7 March 2012

8 Mac 2012 genap empat tahun usia PRU-12

Esok 8 Mac merupakan tarikh PRU-12 yang diadakan pada tahun 2008. Tarikh 8 Mac yang jatuh esok menandakan bahawa usia PRU-12 telah genap 4 tahun.

Biasanya PRU di Malaysia tidak melangkau 5 tahun, ini bermakna PRU-13 akan tiba bila2 masa.

Umno telah meminta semua jenteranya hendaklah memasang "gear lima" bagi menghadapi PRU-13.

Bagi kawasan Kota Belud, telahpun memulakannya sejak pertengahan Januari lalu, apabila BN P.169 Kota Belud telah memulakan mesyuarat.

Selepas itu, telah diadakan majlis makan malam P.169 Kota Belud, yang dihadiri oleh pemimpin akar umbi komponen BN-Sabah, bagi kawasan Kota Belud.

Dalam pilihanraya, rakyat adalah pengadil/penentu/pemilih yang mencorakkan kerajaan yang bakal dipilih. Sementara para pemimpin hanya sebagai perantara/konduktor yang melaksanakan mesej parti dan dipersembahkan kepada rakyat.

Konduktor yang terbaik, sudah tentu mendapat penerimaan dan sokongan yang ramai, dan sudah tentu akan menang dalam pilihanraya.

Para pemimpin BN kini berhadapan dengan mesej pembangkang yang berbentuk retorik. Berbagai janji ditaburkan, sehinggakan kalau tidak dianalisa dengan baik, bangkaipun boleh hidup semula.

Sebaliknya para pemimpin kerajaan melaksanakan apa yang boleh dilaksanakan, berasaskan kepada fakta. Misalnya bantuan BR1M, kerajaan melaksanakannya, pemberian RM100 bagi pelajar tahun satu hingga tingatan lima, dan pemberian baucer buku RM200 kepada mahasiswa.

Bagi Sabah, pembangkang dalam Pakatan Rakyat misalnya, kalau berjaya menduduki Putrajaya, dalam tempoh 100 hari, akan menghapuskan bayaran tol di Semenanjung (ertinya hanya rakyat semenanjung yang untung), menurunkan harga minyak, entah berapa sen yang mahu diturunkan, memberikan 20% royalti minyak kepada negeri2 pengeluar minyak, menghapuskan PTPTN. Kalau dikira-kira, kerajaan akan kehilangan RM40bilion dalam masa 100 hari Pakatan memerintah.

Tindakan Pembangkang ini, sebenar tidak langsung menyumbang kepada kesejahteraan rakyat. Sebaliknya, tindakan itu akan mengurangkan dana untuk pembangunan infrastruktur.

Jalanraya perlu diselenggara, untuk itu memerlukan kos. Jika bayaran tol dihapus, maka kerajaan terpaksa mengeluarkan dana untuk penyelenggaran. Dari mana kerajaan dapat wang? Cukai? cukai kenderaan, cukai perniagaan, cukai pendapatan individu, cukai import, cukai export, ini lah sebahagian pendapatan negara. Kalau, harga minyak diturunkan, maka kerajaan terpaksa memberi subsidi berlipat ganda, ertinya wang untuk pembangunan kepada rakyat terpaksa dikurangkan.

Percayalah, kalau tindakan pembangkang ini dilakukan, kita akan menyaksikan pembangunan dan perkembangkan ekonomi negara ini akan merundum. Secara jangka panjang, negara akan jatuh miskin, kerana kerajaan tidak mempunyai cukup wang untuk pembangunan. Jalan keluarnya apabila tidak cukup wang adalah meminjam daripada badan2 dunia seperti IMF, World Bank atau ADB. Jika ini, berlaku, maka kos pembangunan negara akan semakin tinggi, kerana terpaksa membayar bunga. Jika berlanjutan, ada kemungkinan negara akan jadi muflis, seperti Argentina pada tahun 80-an dan Greece yang muflis.

Cara kerajaan BN sekarang memberi bantuan langsung kepada rakyat adalah cara yang paling tepat, kerana pendekatan secara mikro melalui penurunan harga barangan atau subsidi hanya menguntungkan syarikat2 besar. Contoh yang paling sederhana, pemberian percuma uniform sekolah pelajar sekolah rendah, yang mendapat keuntungan paling besar adalah pembekal2, kerana kalau diteliti, barangan yang dibekalkan, kualiti yang terlalu rendah dan tidak bersesuaian dengan kos yang dibayar kerajaan.

Percayalah, para pemimpin Pembangkang mahu menjadi kerajaan, kerana mereka pernah merasakan keistimewaan semasa di tampuk kuasa. Anwar Ibrahim, pernah menjadi TPM. Atas sebab itu, beliau mempergunakan rakyat sekali lagi untuk beliau duduk di singgahsana. Di Sabah, Yong Teck Lee, pernah menjadi Ketua Menteri Sabah.

Rakyat jangan terkeliru dengan sepak terajang pembangkang, kerana tujuan mereka hanya untuk berkuasa dan memulihara semula empayar mereka.

6 March 2012

BN Sabah jangan percatur peluang yang ada pada pemimpin yang lupa daratan

Tidak perlu disebut, diantara 56 ADUN dan 22 MP BN/Umno Sabah, ada beberapa yang lupa daratan. Atas sebab itu, pada PRU-13 akan datang jangan lagi bersandar kepada wakil2 rakyat ini, kerana ianya akan membawa padah.

Walaupun asas kepada kerajaan Bn/Umno agar program turun padang dan juara rakyat, namun wakil2 rakyat tertentu ini, hanya sibuk berlegar2 di ibu negara terutama di hotel berbintang lima di ibu negeri.

Memanglah, mereka berduit dengan elaun2 yang ada ditambah projek2 kawasan2 serta tambahan sentuhan kasih RM500,000 bagi ADUN dan RM1juta bagi parlimen, maka janganlah memanfaatkan keadaan tersebut dan berlagak mewah.

Penulis mempunyai kenalan atau rakan dari kalangan korporat, di mana pendapatan mereka puluhan juta, bukan ratusan ribu, namun jika dilihat daripada penampilan, tidak ubah seperti orang biasa yang kita nampak.

Seorang apek, hanya berselipar, berseluar pendek, datang ke booth satu pameran hartanah di ibu negara baru-baru ini, tiada yang menyangka, beliau mampu membeli lima unit harta seharga RM880,000 seunit sekaligus.

Berlainan dengan pembawaan para YB yang berkesempatan menjadi wakil rakyat, daripada nobody sebelumnya, kini, bagaikan tiada orang lain yang berduit, melainkan mereka. Sifat2 inilah yang mendorong rakyat tidak menyokong kerajaan, kerana sifat2 YB2 tertentu ini.

Terkenang, pembawaan para YB sebelum ini, di mana kini bukan bergelar YB lagi, kehidupan mereka kembali kepada asal, bersendirian ke pasar ikan, membeli sayur. Kerana pembawaan mereka semasa YB dahulu cukup angkuh, kini mereka tidak dipeduli lagi. Ambillah aktibar kepada senario ini....

Apa kah peluang wakil rakyat yang hanya menang tipis pada PRU-12?

Di Sabah, banyak kawasan pada PRU-12 lalu di mana pemenangnya hanya menang tipis. Malah kemenangan itu disebabkan pertandingan banyak penjuru. Di banyak kawasan, undi yang diperolehi pemenang, jauh lebih kecil berbanding undi calon2 yang kalah kalau dijumlahkan. Ironinya, jumlah undi yang banyak itu adalah daripada calon2 pembangkang.

Kalaulah berlaku pertembungan satu lawan satu pada PRU-12 lalu di Sabah, kawasan2 seperti Parlimen Sandakan, akan dimenangi pembangkang. Demikian juga DUN2 API2, Kepayan, Tanjung Aru, Tanjong Kapor, Merotai, Luyang, Inanam; malah moyog.

Sebanyak 17 DUN Sabah, nampak tidak selamat. Ironinya kawasan2 itu adalah kawasan2 yang ditandingi LDP, UPKO, PBS dan MCA.

Pada PRU-13, apa yang akan belaku? kalau lah trend pengundi kaum cina terus berkekalan, sepertimana dibuktikan pada PRN Sarawak April tahun lalu, nampaknya ramai calon2 BN yang diwakili LDP, MCA dan calon PBS bagi kawasan majoriti kaum cina akan kecundang.

Walaupun calon2 bagi kawasan2 yang marjinal ini akan tertawan pihak pembangkang, namun kerajaan Sabah yang ditunjangi Umno akan terus kekal dengan kuasa 2/3. Perkara ini disebabkan, 32 kawasan yang ditandingi Umno akan terus menyerlah.

Sebagai tambahan kerusi bonus, adalah terletak kepada percaturan Datuk Musa Aman, untuk meletakkan calon2 yang akan bertanding di kawasan2 tersebut, misalnya DUN Karamunting, Dun Merotai, DUN Tanjong Kapor dan Dun Elopra.

Di kalangan komponen BN, persaingan antara LDP dan Gerakan ibarat api dalam sekam. Tidak dapat dinafikan, bahawa antara parti ini akan berlaku sabotaj antara satu sama lain. Tindakan inilah yang berakibat kekalahan calon2 BN. Bagi mengatasi perkara ini, syogianya dicalonkan orang baru yang bersifat "bebas", agar unsur sabotaj dapat diminimakan.

