM mengundi BN.. alasannya.. tiada sebab ikut rentak kaum bajau dan iranun di mana hampir 50% menolak BN.. alasan kaum KDM.. kawasan bajau dan iranun telah maju.. kawasan KDM terbengkalai disebabkan menjadi kubu pembangkang.

Selepas sahaja PRU-12, kawasan KDM Kota belud mendapat perhatian yang luarbiasa daripada para wakil rakyat yang ada. Jalan-jalan gravel telah bertar. Sumber air minum telah disambung. Sumber pendapatan telah dihamburkan di kawasan KDM. Pembasmian kemiskinan telah terarah di kawasan KDM. Ini bermakna, berbaloi juga para pengundi KDM di kawasan tersebut mengundi BN.

Perlu dingat.. siapa kata Datuk Mohd Noor Mansor dan Yapin Gimpoton tidak membangun Tempasuk dan Kedamaian? pada masa-masa kerajaan berjaya? Pada masa itu, boleh dikatakan kadar pembangunan bagi kawasan-kawasan tersebut terlalu cepat dibanding kawasan Usukan (disebabkan kawasan Usno).

Pun demikian, pada PRU-Sabah tahun 1985, Kedamaian jatuh ke tangan PBS sebagai parti pembangkang dan tahun 1986-giliran Tempasuk jatuh ke pangkuan PBS.

Apa kah senario ini tidak berulang pada PRU-13? Dalam politik semuanya boleh berlaku.

Pada masa kini ada ura-ura terutama di kawasan majoriti KDM, bahawa pada PRU-13 akan berlaku "tukar baju". Sebabnya mereka terasa muak dengan kelibat BN dan para pemimpinnya.

Masyarakat KDM tidak lagi mahu menyadarkan masyarakat mereka kepada kepimpinan Pairin atau Bennard Dompok apa tak lagi Joseph Kurup.

Bagi mereka kesemua pemimpin tersebut adalah pemimpin "yesterday" dan tindak tanduk para pemimpin tersebut hanya mahu mempertahankan kedudukan diri sendiri- mereka terlupa membela kaum mereka, disebabkan telah terbuai dengan kedudukan dan kemewahan yang mereka kecepai.

Jika senario ini benar-benar berlaku? siapa yang akan menjadi mangsa? para pengundi kah atau para pemimpin daerah Kota Belud? atau kah ada pemimpin yang ikut juga salin baju seperti yang lalu-lalu?

Dalam bisik-bisik wakil rakyat Tempasuk Datuk Musbah Jamli masih yakin bahawa undi KDM masih lagi kepada BN, atas sebab itu, jika beliau masih jadi calon mewakili BN, maka N6-Tempasuk masih dalam gengaman BN. Namun, jika calon lain yang akan dikemukakan, kemungkinan N6- Tempasuk akan bertukar baju. Penyebab kepada senario tersebut, mungkin keadaan pada PRU-12 akan berulang, yakni undi sabotaj dan protes.

Bagi Kedamaian, jika Herbert Timbun Lagadan masih dicalonkan, menurut akar umbi di kawasan tersebut, besar kemungkinan kawasan tersebut pasti hilang daripada gengaman BN- penyebabnya adalah- para pengundi kawasan tersebut telahpun memberi peluang yang secukup-cukupnya kepada Naib Presiden PBS itu, dan telah sampai masanya kawasan tersebut diwakili oleh pemimpin lain.

Senario ini mungkin telah dicium oleh pengarah BN Kota Belud- Datuk Salleh Tun Said.Ura-ura memperkenalkan sistem 2:1:1 adalah penyelesaian. Namun dalam sistem itu hanya melihat secara tersirat untuk menyelesaikan isu kaum antara bajau dan iranun, bukan penyelesaian kepada kaum KDM. Masalah KDM bukan hanya isu setempat tetapi secara keseluruhan. Kaum KDM mahu agar seluruh negeri dikuasai oleh parti yang condong kepada pembelaan kaum mereka termasuk agama anutan mereka.

Jika dilihat melalui tulisan-tulisan dalam blog, kebanyakan blog yang ada kaitan dengan KDM mengarah kepada "salin baju" pada PRU-13.

