Akibat krisis dalaman Umno tahun 1987, maka pada PRU-1990 BN kehilangan Kelantan dan Terengganu. Demikian juga krisis tahun 1998, walaupun BN masih menang 2/3, namun ramai pemimpin BN kehilangan undi majoriti, malah Najib sendiri hanya menang dengan majoriti kurang daripada 300 di parlimen Pekan.
Walaupun berlaku krisis kepimpinan pada tahun 1998, namun BN berjaya merampas semula Terengganu. Faktor kemenangan BN pada PRU-1999, apabila kaum cina dan india menyokong BN. Perkara ini terbukti, apabila Lim Kit Siang dan Karpal Singh kalah dalam PRU itu.
Pada PRU-2004, tiada krisis yang berlaku, kerana berlakunya perubahan kepimpinan negara daripada Tun Dr Mahathir kepada Tun Abdullah Badawi. Kita menyaksikan, bahawa pada PRU itu, BN bukan sahaja menang tetapi menang 3/4 kerusi Dewan Rakyat.
Pada PRU-2008, berlaku lagi krisis. Krisis kali ini adalah antara Tun Abdullah Badawi dan Tun Dr Mahathir. Akibatnya, sudahpun kaum melayu berpecah, ditambah lagi dengan berpaling tadahnya penyokong kaum cina dan india terhadap BN. Buktinya apabila ramai pemimpin MCA, Gerakan dan MIC tewas. Malah Presiden Gerakan dan MIC turut kalah dalam pilihanraya itu.
Pada PRU-13 ini, tiada krisis dalaman Umno yang ketara. Diperkirakan pada PRU kali ini, kaum melayu akan bertaut semula dibawah payung BN, manakala, kaum cina dan india walaupun tidak sepenuhnya kembali sepertimana keputusan tahun 1990/1999/2004 akan tetapi sumbangan sokongan kaum itu akan menyebabkan Selangor, Kedah dan sebahagian kerusi Wilayah Persekutuan akan kembali ke pangkuan BN.
Sokongan kaum cina dan india terhadap BN belum mencukupi untuk menang di Pulau Pinang, namun, pada PRU kali ini, MCA dan Gerakan tidak akan kosong kerusi di negeri Pulau Mutiara itu.
Bagi Sabah dan Sarawak pula, status quo akan bertahan, di mana Sabah akan menyumbang sekurang-kurangnya 23 kerusi Parlimen, manakala Sarawak setidak-tidaknya 28 kerusi parlimen. Jika diambil kira kerusi WP Labuan, maka Sabah dan Sarawak akan menyumbang 52 kerusi Parlimen, berkurang 4 kerusi. Kekurangan ini akan ditambah kerusi-kerusi parlimen di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Kedah. Berasas kepada anggapan ini, BN dengan mudah mendapat kuasa 2/3 Dewan Rakyat.
Walaupun pembangkang mengangkat isu rasuah sebagai isu utama kempen mereka, namun rakyat secara umum masih menerima program kerajaan BN yang mengutamakan rakyat melalui Janji Ditetapi.
Kerajaan BN bukan sahaja membela rakyat melalui berbagai bantuan kewangan seperti BR1M, baucer buku, bantuan RM100 setiap murid sekolah rendah hingga menengah, juga bantuan pembelian handphone 3G bagi mereka yang berumur antara 21-30 tahun, ditambah dengan bantuan RM250 kepada golongan bujang yang berpendapatan kurang daripada RM2,000.
Untuk maksud penyeragaman harga antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, peruntukan hampir setengah bilion ringgit diberikan melalui bajet tahun 2013.
Pembangkang dalam usaha mereka menambat hati pengundi, mereka melakukan pendekatan yang tidak ekonomik, seperti penghapusan PTPTN, menghapus tol di Semenanjung (sedangkan sebahagian besar rakyat langsung tidak mendapat manafaat).
Penurunan harga kereta yang diuar-uarkan pembangkang, bukan sahaja mematikan industri autombil negara, juga akan berakibat pengurangan peluang pekerjaan, malah akan berlaku pemberhentian beramai-ramai.
Selain itu, akibat pengurangan harga kereta import melalui potongan cukai, maka negara akan menjadi junk kepada pengeluar automobil negara maju, di tambah aliran mata wang negara ke negara luar.
Sebenarnya, pendekatan pembangkang hanya bertujuan untuk popular pada kali ini sahaja, namun selepas itu, pendekatan itu akan disemak semula apabila mereka menawan Putrajaya.
Contoh yang paling konkrit adalah air percuma Selangor, hanya menguntungkan mereka yang berkemampuan, manakala rakyat yang tinggal di flat dan rumah-rumah pangsa, tidak menikmati air percuma.
Adalah mudah untuk berjanji bagi pembangkang, namun mereka tahu, bahawa janji-janji itu tidak perlu ditunaikan apabila memerintah. Bercanggah dengan BN, BN berjanji hanya yang boleh dilakukan dan sesuai dengan kemampuan negara.
Adalah diperkirakan, walaupun pembangkang begitu aggresif menghadapi PRU-13, namun BN bersedia berhadapan dengan semua karenah mereka. Terpulang kepada rakyat, mana yang dipilih, janjii yang ditepati atau janji Retorik.