SATU persoalan besar yang perlu dijawab, Sultan Jamalulul Kiram, 76 yang papa kedana, sanggup membeli persenjataan yang banyak, sanggup menyediakan keperluan logsitik untuk menceroboh Lahad Datu, sedangkan rawatan dialisis buah pinggangnyapun dibiayai oleh kerajaan Filipina.
Laporan perisik Manila yang disiarkan oleh Inquirer News dan The Manila Times baru-baru ini mengsahkan bahawa dalang pencerobohan Lahad Datu adalah pihak pembangkang negara, dan nama Anwar Ibrahim turut dikaitkan.
Malah kerajaan Filipinapun tercari-cari siapa yang sebenarnya mengirimkan ratusan orang Sulu ke Lahad Datu, Sabah. Ini kerana, biaya untuk menyewa kapal feri demi mengirimkan mereka tidak murah. Selain itu Presiden Filipina juga mengakui ada dana besar yang membiayai mereka dari Tawi-Tawi ke Sabah.
Tujuan dalang ini memang bermotifkan politik terutama menjelang PRU-13. Dalang itu tahu betul, bahawa kawasan Pantai Timur Sabah adalah bank Votes kepada Barisan Nasional. Dari segi politik, sukar bagi pembangkang menembusi Pantai Timur, termasuk kawasan yang mempunyai separuh penduduk kaum cina, seperti Sandakan dan Tawau.
Cara mudah untuk mengubah lanskap sokongan adalah membangkitkan emosi, marah dan dendam. Kini, selepas kejadian tembak menembak, kerana pencerobohan itu, yang mengakibatkan terkorbannya anggota keselamatan dan penceroboh sendiri, maka mudah bagi dalang itu membangkitkan emosi suku suluk.
Memang, persatuan suku suluk yang bermastutin di negara ini membuat kenyataan akan senantiasa menyokong kerajaan Bn, namun disebalik itu, perasaan suku kaum tidak mungkin diselami sepenuhnya oleh persatuan itu. Rambut sama hitam hati lain-lain.
Tujuan dalang kepada pencerobohan Lahad Datu adalah untuk melonggarkan sokongan kaum suluk terhadap Bn, hanya itu, walaupun terpaksa mengorbankan nyawa.
Matalamat dalang itu, dicapai kerana ada yang sanggup melaksanakannya, iaitu kumpulan Jamalul Kiram III. Bagi mereka, nothing to lost dalam pengelibatan mereka dalam konspirasi ini, walaupun melibatkan nyawa kumpulan mereka, kerana tujuan mereka adalah survival dari segi kewangan, manakala motif dalang itu survival dalam politik.
Tiada yang boleh menafikan, bahawa krisis Lahad Datu khasnya dan Pantai Timur Sabah amnya, yang diuntungkan adalah pembangkang, termasuk dalang itu.
24 comments:
Sultan Jamalulul Kiram sendiri mengaku bahawa beliau merupakan Sultan yang termiskin.memang wajar dipertikai bagaimana beliau boleh membiayai tentranya untuk menceroboh Sabah dalam keadaan kewangan yang tidak baik.
Presiden Filipina, Benigno Aquino berkata, terdapat tanda-tanda yang jelas wujudnya konspirasi dalam tindakan Jamalul Kiram III dan para pengikutnya menggunakan kekerasan dalam tuntutan mereka ke atas Sabah.
Presiden itu berkata, beliau tidak buta kepada tanda-tanda yang menunjukkan konspirasi dalam ketegangan berterusan itu.
Aquino kemudian memberitahu pemberita bahawa beliau telah menerima laporan perisikan dan pihak berkuasa negaranya sedang memantau “orang berkepentingan” dalam isu Sabah.
Aquino berkata, semua individu yang bersetuju dengan tindakan Jamalul Kiram dilihat mengulangi baris-baris kata yang sama berulang kali.
Beliau juga menyatakan bahawa Jamalul Kiram perlu membelanjakan sekurang-kurangnya 100,000 Peso (RM7,611) sekiranya mahu menyewa satu bot besar bagi membawa pasukannya ke Lahad Datu.
Beliau berkata, keluarga Kiram menggunakan dua bot besar dan sebuah bot laju untuk membawa pengikut mereka ke Sabah.
Aquino menzahirkan Jamalul Kiram tidak mampu membiayai operasi seperti itu.
Malah katanya, Jamalul Kiram yang menghadapi masalah buah pinggang, terpaksa menerima sokongan kewangan dari Philippine Charity Sweepstakes Office (PCSO) untuk melakukan rawatan dialisis dengan kerap.
“Dana untuk makanan, wang yang ditinggalkan, kumpulan yang disepadukan, kritikan yang senada, semuanya berarah kepada satu konspirasi,” katanya.
Aquino menegaskan beliau bukan bercakap tanpa bukti dalam tuduhannya bahawa wujud konspirasi dalam isu pencerobohan di Sabah.
Aquino menambah, beliau telah bercakap dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata rundingan dengan kumpulan Jamalul Kiram tidak mungkin akan diadakan selepas kematian komando polis Malaysia.
Dalam satu kenyataan, Aquino memberitahu, Jamalul Kiram, salah satu daripada pihak yang menuntut Kesultaan Sulu, bahawa adalah tidak munasabah untuk meminta kefahaman “apabila anda meletakan pistol di kepala saya”.
Rakyat harus menyokong dan berdiri teguh di belakang kerajaan yang mementingkan keselamatan negara seperti dibuktikan oleh Kerajaan Pusat dalam Operasi Daulat di Lahad Datu.
kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah memandang remeh aspek keselamatan dan akan mempertahankan kedaulatan negara dengan kemampuan yang ada.
Dalam soal kedaulatan, kita mesti mempertahankannya dengan segala kekuatan yang ada. Kekuatan dimiliki kerajaan bukan sekadar memiliki pasukan keselamatan seperti polis dan tentera.
Kekuatan hakiki sebenarnya adalah apabila rakyat berdiri teguh di belakang kerajaan yang mempertahankan negara
rakyat pasti tidak dapat menikmati kesejahteraan, kehidupan dan pembangunan sempurna jika tidak wujud keamanan.
Bagi mana-mana manusia, ada beberapa perkara yang menjadi asas kepada kehidupannya iaitu api, air, pekerjaan, kesihatan, pendidikan dan juga keinginan memiliki rumah yang sempurna. Tetapi ia bukan segala-galanya jika tiada keamanan dalam negara. Tanpa keamanan segala-galanya tidak mungkin kita kecapi
kerajaan yang mampu mengekalkan keamanan dan perpaduan dalam negara dapat menangkis sebarang ancaman untuk menggugat masa depan negara.
kejadian di Lahad Datu dan Semporna adalah antara contoh bagaimana kerajaan mempertahankan keselamatan rakyat dan negara.
Jika aman, banyak pilihan untuk rakyat tetapi jika susah seperti di Lahad Datu dan Semporna hanya yang melalui ancaman itu faham.
Bagi yang tidak melalui kesukaran itu, tentu tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan terpaksa dilalui serta keperitannya
Kita masih dapat memelihara keamanan dan berdepan ancaman bila negara ada kekuatan dan bersatu.
kita tidak akan berkompromi dalam hal berkaitan kedaulatan dan keselamatan negara
Post a Comment