Apa kah gandingan Musa-Salleh dalam Umno berjaya menongkah arus itu. Atau kah Safie Apdal dan Pandikar perlu ikut sama? Jika kesemua pemimpin bumiputra islam tersebut bergandingan, siapa pula regu mereka di pihak KDM? yang menonjol ketika ini adalah Masidi Manjun (Umno), di pihak PBS siapa? Upko siapa? PBRS siapa? Ini lah yang perlu jawapan sebelum PRU-13.

11 August 2010

Solat tarawih dan fadhilatnya

Salam Ramadhan buat semua pengunjung-pengunjung Blog OKB

disini sedikit info sempenan bulan ramadhan untuk direnungi bersama....

Hukum solat Tarawih ialah sunat muakakad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurna bagi ibadat puasa yang wajib dan banyak pahalanya.

Sebagaimana yang diamalkan sendiri oleh Rasulullah SAW solat sunat Tarawih boleh dikerjakan dengan bersendirian ataupun secara berjamaah di masjid atai disurau. Telah sepakat pendapat ulama bahawa lebih afdal solat sunat Tarawih itu dikerjakan dengan berjamaah.

Rasulullah pada mulanya mendirikan solat sunat Tarawih di Masjid Nabawi dengan berjamaah. Pada malam keduanya baginda dapati sambutan begitu ramai dari para sahabat, sehingga baginda merasa bimbang kalau umat Islam kelak menganggap solat Tarawih itu sebagai wajib. Ternyata benar pada malam ketiganya menjadi bertambah ramai para sahabat yang berhimpun di Masjid Nabawi untuk mengerjakan solat sunat Tarawih berjemaah bersama Rasulullah SAW. Tetapi baginda tidak mahu hadir, kerana bimbang umat Islam akan menganggap ibadah solat itu sebagai wajib, bukan tidak mahu berjemaah.

Pada zaman pemerintahan khalifah Saidina Umar Ibnul Khattab, beliau merasa tidak senang hati melihat umat Islam berkelompok kelompok di sana-sini di dalam Masjid Nabawi mendirikan solat sunat Tarawih. Beliau lalu berusaha menyatukan mereka supaya mendirikan soalt sunat Tarawih itu dalam satu jamaah sahaja yang lebih besar dan bersatu, dengan diimamkan oleh seorang yang baik bacaannya.

Perubahan yang dibawa oleh Saidina Umar ra. itu tidak mendatangkan anggapan bahawa solat Tarawih itu sebagai wajib. Demikian juga bilangan rakaat dari lapan rakaat menjadi dua puluh rakaat tidak dianggap memberatkan mereka. Ini disebabkan pada zaman khalifah Umar ra., keadaan keilmuan agama telah semakin luas dan mendalam serta suasana masyarakat umat Islam telah stabil. Mereka telah cukup memahami bahawa solat Tarawih itu hukumnya sunat muakkad (sunat yang dituntut) bukan fardhu atau wajib. Demikian juga mereka mengamalkan solat sunat Tarawih dua puluh rakaat memandangkan faedah dan kelebihan pahalanya yang amat besar.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sekiranya ummatku mengetahui apa yang ada pada Ramadhan itu, sudah pasti mereka akan sentiasa mengharapkan agar semua bulan yang lain menjadi Ramadhan" (Hadis)

9 August 2010

Semerakan jati diri bangsa

Mengembalikan Jati Diri Bangsa iranun adalah harga mutlak yang harus dimiliki sebagai bangsa yang memiliki identiti.

Yang membedakan antara bangsa satu dengan lainnya adalah tergantung bagaimana suatu bangsa mampu mempertahankan ciri dan khazanah kebudayaannya sebagai kebanggaan dan kekayaan.

Jika melihat realitas saat ini, memang kondisi bangsa relatif sangat memprihatinkan. Dalam hal tertentu kita dituntut untuk berkompetisi dengan bangsa lain, seperti pentingnya mengejar kesamaan serta kemampuan di bidang teknologi dan informasi. Tapi dilain pihak justru kita harus mampu memfilterisasi dari apa saja pengaruh asing yang dapat mendegradasi nilai-nilai yang justru telah menjadi keunggulan dan keunikan yang tidak dimiliki oleh bangsa lain.

Untuk itu, Mengembalikan jati diri bangsa itu penting. Menjadi diri sendiri seebagai Bangsa iranun itulah pada intinya. Dalam artian nilai yang kita anut dan miliki tidak perlu kita ganti dengan hal-hal baru yang belum tentu baik bahkan jelas-jelas mengarah pada keburukan dan kehancuran bangsa ini. Semua itu semata demi tidak mempertaruhkan Jati diri bangsa.

