15 September 2009

Sebab merebut KUASA punca kekecohan Sidang DUN Perak

Pertujukan berebut kuasa yang ditunjukan oleh ADUN Pakatan dan BN semasa sidang DUN Perak pada 7 Mei lepas telah jelas kepada rakyat bahawa kuasa adalah pilihan mutlak wakil rakyat yang dipilih rakyat negeri Perak.

Masing-masing pihak berusaha dengan sedaya upaya agar kuasa yang didapat melalui rakyat dipergunakan sebaik mungkin untuk mempertahankan kuasa.

Dalam usaha mempertahan kuasa, semua cara dihalalkan, prinsip bukan lagi taruhan, undang-undang bukan lagi panduan, adat resam diketepikan, sistem demokrasi ditelanjangkan.

Kejadian di DUN Perak ini ada yang mengatakan adalah usaha pihak Pakatan untuk menarik perhatian rakyat, bahawa kerakusan kuasa bukan daripada Pakatan tetapi daripada pihak BN. Tindakan mengusung Sivakumar dari kerusi speaker oleh pihak keselamatan Dewan seolah-olah atas arahan BN. Kejadian ini dirakam dan disebar luaskan kepada rakyat dan Dunia bahawa BN dalam usaha mendapatkan kuasa sanggup berbuat apa saja termasuk secara paksaan.

Pemutarbelitan dan taktik mengeliru merupakan umpan mujarab parti Pakatan dalam usaha menghalalkan cara agar supaya rakyat dan Dunia menyaksikan bahawa yang benar dalam kekecohan ini adalah Pakatan dan yang salah adalah BN. Melalui skrip yang telah direka oleh Pakatan, maka aksi dalam drama perebutan di DUN Perak seolah-olah kekuasan mereka telah dirampas secara paksa dan tidak adil. Tujuannya adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menarik simpati dan sokongan rakyat maupun dunia.

Peristiwa perebutan kuasa di DUN Perak ini, sepatutnya tidak berlaku, jika seandainya tidak terjadi pembelotan dan tidak amanah tiga ADUN Pakatan yang meninggalkan parti yang membolehkan mereka menjadi wakil rakyat. Walaupun kaedah pembelotan ini pada awal-awalnya adalah salah satu taktik dan strategi Datuk Seri Anwar Ibrahim Pemimimpin defacto Pakatan dalam usaha membentuk kerajaan persekutuan pada 16 September, 2008.

Akibat ketidak puas hatian wakil-wakil rakyat Pakatan yang hanya sempat menikamti kekuasaan dan kenyamanan selama setahun, maka dalam usaha mempertahankan kenyamanan tersebut, mereka dengan segala cara berusaha untuk kembali dan merasakan semula kenikmatan kekuasaan itu.

Manusia salah satu mahkluk ciptaan Tuhan apabila pernah merasakan kenikmatan, pasti dan pasti ingin terus menikamti kenikmatan itu. Kerbaupun, babi hutanpun, gajahpun, monyetpun, ayam kampungpun, akan kembali mencari dimana kenikmatan itu diperolehi. Mahkluk ciptaan Tuhan ini akan kembali ke tempat dimana kenikmatan diperolehi walau apapun halangan yang melintang. JIka ada pagar, pagar dirubuhkan. Maskipun mahkluk ciptaan Tuhan ini tidak berakal fikiran, tetapi naluri dan kecenderungan mengejar kenikamtan tetap ada, apa tak lagi manusia yang telah dicipta oleh Tuhan sesempurna-sempuranya.

Tarikan dan laungan kenikmatan ini telah mendorong wakil rakyat Pakatan dan BN menjadikan DUN Perak sebagai gelanggang mempertontonkan cara-cara berebut kuasa demi mengejar kenikmatan.

Dr Zamri Abdul Kadir tidak dapat dipersalahkan dalam keadaan ini,kerana beliau mempunyai penyokong yang cukup berasas undang-undang tubuh Negeri Perak yang membolehkan beliau menubuhkan kerajaan dan seterusnya “convence” persidangan DUN Perak. Dalam demokarasi, telah dipersetujui secara sejagad, bahawa sesiapapun yang mempunyai kelibihan undi, walaupun hanya satu adalah pemenang.

Kelebihan undi atau majoriti yang ada pada BN sebenarnya diketahui benar oleh Pakatan yang diketuai oleh Nijar Jamludin, mantan MB- Perak, tetapi beliau berpura-pura tidak faham, sehinggakan beliau ke hulu ke hilir, mahkamah sini, mahkamah sana untuk meminta undang-undang menyebelahinya. Di samping penggunaan undang-undang, Nijar juga merpergunakan taktik mendesak, taktik mencabar, taktik nafsu dengan mengajak penyokongnya melanggar undang-undang dan prinsip-prinsip demokarsi untuk menggambarkan bahawa beliau berada dipihak yang benar, kerana prinsipnya berpaksi kepada berani kerana benar.

Bloger-bloger dan media masa pro Pakatan menjahirkan bahawa kejadian di DUN Perak telah melahirkan impak yang sangat positif kepada Pakatan dalam usaha menarik sokongan rakyat. Kejadian di DUN Perak menggambarkan strategi dan perancangan Pakatan untuk meneruskan memontem semangat penyokong Pakatan dan juga usaha menarik rakyat yang belum memihak telah terserlah. Malahan bloger-bloger dan media masa ini meramalkan bahawa pertukaran kerajaan persekutuan pada PRU-13 pasti akan terjadi.

Akan tetapi- rakyat yang telah mengikuti perkembangan di Perak tidak akan mudah termakan dengan peristiwa apa yang terjadi di DUN Perak, kecuali mereka-mereka yang dari awal-awal lagi merupakan bahagian daripada konspirasi ini. Rakyat telah tahu, bahawa kejatuhan kerajaan Pakatan di Perak, bukan kerana rampasan kuasa, bukan kerana BN hendak berkuasa, tetapi berpaksi kepada prinsip demokarsi berperlembagaan negara, bahawa mana-mana parti yang kehilangan majoriti hendaklah memberi laluan kepada parti yang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan.

Setelah keputusan PRU-13 diumumkan, BN yang sebelumnya adalah pemegang tampuk kerajaan telah memberi laluan kepada Pakatan untuk membentuk kerajaan, kerana BN telah kehilangan majoriti dalam DUN. BN secara aman dan lancar menyerahkan kuasa kepada Pakatan. Rakyat Perak telah tahu bagaimana Datuk Tajol Rosli- mantan MB Perak dalam kenyataannya menjelang pembentukan kerajaan oleh Pakatan- bahawa peralihan kuasa di Perak dilakukan secara lancar dan aman.

Melalui kenyataan Datuk Tajol tersebut, maka tidak ada tanda-tanda bahawa BN mabuk kuasa, kerana pada masa itu, kedudukan DUN Perak adalah serupa, yakni BN=28 dan Pakatan=31, Cuma pada masa ini komposisi hanya berubah pada pihak Pakatan, kerana kehilangan 3 majoriti akibat pertukaran status 3 wakil rakyat yang mengistiharkan diri mereka adalah wakil bebas dan menyokong BN.

6 Februari, 2009 adalah tarikh yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Perak. Nijar bersama kerajaan yang dimonopoli oleh DAP telah tersungkur. Nijar sedar bahawa kenikmatan yang diperolehinya semata-mata atas bantuan DAP, tanpa DAP kenikmatan yang pernah dikecapinya jauh ikan dari panggang, hanya tinggal angan-angan mat jenin.

Nijar dalam mempertahankan kenikmatannya terpaksa ikut rentak dan skrip Datuk Nga- pengerusi DAP Perak, kalau Nga kata lompat, maka Nijar Lompat, kalau Nga kata derhaka,maka Nijar Derhaka. Adalah lumrah bagi seseorang seperti Nijar yang dapat kuasa kerana menumpang “toi”, kelakuan perlu dibuat-buat, kalau biasanya tidak kurang ajar- tetapi kerana dalam skrip mesti berkelakuan kurang ajar- maka terpaksa kurang ajar.

Peristiwa Perak menyaksikan bagaimana seorang manusia melayu seperti Nijar menjadi budak suruhan dalam usaha menegakkan benang basah. Nijar dijadikan alat untuk mencabar kedaulatan Sultan Perak. Nijar digunakan untuk mencabar undang-undang. Nijar digunakan untuk memporak perandahkan keamanan negeri Perak. Nijar digunakan agar kesangsian atau curiga mencuriagai, geram dan dendam antara kaum diperlebar.

Umum telah tahu, bahawa komposisi wakil rakyat yang diwakili Pakatan adalah terdiri daripada 22 orang bukan melayu, manakala melayu hanya 6 ADUN- disandang oleh parti PAS.

Tidak salah mana-mana kaum pun boleh memerintah dalam negara; asalkan lunas-lunas demokarsi perlembagaan berparlimen dipatuhi. Semangat tolak ansur mesti dipatuhi sepertimana dipersetujui semasa pembentukan negara merdeka. Dalam sistem demokrasi, sesiapa sahaja yang mempunyai sokongan lebih hendaklah diberi peluang untuk menikmati kemenagan.

Sebenarnya, tolak ansur ini merupakan salah satu ``formula khusus'' yang dipersetujui antara orang Melayu dengan kaum-kaum lain semasa Persekutuan Tanah Melayu hendak mencapai kemerdekaan dahulu. Formula itu ialah, orang Melayu bersetuju untuk memberikan hak kerakyatan kepada kaum-kaum bukan Melayu yang berada di Tanah Melayu berdasarkan prinsip jus soli. Sebagai balasannya, kaum-kaum lain itu diminta menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini, bersetuju supaya Islam dijadikan agama rasmi negara, dan menerima beberapa ``hak istimewa'' Melayu, misalnya dalam bidang perkhidmatan awam.

Semangat tolak ansur ini, telah tidak digunapakai lagi oleh Pakatan, bagi mereka selagi kenikmatan dinikmati mesti terus dinikmati- melalui cara apapun. Mereka tidak kesah, apakah mereka mempunyai majoriti seperti mana dalam sistem demokrasi, yang penting mempergunakan situasi dan kondisi untuk menaikan imej dan memontem dalam usaha menarik sokongan.

Malangnya, bagi pihak BN, telah terpancing dan terperangkap dalam skrip permainan pihak Pakatan. Pihak BN seolah-olah menjadi pelakon dalam skrip yang dicipta oleh pihak Pakatan. Pihak BN yang menerajui kerajaan seolah-olah tidak mempunyai idea untuk menangkis karenah Pakatan, yang ada hanya memberi ulasan kepada kejadian-kejadian yang dicorakan oleh Pakatan berasaskan kepada skrip lama: misalnya Pakatan tidak menghormati institusi raja, pakatan tidak ikut prinsip demokarsi, pakatan cuma berbohong, pakatan cuma pandai membuat janji dan semacamnya. BN seolah-olah kehilangan punca- selama setahun setelah PRU-12, BN masih tercari-cari formula bagaimana menghadapi taktik Pakatan.

Barisan Nasional dalam usaha mencari taktik dan strategi untuk menangkis serangan pihak Pakatan terpaksa mengubah pucuk pimpinan. Dicanangkanlah konsep “ Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan” dan konsep turun padang. Melalui konsep ini memang terbayang sasaran utama adalah rakyat jelata atau rakyat keseluruhan. Agar supaya konsep ini benar-benar mengena, maka perlu masa, perlu tenaga, perlu kewangan,perlu sistem pendekatan dan perlu penggunaan ilmu psikologi dan sosiologi yang meluas.

BN terlepas pandang, bahawa rakyat kini sebenarnya telah muak dan geram dengan sistem harian yang berlaku. Sistem dimana rakyat berurusan dan berhubungan saban hari. Misalnya dalam urusan permohonan lesen perniagaan, urusan mendaftar dan memohon lesen daripada jabatan-jabatan tertentu, urusan pendidikan dan pelajaran, urusan tender, urusan permohanan tanah, urusan mendapat bantuan kewangan, urusan mendapatkan rumah, urusan bekalan air, isu ahlong, isu gengster, isu rogol, isu pengedaran dadah, isu ragut, isu mat rempit, isu tol, isu tempat letak kereta dan isu-isu yang berhubung kait dengan kehidupan harian rakyat.

Pemimpanan negara termasuk timbalannya semasa memberi ulasan mengenai kejadian di DUN Perak, hanya menekankan mengenai ketidak patuhan dan tiada penghormatan pihak Pakatan terhadap Institusi Raja, kerana terpaksa menunggu 5 jam sebelum dapat memberi titah pembukaan sidang dewan. Digambarkan juga, bahawa peristiwa DUN Perak pada 7 Mei seolah-olah mengamalkan hukum rimba, yakni siapa kuat dialah yang menang. Komen seumpama ini, telah selalu kita dengar dari dahulu, apabila sahaja pihak pembangkang membuat helah, maka terus dicanangkan dan disimpulkan bahawa mereka telah melanggar dan tidak menghormati undang-undang ini, undang undang itu, peraturan-peraturan ini,peraturan-peraturan itu. Jauh sekali memberi komen- mengenai punca kenapa kejadian itu berlaku.

Menangani isu DUN Perak agar supaya tidak berulang, maka penekanan mencari punca-punca kenapa rakyat dari awal-awal lagi tidak memberi mandat kepada BN untuk memerintah perlu dicari dan diatasi. Tugas BN sekarang adalah untuk memajukan 31 kawasan DUN semaksima mungkin sebelum PRU-13 agar supaya kenikmatan ditampuk kuasa tidak direbut oleh pihak Pakatan, yang sudah tentunya berhempas pulas untuk merebut kenikmatan kuasa yang pernah dinikamti walaupun hanya sebentar.

Nizar hilang Jawatan KINI edar BUMBUR LAMBUK

Khabarnya Nizar pada bulan puasa ini berada di kawasan Parlimen Bukit Gantang terutama di kawasan-kawasan bazaar ramadhan untuk membagi-bagikan bubur lambuk.

Dikhabarkan juga bahawa kegiatan membagi-bagikan bubur lambuk ini merupakan yang pertama dilakukan oleh YANG BERHORMAT.

Maklum saja lah, Nizar telah 11 bulan tiada kerja @ menganggur. Jawatan MB dah dikebas oleh Zambry.

3 ADUN rakan Nizar tikam Nizar dari belakang, disebabkan Nizar terlupa mereka. Nizar lebih menumpuhkan masanya kepada ADUN DAP Ngo dan Ngeh.

Namun atas usaha Sivakumar 29 September ini Nizar masih ada peluang dapatkan semula jawatan MB, itupun kalau mahkamah istiharkan bahawa 3 DUN tersebut kosong.

14 September 2009

Cyber: Mengancam Sistem Demokrasi Malaysia: Rais Yatim

Datuk Seri Dr. Rais Yatim memberi amaran ancaman siber di Malaysia semakin berbahaya sehingga kian menular ke pelbagai institusi dan mahu mengambil alih kuasa demokratik rakyat menerusi tindakan fizikal.

Tegas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu, ancaman dari luar dan dalam itu dikenal pasti bersekutu menerusi penulisan blog dan ilustrasi dengan menggunakan idea-idea progresif yang diceduk dari barat dan kerajaan sistem republik yang tidak mengamalkan tahap-tahap keistimewaan rakyat asal.

Beliau memberi contoh bagaimana kementeriannya mengesan antara 500 dan 540 rejaman atau tohmahan palsu setiap bulan menerusi blog, e-mel, Facebook dan Twitter terhadap institusi raja, nilai-nilai Islam, pencapaian orang Melayu serta dasar-dasar kerajaan termasuk gagasan 1Malaysia.

''Ini semua dirancang secara rapi malah dalam sistem mahkamah kita sekarang ada tanda-tanda awal mereka sedang cuba melemahkannya dengan berselindung di sebalik alam siber yang kononnya kebal.

''Ancaman siber ini sebenarnya lebih dahsyat dari komunis dan pengganas kerana ia boleh 'masuk' ke bilik tidur, kamar dan pemikiran generasi muda.

''Cuba anda fikir kalau setakat Tarian Pendet, orang nak 'rejam' Malaysia dan bakar Jalur Gemilang apa hal, ini bukan alasan sebaliknya ambil kesempatan dan tidak semestinya orang itu berbuat demikian tanpa disokong oleh pihak dalam alam siber di Malaysia," kata Dr Rais.

Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa lalu bahawa kajian ke atas peruntukan undang-undang siber sedia ada telah siap dan ia akan membantu kerajaan menangani kegiatan tidak bermoral dan salah di sisi undang-undang dalam Internet.

Menurut Perdana Menteri, kajian tersebut menumpukan kepada langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan yang dikesan sekali gus memperkukuhkan undang-undang sedia ada.

Mengulas lanjut, Rais berkata, ancaman siber dikesan semakin menular semasa pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membuka ruang kerajaan kepada dasar keterbukaan.

''Dasar keterbukaan oleh Pak Lah telah diambil oleh mereka sebagai peluang keemasan sedangkan kita tidak boleh terbuka dalam tempoh yang singkat.

''Keterbukaan sepatutnya menjurus secara berperingkat-peringkat mengikut evolusi kemanusiaan namun banyak bidang yang dibuka begitu cepat (pada era itu) sehingga tidak dapat menangani naluri kasar pihak berkenaan.

Malah disebabkan ini (ancaman siber), saya lihat ada pihak di kementerian saya sendiri yang kini teragak-agak untuk bertindak," katanya.

Justeru, kata Rais, pihaknya sedang mengatur program kemasyarakatan untuk membawa rakyat berfikir dan melindungi mereka dari perbuatan-perbuatan jenayah siber.

Demikian juga dengan para hakim, kementerian beliau dan Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan pertemuan supaya golongan itu memahami trend penularan ancaman siber tersebut.

''Dan Perdana Menteri akan mengumumkan langkah-langkah itu (kajian undang-undang siber) setelah kajian 1Malaysia siap dalam waktu terdekat," katanya.

Dalam hubungan ini juga, menurut Rais, pihaknya akan membentangkan Akta Perlindungan Data Peribadi di Parlimen hujung tahun ini untuk melindungi warganegara ini dari ancaman salah guna kuasa dan jenayah yang bertujuan jahat.

Demikian juga dengan Akta Tandatangan Komputer (Computer Signature Act) yang akan menjana pembuktian dari hal-hal yang direkodkan dari komputer dan cakera padat. Undang-undang siber sedia ada di negara ini antaranya adalah Akta Komunikasi dan Multimedia, Undang-Undang Pembuktian Keterangan, Kanun Acara Jenayah, undang-undang berkait Kanun Keseksaan dan Undang-Undang Pos.

Nizar: Ikut udang-undang Nizar masih MB

Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed yang memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar kerana ianya melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.

Sivakumar sebagai Speaker DUN Perak telah mengikuti semua paraturan di dalam membuat keputusannya terhadap penggantungan dan denda terhadap Zambry dan 6 Exconya adalah sah mengikut Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan tersebut.

Perkara ini jelas bertentangan apabila Zambry dan 6 Exconya melanggari keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak.

Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan itu juga mengesahkan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sebenar dan sah di sisi Undang-Undang kerana penggugurannya telah dibuat di luar DUN Perak.

Keputusan 3 orang Hakim Mahkamah Rayuan semasa menolak pengesahan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar yang sah tanpa dokumen bertulis amat tidak mempertegaskan Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan ini.

Oleh yang demikian, Nizar masih amat berkeyakinan dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi tersebut bahawa keputusan kelak akan bersama dengan Pakatan Rakyat untuk terus menerajui Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.

SPRM: 10 Juta cuma siasat 3 jam; Teoh Beng Hock :Siasat 10 jam dan mati pula !!

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat hanya disiasat dua jam oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran dakwaan menerima RM10 juta dari Ketua Eksekutif Kuala Dimensi, Datuk Seri Tiong King Sing.

Padahal Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock disoalsiasat lebih 10 jam oleh SPRM dan kemudiannya didapati mati hanya kerana isu RM2,400. Inilah dilema yang dihadapi oleh rakyat negara ini.

Tokoh politik kerajaan yang memerintah mendapat layanan baik manakala pihak yang berbeza dengan kerajaan akan mendapat layanan sebaliknya.

Semalam pegawai SPRM mengambil masa lebih dua jam sahaja untuk menyoalsiasat Ong Tee Kiat ekoran dakwaan rasuah sebanyak RM10 juta dan hari ini hanya 1 jam. jumlah 3 jam dan masih sihat walafiat.

Siasatan ini ekoran dakwaan Tiong King Sing yang juga Pengerusi Kelab Penyokong BN serta anggota Parlimen Bintulu, Sarawak kononnya dia memberikan wang sebanyak RM10 juta kepada Ong Tee Kiat untuk keperluan kempen dalam mesyuarat agung bahagian MCA.

Teoh Beng Hock pula disiasat selama lebih 10 jam dan pada waktu malam hingga pagi ekoran dakwaan yang melibatkan wang tidak sampai 0.01% pun.

Beliau kemudiannya ditemui mati di T-5 Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor. Kes itu kini sedang dibicarakan melalui prosedur Inkues.

Ketika mengulas isu ini, Ahli Jawatankuasa Khas SPRM, Salahudin Ayub akan mendesak segera pengerusi JK itu, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad untuk bermesyuarat segera. "Saya akan minta SPRM menjelaskan isu ini kepada kami segera," kata Salahudin yang juga Naib Presiden PAS.

Beliau juga meminta SPRM mendedahkan segera hasil siasatan dua jam mereka terhadap Ong Tee Kiat yang merupakan isu yang sangat kontroversi ini. "Apakah masa dua jam itu cukup? Kenapa pendek sangat sedangkan Teoh Beng Hock disiasat 10 jam dengan pelbagai jenis tekanan. "Adakah modus operandi SPRM berbeza antara tokoh dari kerajaan BN dengan orang dari kerajaan Pakatan Rakyat," tanya Salahudin yang dilantik sebagai ahli JK Khas SPRM itu apabila SPRM bertukar dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) tahun lalu.

Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali pula mempersoalkan, "Apakah SPRM ini benar-benar colour blind iaitu tidak membezakan status dan kedudukan mereka yang didakwa terlibat dalam kegiatan rasuah." Bagi beliau, apa yang berlaku terlalu jelas di mata rakyat, mereka mempunyai kedudukan berbeza pada mata SPRM.

13 September 2009

Nizar: Masih MB ikut artikel 72 pelembagaan

Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed yang memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar kerana ianya melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.

Sivakumar sebagai Speaker DUN Perak telah mengikuti semua paraturan di dalam membuat keputusannya terhadap penggantungan dan denda terhadap Zambry dan 6 Exconya adalah sah mengikut Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan tersebut.

Perkara ini jelas bertentangan apabila Zambry dan 6 Exconya melanggari keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak.

Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan itu juga mengesahkan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sebenar dan sah di sisi Undang-Undang kerana penggugurannya telah dibuat di luar DUN Perak.

Keputusan 3 orang Hakim Mahkamah Rayuan semasa menolak pengesahan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar yang sah tanpa dokumen bertulis amat tidak mempertegaskan Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan ini.

Oleh yang demikian, Nizar masih amat berkeyakinan dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi tersebut bahawa keputusan kelak akan bersama dengan Pakatan Rakyat untuk terus menerajui Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.

Nizar-Sivakumar terus buat kecoh selagi belum dapat kuasa

29 September Nizar-Sivakumar akan membuat kecoh lagi. Pada hari itu kes Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V.Sivakumar dan enam yang lain akan mengetahui pada 29 Sept ini sama ada mereka boleh mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi di negeri itu.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Lau Bee Lan, menetapkan tarikh itu selepas Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Md Said dan peguam Sivakumar, Datuk S.Ambiga, selesai berhujah dalam satu prosiding selama dua setengah jam dalam kamar baru-baru ini.

Sivakumar, bersama tiga wakil rakyat pembangkang Chen Fook Chye, Tai Sing Ng dan A. Sivanesan serta tiga pengundi, Ahmad Sabry Wahab (Behrang), Abdul Latif Ariffin (Changkat Jering) dan Foo Hon Wai (Jelapang), memohon perintah untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan SPR untuk tidak mengisytiharkan sebagai kosong kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang, ekoran tindakan wakil rakyat di situ yang mengisytihar diri mereka sebagai Bebas.

Dalam pilihan raya umum lepas, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) menang sebagai calon Parti Keadilan Rakyat manakala Hee Yit Foong (Jelapang) menang atas tiket DAP.

Tindakan mereka keluar parti masingmasing untuk memberi sokongan kepada Barisan Nasional menyebabkan kerajaan Perak yang ketika itu diperintah oleh pakatan Pas-PKR-DAP tumbang.

Pada 3 Februari, Sivakumar memaklumkan kepada SPR bahawa ketiga-tiga kerusi itu kosong berdasarkan surat daripada ketigatiga wakil rakyat yang kononnya menyatakan mereka meletak jawatan.SPR bagaimanapun meragui peletakan jawatan itu dan enggan mengadakan pilihan raya kecil.

Sivakumar dan enam pihak itu memohon perintah bahawa kerusi-kerusi berkenaan adalah kosong dan memohon injunksi bagi menghalang Jamaluddin, Osman dan Hee daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Dalam prosiding dalam kamar, Hakim Kamaludin menolak dakwaan Sivakumar yang beliau mempunyai kuasa untuk mengisytihar ketiga-tiga kerusi itu sebagai kosong mengikut Perkara 35 Undan-gUndang Tubuh Perak. Katanya Perkara 35 tidak memberi kuasa kepada Speaker untuk membuat keputusan sedemikian kerana peruntukan itu sekadar merujuk kepada seseorang anggota dewan undangan negeri untuk meletak jawatan.

Beliau berkata hak itu tertakluk kepada Perkara 36 (5) yang menetapkan bahawa SPR seharusnya menentukan sama ada terdapat kekosongan.

Ambiga pula berhujah bahawa SPR gagal untuk menyatakan asas dan prosedur yang digunanya untuk membuat keputusan untuk tidak mengisytiharkan kerusi-kerusi itu kosong.

Katanya SPR tidak memberikan keputusan yang jelas kerana suruhanjaya itu sekadar menyatakan ia tidak pasti sama ada berlaku kekosongan atau tidak

Nizar Hilang Jawatan Kini Agih BUBUR LAMBUK!!

Khabarnya Nizar pada bulan puasa ini berada di kawasan Parlimen Bukit Gantang terutama di kawasan-kawasan bazaar ramadhan untuk membagi-bagikan bubur lambuk.

Dikhabarkan juga bahawa kegiatan membagi-bagikan bubur lambuk ini merupakan yang pertama dilakukan oleh YANG BERHORMAT.

Maklum saja lah, Nizar telah 11 bulan tiada kerja @ menganggur. Jawatan MB dah dikebas oleh Zambry.

3 ADUN rakan Nizar tikam Nizar dari belakang, disebabkan Nizar terlupa mereka. Nizar lebih menumpuhkan masanya kepada ADUN DAP Ngo dan Ngeh.

Namun atas usaha Sivakumar 29 September ini Nizar masih ada peluang dapatkan semula jawatan MB, itupun kalau mahkamah istiharkan bahawa 3 DUN tersebut kosong.

Nizar: Masih ada peluang jadi MB

Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed yang memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar kerana ianya melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.

Sivakumar sebagai Speaker DUN Perak telah mengikuti semua paraturan di dalam membuat keputusannya terhadap penggantungan dan denda terhadap Zambry dan 6 Exconya adalah sah mengikut Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan tersebut.

Perkara ini jelas bertentangan apabila Zambry dan 6 Exconya melanggari keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak.

Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan itu juga mengesahkan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sebenar dan sah di sisi Undang-Undang kerana penggugurannya telah dibuat di luar DUN Perak.

Keputusan 3 orang Hakim Mahkamah Rayuan semasa menolak pengesahan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar yang sah tanpa dokumen bertulis amat tidak mempertegaskan Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan ini.

Oleh yang demikian, Nizar masih amat berkeyakinan dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi tersebut bahawa keputusan kelak akan bersama dengan Pakatan Rakyat untuk terus menerajui Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.

Nizar: Mahkamah masih ragu apakah Nizar masih MB

Samy Vellu DAN PASUKAN MENANG: HARAPAN PAKATAN CERAH

Penyandang jawatan timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel berjaya mengekalkan jawatan tersebut dengan menewaskan dua pencabarnya, Datuk S Subramaniam dan Datuk S Sothinathan.

Beliau mendapat 629 undi manakala Datuk S Subramaniam (547 undi) dan Datuk S Sothinathan 280 undi.
Tiga calon naib presiden yang disokong oleh Presiden, Datuk Seri S Samy Vellu turut terpilih.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam mendapat undi tertinggi dengan 1,260 undi, manakala timbalan menteri di jabatan perdana menteri, Datuk SK Devamany ditempat kedua dengan 1,122 undi dan timbalan menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan (1,030 undi).

Difahamkan, ramai calon yang disokong presiden menang jawatan ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Sementara itu, Sothinathan berkata beliau menerima keputusan yang dibuat oleh 1,469 perwakilan yang mengundi hari ini.

Manakala Subramaniam yang gagal lagi dapat percubaannya merebut jawatan timbalan presiden berkata, walaupun sedih, beliau mmenerima keputusan perwakilan hari ini.

Menurutnya, perwakilan gagal memahami nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan mesyuarat tahunan MIC pagi tadi.

Beliau meninggalkan PWTC - tempat berlangsungnya mesyuarat agung MIC - sebelum keputusan rasmi diumumkan.

Keputusan tidak rasmi

Timbalan presiden

G Palanivel* - 629
S Subramaniam - 547
S Sothinathan - 280

Naib presiden (3 jawatan)

Dr S Subramaniam - 1,260
SK Devamany - 1,122
M Saravanan - 1,030
S Balakrishnan - 471
VKK Teagarajan - 215
P Subramaniam - 220
P Mariayee - 61

Ulasan Dr Mahathir melalui tamil osai yang mengatakan bahawa gang Samy Vellu lah penyebab rakyat india menolak MIC tidak menjadi pertimbangan dalam pemilihan kepimpinan MIC kali ini. Bagi mereka pemimpin lebih penting dibanding kemenangan dalam pilihanraya.

Kemenangan Samy Vellu and the gang ini adalah petanda, bahawa Pakatan mempunyai harapan yang cerah pada PRU akan datang. Rakyat sebenarnya telah menolak Samy Vellu dalam PRU-12 yang lalu, akan tetapi pantang bagi Samy Vellu mendengar isyarat yang telah diberikan.

BN akan semakin kehilangan sokongan rakyat terutama kaum india, kerana kehadiran Samy Vellu adalah penyebabnya.

12 September 2009

Menang Jawatan Parti, Kalah Pilihanraya: Mana Perlu pilih? Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak harus ghairah untuk meraih populariti di kalangan ahli parti sehingga menyebabkan mereka dibenci oleh rakyat.

Pengerusi BN itu berkata, tumpuan utama setiap pemimpin itu hendaklah untuk meraih populariti di kalangan rakyat bagi membolehkan BN menang pada pilihan raya akan datang.

“Populariti di kalangan ahli sahaja dengan menang jawatan dalam parti tidak mencukupi jika parti tidak lagi relevan dan dapat memenangi hati rakyat, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Sehubungan dengan itu katanya, mulai hari ini beliau telah menetapkan Indeks Prestasi Utama (KPI) yang harus dipatuhi oleh MIC iaitu untuk mendapatkan kembali sokongan masyarakat India di negara ini.

Menurut laporan tidak rasmi, kumpulan Samy Vello menang sebahagian besar jawatan yang dipertandingkan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels