KIAMAT bagi seorang manusia, apabila berpulang kepada penciptaNya. Manusia yang pulang dipanggil oleh Maha PenciptaNya itu, hanya boleh dikenang melalui nisan diperkuburan.
Perkuburan orang islam kampung Tamau sejak dahulu kala di tempatkan di Batu Gadung, sebuah tempat yang agak jauh daripada perkampungan.
Dahulu, untuk sampai ke perkuburan itu, hanya menggunakan sampan bagi mereka yang mempunyai sampan, kalau tiada, maka terpaksa berjalan kaki, merentasi belukar Sawonsuk atau berkeliling melalui pantai menerusi pintasan.
Selepas terdapatnya kenderaan, ada penduduk kampung yang mampu membeli kenderaan, perjalanan ke kuburan bertukar. Tradisi menunggu di pampang berdekatan dengan masjid Kampung Tamau, tidak kelihatan lagi baik semasa menghantar jenazah mahupun semasa musim Hariraya.
Semasa kecil, penulis, senantiasa menyaksikan penduduk yang berbaju berwarna warni, majotitinya berwarna merah dan sedikit hijau, berkumpul di tepi tebing sungai, yang dipanggil pampang, menunggu "shuttle" sampan yang bermotorkan injin sangkut seagul untuk ke Perkuburan Islam Batu Gadung.
Perjalanan ke perkuburan itu melalui sungai yang berair jernih. Sungai itu juga merupakan sumber pendapatan penduduk, kerana dalam sungai itu terdapatnya hidupan air, seperti bibi, udang, ikan, malah kasili, sumbilang, ikan kegemaran penulis.
Di sungai itu juga, semasa penulis masih di sekolah rendah, sungai itu adalah kolam renang semulajadi dimana latihan terjun, bernang, menyelam dan juga sungai itu sebagai tempat menembak udang, ikan dan ketam.
Teman-teman seperti Ruzkan, Adkol, Matiu, Mukaris dan ramai lagi, adalah antara mereka yang gemar memanfaatkan sungai yang berair jernih itu, mendapatkan tangkapan, selain untuk santapan, juga kalau banyak yang lebih, akan dijual untuk mengisi saku.
Perkuburan Batu Gadung sangat sinonim dengan Sungai itu, kerana apabila ada penduduk yang baru meninggal dan acara "menunggu" kubur, sungai itu adalah tempat melepaskan rasa bosan. Menunggu kubur, ada yang hanya tujuh hari, akan tetapi boleh berlarutan sehingga empat puluh hari.
Pada masa itu, tidak mudah berulang alik antara rumah si mati, kerana keterbatasan perhubungan. Keadaan masa itu, samalah pada masa ini, kalau melawat Sandakan atau Tawau; kejauhan antara Sandakan dan Tawau dengan Kota Belud, adalah kejauhan yang terasa pada ketika itu, antara perkuburan Batu Gadung dan rumah-rumah penduduk di Bubong, Magotang dan Lilud.
Berada di Perkuburan Batu Gadung pada masa itu, seolah-olah satu percutian di Kepuluan Carribean. Memerhatikan ombak yang memecah pantai, deruan ombak, tiupan angin utara, bersamaan dengan warna pasir di pantai yang memutih berkiluan, diselingi warna air sungai di sebelah yang jernih, seolah-olah dengan adanya acara menunggu kubur, merupakan satu percutian kepada penduduk kampung, terutama yang muda-muda.
Acara menunggu kubur, bukan sahaja mengeratkan silaturahim antara pemuda atau penduduk kampung, juga sebagai acara untuk mengenal budi masing-masing, kerana melalui acara itu, para penduduk sempat bersama-sama dalam satu komunti yang agak lama.
Tidur di dalam kemah yang dibina, yang beratapkan daun nipah antara aktiviti gotong royong penduduk. Berminggu-minggu tidur beralaskan pasir, bukan menjadi masalah, kerana pasir yang bersih dan tidak menggatalkan badan.
Penulis kalau merasa sejuk di awaktu malam, akan menggali pasir, membenamkan seluruh badan termasuk kepala, kecuali hidung dan mata. Sungguh seronok tidur dalam himpitan pasir yang hangat.
Perkuburan Batu Gadung, suatu masa nanti, mungkin tidak wujud lagi. Akibat fenomina alam, menaiknya paras air laut kerana pemanasan global, menceteknya air sungai kerana akisan di hulu, akibat kerakusan manusia, menyebabkan Perkuburan Batu Gadung menjadi mangsa.
Baru-baru ini, Wakil Rakyat Tempasuk- Datuk Musbah Jamli, membuat lawatan mengejut untuk melihat perkuburan itu. Wakil rakyat itu, melihat bagaimana Perkuburan itu diselamatkan agar tidak dibaham fenomina alam.
Dalam seni pembinaan, hanya membangun gabian yang boleh memperlambat hilangnya perkuburan itu, entah sampai bila boleh bertahan, hanya alam yang menentukan.
Disebabkan fenomina alam ditambah dengan kerakusan manusia, tempat seperti Perkuburan Islam Batu Gadung, di mana suatu masa merupakan tempat pertemuan penduduk, selain tempat untuk melepaskan rindu antara saudara yang lama tidak berjumpa, juga sebagai tempat untuk meningat insan yang disayangi yang telah meninggalkan keluarga, akan hilang di permukaan bumi.
Pihak kerajaan hanya boleh membantu memasang gabian, tetapi gabian yang macam mana? apakah gabian itu cukup kuat menahan hempasan ombak angin utara yang tidak pernah kenal belas kesihan, kerana menerca pantai merupakan salah satu rutinnya dan tidak akan berhenti selagi dunia masih ada.
Perkuburan Islam Batu Gadung, akan menjadi lagenda suatu hari kelak.