7 August 2010

Irranun dan halatujunya

Petang tadi beberapa orang pemimpin irranun termasuklah Timbalan presdien PBS Encik Alimudin Kaida dan pemimpin veteran Tuan Haji Jabarkhan Napi telah berkumpul di Citarasa restoran, Kota Belud.

Ramai juga yang datang termasuk AJK Umno bahagian dan pemuda, beberapa pegawai kerajaan berketurunan Irranun juga datang. Selain itu, ada juga kontraktor dan peniaga turut juga hadir dan mengambil bahagian dalam sesi percambahan minda.

Setiausaha bahagian Umno Kota Belud Sdr Adlan Lunoh telah membuka mukadimah dan seterusnya perjumpaan itu dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PBS itu  dari permulaan hinggalah ke acara penutup.

Setelah percambahan pendapat didengar dan semua yang hadir tiada seorangpun yang terlepas memberi hujah dan pandangan, seperti mana anggapan generasi muda sdr Mohd Pkaruddin, bahawa pertemuan tidak rasmi itu, agak bersifat melepas “geram”.

Bagi OKB, sangat bersetuju dengan persepsi anak muda itu, kerana ada kemungkinan “percambahan” antara “pemimpin” irranun sudah lama tidak kedengaran, setelah PISBA sirna.

Semasa kewujudan PISBA pada tahun 90-an, suara-suara percambahan pendapat masih boleh terdengar, namun setelah persatuan irranun itu dimuktamadkan, maka hanya petang tadi ada pertemuan yang bersifat informal, namun boleh juga dikatakan formal, atas sebab itulah, kebanyakan hujah bersifat melepaskan geram.

Sebenarnya tiada yang dicari lagi pada masyarakt irranun. Dari segi pendidikan, ramai yang berpendidikan. Kerana adanya pendidikan maka berjaya dilantik ke jawatan tertentu dalam kerajaan. Dari segi ekonomi, ada juga suku irranun yang berjaya dalam segi ekonomi,namun jumlahnya yang sangat sedikit, kerana itu tidak ketara. Ertinya belum boleh disandarkan untuk membawa suku tersebut ke mercu kejayaan secara keseluruhan.

Dari segi politik, ada juga suku irranun yang berkerjaya dalam bidang politik, namun jumlahnya terlalu sedikit, malah sukar dilihat.

Titik pertemuan para pemikir irranun petang tadi adalah untuk menentukan WADAH bagaimana suku irranun yang sedikit itu menjadi mudah dilihat dan dengan meminjam kata-kata politik adalah menjadi PENENTU.

Sedikit kesimpulan daripada percambahan pendapat suku irranun petang tadi adalah- agar sesiapa sahaja individu daripada suku tersebut mendapat tempat baik dari segi jawatan, ekonomi mahupun politik, hendaklah memberi sumbangan kepada masyarakatnya. Jangan terbuai dengan semuanya semasa ada kuasa, kerana semuanya itu akan hilang apabila tiba masanya. Atas dasar itulah, mereka-mereka yang berkesempatan tersebut perlulah menampilkan pelapis, penerus dan hadiah kenang-kenangan kepada suku bangsanya.

6 August 2010

Sedikit mengenai parti Pas

Di bawah ini saya salin sebuah artikel tulisan bernas saudara Anuar Ibrahim berkenaan PAS. Elok rasanya dibaca untuk membuka minda kita semua.

1. PAS ‘mengamuk’ bila mereka dikatakan sesat oleh Dato Seri Shafie Apdal. Para ‘ulama’ PAS yang sebelum ini giat melabel UMNO sebagai sesat dan kafir ini tidak boleh menerima hakikat bila orang melabel mereka panggilan yang sama. Amukan PAS bukan main-main kerana mereka kini mengugut akan mengadakan solat hajat dan bacaan yasin jika Shafie tidak menarik balik tuduhan tersebut.

2. Melihat dari amukan PAS sehingga sanggup membawa yasin dan solat di dalam permainan politik, sudah cukup untuk mengesahkan betapa sesatnya PAS itu.

3. PAS adalah Parti Ajaran Sesat dan tidak layak sama sekali memakai nama Islam kerana akar permulaan PAS itu sendiri sudah bertentangan dengan Islam iaitu memecahbelahkan ummah yang sebelum ini bersatu padu di bawah satu bumbung.

4. PAS menanam sifat buruk ke dalam diri umat Islam di Malaysia seperti suka menilai dan menghukum sesama sendiri yang mana adalah hak Allah semata-mata. PAS membawa pendekatan mengukur dan mengira dosa pahala dan iman manusia lain di dalam kehidupan seharian. Ini menyebabkan umat Islam di Malaysia mula bersyak wasangka, tuduh menuduh serta bermusuhan sesama sendiri. Pendekatan ini juga menggalakkan sifat prejudis, takbur dan riak.

5. Akibatnya, masyarakat Islam di Malaysia menjadi masyarakat yang mementingkan kulit dan bukan isinya kerana terlalu bimbang dengan pandangan orang lain.

6. Bertitik tolak dari situ lahirlah generasi yang memakai tudung, bertudung litup tetapi rendah moral dan tidak beradab serta manusia keji yang berjubah ketayap, sembahyang tunggang terbalik tetapi sanggup merogol anak sendiri.

7. PAS sering melaungkan bahawa PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS. Fahaman ini jelas sesat kerana PAS hanyalah sebuah parti politik dan bukannya agama. Bila namanya politik, tidak boleh tidak ia tetap akan terpalit dengan kotoran. PAS telah dengan sengaja mencemar nama Islam dengan menamakan parti mereka dengan nama Islam.

8. Nama Islam tercemar dengan sifat pemimpin-pemimpian seperti Nik Aziz mahupun Hadi Awang bukannya berdakwah tetapi berpolitik. Kedua-dua manusia yang menggelar diri sendiri ulama ini bertungkus lumus siang malam bukannya untuk membuat kebajikan mahupun menyebarkan agama, tetapi seluruh hidup manusia berdua ini dipusatkan ke arah memenangi pilihanraya. Matlamat utama hidup mereka bukan kejayaan akhirat tetapi kuasa semata-mata. Mereka juga tidak malu untuk menanam sifat membenci terhadap musuh-musuh politik mereka.

9. Orang yang benar-benar berdakwah tidak perlukan kuasa memerintah untuk berdakwah. Dakwah boleh dilakukan di mana jua, malah lebih afdal jika dilakukan di kawasan pendalaman di mana Islam belum bertapak dengan kukuh. Jika konsep dakwah itu benar-benar diambil kira, siapa di antara ulama PAS yang pernah berdakwah dengan sebenar-benarnya? Semua Ulama PAS siang malam hanya bercakap mengenai politik sahaja.

10. Isu judi, arak, babi, wanita, Israel, Zionis malah liwat juga dimanipulasi sesuka hati oleh manusia-manusia yang menggelar diri mereka sebagai ulama ini. Mereka melakukannya tanpa gusar, tanpa kesal dan sedikit pun hati mereka tidak bergetar tatkala ‘menemui’ Allah lima kali sehari sedangkan mereka mengetahui apa yang benar dan apa yang tidak. Malah PAS juga langsung tidak gentar bermain dengan isu kafir sekalipun.

11. Hanya Muslim yang sesat sahaja yang sanggup menuduh orang yang mengucap syahadah sebagai kafir. Siapa yang tidak ingat akan fatwa mengkafirkan UMNO oleh Hadi Awang. Fatwa Hadi Awang ini akan tetap menghantui dirinya dan dia akan tetap dipertanggungjawabkan ke atas kehancuran rumahtangga dan nyawa yang melayang akibat dari berpegang kepada fatwa tersebut.

12. Rakyat Malaysia juga tidak akan lupa dengan kenyataan demi kenyataan sesat yang dikeluarkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat bahawa UMNO adalah parti assobiyah dan menyekutukan Allah serta mengasingkan agama dari politik. Nik Aziz juga pernah berkata bahawa Allah juga mencarut demi mempertahankan buku Shit tulisan Shahnon Ahmad. Kenyataan sedemikian berupa penyambung kepada ‘lidah’ syaitan selaras dengan kata-kata Nik Aziz sendiri yang menghalalkan bekerja dengan syaitan untuk mengalahkan UMNO.

13. PAS tersesat semakin jauh bila memilih untuk bersahabat dengan kafir harbi DAP yang terang-terangan menindas umat Islam di Pulau Pinang. Tidak cukup dengan itu, PAS juga bersahabat dengan sahabat Zionis iaitu Anwar Ibrahim yang bukan sahaja peliwat tetapi sanggup menandatangani perjanjian Annapolis Summit yang mengiktiraf negara Israel. Sehingga kini, PAS gagal membela umat Islam di Pulau Pinang dan langsung tidak berupaya membela umat Islam Palestin. Apa yang PAS mampu lakukan ialah memperlekeh usaha kerajaan, memfitnah, membuat bising serta membakar bendera.

14. PAS adalah pemangkin kehancuran umat Melayu Islam di Malaysia apabila mereka bersekongkol dengan DAP yang memusuhi Melayu serta PKR yang bersahabat dengan musuh Islam. Walaupun mungkin ada lagi dari para penyokong PAS yang menafikan bahawa mereka menyokong DAP, tetapi hakikatnya satu undi untuk PAS adalah juga satu undi untuk DAP kerana kedua-dua parti itu bersatu di bawah ikatan Pakatan Rakyat.

15. Orang berpolitik mereka pun nak berpolitik. Mungkin kerana seronok disanjung oleh penyokong serta bangga memegang kuasa, para pemimpin PAS ini terus bermain politik walaupun mereka sebenarnya tidak punya ilmu yang cukup untuk mentadbir apatah lagi memerintah negeri jauh sekali negara. Kedua-dua negeri yang dikuasai PAS iaitu Kedah dan Kelantan mengalami keadaan beku atau statik di mana tiada kemajuan langsung selain dari yang telah dilaksanakan oleh kerajaan pusat. DAP sedar Kelantan mundur dala serba serbi cuma orang PAS sahaja yang perasan Kelantan sebagai paling maju di Malaysia.

16. Semua ini adalah bukti kesesatan PAS. Sesatnya PAS adalah terlalu jauh dan sukar sekali untuk mereka kembali ke pangkal jalan. Sebagai saudara seagama, kita tidak putus asa berdoa agar PAS kembali ke pangkal jalan sebelum agama, bangsa dan negara kita hancur akibat dari kesesatan.

4 August 2010

Juara rakyat, bersama rakyat yang lesu

Majlis bersama rakyat Kota Belud yang dihadiri Datuk Noh Omar, Datuk Musbah Jamli, Datuk Japli Akim. Sambutan rakyat terhadap majlis ini sungguh dingin, ekoran pengajuran yang di ketuai Jap Omar yang kurang berkesan. Belanja pengajuran majlis tersebut mencecah RM 180,000.00.(Gambar atas). Sementara gambar tengah adalah majlis juararakyat yang berlangsung pada 29 Julai 2010 di dewan Tun Said Kota Belud. Pemimpin yang hadir termasuklah ADUN Usukan dan Ketua Bahagian Umno Kota Belud Datuk Salleh Said Keruak.

Gambar bawah adalah majlis juararakyat anjuran Datuk Tawfik Titingan di Tawau. Majlis tersebut dihadiri oleh lebih 5000 rakyat.

1 August 2010

Ada kah pemimpin Kota Belud parasit? jika ada Siapa?

Sedutan daripada blog Datuk Salleh "Kita sebagai pemimpin perjuangan bangsa harus menampilkan nilai-nilai dan moral politik yang luhur, telus dan ikhlas. Amalan politik “lempar batu sembunyi tangan” hendaklah dielakkan kerana ia boleh melahirkan “parasit” yang akan membunuh seluruh sistem perjuangan."

Bagi OKB keluhan Ketua Bahagian Umno Kota Belud ini mungkin ada asasnya. Jika keadaan ini tidak berlaku, tidak lah mungkin sebagai mantan ketua menteri dan sekarang ini memegang jawatan penasihat sains dan teknologi kepada ketua Menteri Sabah, sanggup melontarkan pandangan demikian.

Kota Belud adalah kawasan unik. Cara berpolitikpun unik. Amalan politik Kota Belud, sejak sekian lama penuh dengan warna-warni. Jarang benar, politik Kota belud tidak ditandai pelangi.

Politik Kota Belud jarang ada yang to the point. Politik Kota Belud, penuh dengan rasa dendam, jatuh menjatuh.

Politik Kota Belud penuh dengan kesukuan. Lihat sahaja, bagaimana kaum minoriti jarang ada peluang untuk diketengahkan. Kalaupun ada, hanya kebetulan. Dan yang diketengahkanpun, bukannya ada apa-apa.

Pada masa kini, politik kesukuan ini cuba diminimakan, namun masih ada pemimpin yang masih membangkitkan soal-soal kesukuan, soal-soal sejarah dengan tujuan meminggirkan sesama pemimpin dalam pasukan atau perahu yang sama; mungkin inilah yang dimaksud oleh Salleh sebagai parasit politik?

Malah Salleh menzahirkan bahawa amalan lempar batu sembunyi tangan dan parasit politik telah dibuktikan oleh sejarah. Dalam sejarah; sikap berkelompok-kelompok mudah mewujudkan fitnah dan boleh mencetuskan perpecahan dan kehancuran.

Jadi, jika ingin menjadi pemimpin, maka bersedialah menjadi penyokong, kerana suatu hari nanti kita juga perlu disokong.

Jadilah penyokong yang setia, jangan pula sokong membawa rebah. Namun, ada juga pemimpin daerah ini yang hanya mahu disokong, apabila penyokong mahu disokong, maka berbagai dalih dan alasan dikemukakan. Penyokong yang mengharap sokongan terpaksa melutut, bagaikan pengemis, pun demikian, sokongan tidak kunjung tiba.

Seorang kawan berborak dengan OKB sebelum tulisan ini ke udara. Kawan itu menceritakan pengalaman pahitnya berhadapan dengan para pemimpin Kota Belud.OKB kenal benar kawan satu ini, dia memang pejuang bukan sahaja masa, tenaga malah harta benda, namun pada masa ini, kawan ini hidup merimpat tanpa batuan atau sokongan daripada pemimpin yang pernah disokongnya. Malah satu ketika, kawan yang dimaksudkan pernah berbulan-bulan mengejar-ngejar pemimpin yang disokongnya, kerana telah dijanjikan bulan dan bintang. Akhirnya, wang KWSP yang telah dikeluarkan semuanya sirna, janji tinggal janji. Kawan itu kini tiada harapan lagi.

Nasihat kawan itu kepada OKB, jangan lah bergantung harap, siapakah saudara? kenapa pemimpin itu mahu bantu saudara?

OKB juga teringat kisah seorang kawan.Kata kawan tersebut, sebelum ini ada seorang wakil rakyat yang beria-ia sangat nak tolong kawan, sebab apa nak tolong, kerana kawan tersebut merasakan bahawa YB yang satu ini yang dapat tolong, atas sebab apa? kerana YB ini kononya adalah jenis YB yang mudah menolong, atas propaganda tersebutlah, kawan ini cuba mendapatkan pertolongan. Pertolongan bukan mahu meminta wang ringgitnya, namun meminta pertolongan kuasa yang ada pada YB berkenaan. Namun kata kawan tersebut, kini sudah genap setahun pertolongan yang sangat diharapkan tidak kunjung datang.

Jika dahulu YB itu mudah menjawab panggilan katanya; kalau pun tidak ontime menjawab, maka akan membalas panggilan. Namun kini, semuanya itu sirna, mungkin YB itu telah merasa secure, kerana YB itu tahu, bahawa politik Kota Belud adalah politik wang begitulah komen kawan itu.

YB itu yakin jika masih dipilih sebagai calon, maka wang ada akan ditabur, sudah tentu, YB ini akan menang lagi. Jika bertanding jawatan parti, maka wang juga akan ditabur, maka menang lagi. Kesimpulannya bagi YB yang satu ini, untuk berkuasa, maka perlu wang. Wang akan menentukkan segala-galanya. Bagi YB satu ini istilah "Apabila kita mengharapkan sokongan dari orang lain, kita juga harus terlebih dahulu atau sedia menyokong orang lain" tidak jalan, tiada dalam kamusnya.

Parti seharusnya tampil sebagai ejen perubahan sikap, budaya dan sosial. Pengurusan dan pentadbiran yang cekap, cepat dan tepat hendaklah menjadi amalan, baik dalam pentadbiran kerajaan mahupun pengurusan politik bukan matalamatnya, matalamatnya adalah bagaimana mengumpul wang banyak untuk mencipta kuasa. Power given by money!!! demikian pengakhir keluhan kawan juga teman OKB itu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels