22 March 2012

PRU-13: Apa kah ADUN Lantikan digunapakai di Sabah semula?

Keputusan pilihan raya Malaysia pada 8 Mac 2008 bagi Dewan Undangan Negeri

Calon Undian % undi Kerusi % kerusi +/–
Sabah





Barisan Nasional (BN): 60

57 98.33
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) 32

32 58.33 ▲3
Persatuan Cina Malaysia (MCA) 1

1 1.67
Parti Bersatu Sabah (PBS) 13

12 20.00 ▼1
Parti Maju Sabah (SAPP) 2

2 5.00 ▼1
Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) 4

4 6.67 ▼1
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) 1

1 1.67
Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) 2

2 3.33
Parti Pembangkang, termasuk parti komponen Pakatan Rakyat: 82

1 1.67 1
Parti Tindakan Demokratik (DAP) 10

1 1.67 ▲1
Parti Islam SeMalaysia (PAS) 2

0 0.00
Parti Keadilan Rakyat (PKR) 54

0 0.00
Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (BERSEKUTU) 14

0 0.00
Pertubuhan Pasok Nunukragang Kebangsaan Bersatu (PASOK) 2

0 0.00
Parti Demokratik Setiahati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (SETIA) 14

0 0.00
Bebas (dan lain-lain) 55

0 0.00 1
Jumlah keseluruhan 197
100.00 60 100.00

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

No. Kawasan DUN Menjadi ADUN Mewakili Parti
N1 Banggi Abd Mijul Unaini Barisan Nasional BN
N2 Tanjung Kapor Teo Chee Kang Barisan Nasional BN
N3 Pitas Bolkiah Ismail Barisan Nasional BN
N4 Matunggong Sarapin Magana Barisan Nasional BN
N5 Tandek Lasiah Baranting @ Anita Barisan Nasional BN
N6 Tempasuk Musbah Jamli Barisan Nasional BN
N7 Kadamaian Timbon @ Herbert Lagadan Barisan Nasional BN
N8 Usukan Japlin Akim @ Abd Hamid Barisan Nasional BN
N9 Tamparuli Jahid @ Noordin Jahim Barisan Nasional BN
N10 Sulaman Hajiji Haji Noor Barisan Nasional BN
N11 Kiulu Lovis Rampas Barisan Nasional BN
N12 Karambunai Jainab Ahmad Barisan Nasional BN
N13 Inanam Goh Chin Lok @ Johnny Goh Barisan Nasional BN
N14 Likas Liew Teck Chan SAPP ЅАРР
N15 Api Api Yee Moh Chai Barisan Nasional BN
N16 Luyang Μelanie Chia Chui Ket SAPP ЅАРР
N17 Tanjong Aru Yong Oui Fah Barisan Nasional BN
N18 Petagas Yahyah @ Yahya Hussain Barisan Nasional BN
N19 Kapayan Khoo Keok Hai Barisan Nasional BN
N20 Moyog Donald Peter Mojuntin Barisan Nasional BN
N21 Kawang Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar Barisan Nasional BN
N22 Pantai Manis Abdul Rahim Ismail Barisan Nasional BN
N23 Bongawan Karim Bujang Barisan Nasional BN
N24 Membakut Mohd Arifin Mohd Arif Barisan Nasional BN
N25 Klias Azizah Mohd Dun Barisan Nasional BN
N26 Kuala Penyu Teo Kwan Chin @ Teo Mau Sing Barisan Nasional BN
N27 Lumadan Kamarlin Ombi Barisan Nasional BN
N28 Sindumin Ahmad Bujang Barisan Nasional BN
N29 Kundasang Joachim Gunsalam Barisan Nasional BN
N30 Karanaan Masidi Manjun @ Masdi Barisan Nasional BN
N31 Paginatan Ewon Ebin Barisan Nasional BN
N32 Tambunan Joseph Pairin Kitingan Barisan Nasional BN
N33 Bingkor Justin Guka Barisan Nasional BN
N34 Liawan Sapin @ Sairin Karano @ Karno Barisan Nasional BN
N35 Melalap Radin Malleh Barisan Nasional BN
N36 Kemabong Rubin Balang Barisan Nasional BN
N37 Sook Ellron Angin Barisan Nasional BN
N38 Nabawan Bobbey Ah Fang Suan Barisan Nasional BN
N39 Sugut Surady Kayon Barisan Nasional BN
N40 Labuk Metah @ Michael Asang Barisan Nasional BN
N41 Gum Gum Zakaria Mohd Edris @ Tubau Barisan Nasional BN
N42 Sungai Sibuga Musa Aman Barisan Nasional BN
N43 Sekong Samsudin Yahya Barisan Nasional BN
N44 Karamunting Peter Pang En Yin Barisan Nasional BN
N45 Elopura Au Kam Wah Barisan Nasional BN
N46 Tanjong Papat Tan Shu Kiah Barisan Nasional BN
N47 Kuamut Masiung Banah Barisan Nasional BN
N48 Sukau Saddi Abdu Rahman Barisan Nasional BN
N49 Tungku Mohd Suhaili Said Barisan Nasional BN
N50 Lahad Datu Datu Nasrun Datu Mansur Barisan Nasional BN
N51 Kunak Nilwan Kabang Barisan Nasional BN
N52 Sulabayan Harman Mohamad Barisan Nasional BN
N53 Senallang Nasir Sakaran Barisan Nasional BN
N54 Bugaya Ramli Marahaban Barisan Nasional BN
N55 Balung S.Abas S.Ali Barisan Nasional BN
N56 Apas Tawfiq Abu Bakar Titingan Barisan Nasional BN
N57 Sri Tanjong Wong Sze Phin @ Jimmy Parti Tindakan Demokratik DAP
N58 Merotai Pang Yuk Ming Barisan Nasional BN
N59 Tanjong Batu Hamisa Samat Barisan Nasional BN
N60 Sebatik Abd Muis Picho Barisan Nasional BN

Keputusan PRU-12 bagai Negeri Sabah, menyaksikan bahawa BN menguasai 57 kerusi daripada 60 yang dipertandingkan. (Sebenarnya BN menang 59 kerusi, akan tetapi SAPP yang merupakan komponen BN pada PRU tersebut, keluar pada September, 2008 selepas PRU).

Komponen BN Sabah yang bertanding pada PRU 2008 adalah Umno-32 kerusi-menang semua; PBS 13 kerusi-kalah satu, UPKO 4 kerusi dan menang semua, LDP 2 menang semua, MCA 1 menang dan SAPP 2 dan menang.

Dari segi penguasaan jumlah kerusi DUN Sabah, Umno mewakili 53 peratus, ertinya tanpa parti2 lainpun Umno boleh menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah.

Pada PRU-13 akan datang, diperkirakan kawasan2 bukan Umno akan tergugat, terutama kawasan2 yang ditandingi LDP, MCA dan UPKO dan sebahagian kawasan yang ditandingi PBS.

Dari segi jumlah kerusi yang bakal terlepas ke tangan pembangkang, PBS dan LDP akan mendahului, apabila kawasan2 seperti API-API, Inamam dan Tanjung Aru-PBS dan Tanjong Kapor, Merotai dan Karamunting-LDP,manakala UPKO akan kehilangan Moyog dan satu di Ranau. MCA pula akan kalah di Kepayan. Bagi kawasan yang kini dipunyai SAPP, luyang bakal dimenangi pembangkang, Likas juga, akan tetapi DUN Likas boleh dimenangi BN, kalau UMNO bertanding. Demikian juga DUN Tanjong Kapor dan Merotai, BN boleh menang kalau Umno bertanding. Bagi DUN Karamunting, jika mencalonkan Peter Pang, kawasan itu boleh dimenangi BN.

Walaupun beberapa kawasan DUN daripada BN akan terlepas kepada pembangkang, BN Sabah akan tetap membentuk kerajaan negeri dengan kuasa 2/3. Jumlah kerusi yang diperlukan membentuk kuasa 2/3 adalah 40.

Sebenarnya pembangkang kurang berminat dengan kerusi DUN di Sabah, parti pembangkang dalam PR lebih berminat kepada kawasan2 Parlimen, kerana tujuan mereka mahu merampas Putrajaya. Kerusi DUN bagi pembangkang hanya keperluan check and balance.

Yang menjadi persoalan nanti, apabila membentuk kabinet negeri, kaum cina tidak berwakil.. DUN Sabah masih mempunyai kuasa melantik seramai 6 DUN lantikan. Jika berlaku pada PRU-13, bahawa semua calon BN daripada kaum cina kalah, apakah BN akan melantik ADUN lantikan daripada kaum cina? sedangkan kaum itu menolak menyertai kerajaan?

Jika ini berlaku, apa kah Datuk Musa membentuk kerajaan negeri tanpa penyertaan kaum cina? Bagi penulis, tidak salah membentuk kerajaan tanpa penyertaan kaum cina, kerana kaum itu menolak menyertai kerajaan, atas sebab itu mereka menyokong pembangkang. Isyarat seperti ini perlu diambil perhatian, kerana jika melantik ADUN lantikan daripada kaum cina dan kemudian dilantik menyertai kabinet, ianya akan menjadi "patern" bagi kaum itu pada PRU2 akan datang, atas hujah, tidak menangpun, kaum kami ada juga dalam kabinet.

PRU-13: Rakyat Sabah dan Sarawak akan jadi KING MAKER!!!

Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia yang ke-12 pada 8 Mac 2008 bagi Dewan Rakyat

Undian % undi Kerusi % kerusi +/–
Barisan Nasional (BN): 4,082,411 50.27 139 63.1 58
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) 2,381,725 29.33 78 35.6 30
Persatuan Cina Malaysia (MCA) 840,489 10.35 15 6.8 16
Kongres India Se-Malaysia (MIC) 179,422 2.21 3 1.4 6
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) 184,548 2.27 2 0.9 8
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) 131,243 1.62 14 6.3 3
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 119,264 1.47 6 2.7
Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) 52,645 0.65 4 1.8
Parti Rakyat Sarawak (PRS) 33,410 0.41 6 2.7 6
Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (UPKO) 58,856 0.72 4 1.8
Parti Bersatu Sabah (PBS) 44,885 0.55 3 1.4 1
Parti Maju Sabah (SAPP) 30,827 0.38 2 1.4 1
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)

1 0.5
Parti Liberal Demokratik (LDP) 8,297 0.10 1 0.5 1
Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) 16,800 0.21 0 0 1
Barisan Alternatif (Kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat): 3,796,464 46.75 83 36.9 62
Parti Keadilan Rakyat (PKR) 1,509,080 18.58 31 14.0 30
Parti Islam SeMalaysia (PAS) 1,140,676 14.05 24 10.4 16
Parti Tindakan Demokratik (DAP) 1,118,025 13.77 28 12.6 16
Tidak mewakili sebarang parti (dan lain-lain) 65,399 0.81 0 0 1
Jumlah keseluruhan 7,944,274 100 222 100 3

Melihat keputusan PRU-12 Pakatan menambah sebanyak 62 kerusi kepada 83 berbanding PRU-11, dimana pembangkang hanya mewakili 21 kerusi perlimen. Dengan keputusan itu, pembangkang mewakili undi popular sebanyak 46.75 peratus berbanding BN 50.27 peratus.

PRU-12 dikatakan tsunami politik kepada BN kerana pada PRU tersebut, PKR yang hanya mempunyai 1 kerusi di Parlimen meningkat kepada 31. Sementara DAP 12 pada PRU-11, meningkat kepada 28, sementara PAS 8  kepada 24.

Manakala BN pula daripada jumlah 197 kerusi yang dimenangi pada tahun 2004, turun 58 kerusi kepada hanya 139.

Umno parti tunggak BN yang bertanding 108 kerusi pada tahun 2008, kalah 30 kerusi atau 28 peratus; manakala MCA yang bertanding 41 kerusi hanya menang 15, kalah 16 atau 39 peratus, sementara MIC yang bertanding 9 kerusi, kalah 6 atau 67 peratus, Gerakan yang bertanding 10 kerusi kalah 8 atau 80 peratus.

Daripada jumlah kerusi yang dimenangi 139 kerusi, BN semenanjung menyumbang 84 kerusi berbanding Pakatan 81, sementara Sabah, Sarawak dan Labuan menyumbang kepada BN sebanyak 55 kerusi berbanding Pakatan 2.

Melihat kepada keputusan PRU-12, nampaknya kekuatan BN dan Pakatan di Semenanjung hampir sama; atas sebab itu, bagi menghadapi PRU-13; terlalu sukar meramal, keputusan di Semenanjung. Jika berlaku swing votes sebanyak 10 peratus sahaja baik kepada BN atau Pakatan , maka itulah pemenang. Sementara di Sabah, ada kemungkinan swing votes berlaku terhadap pembangkang, namun swing votes tersebut menyebabkan BN akan kehilangan sekurang2nya 6 kerusi Parlimen.

Di Sarawak pula, jika berasaskan trend pengundian pada PRN Sarawak April, 2011, Pakatan akan mendapat sekurangnya, 10 kerusi parlimen.

Walaupun terdapat swing votes sebanyak 10 peratus di Semenanjung kepada Pakatan, namun swing votes itu hanya akan mampu menambah antara 8-10 kerusi. Jika diasumsikan bahawa Pakatan dapat mempertahankan jumlah kerusi yang dimenangi pada PRU-12, yakni 81, maka dengan pertambahan itu, pakatan akan ada hanya 89-91 kerusi. Kalau ditambah dengan kerusi daripada Sabah dan Sarawak, maka maksima kerusi yang dipeolehi Pakatan adalah antara 103-107 kerusi kurang 8 atau 5 bagi majoriti mudah.

Senario PRU-12 berbeza dengan senario pada PRU-13. Isu utama pada PRU-12 adalah keresahan rakyat terhadap tindakan suka2 kerajaan, kerana terlalu yakin dengan mandat yang diberikan oleh rakyat pada tahun 2004. Atas beberapa tindakan flip flop pemimpin BN masa itu, maka mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menjadi fasilitator kepada rakyat menolak BN, apabila beliau secara tidak langsung menyuarakan, bahawa perlunya Pembangkang kuat di Parlimen.

Rakyat terutama kaum cina dan india menyahut cabaran itu, malah hampir 1/3 kaum melayu penyokong BN menyahut cabaran itu. Atas sebab itulah, calon2 daripada Umno kalah di 30 kawasan. Sementara bagi majoriti kaum cina dan india, sokongan kepada BN menurun  masing2 30 dan 50 peratus bagi kaum cina dan india. Dengan penurunan itu, maka undi kaum cina terhadap pembangkang meningkat kepada 70 peratus, manakala india sehingga 90 peratus.

Di kawasan2 di mana BN kalah, undi kaum melayu berimbang antara BN dan PR, namun disebabkan pengundian kaum cina dan india, maka keundanglah calon2 BN.

Pada PRU 13 akan datang, diperkirakan di kawasan2 di mana Umno bertanding, sokongan kaum melayu akan meningkat ke tahap 55 peratus, sementara kaum cina akan terus menjunam, manakala kaum india menjadi 50:50 antara BN dan PR. Jika ini, berlaku, maka akan berlaku perubahan komposi kerusi2 yang dimenangi BN dan PR. Sebahagian kawasan yang dimenangi BN pada PRU-12 akan kalah, demikian juga terhadap PR. Sebaliknya, ada juga kawasan2 BN kalah, maka akan dimenagi pada PRU-13. Demikian juga berlaku kepada kawasan2 PR.

Kawasan2 yang dimenangi baik BN atau PR melalui PRK, tidak menjamin bahawa kawasan itu selamat, seperti di Ulu Selangor dan Kuala Terengganu.

Sementara kawasan2 panas seperti Gua Musang  akan menjadi perhatian kali ini. Atas kertas, kawasan ini, mungkin berada di tangan BN, namun pergolakan di kawasan itu, mungkin kawasan itu terlepas daripada tangan BN.

Diperkirakan, bahawa pada PRU-13 akan datang, jumlah kerusi BN dan PR di Semenanjung masih berimbang, atas sebab itu Sabah dan Sarawak adalah king maker kali ini. Mana sahaja pihak yang disokong oleh rakyat Sabah dan Sarawak, pihak itulah yang akan menubuhkan kerajaan Persekutuan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels