TAJUK di atas adalah tajuk utama Free Malaysia Today (FMT) melalui entrinya pada 24/11/2012 lalu. FMT adalah portal berita milik Tian Chua Naib Presiden PKR dan MP Batu Wilayah Persekutuan.
Portal berita itu membuat kesimpulan demikian kerana Dr Jeffery Kitingan Pengerusi STAR Sabah mampu membuat ceramah di Kampung Tamau (kampung Iranun) dan Kg Lebak Moyoh (kampung Bajau) Kota Belud.
Alasan yang diberi penulis adalah pembangkang mampu mendobrak pertahanan utama Umno yakni suku Iranun dan Bajau yang merupakan bumiputera islam penyokong utama Umno.
Pada PRU-12 lalu, untuk pertama kalinya, calon-calon Umno kalah di peti-peti undi majoriti kaum iranun, manakala di peti-peti undi majoriti kaum bajau, perolehan undi cukup merosot sekali, kecuali dipeti-peti undi DUN Usukan; walaupun demikin, semua calon-calon Umno masih mempertahanan semua kerusi yang dipertandingkan.
Faktor utama penurunan jumlah undi daripada kaum Iranun dan Bajau terhadap calon-calon Umno bagi calon Parlimen dan Dun Tempasuk, kerana fakor Datuk Salleh Tun Said dan Tan Sri Pandikar yang tidak dicalonkan pada pilihanraya Umum itu.
Selain itu, faktor "perbalahan" antara USBO dan kepimpinan Musa yang masih panas ketika itu juga merupakan penyumbang kepada kemerosotan sokongan kaum bumiputra islam terhadap calon-calon Umno.
Usbo adalah organinasi rumpun Bajau dan dipimpin oleh Salleh dan Pandikar.
Mungkin disebabkan faktor-faktor yang berlaku terhadap pola pengundian pada PRU-2008 diambil oleh penulis FMT, sehinggakan penulis itu membuat anggapan, bahawa anak sulung Umno Sabah dalam bahaya.
Umno Sabah lahir di Kota Belud pada tahun 1991, apabila calon PRK DUN Usukan daripada Umno yang diwakili oleh Bapa Kemerdekaan Sabah Tun Datu Mustapha Datu Harun menang mengalahkan calon PBS Jap Omar (Jap kini telah menyertai Umno).
Kota Belud dihuni oleh tiga suku kaum, yakni Dusun-Kadazan, Bajau-Samah dan Iranun. Dusun Kadazan tertumpu di kawasan DUN Kedamaian dan kira 20 peratus pengundi DUN Tempasuk. Bajau-Samah pula majoriti di DUN Usukan dan 40 peratus di DUN Tempasuk. Manakala Iranun kira-kira 40 peratus di Dun Temapsuk dan 10 peratus di Dun Usukan.
Melihat keadaan politik semasa, Suara Rakyat tidak melihat, bahawa kedudukan Kota Belud sebagai tempat anak sulung Umno tergugut. Keadaan PRU-12, tidak akan berlaku untuk kaum bajau-samah mahupun Iranun. Mungkin pada kali ini, kedudukan kaum Dusun-Kadazan pula yang tergugut,
Kaum Dusun-Kadazan yang majoriti DUN Kedamaian dan 20 peratus DUN Tempasuk akan menentukan jumlah majoriti yang diperolehi calon Parlimen dan calon DUN Tempasuk. Manakala di DUN Kedamaian, kaum itu terpaksa membuat pilihan samada tetap dalam BN atau menjadi pembangkang di DUN Sabah.
Pada PRU-13, tidak wujud kebimbangan bagi Umno Kota Belud, Parlimen, Dun Usukan dan Tempasuk masih merupakan kubu kuat parti itu.
Terdapatnya mantan ahli-ahli Umno yang menyertai parti pembangkang, adalah ahli-ahli yang mempunyai rekod bertukar-tukar parti. Mereka ini, telah diketahui oleh ramai pengundi adalah individu-individu yang senantiasa mencari peluang dalam politik. Mereka merupakan pemimpin diri mereka sendiri, bukan pemimpin pada orang lain.
Anggapan pembangkang bahawa melalui penyertaan individu seperti Redzuan Sikah daripada Kampung Lebak Moyoh, mampu menggugat Umno, jauh api daripada panggang, demikian juga penyertaan individu-individu daripada suku kaum Iranun kepada pembangkang hanya melibatkan mereka-mereka yang memang tidak pernah menyokong Umno atau BN.
Bagi BN atau Umno, sesiapapun yang diletakkan sebagai calon pada PRU-13 akan datang adalah calon-calon yang boleh menang. Calon-calon itu boleh diterima pengundi, kerana mereka memang dekat dengan pengundi. Mereka telah turun padang, mengurus padang dan menyelesaikan masalah-masalah rakyat.
Di Dun Usukan misalnya, pemimpin yang semakin pasti dicalonkan adalah Ketua Bahagian Umno Kota Belud, Datuk Salleh Tun Said, yang diberi laluan oleh DUN sekarang- Datuk Japlin Akim. Japlin mungkin beralih ke Dewan Negara melalui perlantikan sebagai senator. Jawatan senator membolehkan dilantik sebagai anggota kabinet persekutuan.
Sementara di DUN Temapsuk pula, sudah pasti Datuk Musbah Jamli diberi peluang sekali lagi mempertahankan kawasan DUN itu. Musbah adalah pemimpin yang dekat dengan akar umbi, kerana sifatnya yang senantiasa berdekatan dengan masyarakat kampung.
Musbah masih mempunyai misi yang belum selesai, yakni Program Jelapang Padi dan Agropolitan serta memajukan agroindustri bagi kawasan Kota Belud.
Sementara Datuk Rahman Dahalan, walaupun dituduh sebagai orang luar bagi orang yang tidak mengenalinya, sebenarnya MP itu juga berasal daripada Kota Belud, walaupun masa kecilnya dibesarkan di Tuaran, jiran Kota Belud.
Pihak BN atau Umno tidak boleh kehilangan kehadiran beliau di Dewan Rakyat. Rahman bersama-sama Khairy Jamaluddin adalah ayam tambatan BN berdebat, menangkis isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang. Untuk sementara di pihak BN, hanya KJ dan DARD yang mampu berdebat dengan Lim Kit Siang mahupun Tony Pua atau Tian Chua, sehingga pemimpin pembangkang itu kehilangan modal untuk meneruskan ucapan.
Terserah kepada pucuk pimpinan, siapakah yang dicalonkan mewakli Umno di kawasan Kota Belud. Samada pucuk pimpinan mempertahankan status quo ataupun mengubahnya, Parlimen Kota Belud, Dun Usukan dan Dun Temapsuk tetap kubu Kuat Umno.