Pecalonan Peter Phang di Karamunting, sudah tentu akan mendapat sabotaj luarbiasa daripada para pemimpin LDP disemua peringkat, natijahnya, kawasan itu akan terlepas kepada pembangkang dengan "percuma".

DUN Merotai, dapat dimenangi dengan mudah jika Umno bertanding di kawasan itu, memandangkan kawasan itu adalah kawasan majoriti bumiputera. Sementara Parlimen Tawau, sebaiknya Tan Sri Liew, mantan DUN Merotai bertanding di situ. Jika ini menjadi pilihan, maka Bn/Umno Sabah akan dapat memastikan kemenangan.

Demikian juga DUN Tanjong Kapor Kudat, sebaiknya Umno atau PBS yang bertanding, jika BN mahukan kawasan tersebut masih dalam genggaman.

5 March 2012

Kerajaan Yang Baik, Pemimpin Yang Baik merupakan tarikan sokongan rakyat

Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman berkata, kerajaan yang baik dan pemimpin yang baik merupakan tarikan sokongan rakyat.

Kerajaan Sabah di bawah Bn/Umno sejak tahun 1994 berusaha semaksima mungkin menjadi kerjaan yang baik, selain menonjolkan pemimpin yang baik. Atas sebab itu, sejak PRU-1999, 2004 dan 2008, rakyat Sabah memberi mandat yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan negeri.

Atas sebab kerja kuat kerajaan bersama para pemimpinnya, maka pada PRU-13 nanti, Musa sangat yakin, bn/umno akan mendapat kejayaan yang cermerlang, termasuk merampas kembali DUN Sri Tanjung dan Parlimen Kota Kinabalu.

Kerajaan saban tahun kata Ketua Menteri itu terus mempertingkatkan pembangunan ekonomi negeri demi rakyat, atas sebab itu juga bajet kerajaan pada tahun 2012 telah melepasi angka RM4 bilion.

Sabah dengan perancangan kewangannya sendiri ditambah dengan peruntukan daripada persekutuan, sebenarnya membelanjakan sekurang-kurangnya RM8bilion setahun bagi maksud berbagai termasuk penyediaan prasarana perhubugan, sekolah2 dan sebagainya.

Melalui Halatuju pembangunan Sabah, kerajaan negeri terus melipatganda usaha terutama yang berkaitan dengan penambahan pendapatan rakyat. Selain itu, usaha2 khas yang menjurus kepada pembasmian kemiskinan seperti agropolitan, terus dipertingkat.

Kerjasama politik juga antara parti komponen terus dipertingkat. Keadaan terkini, terutama diambang PRU-13, jarang terdengar lagi, suara2 sumbang daripada pemimpin komponen berhubung kepimpinan negeri. Keadaan ini, bermakna, jika sebelum ini berlaku carik2 bulu ayam, kini semuanya bercantum semula.

Kepimpinan negeri yang diterajui oleh Umno yang diketuai oleh Musa sendiri dan dibantu oleh DSP Salleh Tun Said sebagai timbalannya, mampu meredakan riak2 kecil yang sebelum ini berlaku terutama daripada komponen parti Bn yang berpaksi kaum cina.

Nampaknya berasaskan situasi terkini, Bn/Umno Sabah siap sedia berdepan dengan PRU-13.

1 March 2012

Pertahan kepimpian Kota Belud

Tidak dinafikan bahawa kepimpinan Kota Belud yang ada, ada kelemahan masa lampau, namun berasaskan proses, maka kelemahan itu sedikit demi sedikit diatasi, diperbaiki, malah dipertingkat.

Pemimpin adalah mediator antara pemerintah dan rakyat. Agressifnya pemimpin, maka agressif jugalah kemajuan rakyat yang diwakilinya.

Akan tetapi, pada permulaan kepimpinan seseorang pemimpin, tidaklah mudah melakukan tindakan agressif, kerana seseorang pemimpin itu, perlu mengukuhkan jalinan antara para pemimpin seperingkat dengannya, malah mengukuhkan jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk kakitangan awam.

Ambil contoh Tun Dr Mahathir. Mantan PM itu menjadi perdana menteri selama 22 tahun bermula tahun 1981, tidak termasuk sebagai TPM bermula tahun 1976, dan jawatan2 menteri lain sejak tahun 1973. Demikin juga Datuk Seri Najib bermula tahun 1976. PM sekarang ini pernah menyandang berbagai jawatan termasuk MB pahang, dan kementerian2 lain sebelum menjadi TPM dan kemudian PM.

Para pemimpin Kota Belud, belum ada yang berkhidmat selama para pemimpin yang disebutkan. Namun, ada juga rakyat Kota Belud mempersoalkan kepimpinan mereka, malah ada yang mahukan mereka diganti.

Sebenarnya, pembangunan Kota Belud hanya bermula pada tahun 1994, apabila BN/umno mengambil tampuk pemerintahan. Tahun2 sebelumnya, walaupun diperintah Bn, tetapi komponen BN yang berasas parti tempatan, keculai tahun 1990-hingga awal tahun 1994, diperintah oleh parti pembangkang.

Pembangunan Kota Belud terbantut, kerana sepenuhnya bergantung kepada dana kerajaan. Kota Belud tidak mempunyai sumber asli seperti balak, minyak atau gas. Malah Kota Belud tidak mempunyai tanah luas untuk tujuan perladangan dalam skala besar.

Berasaskan kepada keterhadan itu, maka pembangunan ekonomi Kota Belud tidak selancar kawasan2 lain.

Sejak tahun 1994, pembangunan Kota Belud bermula melalui berbagai projek persekutuan, misalnya pembinaan jalanraya Tuaran-Kota Belud yang dinaik taraf. Kemudian itu disusuli berbagai pembangunan jalanraya melalui kementerian Luar Bandar Persekutuan; dan pada tahun 2010 bermula pemasangan paip air bersih secara besar2an meliputi seluruh kawasan Kota Belud. Dana itu, sudah tentu daripada kerjaan Persekutuan. Menurut MP Kota Belud, air bersih untuk kawasan Kota Belud yang menelan kos RM93 juta akan siap sepenuhnya pengakhir tahun 2012.

Disebabkan keterhad sumber, maka adalah penyebab utama pembangunan Kota Belud agak lambat. Atas sebab itu, kita tidak boleh menyalahkan pemimpin, kerana pemimpin hanya sebagai perantara antara keperluan rakyat dan kerajaan.

Siapapun pemimpin aka wakil rakyat, tidak akan mampu membawa pembangunan, kalau dana untuk pembangunan itu tidak tersedia.

Pembangunan juga sangat tergantung kepada perancangan, perancangan daripada wakil2 rakyat dan dibantu oleh pejabat pegawai daerah dan kemudian oleh kerajaan negeri/persekutuan.

Merancang sesuatu pembangunan tidak semudah apa yang difikirkan. Ianya perlu masa, tenaga, pemikir dan komitmen.

Pengujudan projek Jelapang Padi Kota Belud, misalnya telah memlalui masa yang panjang; bermula tahun 1999 yang melibatkan berbagai agensi termasuk IDS, marditec dan ketekunan pencipta idea itu- Datuk Musbah Haji Jamli.

Kini sedang rancak diperkatakan projek agropoliten, satu pendakatan kepada pembasmian kemiskinan. Projek ini diilihamkan oleh mantan PM Tun Abdullah Badawi, kerana rekod kemisikian pada kawasan2 tertentu termasuk Kota Belud sangat tinggi.

Akibat iktizam kerajaan pusat, maka disalurkanlah dana kepada kerajaan negeri untuk tujuan projek tersebut. Kini, pembangunan projek agropolitan sedang rancak berjalan.

Pembangunan untuk sesuatu kawasan tidak terlepas kepada pemimpin parti politik. Disebabkan kekuatan parti dan sekaligus kekuatan pemimpin, maka mudah bagi kerajaan menyalurkan dana pembangunan untuk rakyat. Atas sebab, parti yang menjadi tunjang kepada kerajaan, akan berusaha sedaya upaya pemimpin parti itu merancang dan membawa kemajuan untuk rakyat, agar penyokong serta rakyat mendapat pulangan yang setimpal atas sokongan padu mereka.

Kota Belud sebenarnya mempunyai pasukan yang kuat baik daripada pemimpin politik mahu pemimpin yang ada dalam kerajaan.

Umno misalnya diketuai oleh mantan Ketua Menteri Sabah, DSP Salleh Tun Said. Sementara pemimpin dalam kerajaan pula terdiri daripada Datuk Musbah Jamli, Datuk Japlin Akim, sementara di pihak komponen BN-Datuk Herbert Timbon Lagadan.

Selain itu, di peringkat nasional ada Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia dan Datuk Rahman Dahalan. Kota Belud sebenarnya mempunyai kekutannya sendiri dalam soal kepimpinan politik dan kerajaan, sayang Tuhan hanya mencipta tanah, gunung/bukit dan lautan serta sungai, tanpa sumber harta karun yang boleh mempercepat pembangunan.

Bagi penulis, siapapun pemimpin yang bercita2 menjadi pemimpin Kota Belud akan berhadapan dengan proses yang sama sepertimana disebutkan diawal tulisan ini. Tiada jalan cepat/mudah untuk mengadakan pembangunan, jika jalinan di semua peringkat masih tersekat.

Kepada individu2 yang cuba mahu menggantikan para pemimpin Kota Belud yang sedia ada, tanya diri sendiri, apakah jalinan atau net working yang telah teredia? atau masih terkial2 mencari.

Demikian juga kepada rakyat, rakyat akan rugi mengetengahkan "pemimpin" yang hanya tahu kawasan dapur rumahnya. Oleh itu, janganlah terpengaruh kepada para pemimpin ini, baik "pemimpin" daripada pihak lawan mahupun separti dengan kita.

Bagi penulis, para pemimpin Kota Belud yang ada mesti dipertahankan, demi kelangsungan pembangunan yang dirancang baik pembangunan fizikal mahupun politik.Fikir2kan lah.

28 February 2012

Sabah for Sabahan- menutup ruang rakyat negeri ini menjadi pemimpin negara

Pembangkang ke hulu ke hilir berkempen ‘Sabah Untuk Orang Sabah'. Sebenarnya tindakan ini menutup peluang rakyat negeri ini memimpin di peringkat nasional. Selain itu, tindakan itu juga dilihat memperkecil-kecilkan keupayaan orang Sabah, yang jelas berkebolehan menjadi pemimpin di Malaysia.
Walaupun setakat ini ini hanya beberapa orang individu terpilih menjadi pemimpin atau mengetuai berbagai agensi persekutuan, adalah diyakni berasaskan kepada keadaan semasa, adalah besar harapan rakyat negeri ini menjadi pemimpin negara.

Dalam kabinet persekutuan misalnya, telah ada 11 orang rakyat Sabah berganding bahu dengan rakyat negeri2 lain mentadbir negara. Selain itu, Speaker dewan rakyat yang ada, adalah daripada Sabah.
Bagi jawatan2 penting, antaranya Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin, Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Hassan Abdul Rahman dan ramai lagi.

Dalam bidang politik, Ketua Puteri Umno Malaysia, Datuk Rosnah Rashid Shirlin contohnya adalah pemimpin dari Sabah dan beliau dengan hebatnya memimpin 191 Bahagian Puteri Umno di seluruh Malaysia.”

Pembangkang berpegang kepada konsep ‘Sabah Untuk Orang Sabah’, konsep Barisan Nasional (BN) pula ialah ‘rakyat Sabah memiliki keupayaan yang cukup hebat untuk memimpin Malaysia!’.

Melalui konsep demokrasi, hanya pemimpin yang bernaung dalam parti besar sahaja yang boleh mengetuai negara. Kini, Datuk Safie Apdal adalah orang ketiga dalam kedudukkan pemimpin negara, dikuti oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman atas kedudukkan mereka dalam parti Umno.

Ramai pemimpin negeri berpotensi berperanan di peringat kebangsaan, antaranya Datuk Salleh Tun Said, Datuk Rahman Dahalan. Sementara pemimpin pelapis pula antaranya Haji Nizam Abu Bakar Titingan, Jamawi Jaafar dan ramai lagi.

Jika konsep Sabah hanya untuk orang Sabah, maka negeri2 lain juga akan berpegang kepada konsep itu. Jika ini berlaku, maka padang permainan yang sebelumnya terbuka begitu luas, dipersempit.

Oleh itu, kepada rakyat Sabah, kita perlu membuka minda kita, pilihlah padang permainan yang lebih luas. pilihlah, Sabahan untuk Malaysia.

27 February 2012

Keikhlasan pemimpin menjadi bualan majlis makan malam P.169 Kota Belud

Datuk Musbah dan Datuk Salleh sependapat, bahawa keikhlasan pemimpin memperjuangkan rakyat adalah penanda aras sokongan rakyat terhadap pemimpin itu.
Bagaikan ruas dan buku, sokongan rakyat kepada pemimpin adalah juga sokongan rakyat kepada parti di mana pemimpin itu bernaung.

Intipati ucapan ADUN Tempasuk Datuk Musbah Haji Jamli yang juga pembantu menteri pertanian dan industri makanan negeri sempena Majlis Makan Malam P.169 Kota Belud pada Sabtu mengariskan bahawa keikhlasan perjuangan dalam membawa pembangunan kepada rakyat yang diwakili adalah kunci utama sokongan rakyat.

Pendapat ADUN Tempasuk itu ternyata selari dengan pendapat Timbalan Pengerusi Umno negeri, merangkap speaker DUN Sabah, DSP Salleh Tun Said.

Keikhlasan membantu rakyat adalah penanda aras kepada sokongan rakyat yang berterusan.

Atas sebab itu, hanya para pemimpin yang ikhlas sahaja menjadi buah bibir rakyat.

Majlis makan malam anjuran P.169 Kota Belud turut dihadiri oleh ADUN Usukan, Datuk Japlin Haji Akim, ADUN Kedamaian, Datuk Herbert Timbon Lagadan dan MP Kota Belud Datuk Rahman Dahalan. Selain itu, majlis itu juga turut dihadiri oleh pemimpin akar umbi komponen BN.

26 February 2012

Musa gesa perhebat kempen

Ketua-ketua penerangan seluruh bahagian Umno Sabah digesa memperhebat kempen untuk menangkis segala tomahan dan dakwaan pihak pembangkang, kerana PRU-13 akan menjelang tiba.

Menurut Pengerusi Perhubungan Umno Sabah itu, pihak pembangkang tidak harus diberi peluang dan ruang untuk memutar belitkan semua kerajaan demi kepentingan politik sempit mereka.

Ketua Menteri Sabah itu mengesa, agar ketua-ketua penerangan parti menggunakan kaedah berkesan, pendekatan yang menarik, cara yang kreatif dan terkini untuk memberi penerangan.

Musa meminta semua peringkat akan mempertingkat gerakan perang saraf, mendekati golongan muda atau pengundi baru selain menggunakan jaringan sosial atau media sosial seperti Facebook, blog dan twitter.

25 February 2012

PRU-13: Bila?

MASA idah Dewan Rakyat yang ada, adalah Mac,2013. Hanya setahun lebih sedikit lagi. Namun, sehingga kini ramai yang menggila meneka bila tarikh pilihanraya umum ke 13 diadakan. Dari sebulan ke sebulan mereka teka namun masih juga belum kunjung tiba. Ada yang meneka Disember tahun lepas dan lepas itu mereka kata bulan Mac depan ini. Namun nampaknya tidak juga berlaku.

Ah Jib Gor masih belum ada ilham untuk membubarkan parlimen kerana bebagai isu yang perlu ditangani. Skandal Fidlot yang membabitkan keluarga Shahrizat Jalil merupakan satu isu yang perlu dimuktamadkan sebelum Najib memanggil PRU.

Selain itu, persepsi sokongan kaum cina terhadap Bn, isu2 yang berhubungkait dengan Felda, Lynas dan isu gaji kakitangan awam. Di Sabah pula, isu RCI PATI, sementara di Sarawak isu Ketua Menterinya-Pehin Taib Mahmud.

Sebelum ini ada yang meneka bahawa penanda aras PRU-13, bila kah tarikh bermulanya mesyuarat UMNO cawangan di seluruh negara...begitu juga tarikh mesyuarat UMNO Bahagian.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan tarikh berkenaan dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC Khamis malam.

Katanya mesyuarat tahunan cawangan akan berlangsung pada 1 April hingga 15 Jun ini manakala mesyuarat perwakilan bahagian pula dari 1 Julai hingga 15 September ini.

Kalau begitu tarikhnya apakah mungkin antara sekarang hingga 1 April pilihanraya umum boleh diadakan? Namun, jarak waktu itu cukup singkat. Kalau demikian, maka selepas 15 September? Rasanya juga tidak, kerana bulan puasa dan hariraya menjelang tiba.

Kemudiannya Perhimpunan Agung UMNO pula.Tarikhnya belum ditetapkan lagi.

Biasanya Perhimpunan Agung UMNO diadakan bulan Oktober atau November.

Nampaknya melihat senario yang ada, PRU-13 akan diadakan "full term", yakni awal tahun depan. Perlu diingat, dengan sendirinya dewan rakyat akan secara automatik bubar pada April,2013. SPR mempunyai masa 60 hari selepas itu untuk mengadakan pilihanraya.

Bagi suara rakyat, elok kerajaan sekarang menamatkan term lima tahunnya, agar supaya rakyat melihat dan mengadili apa yang kerajaan BN atau PR telah buat selama lima tahun.

Biarlah rakyat mengadili kerajaan2, secara telus dan ikhlas.

Untuk itu, apa sahaja keputusan rakyat perlulah diterima dengan lapang dada, kerana mereka telah menjalankan keputusan yang seadil-adilnya.

Kerajaan2, jangan bimbang, kerajaan mana yang benar2 membela rakyat, itulah nanti menjadi pilihan mereka.

Janji2 retorik, akan mereka campak ke laut menjadi buih2 politik.

22 February 2012

Peremajaan kepimpinan wajar dilakukan di Sabah

Salah seorang pemimpin penerus yang perlu diketengahkan. (Nizam semasa pengagihan BR1M di Tawau)
Tidak dapat disangkal, bahawa daftar pengundi kini hampir 50 peratus dihuni oleh generai muda atau mereka yang dilahirkan pada pasca merdeka.

Berasaskan kepada trend ini, maka kecenderungan pengundi, sudah tentu selari dengan selera mereka.

Demikian juga dari aspek kepimpinan, sudah tentu pilihan mereka adalah pemimpin sezaman mereka, kerana faktor selera, pendapat dan arah perjuangan.

Di Sabah, peremajaan kempimpin terus dilakukan, terutama di masa kepimpinan Datuk Musa Aman.

Ramai generai muda diberi peluang bertanding untuk menjadi pemimpin pelapis. Antaranya Datuk Ariffin Arif-membakut, Datuk Japlin Akim-Usukan, Datuk Rahman Dahalan-Kota Belud, Datuk Rosnah-Papar, Datuk Bolkiah-pitas.

Dijangkakan pada PRU-13 akan datang, akan ada beberapa generasi muda yang berpotensi diketengahkan untuk bertanding. Antaranya Nizam Abu Bakat Titingan, Jamawi Jaafar, Musliati Moslimin dan beberapa orang lain yang tidak tersebut dalam posting suara rakyat kali ini.

Regenerasi kepimpinan perlu secara terus menerus dilakukan, agar parti terus mengikuti zaman.

20 February 2012

RCI PATI: DAP mahu perangkap pemimpin KDM

Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong mencuba menemplak pemimpin KDM dalam BN, apabila PM tidak mengumumkan penubuhan RCI PATI untuk Sabah semasa lawatannya ke Sabah pada 16-17 Februari lalu.

Seminggu sebelum lawatan Najib ke Sabah, Presiden UPKO-Tan Sri Bernard Giluk Dompok dan Timbalan Presiden PBS-Datuk Maximus Ongkili memberi kenyataan bahawa ada kemunginan, PM akan mengumumkan penubuhan RCI semasa lawatan ke Sabah.

Malah dilaman FB Presiden LDP-Datuk VK Liew, terpapar kenyataan bahawa kabinet telah bersetuju dengan penubuhan RCI PATI Sabah.

Pada 16 Februari, selepas merasmikan pembinaan kilang baja-SAMUR di Sipting Sabah, ramai pemerhati politik termasuk media tempatan mengandaikan, bahawa PM akan mengumumkan pembentukan RCI selepas berjumpa dengan para pemimpin BN, namun pengumuman yang ditunggu2, tidak juga menjadi kenyataan, maka spekulasi lagi beredar, bahawa PM akan mengumumkannya di Kg Nala Tungku, Lahad Datu.

Pengumuman penubuhan RCI tidak juga menjadi kenyataan sehingga kini. Berasaskkan kepada keadaan ini, para pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat mencuba mengaut di air keruh, kononnya para pemimpin KDM diperlekeh oleh Perdana Menteri.

Jika pemimpin KDM akan termakan umpan itu, maka adalah jelas, pemimpin KDM termakan isu yang di bawah2 oleh pembangkang. Sebelum inipun, pihak pembangkanglah yang menguar-uarkan soal PATI, sehinggakan pemimpin BNpun terikut2 rentak; dan kini mereka mengambil alih peranan pembangkang mendesak kerajaan pusat akan bersetuju dengan penubuhan RCI PATI.

Bagi penulis, sekiranya RCI PATI benar2 diwujudkan, maka akan berakibat buruk kepada agensi2 kerajaan yang mengurus mengenai kerakyatan dalam negara.

Jabatan yang terkena tempias adalah Kementerian Dalam Negeri, di mana Jabatan Imigresen dan Jabatan Perdaftaran Negara bernaung.

Penubuhan RCI PATI akan melupuskan integriti jabatan2 itu. Keadaan ini akan diambil peluang sepenuhnya oleh Pembangkang, bahawa apapun yang dilakukan oleh jabatan2 kerajaan itu dipenuhi dengan berbagai penipuan.

Bagi penulis, adalah tidak wajar penubuhan RCI PATI ditubuhkan, kerana jabatan2 yang mengurus soal2 kerakyatan telah berkerja dengan telus dan teratur.

Kalau jabatan2 itu tidak berkerja dengan teratur, kenapa mereka2 yang mempunyai IC Palsu apabila mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu misalnya terus ditangkap.

Memang diakui ada sindikit memalsukan kad pengenalan. Tujuan mereka ini adalah untuk mendapatkan wang semata-mata melalui penipuan.

Sindikit penipuan bukan sahaja melibatkan kad pengenalan, malah wang kertas negarapun ada yang mencetaknya secara palsu.

Adalah wajar, Perdana Menteri tidak bersetuju dengan penubuhan RCI, kerana ianya akan menjadi makan tuan bagi kerajaan.

Jika benarlah adalah penduduk Sabah yang mempunyai kad pengenalan palsu dan jikapun bukan palsu tetapi diperolehi dengan cara tidak betul, dedahkan, di mana2 apakah melalui internet atau buat laporan polis atau ceteklah pada risalah2 tertentu.

Namun pihak pembangkang hanya bercakap dan bercakap, tanpa bukti yang sahih.

Bagi para pemimpin KDM, janganlah terpengaruh kepada isu yang di uar-uarkan pembangkang, kerana ianya akan membawa malapetaka kepada diri sendiri.

Nota. Ekses kepada senarai pengundi terbuka kepada sesiapapun, senaraikan siapa2 mereka yang berupa "PATI". mudahkan!!! daripada hanya bercakap secara umum.


Sistem pilihanraya kita cukup mudah, kerana terbagi kepada beberapa saluran pengundian, kerahkan agen masing2 cari siapakah mereka yang tergolong "PATI".

19 February 2012

PRU-13 Sabah: Gandingan Musa-Salleh

Selepas sahaja dilantik ke jawatan Timbalan Pengerusi Umno Sabah seusai PRU-12, Datuk Salleh Said menyatakan bahawa beliau berganding bahu dengan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman untuk mempertahankan Sabah sebagai simpanan tetap BN aka kubu kuat BN.

Sabah dianggap sebagai kubu kuat BN apabila hampir 100 peratus kawasan yang ditandingi calon2 BN, menang baik kawasan DUN mahupun Parlimen. Hanya satu kawasan ADUN dan Parlimen terlepas,yakni DUN Sri Tanjong dan Parlimen Kota Kinabalu,kedua2nya kepada calon DAP.

Walaupun Salleh, tidak bertanding pada PRU-12, namun pengalaman politiknya, dianggap oleh pucuk pimpinan masih relevan, apatah lagi menghadapi tsunami politik yang melanda BN di Semenanjung.

Perlu diingat, Salleh suatu masa adalah ahli majlis teringgi umno, bekas ketua menteri dan bekas menteri beberapa kementerian negeri, termasuk menteri kewangan.

Pengalaman beliau diperlukan bagi mendokong kepimpinan Musa, apabila gandingan Musa sebelum ini Datuk Safie Apdal telah berhijrah ke Pusat sebagai menteri kanan persekutuan.

Gandingan Musa-Safie, terbukti sangat mantap, apabila dua PRU,yakni PRU-11 dan PRU-12, dimenangi dengan cemerlang.

Bagi menghadapi PRU-13, gandingan Musa-salleh akan dibuktikan keampuhannya, apakah akan mampu mempertahankan, jumlah kerusi2 DUN dan Parlimen di Sabah. Ujian getir berhadapan dengan dua tokoh ini, disebabkan faktor senario politik yang berbeza, walaupun tetap dengan padang permainan yang sama.

Melihat atas kertas, gandingan Musa-salleh akan mampu mengharungi PRU-13 dengan mudah. Perkara ini disebabkan tiada isu yang menonjol yang diketengahkan oleh pihak pembangkang.

Isu pembangkang hanya memutar belit, isu2 lama, seperti royalti minyak, isu pendatang haram,isu tanah NCR, sedangkan isu jawatan2 penting persekutuan, isu sekolah2 sudahpun diatasi.

Menyentuh isu royalti minyak, Perdana menteri semasa lawatan dua harinya di Sabah bermula 16 feb dan berakhir pada 17 februari lalu, menyatakan bahawa semua janji pembangkang mengenai royaliti minyak hanya merupakan gimik semata-mata.

Di peringkat akar umbi, rakyat tiada isu yang boleh menjadi negatif kepada calon2 Bn/umno,kerana perkhidmatan wakil2 rakyat sungguh cemerlang. Wakil2 rakyat rajin turun padang bagi menyelesaikan kemuskilan2 rakyat dan juga mendengar degup jantung rakyat.

Wakil2 rakyat Bn berkerja round the clock di kawasan2 masing, untuk itu tidak timbul ada wakil rakyat yang tidak berkhidmat.

Selain perhidmatan wakil2 rakyat yang cemerlang, pegawai2 kerajaan juga turut menyumbang kepada sokongan rakyat. Di peringkat daerah, sokongan pegawai daerah dalam melaksanakan projek2 kerajaan cukup memberansangkan.

Kecekapan para peneraju di jabatan ketua menteri, yang diketuai oleh Ketua Setiausaha politik Ketua Menteri, Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan, memperlancar semua projek2 kawasan luar bandar yang mendapat peruntukan khas daripada Jabatan Ketua Menteri.

Nampaknya pada PRU-13 akan datang, gandingan Musa-Sallah akan cemerlang. Tahniah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels