13 September 2009

Samy Vellu DAN PASUKAN MENANG: HARAPAN PAKATAN CERAH

Penyandang jawatan timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel berjaya mengekalkan jawatan tersebut dengan menewaskan dua pencabarnya, Datuk S Subramaniam dan Datuk S Sothinathan.

Beliau mendapat 629 undi manakala Datuk S Subramaniam (547 undi) dan Datuk S Sothinathan 280 undi.
Tiga calon naib presiden yang disokong oleh Presiden, Datuk Seri S Samy Vellu turut terpilih.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam mendapat undi tertinggi dengan 1,260 undi, manakala timbalan menteri di jabatan perdana menteri, Datuk SK Devamany ditempat kedua dengan 1,122 undi dan timbalan menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan (1,030 undi).

Difahamkan, ramai calon yang disokong presiden menang jawatan ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Sementara itu, Sothinathan berkata beliau menerima keputusan yang dibuat oleh 1,469 perwakilan yang mengundi hari ini.

Manakala Subramaniam yang gagal lagi dapat percubaannya merebut jawatan timbalan presiden berkata, walaupun sedih, beliau mmenerima keputusan perwakilan hari ini.

Menurutnya, perwakilan gagal memahami nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan mesyuarat tahunan MIC pagi tadi.

Beliau meninggalkan PWTC - tempat berlangsungnya mesyuarat agung MIC - sebelum keputusan rasmi diumumkan.

Keputusan tidak rasmi

Timbalan presiden

G Palanivel* - 629
S Subramaniam - 547
S Sothinathan - 280

Naib presiden (3 jawatan)

Dr S Subramaniam - 1,260
SK Devamany - 1,122
M Saravanan - 1,030
S Balakrishnan - 471
VKK Teagarajan - 215
P Subramaniam - 220
P Mariayee - 61

Ulasan Dr Mahathir melalui tamil osai yang mengatakan bahawa gang Samy Vellu lah penyebab rakyat india menolak MIC tidak menjadi pertimbangan dalam pemilihan kepimpinan MIC kali ini. Bagi mereka pemimpin lebih penting dibanding kemenangan dalam pilihanraya.

Kemenangan Samy Vellu and the gang ini adalah petanda, bahawa Pakatan mempunyai harapan yang cerah pada PRU akan datang. Rakyat sebenarnya telah menolak Samy Vellu dalam PRU-12 yang lalu, akan tetapi pantang bagi Samy Vellu mendengar isyarat yang telah diberikan.

BN akan semakin kehilangan sokongan rakyat terutama kaum india, kerana kehadiran Samy Vellu adalah penyebabnya.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels