1. Umno Sabah akan terus menyokong pucuk pimpinan parti yang diterajui Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak dalam menghadapi pelbagai cabaran.
2. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri berkata, sokongan itu atas kepercayaan anggota parti negeri yang tetap yakin Umno adalah pilihan terbaik dalam membela nasib rakyat dan membawa banyak pembangunan kepada Sabah.
3. Munurut Musa, Umno Sabah sebulat suara dan sehati sejiwa terus memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti bersama saf kepimpinan pusat untuk menyelesaikan apa juga isu yang timbul. Ketua Menteri itu berkata demikian semasa merasmikan Persidangan Bahagaian Umno Kota Marudu pada Sabtu.
4. Dalam perkembangan yang sama Ketua Menteri Sabah itu turut menghargai kepercayaan dan pengiktirafan pucuk pimpinan parti itu terhadap kesetiaan dan keikhlasan anggota Umno negeri berjuang membantu kekuatan parti dan kerajaan pusat.
5. Pengiktirafan Kerajaan Pusat terlihat dari segi jawatan menteri dan timbalan menteri dalam kabinet persekutuan serta jawatan penting dan kementerian. Musa juga turut menghargai peruntukan pembangunan yang diberikan kepada rakyat di Sabah. Natijahnya menurut beliau, inilah antara nikmat dan manafaat untuk rakyat Sabah hasil daripada perjuangan Umno.
6. Dalam kesempatan yang sama, Musa yakin Umno Sabah tetap teguh dan kukuh meskipun berdepan pelbagai cabarandi peringkat negeri dan persekutuan. Keyakinan beliau tersebut terzahir berasaskan kepada aktiviti turun padang dan penjelajahan beliau ke seluruh Sabah selama sebulan bagi merasmikan perwakilan bahagian-bahagian Umno.
7. Musa merumuskan atau rangkumkan mesej penting dan harapan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri dan Barisan Nasional, betapa semangat perpaduan, kesatuan, muafakat dalam Umno Sabah bertambah kukuh dan erat. Sebagai bukti kepada keadaan itu, apabila kelancaran dan kejayaan persidangan dan mesyuarat di semua peringkat cawangan, bahagian, dan sayap-sayap parti, tidak terdapatnya sebarang masalah yang timbul.