6 December 2012

Antara Calon Kabel dan Calon Rakyat

MANA yang anda sokong? calon dikeranakan kabel atau calon rakyat? Calon kabel, lahir kerana hubungan seseorang itu dengan pucuk pimpinan. Calon ini boleh juga dipanggil calon bidan terjun. Sementara calon rakyat, adalah calon yang punya kedudukan samada dalam parti atau pemimpin akar umbi.

Seorang kawan yang punya hubungan tertentu dengan pemimpin tertentu, kononnya akan jadi calon pada PRU-13 akan datang, kerana kononnya dia punya pengaruh hebat berbanding sesiapa sahaja di kawasan yang akan dia tandingi kelak (angkat bakullah tu). Selain itu, dia menyebut nama individu lain akan juga jadi calon, kerana hubungan keluarga individu itu dengan pucuk pimpinan.

Rupanya kawan tadi lupa, bahawa akbiat calon kabellah ramai calon-calon BN kecundang pada PRU-12. Kawan itu lupa, bahawa politik kini sudah berubah. jika dahulu songkokpun diletak asalkan mewakili parti BN, maka boleh menang.

Rakyat kini sungguh kritikal. Pemimpin atau calon dinilai dari segi sumbangan mereka kepada rakyat, bukan sumbangan hanya timbul semasa dekat dengan pilihanraya. Atas sebab itu, kekuatan calon boleh menang sekarang, bukan sahaja dilihat pada parti yang diwakilinya, juga kekuatan atas kapasiti individunya.

Betul juga kata kawan itu, apabila penulis melihat-lihat kelibat individu yang dimaksudkan, sejak enam bulan lalu, agak luarbiasa aktifnya bercerita tentang rakyat, sedangkan sebelum ini, tiadapun cerita-cerita demikian. Kalaulah betul, cerita kawan itu menjadi kenyataan, rupanya politik itu sungguh mudah, asalkan ada kabel, maka mudahlah jadi calon dan kemudian jadi YB.

Seperkara lagi, ada juga pemimpin yang sudah lama jadi pemimpin; peluang-peluang sudah lama diberikan, namun rakyat yang diwakilinya tiadalah perubahan yang boleh menggambarkan bahawa pemimpin itu berkerja untuk rakyat yang diwakilinya. Yang berubah hanya, keadaan pemimpin itu berserta keluarga terdekatnya, manakala rakyat disekelilingnya keadaannya yang itu-itu juga.

Jika lah pemimpin ini disorong untuk dipilih sekali lagi mewakili rakyat, apa kah rakyat perlu memberi peluang kepadanya kerana dia mewakili BN? Tepuk dada tanya selera. Jika ini berlaku, penulis yakin, sabotaj yang dihindari pucuk Pimpinan sepertimana yang disuarakan Presiden Umno semasa penggulungan persidangan Umno ke-66 minggu lepas sukar dibendung.

Vitamin W tidak lagi mempengaruhi pola pengundian rakyat. Satu cerita menarik pada persidangan sebuah parti komponen BN baru-baru ini dimana berlaku pertandingan diperingkat bahagian. Penulis kenal betul dengan ketua bahagian itu. Dalam pertandingan itu, lawan kepada beliau semasa bertanding memberi salam berisi, manakala beliau hanya mampu memberi minum 250ml RO dan kuih muih kepada perwakilan. Namun, selepas undi dikira, lawannya hanya mampu meraih 3 undi.. Jadi dalam politik kini, vitamin W tidak lagi boleh mempengaruhi selera atau keputusan pengundian.

Oleh sebab itu, kepada calon-calon yang berura-ura menjadi calon, tanyalah terlebih dahulu "apakah" sumbangan anda kepada rakyat yang akan mengundi. Jika tiada, janganlah membuang masa, kerana jawapannya anda akan kecundang.

5 December 2012

Tidak Mudah jadi Pemimpin Kota Belud

Ada pemimpin,kerana ada yang dipimpin. Kalau pemimpin yang menganggap dirinya pemimpin, namun tiada yang dipimpin, ibarat makan sop ikan tidak bergaram. 

Iktibar perlu diambil pada persidangan parti Umno yang baru sahaja melabuhkan tirainya minggu lalu. Bayangkan lebih 500 ahli dan penyokong serta perwakilan berlepas dengan kapal terbang untuk mengahdiri persidangan itu. Pemimpin yang bertanggungjawab menghantar 'kontenjen"yang ramai itu adalah  Datuk Salleh, Datuk Musbah dan Datuk Rahman.

Sumbangan tiga pemimpin itu, secara tersirat sudah para ahli ketahui. Kos yang ditanggung untuk hadir pada persidangan itu, bukan hanya tikit kapal terbang, akan tetapi juga termasuk penginapan dan belanja makan minum.

Atas faktor itu, tidak mudah menjadi pemimpin Kota Belud. Keadaan ini perlu menjadi iktibar kepada mereka yang bercita-cita menjadi pemimpin Kota Belud; jika anda tiada kemampuan daripada segi ekonomi lupakan saja hasrat itu. Jangan cuba-cuba jadi pemimpin dahulu dan kemudian ekonomi akan kukuh kemudian, kerana cara itu, mencari peluang dengan menggunakan nama parti berserta ahli dan penyokongnya.

Rakyat kini sudah bijak. Di benak mereka, terpahat, bahawa sesiapa yang bercita-cita jadi pemimpin, sedangkan latarbelakang ekonominya tidak kukuh, difikiran mereka, bahawa individu itu hanya mencari peluang untuk cepat kaya. Mereka menyaksikan, bahawa sebelum ini seseorang yang hanya punya kereta proton, kemudian punya bermacam-macam kereta serta rumah yang hebat selepas menjadi Yang berhormat.

Keadaan politik kini, tidak seperti 20 tahun lalu, keadaan politik kini sungguh kritikal. Jika pun ada individu yang mampu menjadi pemimpin kerana cetusan daripada bawah, ertinya individu itu punya wibawa daripada semua segi mengatasi kebanyakan. 

Kita semua tahu, kebanyakan yang menganggap dirinya mereka "pemimpin" hanya menjadi pelengakap kepada organisasi, bukannya kerana kewibawaan atau kemampuan mereka. Kalaulah parti dibolehkan hanya diwakili seorang individu, pasti yang "lain-lain" tidak akan tersenarai.

Suatu hari nanti, jika semua ahli/penyokong atau rakyat berkampuan daripada segi ekonomi, maka pada masa itulah wujudnya pemimpin yang berwibawa, kerana pada masa dan ketika itu, pemimpin dilihat bukan sahaja daripada segi kemampuan kewangannya, akan tetapi ketokohannya.

Pada masa itu, tidak wujud lagi, istilah "tajaan" menghadiri sebarang persidangan baik yang menyeberang laut mahupun bukan, kerana mereka yang hadir adalah menyaja diri sendiri dan atas kemahuan diri sendiri. Pada ketika itulah akan berlaku keadaan seperti di Jepun atau Singapura, bahawa hanya mereka yang benar-benar berwibawa menjadi pemimpin. Fikir-fikirkan lah.

Dicalon kah atau tidak-Saya tetap sokong UBN: Salleh


Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Salleh Tun Said menyahut soalan sepuemas Presiden semasa ucapan penggulungan Persidangan Agung Umno minggu lepas, apabila Ketua Bahagian Kota Belud itu menyatakan bahawa beliau tetap setia kepada Umno dan BN walaupun tidak terpilih sebagai calon pada PRU-13.

Salleh dipetik BERNAMA berkata, beliau akur dengan keputusan pucuk pimpinan samada mencalonkan beliau atau sebaliknya.

Selain itu, Salleh juga berkeyakinan bahawa BN adalah parti yang boleh menang di Sabah. 

Pada PRU-12 lalu, BN Sabah hampir menyapu bersih kerusi parlimen mahupun DUN dan hanya kalah di Parlimen Kota Kinabalu dan DUN Sri Tanjong kepada DAP. Kerusi-kerusi yang kalah itu ditandingi Parti PBS komponen BN yang menyertai BN pada tahun 2002.

Walaupun BN Sabah diberi benchmark yang tinggi dan mendapat jolokan Simpanan Tetap BN, Salleh berkeyakinan gelaran itu dapat dipertahankan pada PRU-13 nanti.

Sebenarnya tiada isu utama parti pembangkang di Sabah, yang ada adalah berupa fitnah dan pembohongan. Atas sebab itu, para pemimpin Sabah kini lebih kepada program penjelasan dan penerangan.

Para pemimpin Sabah juga selain turun padang mereka juga mengurus padang untuk menyelesaikan masalah rakyat, demikian menurut Speaker DUN Sabah itu.


4 December 2012

Hebatnya Umno Kota Belud

BUKAN sekadar perwakilan, namun sesiapa saja ada jawatan ketua dihantar menghadiri Persidangan parti yang ke-66.

Tidak cukup dengan jumlah itu, pemimpin akar umbi juga turut diterbangkan. Ada yang berseloroh, 4 kapal Airbus A320 digunakan untuk menerbangkan ahli-ahli Umno Kota Belud ke persidangan parti kali ini. Jumlah itu belum termasuk ahli yang datang secara persendirian, di mana kos semuanya ditanggung sendiri atas sebab cintakan parti.

Tabik kepada Ketua Bahagian- DSP Salleh Tun Said, ADUN Tempasuk-Datuk Musbah Jamli dan MP Kota Belud- Datuk Rahman Dahalan. Kalau bukan kerana para pemimpin ini, sungguh sukar bagi pemimpin akar umbi terbang, kerana jarak yang sungguh jauh. Bukan sahaja rintangan jarak, akan tetapi ongkos ke persidangan itu sungguh besar.

Bermula pada 27 Disember, kawasan-kawasan Bukit Bintang, KLCC, Kg Baru; apabila sempat jalan-jalan pasti berjumpa orang Sabah; demikian juga semasa persidangan, ruang legar PWTC di berbagai tingkat, terjumpa ahli-ahli Umno Sabah dan tidak ketinggalan daripada Kota Belud.

Mudah-mudahan melalui kehadiran itu, mesej yang disampaikan semasa persidangan itu terutama ucapan dasar dan penggulungan Presiden parti dapat dikongsi dengan rakyat jelata di kawasan masing-masing; setidak-tidaknya itulah harapan pemimpin Kota Belud.

Persidangan parti kali ini, merupakan persidangan terakhir sebelum berdepan dengan pilihanraya umum ke-13. Kehadiran ramainya ahli-ahli parti sempena persidangan itu adalah untuk membakar semangat masing-masing sebelum bertempur dalam arena demokrasi.

3 December 2012

Catatan Disember-Sempena AGM Umno 2012

Bukan juga perwakilan, bukan juga pemerhati daripada sebarang bahagian atau cawangan tetapi hanya sebagai rakyat biasa bertandang ke Perhimpunan Agung Umno ke-66. 

Penulis bertolak daripada Lapangan Terbang tambang murah Kota Kinabalu dan sudah tentunya juga mendarat di lapangan tambang murah.

Penulis selamat tiba di PWTC sesuai dengan jadual perhimpunan yang bermula pada 27 Disember. Tiada agenda atau aktiviti  lain selain dengan secara dekat mengikuti perasmian persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri yang disempurnakan oleh Timbalan Presiden Umno-Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dari semua itu, sudah tentunya  mengikuti ucapan dasar dan penggulungan Presiden Parti- DSP Najib Tun Razak, kerana sebelumnya penulis menulis, bahawa setiap warga menanti-nanti ucapan itu.

Penulis tidak pernah gagal hadir ke majlis seumpama ini, semenjak Umno menyebarkan sayapnya ke Sabah pada tahun 1991, walaupun penulis sempat juga hadir julung kalinya pada tahun 1987.

Hampir 25 tahun, penulis mengikuti ucapan Timbalan presiden dan presiden. Sentuhan yang masih terngiang-ngiang hingga kini adalah Ucapan Perasmian Datuk Musa Hitam (kini Tun) untuk pergerakan Wanita dan Pemuda pada tahun 1987 (Puteri belum wujud lagi). Selepas itu, belum ada lagi ucapan yang melekat dihati sanubari penulis, penantian yang begitu lama terubat juga, apabila mendengar ucapan Penggulungan Presiden Umno pada 1 Disember lalu. Ucapan penggulungan itu, mungkin memerlukan masa 25 tahun untuk berulang kembali.

Seperti ucapan Tun Musa pada tahun 1987, ramai yang "broke" dengan perasaan, demikian juga ucapan penggulungan DS Najib pada kali ini, ramai yang "broke". Mereka yang "broke" itu termasuklah Tun Dr Mahathir, apa tah lagi penulis.

Tidak perlulah digambarkan perasaan perwakilan yang hampir 3 ribu itu, kerana mereka adalah tiang-iang sari parti. Namun yang sungguh menarik adalah kehadiran semua lapisan termasuk pejuang sesepu veteran; malah ada yang menemui ajalnya semasa menghadiri persidangan itu.

Untuk pertama kali.. para pejuang yang tidak didendang disentuh dan orang yang menyentuhnya adalah anak muda, yakni Ketua Pemuda Umno-Saudara Khairy Jamaluddin.

Ucapan penggulungan Najib, menunjukan bahawa Umno adalah pelindung negara termasuk semua rakyatnya. Umno bukan hanya untuk Umno, Umno adalah untuk semua.

Najib bersumpah, bahawa beliau adalah pemimpin untuk semua. Beliau adalah Perdana Menteri untuk semua.

Umno atau BN adalah untuk semua rakyat. Atas sebab itu Najib meminta rakyat, satu undi untuk UBN adalah untuk semua.

27 November 2012

Kalau Tun Mustapha masih hidup

KALAU Tun Mustapha Datu Harun masih hidup, pasti beliau menyaksikan bagaimana Anwar Ibrahim diaibkan, kerana tingahlaku mantan TPM itu, yang senantiasa tidak setiakawan dan suka menikam belakang.

Tun juga pasti amat gembira menyaksikan bahawa kaum bumiputera islam menjadi Ketua Menteri dan bumiputera bersatu.

Ada pemimpin yang rapat dengan Allahyarham berkata, bahawa semasa Pemimpin Kemedekaan Sabah itu sedang di rawat di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) dan pada masa itu, mantan Ketua Menteri/Gabenor Sabah itu masih berjawatan Menteri Halehwal Sabah, berkata.. muslihat Anwar sungguh licik, sehingga persahabatan beliau dengan Datuk Sakaran Dandai (kini Tun) pecah.

Keinginan Tun Mustapha agar bumiputera islam menjadi Ketua Menteri dan bumiputera bersatu, pada masa beliau ungkapkan, sukar dipercaya menjadi kenyataan, kerana pada masa itu, ternampak tiada peluang dalam sistem pilihanraya, atas sebab kekuatan Parti Bersatu Sabah sungguh kuat.

