24 June 2012

Pemimpin BN yang tidak setia lagi perlu buat pendirian

SEMALAM. dua pemimpin tertinggi BN Sabah, meminta para pemimpin BN tertentu, yang kaki mereka sudah menyeberang jalan supaya menyatakan pendirian secara "gentleman" agar supaya rakyat tidak dikelirukan.

Ketua Menteri Sabah, DSP Musa Aman yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Sabah merangkap Pengerusi BN negeri semasa merasmikan satu majlis sekolah di Menggatal Sabah, menyindir secara sinis gelagat para pemimpin tertentu itu, dimana menurut beliau, mereka bermain sandiwara.

Menurut Musa, dilain pihak para pemimpin tertentu itu berkata "masih" pemimpin BN, tetapi dilain pihak pula bercakap lain-lain, sama seperti pemimpin pembangkang.

Sementara itu, pada satu majlis yang berasingan bertempat di Kota Belud, Speaker Dewan Undangan Negeri, DSP Salleh juga berkata perkara yang sama.

Menurut Salleh, adalah sesuatu yang curang, apabila seseorang pemimpin yang diharapkan menyokong dan membantu pucuk pimpinan samada soal-soal parti ataupun kerajaan, namun mempunyai dua visi. Di lain pihak menyokong kerajaan, dilain pihak seperti agen pembangkang.

Walaupun dua pemimpin BN Sabah itu tidak menyebuat siapa-siapa pemimpin BN itu, namun umum sudah mengetahui, mereka yang dimaksudkan adalah MP Beaufort dan MP Tuaran.

Dua minggu lalu, telah kecoh, bahawa dua pemimpin itu berserta beberapa pemimpin lama akan menyertai parti pembangkang, atas sebab itu, Anwar Ibrahim tergesa-gesa melawat Sabah, untuk menerima mereka. Namun, disebabkan masalah teknikal, maka desas desus itu tidak menjadi.

Seorang pemimpin sesebuah parti perlulah setia dengan parti yang dinaunginya. Selain itu, pemimpin itu perlulah menegakkan prinsip parti, bukannya bersandiwara.

Rakyat pada masa kini, tidak mudah ditipu lagi dengan sandiwara seperti itu. Aliran maklumat yang canggih, memudahkan rakyat mengetahui, maksud sebenar para pemimpin yang bersandiwara ini.

Yakinlah tidak selamanya tindakan bersandiwara itu disokong rakyat. Rakyat lebih kepada pemimpin yang teguh dengan perjuangan untuk mereka, bukannya pemimpin yang hanya berjuang demi maksud mencapai agenda peribadi. Fikir-fiirkan lah.

23 June 2012

Undi wanita penentu kemenangan: Salleh Said

Jumlah pengundi wanita yang melebihi separuh daripada daftar undi, merupakan faktor penentu kemenangan seseorang calon. Parti mana yang mendapat sokongan kaum wanita, maka parti itulah yang boleh menang.

Ketua Bahagian Umno Kota Belud, DSP Salleh Tun Said semasa merasmikan Juara Rakyat: Bulan Wanita & Keluarga bertempat di Dewan Tun Said Kota Belud hari ini, berkata peranan wanita sungguh penting dalam perjuangan parti, kerana atas sokongan mereka, parti akan terus teguh dan sukses.

Disebabkan peranan itu, kerja berpasukan sepertimana diamalkan kumpulan wanita supaya diteruskan, agar supaya mereka senantiasa kuat dan ampuh. Ibarat kata pepatah, lidi sebatang mudah dipatah, namun jika seberkas, maka terlalu sukar untuk mematahnya.

Wanita mempunyai peranan yang kuat untuk menangkis hasutan pembangkang, kerana sifat mereka yang dekat dengan rakyat. Untuk itu, kerjasama mereka kepada semua wakil-wakil rakyat BN adalah dituntut untuk mendapat maklumat-maklumat baru untuk tujuan disebarkan kepada akar umbi.

PRU-13 adalah sangat penting, kerana PRU itu merupakan ibu kepada semua PRU di negara ini. Melalui PRU itu, akan ditentukan apakah BN akan terus menerajui negara atau sebaliknya. Atas sebab itu, semua penyokong BN dan ahli-ahli parti BN, perlu berkerja keras termasuk kaum wanita, demi memastikan, agar BN terus menerajui kerajaan.

Hanya melalui kerajaan BN, segenap rakyat akan terbela. Kerajaan BN terus perhatin terhadap kesejahteraan rakyat, sehinggalah semua rakyat negara ini menjadi maju setanding dengan penduduk negara-negara yang telah maju.

Kawasan Kota Belud semakin membangun. Kewujudan Jelapang Padi, agropolitan, tempat-tempat pelancongan di kawasan itu, membuka peluang pekerjaan dan menjadi wacana untuk rakyat menambah pendapatan.

Kerja berterusan wakil-wakil rakyat BN yang senantiasa turun padang, untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat selain mendapat input untuk membuat perancangan, merupakan usaha murni. Atas sebab itu, kawasan Kota Belud dianggap sebagai kawasan pasti menang untuk calon-calon BN.

Usaha MP Kota Belud- Datuk Abdul Rahman Dahalan untuk menyelesaikan masalah airbersih, semakin beres, kerana 99 peratus, kawasan telahpun dipasang dengan paip-paip air, dan hanya menunggu air bersih untuk disalurkan.

Jelapang Padi dan Agropolitan, yang terus diperjuangkan oleh ADUN Tempasuk-Datuk Musbah Jamli, semakin membuahkan hasil. Proses penaman padi secara bersepadu seluas 800 hektar akan berjalan dalam sedikit masa lagi. Melalui usaha itu, diperkirakan, produktiviti sehektar akan meningkat sehingga 8ton/hektar.

Pembangunan untuk rakyat akan dapat diteruskan, jika kestabilan politik terus kukuh; apatah lagi, jika semua para pemimpin sepakat dan berganding bahu, sepertimana yang ditunjukkan oleh para pemimpin Umno kawasan Kota Belud. Tahniah.

21 June 2012

Pengalaman Sabah sebagai Pembangkang

Sebenarnya, Kerajaan Sabah hanya dipertintah selama sepenggal oleh Pembangkang, yakni 1990-1994; sebab dari merdeka, negeri di bawah bayu terus bersama barisan nasional di peringkat pusat.

Namun pengalaman selama sepenggal itu, cukup mematangkan rakyat Sabah. Jika dahulu rekod sesebuah parti memerintah hanya 9 tahun, kini selepas Umno mengembangkan sayapnya ke negeri ini, maka kerajaan negeri dibawah naungan Umno kekal sejak tahun 1994.

Rekod lama itulah yang dipegang beberbagai parti pembangkang yang bermunculan kini, mereka berharap bahawa tuah akan menyebelahi mereka. Atas sebab itu, SAPP suatu ketika berada dalam BN, keluar pada September, 2008, kerana terbuai dengan janji Anwar-melalui gerakan 16 Septembernya.

Presiden SAPP, Yong Teck Lee, terlihat-lihat janji jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dijanjikan Anwar padanya.

Menjelang PRU-13, SAPP bersama-sama parti pembangkang lain akan berentap melawan BN. Mereka dengan penuh yakin akan merampas kerjaan negeri, dan dapat menyumbang banyak kerusi parlimen kepada pakatan pembangkang, on the road to putrajaya.

Impian pembangkang itu, semata-mata berdasarkan sejarah. Sejarah tidak selamanya berulang. Peradaban manusia semakin hari semakin matang. Manusia menginginkan kedamaian dan kerharmonian, selain kestabilan politik.

Akibat kestabilan politik itulah, pelabur datang. Parlimen diberitahu, bahawa untuk suku pertama tahun ini, Sabah mencatat pelaburan asing tertinggi di Malaysia, jumlahnya bukan calang-calang banyaknya, RM10 bilion.

Semalam, sebahagian pelabur asing itu telah melancarkan projek udang kara di Semporna, yang bernilai bilion.

Kepada pemimpin politik pembangkang yang bercita-cita bertapak di negeri ini, lupakan semua itu, sebab rakyat negeri sudah jelak dengan perubahan kerajaan.

Rakyat Sabah mengalaminya sendiri, apabila parti yang memerintah berganti-ganti, yang menjadi korban adalah rakyat sendiri, sehingga Sabah tercatat sebagai negeri termiskin di negara ini.

Rakyat Sabah tidak mahu kembali kepada keadaan yang serba kurang, kerajaan sekarang sedang memacu agar negeri ini terus maju, agar supaya pada tahun 2020, setidak-tidaknya setanding dengan Semenanjung.

20 June 2012

Menjelang PRU-13 bermunculan pejual ubat

Acapkali tibanya pilihanraya, bermunculanlah penjual ubat. Bermacam ubat ditawarkan, meskipun ubat-ubatan yang dijual itu belum ada bukti klinikal.Kata P.Ramlee.. tersalah makan, maut.

Para penjual ubat itu, mengakui bahawa ubat yang mereka jual lebih baik, daripada ubat-ubatan yang biasa diambil oleh rakyat jelata. Mereka menafikan, bahawa ubatan-ubatan yang dibekalan selama ini, tidak baik, meskipun sangat mujarab.

Berbiuh mulut mereka menjaja ubat-ubatan mereka, dengan mengatakan mempunyai berbagai macam kandungan meskipun mereka tahu bahawa kandungan ubat-ubatan itu  palsu dan penipuan.

Disebabkan kepetahan mereka bercakap, sehingga ada juga yang terbujuk, terayu dan akhirnya tertarik. Malang sungguh, bagi mereka yang terbujukrayu ini. Sekiranya mereka berpijak dibumi nyata, pasti mereka tidak mudah terpengaruh.

Berbagai ragam rakyat yang terpengaruh. Pertama-tama yang terpangaruh adalah mereka yang tamak dan haluba, diikuti oleh golongan yang dendam, dan ketiga oleh golongan yang mempunyai agenda tersendiri.

Golongan tamak dan haluba, tidak peduli, apakah ubat-ubatan yang mereka jaja menjahanamkan rakyat, yang penting kedudukan dan kuasa perlu dirai dan didapat.

Golongan yang menaruh dendam pula, kerana kehilangan kuasa kerana masalah sendiri, mempergunakan rakyat untuk mendapatkan kuasa semula. Mempergunakan rakyat untuk mendapat kekayaan semula. Mempergunakan rakyat untuk menumpuk kekayaan semula. Mempergunakan rakyat untuk salahguna kuasa.

Sementara golongan yang beragenda sendiri, adalah golongan yang tidak suka kepada keadaan negara yang aman damai, kerana penyaja mereka mahukan demikian. Mereka diupah oleh golongan tertentu daripada luar negara, untuk menjahanamkan keamanan dan perekonomian negara. Golongan Bersih umpamanya adalah contoh mereka yang mempunyai agenda sendiri.

Kepada rakyat negara ini, berhati-hatilah berhadapan dengan para penjual ubat ini, kerana mereka semua berkemahiran dalam tipu muslihat; entah-entah kita yang sihat walafiat akan jatuh sakit, lumpuh dan apa yang mendukacitakan boleh membawa maut.

19 June 2012

Bila-bila masa Lajim berpindah kapal

Hari ini ada yang nampak Lajim Ukin sedang berbincang empat mata dengan Azmin Ali di sebuah hotel berhampiran KL Sentral.

Sabtu lalu, MP Beaufort itu mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno, seseuai dengan janjinya, bahawa beliau tidak mahu lagi bertanding sebagai Ketua Bahagian Umno.

Minggu lalu, Timbalan Menteri itu digembar gemburkan oleh pihak Pembangkang, terutama Pimpinan PKR negeri, bahawa beliau akan menyertai PKR, atas sebab itu Anwar tergesa-gesa melawat Sabah, semata-mata untuk menerima mereka.

Namun semuanya itu, tidak menjadi; sebaliknya Lajim terus bermain wayang.

Agak-agaknya apa yang beliau tunggu? barangkali ??????

18 June 2012

Kaki Lajim sebelah sudah menyeberang jalan

Dua langkah sudah Lajim laksanakan. Pertama tidak mempertahankan Ketua bahagian, kedua meletak jawatan sebagai ketua cawangan.. langkah ketiga ..keluar daripada UMNO (masih belum dilakukan).. langkah keempat.. terpaksa digugurkan sebagai Timbalan Menteri Persekutuan.

Melalui beberapa tindakan MP Beaufort itu, setidak-tidaknya kaki sebelahnya sudah menyeberang, menyeberang ke mana? belum diketahui; akan tetapi berasaskan pada tindak tanduknya, beliau akan menyertai Pembangkang, samada melalui parti baru atau menyertai parti pembangkang yang sedia ada.

Minggu lalu, semasa lawatan Anwar ke Sabah, ramai yang membuat spekulasi, bahawa kedatangan Ketua Pembangkang itu ke Sabah adalah untuk menerima sendiri kemasukan Lajim dan salah seorang lagi MP BN, berserta beberapa mantan pemimpin BN yang telah expired.Namun spekulasi itu, tinggal spekulasi, malah Lajim menafikannya.

Dipihak BN, hanya menunggu masa bila Lajim akan membuat keputusan; dan pada masa itu, barulah akan terpapar, sebab dan mengapa Lajim "terpaksa" membuat keputusan.

Pihak Umno khasnya, tahu bahawa Timbalan Menteri itu sedang bermain sandiwara dimana beliau adalah pengarah dan juga pelakonnya. Apa kah kesudahan wayang ini, sama-sama kita tunggu.

17 June 2012

Lawatan Najib ke Keningau: Bagus-bagus-bagus kata penduduk

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rombongan yang melakukan tinjauan mesra rakyat di Tamu Ground dekat Keningau dijamu dengan "makanan kampung" ketika bersarapan di tapak tamu berkenaan.

Najib, yang diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan beberapa pemimpin masyarakat dijamu dengan ubi keledek, jagung rebus dan kacang tanah rebus, yang kebanyakannya ditanam atau dihasilkan sendiri oleh petani di Keningau.

Sambil Najib menjamah makanan kampung dan melayan pemimpin masyarakat setempat yang duduk bersebelahan dengannya, orang ramai yang berkunjung ke tamu (pasar minggu) itu tidak melepaskan peluang merakam gambar pemimpin yang cuma biasa mereka lihat melalui kaca televisyen.      

Bagaimanapun, sebelum bersarapan, dan sejurus tiba di Tamu Ground, kira-kira 8.30 pagi, Najib berjalan menemui peniaga dan pengunjung tamu berkenaan dan orang ramai yang menyedari kehadirannya terus berbaris untuk bersalaman dengan pemimpin nombor satu negara itu.

Apabila penduduk diajukan soalan, berhubung lawatan PM ke-6 itu, hanya kedengaran jawapan; Bagus, bagus, bagus.

16 June 2012

Janji BN adalah janji pasti bukan retorik: Najib

KENINGAU, SABAH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat di negara ini supaya menoleh ke belakang untuk menilai rekod lampau ketua pembangkang yang menurutnya melakukan pembohongan besar kepada rakyat pada 16 September 2008.

Beliau berkata ketua pembangkang mendakwa bahawa 30 Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyeberang ke parti pembangkang pada tarikh itu, sekaligus mengambil alih kerajaan Persekutuan.

"Pada masa itu satu negara dia bohong. Ini merupakan pembohongan terbesar dalam sejarah politik Malaysia. Adakah kita maafkan pemimpin yang bohong kepada rakyat...jangan kita mudah lupa sejarah ini," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pusat Kraftangan Sabah yang berharga RM30 juta di sini, Sabtu.

Najib berkata para pemimpin pembangkang termasuk ketua pembangkang kini datang ke Sabah untuk menabur pelbagai janji untuk meraih sokongan rakyat terutama menjelang pilihan raya.

"Kita (BN) tidak menjanjikan lautan yang luas ataupun langit yang biru tapi janji yang berpijak di atas bumi nyata yang kita boleh tunaikan.

"Saya percaya orang Sabah bijak menilai yang mana permata dan yang mana kaca. Kalau kita menilai pemimpin, kita tidak boleh tengok ke depan sahaja...jangan lupa menoleh ke belakang, sejarah dan rekod lampau dia iaitu bukan sahaja waktu pembangkang tetapi juga waktu dia berkuasa," katanya.

Najib berkata ketua pembangkang kini melemparkan "bermacam-macam tuduhan" terhadap kerajaan BN "tetapi cuba kita melihat krisis kewangan 1997".

"Siapa Menteri Kewanganan waktu itu? Siapa yang menyerah negara kita kepada IMF dan pada ketika itu siapa yang memotong peruntukan pembangunan...saya tahu siapa yang menyerahkan kedaulatan negara kita kepada IMF kerana saya duduk dalam kabinet pada waktu itu.

"Nasib baik Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) kita pada masa itu memutuskan untuk tidak menyerahkan kedaulatan kita kepada IMF.

"Kita ada kemampuan, kita ada idea kita sendiri, kita ada kebolehan untuk mencari formula kita sendiri dan kita pulihkan ekonomi negara kita...jangan lupa sejarah ini dan ia seharusnya menjadi renungan kita," katanya.

Pembangkang cemburu Najib beri peruntukan bagi pembangunan rakyat

Pembangkang hanya sibuk mempengaruhi pemimpin BN yang tamak untuk melompat, sementara Najib sibuk mengenal pasti pembangunan rakyat, dan ada ura-ura melalui Bajet 2013 ada peruntukan tambahan bagi setiap wakil rakyat BN.

Apabila mendengar bahawa Najib akan memberi peruntukan tambahan bagi setiap kawasan yang di wakili BN, pembangkang memandangnya secara sinis, sambil mendakwa bahawa wang tidak akan mampu mengubah pendirian rakyat.

Sebenarnya pembangkang berfikiran jumud dan tidak ikhlas.. di lain pihak mereka mahu merampas kerajaan daripada BN, apa kah bila mereka berjaya, pembangunan rakyat akan diketepikan? berasaskan kepada cemohan mereka terhadap peruntukan yang disalurankan BN untuk membangun rakyat; mereka sebenarnya hanya mahu berkuasa untuk untuk kepentingan diri sendiri, bukannya membangun rakyat.

Rakyat perlu celik membaca matalamat Pembangkang terutama Anwar. Anwar pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, melalui jawatan itu, beliau menjadi maha jutawan.

Anwar mahu mengulangi kedudukannya yang telah hilang itu, atas sebab itu, beliau melakukan berbagai cara untuk kembali.

Percayalah, kalau Anwar dan konco-konconya kembali, malapetaka akan melanda negara ini. Satu imbasan fakta, semasa krisis kewangan tahun 1997, semasa Anwar masih Menteri Kewangan, begitu banyak syarikat dan ahli perniagaan jatuh muflis, kerana tindakan Anwar menaikan bunga bank dan tempoh Non Performing Loan (NPL) dipendekan daripada enam bulan kepada tiga bulan.

Semasa krisis kewangan itu, negara hampir muflis, syukur kerana Tun Dr Mahathir sempat bertindak dan menyelamatkan ahli-ahli perniagaan dan negara melalui kawalan mata wang.

Kini, Anwar menjaja ke sana ke mari, kalau Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya, CASH COW negara, Petronas akan dipergunakan sepenuhnya antaranya untuk mengwujudkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti yang memerlukan perbelanjaan lebih 43 bilion ringgit, menurutkan harga minyak, walaupun subsidi berat perlu dilakukan, menghapuskan tol lebuhraya dan menggunakan wang negara membayarnya (sedangkan hanya sebahagian rakyat sahaja menggunakan lebuhraya itu).

Anwar lupa, bahawa pendapatan negara selain melalui pendapatan daripada cukai export dan import, juga berpunca daripada sistem percukaian. Tanpa itu, negara tidak akan mendapat pendapatan. Bersandarkan kepada CASH COW petronas yang hanya mempunyai keuntungan kotor 80 bilion setahun, tidak akan mampu membangun negara yang perlu peruntunkan lebih 200 bilion setahun.

Benarlah, jika Anwar mengambil pendekatan sepertimana reotik dan gimik mereka untuk menipu rakyat demi undi, negara akan muflis.

Yakinlah, semua janji-janji Anwar ada gimik politik, kerana semuanya itu tidak akan boleh dilakukan; kalaupun dilakukan, maka kejadian rusuhan akan berlaku, atas sebab ramai rakyat jatuh miskin.

Apabila keadaan dalam negara tidak stabil, maka terlalu sukar mengwujudkan keamanan, bukti, di Iraq, Mesir, Libya, sehingga kini tiada keamanan, walaupun kerajaan telah bertukar.

Kepada rakyat jelata yang cinta perdamaian dan kerharmonian, tolaklah Pakatan Pembankang, terutama individu yang bernama Anwar Ibrahim (TIBAI).

15 June 2012

Sabah semakin penting pada pemimpin negara

Sejak Datuk Seri Najib mengambilalih tampuk pemerintahan negara, cara kepimpinan negara terus berubah. Melalui pendekatan turun padang dan janji ditepati, para pemimpin negara termasuklah PM dan TPM seing melawat negeri Sabah dan Sarawak.

Para pemimpin negara sedar, bahawa kuantiti pembangunan bagi dua negeri Sabah dan Sarawak masih jauh ketinggalan berbanding dengan Semenanjung.

Pada pemerintahan Najib jugalah 16 September diumumkan sebagai hari cuti untuk negara, kerana hari itu adalah tarikh keramat pembentukan negara ini.

Menyadari bahawa rakyat Sabah dan Sarawak memerlukan pembangunan, maka kerapnya lawatan Perdana Menteri ke negeri Sabah khasnya sangat dialu-alukan, sebabnya setiap lawatan itu, ada sahaja pengumuman pembangunan untuk faedah rakyat negeri di bawah bayu ini.

Kekerapan lawatan itu juga, menggambarkan keakraban antara pemimpin negeri ini dengan pimpinan negara. Melalui keakraban itu, maka rakyatlah yang mendapat manafaatnya.

Esok 16 dan 17 Jun, sekali lagi Perdana Menteri akan melawat Sabah. Kali ini beliau melawat Keningau, pusat masyarakat KDM.

Sempena lawatan itu, Perdana Menteri juga akan menghadiri berbagai aktiviti penduduk Keningau, termasuk majlis pecah tanah Kolej KDM di Tambunan.

Kawasan Keningau telah sinomim dengan Huguan Siau KDM Tan Sri Pairin G Kitingan, kerana sejak tahun 76 khususnya DUN Tambunan terus diwakili beliau.

13 June 2012

Pelaburan Swasta: Sabah tertinggi suku pertama 2012

Sabah menerima pelaburan swasta tertinggi pada suku pertama tahun ini, diikuti Selangor, Johor, Sarawak dan Terengganu, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, pelaburan swasta bagi tempoh itu di Sabah ialah RM10 bilion Johor (RM2.6 bilion), Sarawak (RM2.3 bilion) dan Terengganu (RM1.4 bilion).

Angka pelaburan bagi Selangor bagimanapun tidak dinyatakan.

"Ini menunjukkan bahawa negeri dalam pentadbiran BN mempunyai prestasi tinggi dalam menarik pelaburan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Azmin Ali (Gombak-PKR).

Mengenai dua negeri di bawah pakatan pembangkang iaitu Pulau Pinang dan Selangor yang menjadi antara negeri memperoleh pelaburan terbanyak di Malaysia, Mukhriz berkata, itu adalah ekoran infrastruktur yang telah dibangunkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di kedua-dua negeri itu pada masa lepas.

"Seperti sedia maklum kedua-dua negeri itu menjadi destinasi pelaburan kerana infrastruktur sempurna seperti pelabuhan, jalan raya, universiti dan utiliti. Ini sudah tentu diusahakan BN sebelum ini," katanya.

Menjawab soalan asal Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong-BN) yang bertanyaprestasi pelaburan negara terkini, Mukhriz berkata, Malaysia berjaya menarik pelaburan RM17.9 bilion dalam sektor perkilangan melibatkan 268 projek antara Januari dan April tahun ini.

Beliau berkata, daripada jumlah pelaburan tersebut RM10.1 bilion merupakan pelaburan domestik manakala selebihnya pelaburan asing.

"Tahun lepas Malaysia menerima RM56.1 bilion pelaburan sektor perkilangan melibatkan 846 projek," katanya.

Mukhriz berkata, Malaysia berjaya menarik RM32.9 bilion pelaburan langsung asing (FDI) pada tahun lepas berbanding RM29.3 bilion pada 2010 dan RM5 bilion pada 2009.

Beliau berkata, perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas tidak memberikan kesan mendalam terhadap keyakinan pelabur asing untuk melabur di Malaysia kerana dasar ekonomi Malaysia sendiri yang kukuh.

"Namun perlu diingat, sekiranya perhimpunan ini berterusan di masa depan, ia mampu memberi kesan terhadap keselamatan Malaysia seterusnya pelaburan masuk ke negara ini," kata beliau.

Mukhriz berkata, berdasarkan kajian dijalankan Institute for ManagementDevelopment (IMD) di Lausanne, Switzeland, Malaysia kini menduduki tangga ke-14 antara negara yang mempunyai ekonomi berdaya saing berbanding kedudukan ke-16 tahun lepas.

"Kejayaan negara memperbaiki kedudukan ke tangga 14 menunjukkan langkah-langkah yang telah diambil kerajaan dalam memperbaiki daya saing ekonomi negara.

"Langkah tersebut merupakan usaha berterusan penambahbaikan terhadap sistemperkhidmatan awam, peningkatan ketelusan dan akauntabiliti bagi menjana sektorswasta yang berdaya mampan," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kajian yang sama juga Malaysia mengekalkan kedudukan kedua daripada negara yang memiliki Nilai Pendapatan Isirumah (GDP Per Kapita) kurang RM60,000 di hadapan negara membangun seperi China dan Chile.

Prestasi lebih baik itu juga turut digambarkan dalam Indeks Keyakinan Pelabur Asing 2012 oleh A.T Kearney di mana kedudukan Malaysia berada di tempat ke-10 berbanding ke-20 pada 2010, katanya. 

Sabah rancak membangun

Membangun negeri yang ke dua terbesar di negara ini, bukan mudah. Antara faktor yang menambah kurang kelihatannya pembangunan, adalah sibaran penduduknya yang tidak merata dan tersibar di merata tempat. 
 
Selain itu, sumber pendapatan penduduk negari ini masih tergantung kepada pertanian dan perikanan.
 
Pendapatan daripada industri masih kurang ketara, kerana tiada industri multi nasional yang berorentasi export yang didirikan. Adapun, Petronas, yang hanya memerlukan mereka yang mempunyai skill. 
 
Berasaskan kepada kelemahan itu, maka peluang pekerjaan masih terhad. Dengan terhadnya peluang pekerjaan, maka peluang bagi mendapatkan pendapatan bagi rakyatnya juga terhad.Disebabkan kurangnya peluang pekerjaan, maka ramai generasi muda berhijrah, ke luar negeri. 
 
Tidak dinafikan ada peluang pekerajaan yang terdapat di negeri ini, tetapi kebanyakan peluang itu, bersifat buruh; atas sebab itu, penduduk tempatan kurang meminatinya.Inilah juga penyebab mengapa ramainya buruh asing di negeri ini, baik buruh yang legal mahupun tidak sah. 
 
Kita tidak dapat salahkan mereka yang berhijrah ke Semenanjung, walaupun sebagai pengawal keselamatan, namun mereka mendapat gaji antara 800-1500 sebulan. Pendapatan itu lebih baik jika berkerja di negeri ini, kerana sara hudup di Semenanjung masih murah berbanding di negeri ini.
 
Melihat kepada keadaan itu, kerajaan negeri di bawah Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman, bertungkus lumus mengwujud berbagai peluang agar supaya penduduk negeri ini tidak perlu berhijrah untuk mendapatkan pendapatan. 
 
Atas sebab itu, sejak tahun 2003, apabila beliau dilantik sebagai Ketua Menteri, bajet negeri terus diperbesar dari tahun ke tahun.
 
Bajet bagi tahun 2012, misalannya adalah bajet rekod negeri ini, kerana untuk pertama kalinya mencecah di atas RM4 bilion; berbanding negeri terkaya di Malaysia, selangor yang hanya RM1.6 bilion. Simpanan Tunai Sabah juga lebih baik daripada Selangor, di mana Sabah mempunyai simpanan tunai RM3 bilion, sedangkan Selangor hanya sedikit di atas RM1bilion.
 
Selain bajet negeri yang terus bertambah, syarikat-syarikat besar yang beroperasi di negeri terus membuat pelaburan, sebagai contoh Petronas yang membangun kilang baja di Sipitang dan saluran gas di Kimanis Sabah. 
 
Dengan kewujudan kilang-kilang itu, maka beribu peluang pekerjaan akan terwujud. Selain itu, Kerajaan negeri juga sangat komited dengan Sabah Development Corridor (SDC), di mana di dalamnya terdapat pembangunan yang bersifat pertanian seperti agropolitan dan pembangunan industri yang mesra alam seperti POIC di Lahad Datu. Percayalah, Sabah akan terus membangun melalui kerajaan Barisan Nasional. 
 
Untuk itu, teruskan menyokong kerajaan yang dipimpin Musa dan para pemimpin BN negeri yang lain, agar supaya, hala tuju Sabah tercapai.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels