Saudara Abdul Nadin Haji Sahiddin (Nad) mengembara ke pulauan Riau, Tanjung Pinang semata-mata mencari jejak-jejak Raja Tempasuk. Kenapa demikian, kerana menurut ceritanya Tempasuk, kini Kota Belud adalah kilang pemimpin.
Sesiapa yang berumur 40-an warga Kota Belud, pasti tahu siapa Tun Mustapaha Datu Harun, pasti tahu siapa Tun Said Keruak, pasti tahu siapa Datuk Mohd Nor Mansor,siapa Datuk Salleh Tun Said, Siapa Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.
Kenapa sebahagian besar kawasan Kota Belud berserta penduduknya masih miskin, malah masih tergolong miskin tegar.
Tanyakan kepada penduduk ini kenapa memilih tempat yang jauh dari pusat pentadbiran? kenapa memilih ceruk-ceruk untuk perkampungan? kenapa memilih bukit bukau untuk didiami?
Masa lampau, kehidupan penduduk bersifat pindah randah. Tujuannya mencari tanah subur untuk diteroka. Bagi yang suka laut, maka pesisir pantai lah jadi tumpuan. Bagi yang suka memburu, maka hutan belantaralah jadi pilihan.
Dalam era komunikasi ini, maka terbeliak mata lah melihat orang-orang yang telah maju melalui kaca-kaca TV. Orang maju telah menyenaraikan keperluan asasnya. Air bersih, tenaga litrik, jalan-jalan yang elok, untuk kenderaan lalu lalang, rumah yang sempurna, tempat membeli belah dan tempat riadah.
Melihat keperluan orang yang telah maju itu, ditambah ilmu pendidikan yang telah dikecapi maka dengan tangkas, penduduk yang terbiasa dengan keadaan asal, mula mengeluh, mula bertanya, kenapa itu semua tiada di kampung ku?
Keperluan asas (air bersih, litrik, jalan raya dan sumber pendapatan) ingin juga dinikamti, namun, penduduk sampai bilapun tidak mungkin dapat mengwujudkannya. Hanya kerjaan yang boleh, kerana kerajaan yang ada wang. Pengadaan keperluan asas semuanya perlu wang, bukan sedikit jumlahnya, tetapi berjuta-juta.
Kerajaan boleh mengadakan itu semua jika perancangan ada. Perancangan dari siapa? tentunya wakil rakyat. Wakil rakyat adalah mata dan telinga kerajaan di kawasan yang dia wakili.Wakil rakyat dibantu oleh aparat kerajaan, seperti pejabat daerah, JKR, jabatan pertanian dan jabatan-jabatan lain.
Wakil rakyat perlu mempergunakan semua agensi kerajaan di kawasannya untuk merancang, menterjemahkan yang dirancang itu menjadi kenyataan. Jika wakil rakyat kurang mempergunakan semua itu, maka hasilnya, apa yang nampak di daerah Kota Belud.
Ramai yang mengatakan daerah Kota Belud miskin, termasuk lah OKB. Kenapa miskin, kerana jika kita melihat kawasan lain, maka apa yang kita perolehi di kawasan lain itu tidak terdapat di Kota Belud. Jika kita biasa tinggal di Kota Kinabalu, maka apabila pulang ke Kota Belud, maka semasa mandi, badan bukan segar, namun terasa gatal dan bau badan terhidu anyir.
Jika di waktu malam, kita tidak biasa lagi memandang kegelapan malam, kerana itu, terasa sekali kekurangan itu.
Di waktu malam di kala tidur, terlalu sukar melelapkan kerana panas, mahu berkipas tiada litrik, mahu minum malam, terpaksa pasang kayu api di dapur kayu, terlalu sukar dan perlu masa.
Melalui keadaan itu lah, bagi orang Kota Belud yang biasa tinggal di bandar akan terasa bahawa Kota Belud terutama di perkampung iranun dan dusun mereka merasa berada di suatu tempat yang belum dijamah oleh pembangunan.
Salah siapa? seperti mukadimah tulisan ini, siapa suruh memilih tinggal di ceruk-ceruk, di mana jin-jin bertandang? Jawapannya, seperti di awal tulisan ini, sifat orang-orang primitif adalah berpindah randah semata-mata untuk mencari kehidupan. Atas sebab itu, taburan penduduk Kota Belud bertaburan.
Allahyaraham Tun Mustapha dan Tun Said dengan kuasa yang ada, walaupun bertapak di Kota Belud sekian lama, namun mereka tidak mampu membangun Kota Belud. Mereka meninggalkan penduduk yang daif dan miskin.
Setelah kepimpinan kedua-dua mantan Ketua Menteri Sabah itu berlalu, maka generasinya menggantikannya. Anak Tun Said, Datuk Salleh beberapa penggal menjadi wakil rakyat Kota Belud, malah sempat menjadi Ketua Menteri selama 18 bulan. Demikian juga satu-satunya wakil rakyat iranun, Tan Sri Pandkiar, pernah menjadi menteri di peringkat negeri dan pusat, pun juga pembangunan Kota Belud masih mandek sehingga kini. Kenapa?
Seperti di awal tulisan ini, wakil rakyat tidak punya wang untuk tujuan pembangunan, yang ada wang adalah kerajaan, kalau ada sense of profit, maka swasta akan terlibat, kerana swasta juga punya wang.
Wang kerajaan akan mengalir jika ada perancangan, paper work yang boleh membawa pulangan kepada si pemberi wang.Pertanyaannya ada paper work kah untuk membangun Kota Belud.
Tahun 1999 ada paper work yang berkaitan dengan jelapang padi. Kerana paper work itu diterjemahkan kepada perancangan, maka akhirnya menjadi kenyataan. Sekiranya banyak paper work seperti jelapang padi itu, sudah tentunya pembangunan Kota Belud semakin rancak.
Paper work hanya boleh dihasilkan oleh mereka yang ada pengetahuan. Paper work tidak mungkin dihasilkan oleh pemimpin akar umbi yang kurang pengetahuan dan pengalaman yang selamanya mejadi penyokong, dan selamanya menjadi nadi parti politik. Kita saksikan, di peringkat bahagian UMNO Kota Belud, semua berbicara dengan sendirinya.
Pemimpin politik dikelilingi oleh manusia-manusia yang berbicara dengan sendirinya, kerana itu, paper work yang boleh diterjemahkan kepada perancangan tidak mungkin wujud, kerana itu lah Kota Belud senantiasa berada pada tahap sekarang, masih ramai penduduk yang tinggal di rumah gubuk, tanpa air, tanpa lampu.
Pemimpin politik, tidak suka dikelilingi oleh bijak pandai dan berpengatahuan dalam pendidikan, kerana takut, kepintaran mereka tersanggah.
Atas sebab itu lah walaupun Kota Belud adalah kilang pemimpin, namun keadaan penduduknya masih tergolong miskin dan daif. Tetapi ada tapinya, kedaifan dan kemiskinan itu penentu kemenangan parti pemerintah, buktinya yang terbaru adalah PRK Batu Sapi.