1. Apabila pemimpin Sabah melihat rekod peranan dan sumbangan Perdana Menteri sebelum ini, maka dibuat satu kesimpulan, bahawa dalam masa hanya kurang 6 tahun, daripada segi jumlah peruntukan dan keperluan rakyat Sabah, DS Najib Razak telah melangkaui pencapaian dan peranan Perdana Menteri sebelum beliau. Atas sebab itu, seorang pemimpin Sabah Datuk Rahman Dahlan pernah berkata, bahawa DS Najib Razak merupakan Perdana Menteri terbaik bagi rakyat Sabah.
2. Selain itu, DS Najib juga mengiktiraf kempimpinan Sabah dibawah teraju Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, apabila ramai Menteri dan Timbalan Menteri dilantik menyertai kabinet Persekutuan, di mana sebelum ini belum pernah berlaku.
3. Malah, Musa menyatakan dalam satu Mesyuarat Bahagian Umno, bahawa sokongan pemimpin Sabah bersama rakyat terhadap kepimpinan DS Najib, atas sebab Perdana Menteri ke-6 itu mendengar degup jantung rakyat Sabah.
4.Ketua Menteri Sabah, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, menyifatkan sokongan dan kepercayaan anggota parti terhadap DS Najib adalah keputusan tepat dan pilihan terbaik dalam membela nasib rakyat dan membawa banyak pembangunan kepada Sabah.
5. Pemimpin Sabah menurut Musa, merupakan para pemimpin yang setia kepada perjuangan, baik senang mahupun susah. Atas sebab itu, di kala Perdana Menteri dan Presiden parti berdepan dengan berbagai dakwaan khususnya daripada pembangkang dan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, namun para pemimpin Sabah terus berdiri teguh di belakang Presiden dan Perdana Menteri.
6. Serangan terhadap Perdana Menteri hanya bermotifkan politik dan agenda pihak-pihak tertentu dengan bantuan pihak luar bagi menurunkan pemimpin yang bertungkus lumus memajukan rakyat yang ketinggalan khususnya bagi Sabah dan Sarawak.