Benarlah kata-kata ahli-ahli politik, apabila Tun Mustapha berpolitik, terasa lagi embusan angin lembut, berbanding politik pemimpin ulung Sabah itu.

Tiada yang dapat meramal dan tiada yang mempunyai jawapan tepat, tiba-tiba Tun Mustapha masuk PBS, parti yang ditentangnya sekian lama.

Tun Mustapha adalah figura pemimpin islam. Tiada yang dapat meramal, mengapa beliau masuk PBS yang berlatarbelakang parti yang condong kepada agama lain.

Tindakan Tun Mustapha masuk PBS diikuti dengan tingkah laku, bahawa beliau bukan lagi pemimpin islam seperti mana yang melekat pada dirinya. Akibatnya orang islam menjauhinya yang turut juga menjauhi parti yang disertainya.

Di lain pihak, Pairin sebagai Persiden PBS dan pemimpin bukan islam, dilihat oleh penyokong-penyokong fanatiknya sudah berubah daripada perjuangan asal, akibatnya juga ramai penyokong beliau mejauhi beliau dan mencari bahtera baru.

Tindakan Tun Mustapha dan Datuk Pairin (kini Tan Sri) bergabung memberi laluan kepada Umno menyatukan kaum bumiputera, dan puncaknya berlaku pada tahun 1994, apabila Bumiputera Islam dilantik sebagai Ketua Menteri dan seterusnya kaum bumiputera menjadi pemimpin dominan sehingga ke hari ini.

Bumiputera tidak lagi bergantung kepada kaum kingmaker, kerana bumiputera boleh membentuk kerajaan sendiri tanpa campurtangan kaum lain. Berpunca daripada perancangan Tun Mustapha itulah, bumiputera kini merupakan pemerintah yang sukar diganti lagi.

25 November 2012

RM40 Juta-Diputar-putar terus

Datuk Musa Aman terpaksa keluar dari sarang berdiamnya. Beliau berkata, Pembangkang ketandusan politik aka bangkrup, kerana mereka terus memutar-mutar kisah lama, megulang-ulangnya agar supaya kelihatan betul.

Pembangkang benar-benar mengunapakai cara Nazi, menungulang-ulang isu palsu, agar supaya isu tidak benar menjadi betul dan menerimanya.

Pembangkang tidak boleh menerima tindakan ICAC Hong Kong yang memberishkan Musa dalam kes RM 40 Juta sumbangan kepada Umno Sabah.

Pembangkang melalui Rafizi Ramli sanggup ke Hong Kong untuk mengemukakan "bukti" rekayasa untuk mendesak badan pencegah rasuah Hong Kong itu membuka semula isu itu.

“Dari awal lagi, saya mempunyai keyakinan tinggi dengan integriti ICAC dan saya akan dilepaskan. Sekarang ICAC sudah membersihkan saya. Ia membawa pengakhiran kepada kesakitan dan penderitaan yang terpaksa keluarga saya lalui beberapa tahun kebelakangan ini,”katanya dalam satu kenyataan malam tadi, merujuk kepada Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong." Petikan kenyataan Datuk Musa Aman.

Awal minggu PKR mengemukakan keterangan baru kepada pihak berkuasa anti-rasuah Hong Kong terhadap kes rasuah RM40 juta Datuk Musa Aman dan menghantar bukti lanjut terhadap pertuduhan pengubahan wang haram ketua menteri Sabah dengan ahli perniagaan Michael Chia.

Rafizi Ramli, yang mengetuai misi pencarian fakta empat anggota parti disana berkata masih belum jelas apa ICAC akan lakukan dengan bukti-bukti baru tetapi melahirkan keyakinan kes itu mungkin akan dibuka semula.

Dalam laporan PKR kepada badan pencegahan rasuah Hong Kong itu, tiga sebab disenaraikan bagi menggalakkan ICAC yang terkenal itu untuk membuka semula kes rasuah RM40 juta Musa dan Chia – tuntutan berasingan daripada dua Ahli Parlimen Sabah bahawa wang bukan satu sumbangan politik kepada Umno seperti didakwa; dan penerimaan kenderaan mewah dari Chia oleh menteri Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, mungkin atas sebab-sebab rasuah.

Chia didakwa mempunyai kaitan dengan Musa pada April lalu oleh Sarawak Report, yang mendakwa beliau juga meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Chek Lap Kok, Hong Kong dengan wang bernilai RM40 juta dalam matawang Singapura.

Pada ketika itu, Chia didakwa memberitahu pihak berkuasa Hong Kong bahawa wang itu adalah untuk Musa.

Isu ini heboh menjadi tajuk utama sekali lagi bulan lepas apabila Nazri memberitahu Parlimen bahawa Musa telah dibersihkan daripada rasuah tentang perkara itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ICAC mendapati bahawa wang tersebut adalah “derma politik” untuk Umno Sabah dan tidak bermaksud untuk kegunaan peribadi Musa.

Musa mengatakan beliau tidak faham mengapa PKR tidak boleh menerima kebenaran.

“Apa lagi yang mereka mahu? Mereka cuba lagi untuk menggunakan aduan untuk mendapat keuntungan politik.

“Mereka mengulangi kisah lama yang sama. Saya fikir saya berhak untuk menyimpulkan bahawa pihak pembangkang bankrap politik. Kami berhak untuk melayan dakwaan ulangan mereka baru-baru ini dengan penghinaan yang layak mereka terima.

“Saya tetap merendah diri, tetapi sudah tentu terdapat had terhadap kesabaran seseorang.” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Nazri, ICAC menutup kes itu selepas SPRM menemui dalam siasatan bahawa wang ditangan Chia bertujuan untuk Umno Sabah dan bukan Musa.

Selepas penafian Nazri, Rafizi mengadakan sidang akhbar di Parlimen mendedahkan apa yang beliau katakana sebagai bukti fotografi bahawa Nazri menerima sogokan daripada Chia untuk membersihkan namanya, dalam bentuk kereta Hummer berharga RM459,000 diberikan kepada anak lelakinya.

PKR memulakan misi pencarian fakta ke Hong Kong minggu ini untuk mendedahkan apakah keputusan ICAC untuk menutup kes disebabkan kekurangan kerjasama dari SPRM.

Pada hari Rabu Nazri berkata dakwaan bahawa badan anti-rasuah Malaysia gagal untuk bekerjasama dengan rakan sejawatannya dari Hong Kong adalah “tidak benar”.

Menjawab soalan daripada pemberita yang menegaskan terdapat dakwaan bahawa siasatan telah ditutup oleh ICAC kerana tidak mendapat kerjasama oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menteri itu berkata:

“Tidak benar ... apabila ia melibatkan rasuah, mereka adalah rangkaian antarabangsa dan kita tidak boleh untuk tidak bekerjasama dengan badan pencegahan rasuah negara lain. Rasuah sekarang adalah jenayah yang tidak mengenal sempadan ... ia tidak benar.

“Jangan dengar cakap orang, orang boleh cakap macam-macam. Mereka bercakap tanpa fakta dan hanya membuat tuduhan, kita tidak harus mengambil serius dakwan-dakwaan seperti itu kecuali badan berkenaan sendiri mengatakannya ... apa yang penting adalah apa yang ICAC kata.”

23 November 2012

RM 40 juta derma untuk Umno Sabah- Rafizi dakwa ada Tiga Fail sebagai Bukti Baru

Mengapa hanya ada tiga fail? bukannya 10?..Rafizi membuat tuduhan bahawa kononnya kerajaan Malaysia yang beri tahu ICAC, bahawa RM40 juta daripada Hong Kong itu adalah sumbangan.. Berasaskan dakwaan baharu daripada Rafizi, seolah-olah, pihak ICAC menerima sahaja kenyataan daripada pihak Malaysia, atas sebab itu ICAC menutup kes itu.

Namun, Rafizi tidak merungkai, hasil sisatan lebih sebulan oleh ICAC di Sabah. Yang betul, apabila ICAC selesai membuat siasatan, badan pencegah rasuah Hong Kong itu berpuas hati, bahawa memang wang RM40 juta adalah sumbangan kepada Umno Sabah.

Kenyataan Rafizi berhubung dengan keputusan ICAC sebelum ini, seolah-olah badan itu terlalu bodoh.

Demi memutar belitkan fakta, Rafizi menuduh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri- Datuk Nazri Aziz berbohong di dewan rakyat, apabila menteri itu memberi jawapan sepertimana yang dikemukakan oleh pihak SPRM kepadanya.

Melalui jawapan yang disediakan SPRM itu, sudah tentunya dilampirkan keputusan daripada ICAC pihak yang melakukan siasatan.

Rafizi mahu mengwujudkan persepsi bahawa pihak SPRM yang melakukan siasatan, kebenarannya pihak SPRM hanya berkerjasama dengan ICAC semasa siasatan itu selama berlangsung lebih sebulan di Sabah.

Sayang SPRM bukan parti politik yang boleh memberi kenyataan bila-bila masa melalui media. SPRM tidak mempunyai bidang kuasa menjawab sebarang dakwaan politik, seperti mana yang ditimbulkan oleh Rafizi.

Rafizi hanya membuat tohaman dan dakwaan. Bagi dia, betul kah dakwaan itu, bukan penting, yang mustahak, dia mampu mengwujudkan persepsi negatif.

Inilah kebebasan kita di Malaysia, siapapun berhak membuat dakwaan, walaupun diketahui bahawa dakwaan itu hanya fitnah.

Sudah tiba masanya pihak mahakamah menjatuhkan hukuman berat, apabila ada kes seumpama ini di bawah ke mahakamah untuk pengadilan. Kita perlu hentikan, perbuatan ini, jika tidak, rakyat akan celaru.

Perhimpunan Agung Umno Dijangka Fokus Pilihan Raya - Muhyiddin

ISLAMABAD: Perhimpunan Agung Umno 2012 dijangka memberi fokus terhadap bagaimana perwakilan membahaskan perkara-perkara yang ada hubung kait dengan pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Timbalan Perdana Menteri dan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia bertujuan meningkatkan tumpuan dan perhatian setiap peringkat ahli terhadap pentingnya pilihan raya umum yang bakal dihadapi.

"Di samping itu, kita juga mahu mengambil kesempatan untuk melihat kondisi pemikiran pemimpin parti di semua peringkat tentang cabaran besar yang kita akan hadapi dalam pilihan raya ini," katanya kepada wartawan Malaysia di sini pada Jumaat.

Beliau berkata melalui cabaran-cabaran yang dihadapi, perlakuan pihak pembangkang dan isu-isu yang berbangkit, anggota parti bukan sahaja setakat perlu memahami tetapi juga menangani supaya semangat juang lebih tinggi untuk mempertahankan kedudukan parti sebagai kuasa dalam kerajaan terhasil daripada perhimpunan agung kali ini.

"Kalau boleh kita perkukuhkan kedudukan kita...penting untuk kita mencapai kemenangan yang lebih cemerlang, meraih sokongan yang lebih besar dari segi pengundi popular dan memenangi kembali negeri-negeri dulu yang kita kalah, semasa pilihan raya umum 2008.

"Jadi, perhimpunan agung ini mempunyai signifikan yang agak besar sekali. Walaupun kita tahu dalam Umno sendiri terdapat isu-isu tertentu tetapi fokus paling utama adalah bagaimana kita hendak menyiapsiagakan setiap ahli Umno termasuklah di peringkat akar umbi," katanya.

Dengan tarikh pilihan raya yang makin hampir, Muhyiddin berkata adalah penting bagi ahli Umno untuk menanam kesedaran tentang cabaran besar dan amanah yang harus dipikul untuk menentukan mandat apabila meninggalkan Dewan Merdeka, tempat berlangsungnya perhimpunan agung, nanti.

"Ahli Umno juga harus menekankan aspek perpaduan dalaman parti yang perlu kita perkukuhkan. Saya pernah sebut pada mereka di setiap peringkat, di mana saya melawat di setiap negeri berjumpa dengan pemimpin di setiap peringkat parti baik Umno atau parti komponen Barisan Nasional.

"Yang pertamanya, saya sebutkan soal kita hendak mengelakkan masalah dan isu dalaman. Kita sedar di sesetengah tempat masalah itu ada. Saya sudah mengingatkan mereka supaya mencari jalan untuk selesaikan masalah itu," katanya.

Muhyiddin berharap masalah-masalah seperti itu tidak akan menjadi halangan atau kekangan yang boleh menyebabkan Umno gagal atau tidak dapat meraih sokongan besar pada pilihan raya umum nanti.

"Bagaimanapun, pada pertemuan yang saya adakan dengan beberapa bahagian terpilih yang saya kenal pasti memerlukan tumpuan yang lebih, nampaknya mereka berjanji kali ini mereka akan menumpukan kepada soal kemenangan parti.

"Kalaupun ada perbezaan sesama sendiri, itu agak biasa tapi jangan jadikan ia satu benteng yang menghalang daripada kita mencapai matlamat kita dalam pilihan raya," katanya.

Muhyiddin berkata pendekatan untuk meraih undi sudah bermula hampir dua tahun yang lalu di semua peringkat.

"Sudah kita sebutkan bahawa amat penting kepada mereka (pemimpin Umno)untuk mendekati pengundi dan saya sebutkan pengundi adalah raja dan mereka yang menentukan nasib kita sama ada terus kekal sebagai sebuah kerajaan atau sebaliknya," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata kebanyakan orang Melayu sudah sedar dan Umno sendiri sudah memperbaiki kelemahan-kelemahan yang dihadapi di setiap negeri, terutamanya di negeri-negeri yang tewas pada pilihan raya umum lalu.

Beliau berkata kini sudah terdapat keyakinan yang baru di kalangan pengundi yang Umno adalah sebuah parti yang lebih berupaya berbanding dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui apa yang terjadi di negeri-negeri yang dikuasai oleh parti pembangkang.

"Kali ini mereka (anggota Umno) sudah bekerja dan bersiap sedia lebih awal...daripada segi minda juga mereka sudah bersedia, jadi perubahan itu dilihat dalam bentuk gerak kerja dan bantuan-bantuan yang kita sampaikan. Oleh kerana itu, bukan sahaja pengundi Melayu tapi pengundi Cina dan India sudah melihat dan bersedia untuk memberi sokongan pada pilihan raya akan datang," katanya.

Muhyiddin menuntut para pemimpin Umno untuk lebih bersedia daripada segi minda dan tenaga.

"Saya yakin Barisan Nasional akan memenangi pilihan raya akan datang dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan kekal, Insya-Allah. Apa yang kita bakal hadapi adalah satu pertembungan yang hebat.

"Jadi, kita tidak boleh bersiap sedia seperti biasa, baik minda, baik tenaga dan gerak kerja. Kita mesti lebih agresif daripada pembangkang kerana ini adalah peperangan dari segi strategi yang berbagai-bagai.

"Tidak ada masa untuk istirehat, kita harus bangkit sepanjang masa, sampai masa tugas kita selepas pilihan raya," katanya. - BERNAMA

21 November 2012

RM40 Juta untuk Umno Sabah:Sudah jadi Hantu pada Rafizi

Rafizi Ramli- "Pengarah Strategik" PKR tidak puas hati, apabila ICAC Hong Kong dan SPRM memberi jawapan, bahawa tiada sebarang unsur rasuah berhubung sumbangan RM40 juta kepada Umno Sabah.

Melalui jawapan itu, Rafizi mendakwa ada unsur ketidak telusan daripada pihak SPRM sendiri dan juga pihak Peguam Negara.

Rafizi juga mempersoal jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz di dewan rakyat, dan mendakwa Nazri mengelirukan ahli dewan, apabila mengatakan bahawa ICAC Hong Kong telah membuat kesimpulan bahawa sumbangan RM40 juta bukan berunsur rasuah, dan ianya hanya melibatkan sumbangan, kerana penyumbang tiada keterkaitan dengan sebarang urusan dengan Umno.

Sebelum kenyataan Nazri itu, Setiuasaha BN Sabah Datuk Rahman Dahalan pernah membuat kenyataan bahawa pihak ICAC Hong Kong berpuas hati berhubung siasatan terhadap wang RM 40 juta melalui siasatan badan itu di Sabah yang mengambil masa lebih sebulan.

Pihak ICAC Hong Kong telah menjalankan siasatan terperinci mengenai perjalanan wang tersebut, bermula daripada bagaimana wang itu dihantar ke akaun Umno, sehinggalah kepada penggunaan wang tersebut.

Berasaskan kepada siasatan ICAC dan kerjasama dengan SPRM, kedua-dua pihak bersetuju, bahawa wang RM40 juta itu tiada kaitan dengan Ketua Menteri Sabah- Datuk Musa Aman, melainkan wang itu semata-mata untuk kegunaan Umno Sabah dalam membiayai aktiviti parti.

Disebabkan wang RM40 juta telahpun menjadi HANTU kepada Rafizi Ramli, maka dia mengelirukan pengertian kenyataan Pengarah Pendakwaan Hong Kong Kevin Zervos, yang menyatakan melalui temubual dengan portal Malaysia yang Pro pembangkang, bahawa badan Hong Kong itu, bersedia membuka semula siasatan jika ada bukti-bukti baru.

Satu persoalan, bagaimana kah bukti-bukti baru boleh ditimbulkan? sedangkan kejadian itu berlaku pada tahun 2008, dan siasatan berhubung kes tersebut telahpun dijalankan secara terpeinci dan telahpun diketahui jawapannya.

Bukti-bukti baru bolehlah diwujudkan semula, jika ada lagi sumbangan daripada Hong Kong dan terus dimasukan ke akaun peribadi Musa Aman atau akaun Umno Sabah, dan kemudian wang itu diberikan langsung kepada Musa Aman.

Dikhabarkan Rafizi dan kawan-kawannya akan ke Hong Kong untuk mendesak ICAC membuka semula siasatan. Jika badan pencegah rasuah Hong Kong itu sanggup membuka semula kes itu, ini bererti, pihak Rafizi akan mengemukakan bukti-bukti baru, bukti rekayasa atau bukti-bukti palsu.

Yakinlah, kerana Rafizi telah menganggap wang RM40 juta itu sebagai Hantu yang mengejar-ngejarnya, maka dia dan kawan-kawannya berusaha agar boleh menterjemahkan khyalan mereka itu menjadi kenyataan sebagai gimik politik dalam menghadapi PRU-13.

Pihak Pembangkang, telah menjadikan FAKTOR PERSEPSI  terhadap BN dan para pemimpinya, bahawa kerajaan yang memerdekakan negara ini, merupakan kerajaan Rasuah.

Bukan persoalan kepada Pembangkang untuk mengwujudkan fitnah kerana mereka telah memutuskan mengambil pendekatan, menghalalkan sebarang cara untuk mendapat sokongan rakyat.

20 November 2012

Isu-isu Yang Dispin Pembangkang

SERONOK juga apabila bertanya khabar pada penduduk yang bertahun tersenarai dalam daftar pengundi. 

Borak-borak tidaklah mengambil masa yang lama, sekadar bertanya.. Apa isu semasa yang dimainkan di perkampungan oleh ahli-ahli politik, baik peringkat akar umbi atau pemimpin yang datang dan pergi.

Satu ungkapan popular.. sering berulang  NI KALI LER.. namun, apabila disingkap pengertian ungkapan itu, rupanya hanya merupakan expresi bersifat selebriti, bukannya keputusan untuk memilih parti mana yang perlu diundi pada PRU-13 akan datang.

Sebenarnya ISU yang diharungi rakyat terutama di perkampungan adalah isu PERSEPSI yang ditimbulkan oleh pihak Pembangkang. Persepsi itu mampu menelan usaha kerajaan sejak empat tahun lalu. Rakyat lebih update dengan isu-isu persepsi, misalnya isu korupsi, isu gelang Rosmah; isu RM40 juta sumbangan kepada Umno sabah manakala, isu Anwar jalan-jalan naik jet, ramai yang tidak pasti malah ramai yang tidak mendengarnya.

Ramai yang terpukau dengan retorik pembangkang terutama mengenai penurunan harga minyak,  kenaikan royalti minyak, penghapusan PTPTN dan Pendidikan Percuma, berbanding usaha-usaha kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat melalui Jelapang Padi, Agropolitan, PIOC, kilang baja atau program-program yang dijalankan SEDIA melalui Sabah Development Corridor.

Usaha kerajaan melalui berbagai pendekatan seperti GTP, ETP, NKRA masih merupakan perkara baru kepada penduduk, sehingga ramai yang tidak faham apa lagi mengerti mengenai akronim-akronim itu.

Nampaknya pihak pembangkang mampu memunculkan isu-isu yang dekat dengan rakyat; walaupun pembangkang tidak menyebut bagaimana menyelesaikan isu-isu itu, namun setidak-tidak pembangkitan  isu-isu membangkitkan rasa geram mereka.

Rakyat tidak mampu menganalisis, bahawa semakin banyaknya kereta di jalan raya atau sukarnya mendapat letak kereta di kawasan kompleks beli belah, sesaknya kompleks beli belah, menjamurnya pembangunan peumahan atau rumah-rumah kedai, merupakan petanda ekonomi semakin baik; namun atas putar belit pihak pembangkang, menjadikan keadaan itu sebagai beban kepada rakyat, bukannya suatu peluang.

Nampaknya dalam masa empat tahun terakhir, pembangkang mampu meracuni kebanyakan rakyat dengan isu persepsi, sehingga sukar bagi mereka menilai mana program yang berguna kepada mereka. Rakyat terbuai dengan janji manis, sehingga mencairkan komitmen kerajaan melalui Janji Ditepati.

Bayangkan bantuan kerajaan melalui BR1M, bantuan kepada pelajar dari tahun satu hingga tingkatan enam, bantuan baucer buku kepada pelajar perguruan tinggi, dan kini BR1M 2.0 telah meliputi rakyat yang bujang yang berumur antara 21-30 tahun dan rebet RM250 kepada golongan ini yang membeli Handpon 3G, mampu diselewengkan oleh pihak pembangkang sebagai usaha membeli undi.Pembangkang mampu menukar upaya kerajaan itu, bahawa program ini adalah sebahagian daripada menghidupkan kroni, terutama yang terlibat dengan telekomunikasi.

Di mana silapnya? Kerajaan mempunyai semua jentera, ada TV ada Surat Khabar, ada agensi-agnesi seperti JASA, KEMAS dan sebagainya, mengapa  semua ini boleh berlaku?

Debat atau Turun Padang

KITA ambil iktibar sejarah masa silam. Ulama tersohor. imam Ghazali, pernah menjalajah puluhan tahun, kemudian kembali dengan ilmu. Salah satu coretannya.. berdebat/berdailog dikala negara tenang, mengembaralah dikala negara runsing.

Berhadapan dengan senario terkini politik tanah air, boleh dikatakan keadaan dalam negara sedang runsing. Benarlah apa yang dikatakan Najib, turun padanglah.

Pendekatan Najib itu kemudian ditiru oleh pemimpin pembangkang, dengan nama jelajah rakyat.

Jika sebenarnya pendekatan Najib itu dituruti sepenuhnya, pasti kesiap siagaan pemimpin Bn dan jenteranya pasti lebih mantap berhadapan dengan PRU-13.

Para pemimpin ada yang terikut-ikut anutan "politik Baru" ala Amerika, debat dan debat. Kalau dilihat pendapat Imam Ghazali, tidak salah berdebat/berdailog, kalau keadaan tenang, kerana percambahan pendapat itu penting. Namun apa yang dinginkan rakyat kini, bukan soal percambahan pendapat, melainkan penjelasan isu-isu nyata yang berlaku dan sedang diharungi rakyat.

Penjelasan secara in-situ lebih memberi gambaran dan jawapan yang sebenar, berbanding propaganda. Atas sebab itu, walaupun seorang wakil rakyat mampu menjalankan tanggungjawabnya sesuai dengan kehendak rakyat, namun masih tidak popular di mata rakyat. Penyebabnya, bertentangan mata antara rakyat dan pemimpin jarang berlaku.

Masih belum terlambat, jika ada pemimpin yang jarang-jarang berjumpa rakyat, bermulalah, untuk membina jambatan dan kalau jambatan sudah dibina namun dipenuhi lalang, bersihkan lalang-lalang itu, agar jambatan itu mudah dan selesa dilalui.

Bersalaman dengan rakyat punya erti yang cukup tinggi terhadap rakyat, berbanding hanya melihat pemimpin itu di kaca TV atau surat-surat khabar. 

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels