Datuk Lajim masih menggunakan kemudahan Umno untuk menentang Umno. Demikian juga jawatan dalam kerajaan beliau masih gunakan untuk menentang kerajaan.
Rakyat perlulah menilai, bahawa tindakan MP Beaufort itu, bukanlah kehendak rakyat, akan tetapi kehendaknya sendiri.
Lajim mempergunakan rakyat untuk memenuhi hasrat peribadinya.
Tidak selamanya rakyat akan turut dalam perjuangan Lajim yang berpaksikan kepada tujuan peribadi.
Sekarang adalah waktunya menolak pemimpin yang mempergunakan rakyat untuk mengisi keinginan sendiri.
Lanjutan tindakan Lajim menentang Umno dan kerajaan adalah pada 18/7 satu mesyuarat diadakan,rupanya mesyuarat itu adalah perbincangan jawatankuasa persiapan lawatan Anwar Ibrahim ke Beaufort. Menariknya mesyuarat ini diadakan di pejabat ahli parlimen P.177 Beaufort berlangsung selama 2jam yang dipengerusikan oleh Lajim sendiri.
Lanjutan tindakan Lajim menentang Umno dan kerajaan adalah pada 18/7 satu mesyuarat diadakan,rupanya mesyuarat itu adalah perbincangan jawatankuasa persiapan lawatan Anwar Ibrahim ke Beaufort. Menariknya mesyuarat ini diadakan di pejabat ahli parlimen P.177 Beaufort berlangsung selama 2jam yang dipengerusikan oleh Lajim sendiri.
Apa yang dinafikan sebelum ini terjawap apabila mesyuarat itu adalah untuk menyambut kehadiran Anwar Ibrahim dan mengadakan persiapan majlis berbuka puasa dan bersempena majlis tersebut Datuk Lajim akan membuat pengumuman menyertai PKR.Tarikhnya telah ditetapkan 29 Julai 2012.
Turut diumumkan didalam mesyuarat tersebut Hj Hadi Presiden PAS dan juga ultrakiasu Lim Guan Eng ketua menteri regim DAP Pulau Pinang.Datuk Lajim mengarahkan agar jenteranya berusaha mengumpul sekurang kurangnya 5 hingga 10 ribu orang untuk hadir bagi majlis berbuka puasa di rumahnya di Kampung Kuondo Kebatu Beaufort.
Tindakan Lajim sudah pun diketahui oleh pucuk pimpinan Umno,namun dikhabarkan beliau sejak dari awal lagi mahu dipecat oleh Umno ,Blog suara rakyat turut melaporkan hasrat Lajim untuk lompat parti.
Semasa menghadiri satu perjumpaan di rumah mantan ADUN Kuala Penyu -John OT Gani di Kuala Penyu , Lajim membayangkan akan menyertai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.
Mengapa Lajim menunggu dipecat? Kalaulah beliau seorang pemimpin yang mempunyai pendirian, tidak perlulah menyusahkan orang lain dengan menunggu dipecat.
Dalam pelembagaan Umno, jika seseorang ahli menyertai mana-mana parti, maka secara automatik keahilan individu itu gugur.
Harapan Lajim untuk dipecat untuk mendapatkan simpati tidak akan kesampaian, namun berasaskan perkembangan terkini, sekiranya MP Beaufort itu tidak meletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perumahan Persekutuan, maka Najib tiada pilihan lain, terpaksa mengugurkannya.:klik Suara Rakyat
Anwar berbekalkan ratusan juta ringgit sedang dalam proses membeli belah . beliau dikatakan amat terdesak untuk mendapatkan sokongan sebanyak mungkin dan Sabah adalah sasaran Anwar untuk menumbangkan BN.
Dalam perkembangan lain Timbalan Presiden UPKO Datuk Welfred Bumburing telahpun meletakan jawatan sebagai pengerusi BN Tuaran, namun jawatannya pada parti kompenen BN itu masih belum ada perkembangan.