11 June 2011

Pemimpin Umno Sabah? mahu berubah kah?

OKB terbaca satu tajuk pada sebuah portal yang baru muncul di dunia siber ini rabu lepas. Tajuk daripada portal tersebut : MAMPUKAH UMNO SABAH BERUBAH?

Melihat kepada tajuk tersebut-OKB tertanya-tanya pada diri sendiri-kenapa perlu berubah? bukan kah Sabah yang ditunjangi UMNO adalah "Simpanan Tetap BN" sepertimana kata-kata DS Najib sebaik sahaja dilantik sebagai PM selepas mengambil alih jawatan tersebut daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Namun selepas membaca seterusnya tulisan itu, nampaknya isu sebenar yang cuba disampaikan oleh penulis itu, ada lah pergelutan tersembunyi antara kepimpinan Umno negeri dan seorang pemimpin Umno di peringkat pusat.

Walaupun penulis itu tidak menyebut nama, namun telah menjadi rahsia umum, pemimpin yang dimaksudkan itu adalah Pengerusi Umno Negeri-Datuk Musa Aman dan Naib Presiden ke 3- Datuk Safie Apdal.

Kenapa ada persepsi bahawa terdapat pergeseran antara Musa dan Safie? Sebenarnya ini yang menjadi pertanyaan ramai kalangan akar umbi Umno? kenapa adanya pergeseran itu?

Baru-baru ini, Safie semasa ditanya selepas merasmikan masyuarat bahagian Papar yang diketuai oleh Datuk Rahim Ismail (pemimpin Umno yang juga mempunyai pergeseran pendapat dengan Musa)- Safie berkata- beliaupun tidak faham kenapa, lawatan-lawatannya di berbagai temapat di Sabah selain Semporna, disalah ertikan sebagai merampas kepimpinan negeri; sedangkan beliau menerajui satu kementerian jika dilihat dari segi peruntukan jauh lebih besar dibanding dengan bajet tahunan negeri.

Berbalik kepada tulisan portal berita (rontogdaily.com)-penulis mengingatkan para pemimpin Umno, bahawa mereka berada dalam singgahsana mereka, kerana rakyat, jika rakyat tidak meletakkan mereka pada kedudukan mereka yang ada, maka tiadalah kedudukkan itu.

Penulis itu juga menegur kealfaan para pemimpin itu, kerana terbuai dengan kedudukan, maka mereka hanya nampak kroni-kroni mereka dan sambil itu-mengatur strategi untuk mempertahankan kedudukan.

Penulis itu juga, suka mengingatkan pemimpin yang berbalah itu, serta tindak tanduk kepimpinan Umno negeri- bahawa perkara yang sama berlaku di Semenanjung-akibatnya BN kehilangan 4 negeri, dan jika WP diambilkira-maka 5 negeri terlepas daripada tangan BN; dan hampir Negeri Sembilan juga jatuh ke tangan pembangkang.

Keadaan sekarang, di mana kerabat dan kroni yang menguasai apa sahaja bidang yang bersifat ekonomik penjawatnya adalah daripada kalangan kroni2, demikian juga mereka yang menggunakan sekeping kertas dan air liur, kebanyakannya mereka ada "hubungan mesra" dengan pemimpin tertentu disamping "hubungan mesra" dengan para pegawai yang diberi kepercayaan mengatur projek2 tertentu dalam negeri.

Apabila kita berhubungan dengan pejabat Ketua Menteri- Adik kepada seorang pembantu menteri adalah orang harapan, pegawai yang mengontrol dipihak kerajaan, juga adik atau kakak kepada pembantu menteri- dan apabila kita kementerian yang jaga duit-disitu juga pembantu menteri itu bertugas. Ertinya, kemana sahaja, pusing kiri-atas-bawah- kita akan berjumpa dengan keluarga yang berbin dan berbinti orang yang sama.

Demikian juga, apabila kita berurusan dengan projek2 yang pembangunan- orang yang berkuasa adalah orang yang ada kaitan dengan kepimpinan negeri.

Perkara ini lah yang cuba dibayangkan atau dibangkitkan oleh penulis portal itu. Rupanya apabila kita berada di atas, kita terlupa melihat ke bawah, kita mungkin alfa-terlalu banyak mata memerhati kita.

Mampukah Umno Sabah Berubah? sepatutnya mampukah pemimpin UMNO Sabah berubah?!

10 June 2011

Empangan Tambatuon Kota Belud: Perang antara Lim Kit Siang-Rahman Dahalan-memuncak

Sidang Parlimen akan bermula pada Isnin 13 Jun, namun peperangan antara Lim Kit Siang-Penasihat DAP dan Datuk Rahman Dahlan Ahli Parlimen Kota Belud daripada BN, berlarutan sehingga kini.

Perbalahan antara Kit Siang dan Rahman, berpunca apabila Lim Kit Siang melawat sebuah Kampung di Kota Belud yang bernama Kg Tambatuon.

Kg Tambatuon adalah sebuah kampung yang terletak berdekatan dengan kaki Gunung Kinabalu, namun kampung itu berada dalam kawasan Parlimen 169 Kota Belud, dan DUN Kedamaian.

Penduduk kampung Tambatuon adalah terdiri daripada Kadazan-Dusun.

Sumber kehidupan penduduk kebanyakan daripada hasil pertanian dan perkebunan.

Keadaan topografi Tambatuon yang berada dicelah-celah bukit dan lembah, maka sangat sesuai untuk pembinaan empangan, atas sebab dinding empanpan tersebut tidak perlu dibina kerana, bukit telah menjadi dinding semulajadi.

Empangan, sangat diperlukan di Kota Belud, untuk mengairi tanah sawah yang landai di kawasan Tempasuk dan Usukan yang juga dua kawasan DUN di kawasan Parlimen Kota Belud.

Walaupun, Kota Belud mempunyai tanah landai yang sesuai untuk tanaman padi, namun keluaran padi di kawasan itu tersebut, belum bersifat komersial, kerana potensi yang ada tidak dapat diekspolitasikan, penyebabnya adalah masalagh air.

Perparitan yang ada tidak sesuai, kerana apabila musim banjir, sistem perpartian itu akan tertutupi oleh segmenatasi lumpur yang terbawa daripada aliran air daripada arah kaki Gunung Kinabalu.

Itulah penyebabnya kenapa empangan diperlukan di kawasan itu, selain untuk tujuan sumber air di musim kemarau, juga sebagai pembentong dikala musim banjir.

Penduduk Kg Tambatuon dianggarkan kira-kira 800 orang, namun pengorbanan penduduk itu, boleh membantu-80 ribu penduduk Kota Belud yang lain.

Kemunculan idea pembinaan Empangan Tambatuon ketika mana, Menteri pertanian dan Asas Tani Persekutuan, Datuk Noh Omar mengumumkan Projek Jelapang Padi di Kota Belud, pada awal tahun 2009. Sebelum itu, memang ada ura-ura pengwujudan projek tersebut semasa kementerian itu di sandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin-sekarang TPM dan Menteri Pelajaran.

Persoalannya sekarang, pendekatan kepada penduduk kampung di mana empangan tersebut dibina gagal dilakukan oleh wakil rakyat baik parlimen mahupun ahli dewan udangan negeri.

ADUN Kedamaian, Datuk Herbert Timbon Lagadan sepatutnya orang pertama yang perlu mendekati penduduk kampung tersebut, menguraikan matalamat dan tujuan pembinaan empangan tersebut. Ini tidak, kata orang projek empangan tersebut telah "masuk angin" apabila ada elemen-elemen tertentu yang mengapi-apikan penduduk di kampung tersebut, untuk membantah pembinaannya.

Pelik juga, projek yang begitu penting bagi penduduk majoriti Kota Belud, telah telah diambil mudah oleh wakil rakyatnya.

Nah kini, apabila pihak pembangkang mempolitikkan pembinaan empangan tersebut, kerana pihak pembangkang telah yakin, bahawa propaganda mereka telah berjaya, maka barulah wakil rakyat Kota Belud, terkial-kial mempertahankan pembinaan empangan tersebut melalui laman twitter atau blog, di mana OKB yakin dan pasti-mungkin tiada seorangpun penduduk kg Tambatuon membaca "rebuttal" Datuk Rahaman Dahalan tersebut.

Bagi OKB, apabila isu pembinaan empangan Tambatuon tersebut di bawa kepada sidang dewan rakyat, bukan sahaja membuka pekong wakil rakyat BN yang mewakili kawasan tersebut, juga penyelesaian isu ini tidak mungkin terselesaikan. Isu dan agumen hanya menjadi nota dan sejarah.

Akhirnya penduduk Kota belud yang majoriti yang melopong.

Bagi Lim Kit Siang, apa sahaja projek yang bersifat membantu penduduk penyokong BN akan terus dihalang, kerana Kit Siang tahu, Kawasan Kota Belud, adalah bank Votes BN.

Berlainan dengan pembinaan Empangan di Pulau Pinang (Mengkuang Dam) yang dikatakan memerlukan kos RM1.2 bilion, penasihat DAP itu sangat bersetuju, kerana Pulau Pinang adalah bank votes DAP; berbanding dengan kos Empangan Tambatuon hanya menelan kos RM450 juta.

7 June 2011

Negara Kebajikan Pas- Beri laluan mudah pada UMNO: Nazri

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini menyifatkan PAS sebagai parti “palsu Umno”, yang sanggup mengabaikan prinsip-prinsip Islam demi kuasa politik.

Anggota Majlis Tertinggi Umno ini (gambar) berkata adalah lebih baik bagi Umno jika PAS bertindak menawarkan dirinya satu alternatif kepada parti pemerintah, yang sudah pun mempunyai rekod pencapaian baik bagi rakyat.

“Secara jujur, saya risau... mereka akan memberi saingan yang baik dalam pilihan raya jika PAS kekal sebagai parti Islam. Ia merisaukan saya sebab ada elemen dalam masyarakat Melayu-Muslim yang percaya bahawa apa yang dilakukan oleh PAS bagi negara Islam adalah betul.

“Tetapi, jika mereka menjadi macam Umno, maka mudah untuk menghadapi pilihan raya sebab kita ada rekod pencapaian. Jika tidak, akan ada saingan sengit,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Kata Nazri, dengan mengubah idealisme, PAS bukan lagi “istimewa” ketika ia berusaha untuk mempamerkan kedudukannya sebagai alternatif kepada Umno dalam arena politik negara ini.

Pada Ahad, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa PAS telah mengorbankan prinsip-prinsip Islam demi kepentingan politik sedangkan parti itu sepatutnya menggunakan muktamar kali ini untuk mencari kebenaran di sebalik isu video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muktamar Tahunan PAS 2011 meluluskan usul dibawa Dewan Ulamanya, yang antara lain mengutuk sikap membisu di kalangan ulama rasmi kerajaan, yang didakwa tidak tegas dalam mengutuk tindakan penayangan video seks oleh “Datuk T”.

Muhyiddin juga berkata, BN tidak akan membenarkan ia digunakan sebagai kambing hitam dalam skandal video dan akan berpegang pada pendirian untuk mendapatkan kebenaran menerusi lunas perundangan.

“Kami telus. Dasar kami ialah untuk menyiasatnya, ikut saluran betul untuk menentukan dalang dan sebab-sebab di sebalik (kejadian itu),” katanya lagi.

“Malangnya bagi PAS, mereka mendakwa Islam tetapi mereka menjauhkan diri daripada jalan Islam. Mereka hanya ambil berat soal kepentingan politik dan bukannya mengenai soal mendapatkan restu Allah,” kata beliau.

Nazri juga bersetuju dengan Muhyiddin bahawa Malaysia, di bawah pemerintahan Barisan Nasional, telah lama melaksanakan konsep negara berkebajikan dengan mengutamakan keperluan golongan miskin dan tidak bernasib baik.

“Mereka mengubah perjuangan... dulu negara Islam. Sekarang negara kebajikan. Umno sedar perkara ini 50 tahun lalu dan mereka memerlukan 57 mesyuarat untuk menyedari perkara ini. Jadi, anda tahu siapa orang Melayu yang cerdik,” katanya lagi.

Nazri juga mengakui bahawa ada kemungkinan sebahagian besar anggota parti itu akan berusaha untuk menggesa agar PAS kembali kepada agenda asal negara Islam.

Katanya, sementara kumpulan progresif diketuai oleh pemimpin popular seperti Mohamad Sabu, mempunyai kelebihan berbanding kepimpinan ulama ketika pemilihan parti, persaingan pelbagai penjuru menunjukkan wujudnya elemen pecah undi.

“Saya melihat anda kena berhati-hati sedikit sebab sebenarnya mereka tidak berubah. Mat Sabu kini pemimpin minoriti dan jika anda campur undi kedua-dua calon (pesaing), anda akan dapat lebih (undi)... undi konservatif pecah,” kata Nazri.

Mohamad menewaskan penyandang Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi pesaing Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

6 June 2011

Datuk Shamsuddin Hayroni yang dituduh subahat dengan Dr Khir Toyo dibebaskan

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi melepas dan membebaskan Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Hayroni daripada tuduhan bersubahat dengan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berhubung pemilikan dua lot tanah dan banglo di Seksyen 7, di sini, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, pertuduhan terhadap Dr Khir diteruskan dan perbicaraan bersambung Rabu.

5 June 2011

Kate Middleton Pernah Jadi Lesbian ?

SAHABAT Kate Middleton, Jassica Hay mendedahkan rahsia bahawa mereka pernah berciuman antara satu sama lain ketika belajar di sekolah asrama pada tahun 1996.

Jelas Jessica ketika itu Kate baru sahaja berusia 14 tahun dan seorang gadis yang pemalu yang tidak pernah mencium lelaki.

"Saya mencium bibirnya namun kami membayangkan bahawa kami sedang berhadapan dengan seorang lelaki," ujarnya.

Dia juga menyangkal bahawa ciuman tersebut sebagai ciuman cinta dan mempunyai hubungan songsang.

"Ini hanya lambang persahabatan kami yang sangat rapat, lagi pula ketika itu kami sedang mabuk, hal seperti itu memang boleh terjadi dibawah kawalan," katanya.

Bercerita tentang persahabatannya dengan wanita tersebut, Jesica memberitahu bahawa dia merupakan taman baik dan penjaga kepada Kate.

"Saya adalah pelindung, teman baik dan penjaganya yang sentiasa emmastikan dia terlibat dengan aktiviti sekolah, malah ketika dibiliknya, Kate menampal poster putera William dan sentiasa menganggap jodohnya bersama pemuda itu," tuturnya.

3 June 2011

Videk seks: Anwar berniat jahat: Hisham

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai motif utama untuk meluahkan pandangan peribadi yang menyakitkan hati dan berniat jahat dalam satu persidangan akhbarnya berkaitan dengan video seks yang memaparkan individu yang mirip kepada pemimpin pembangkang itu.

Menurut Hishammudin (gambar), kata-kata itu yang kemudiannya dilaporkan dengan meluas di media dan internet, tidak dipaparkan dengan niat baik, dan motif utama Anwar ialah keinginannya untuk memperlekeh reputasi beliau sebagai menteri, naib presiden Umno, dan juga sebagai ahli politik.

Laporan Bernama Online menyebut, dalam jawapannya kepada kenyataan pembelaan Anwar yang difail pada 1 Jun Hishammuddin berkata Anwar mengambil sikap tidak acuh terhadap kata-kata palsu yang diucapnya.

Beliau berhujah bahawa nada bahasa yang digunakan Anwar, diucapkan dalam keadaan marah, tidak berhati-hati dan tidak menghiraukan sama ada kata-kata yang dikeluarkannya itu betul atau salah.

Hishammuddin menjawab bahawa kata-kata itu tidak berasas dan semata-mata tekaan, dan langsung tidak tepat, oleh itu beliau mahukan supaya kenyataan pembelaan yang difail oleh Anwar pada 16 Mei diketepikan.

Dalam jawapan balasnya kepada dakwaan balas Anwar, Hishammuddin berkata kata-kata yang dituturkan oleh Hishammuddin berkaitan dengan video seks itu dibuat atas sebab menjalankan tugasnya sebagai Menteri Dalam Negeri buat orang ramai, yang mempunyai kepentingan yang sah untuk menerimanya.

Beliau juga menafikan sebarang salah guna kedudukannya atau pejabatnya atau mana-mana tindakan yang bertentangan dengan tugas dan tanggungjawabnya, dan beliau meminta mahkamah mengenepikan dakwaan balas itu.

Pada 26 April lepas Hishammuddin menfail satu saman fitnah terhadap Anwar kerana mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya dalam satu temu ramah dengan media pada 22 Mac, selepas membuat laporan mengenai video itu di balai polis Dang Wangi di sini.

Hishammuddin, 50, berkata, kata-kata itu difahamkan bermaksud beliau bertanggunajawab menayangkan video itu kepada sekumpulan editor dan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara Hotel pada 21 Mac lepas.

Menteri itu berkata kata-kata itu juga difahamkan bermaksud beliau mengatur penayangan video itu, di samping merancang bersama dengan Perdana Menteri serta kepimpinan tinggi polis untuk melaksanakannya.

Anwar dalam pembelaannya berhujah bahawa kata-kata yang dikeluarkan itu disiarkan dalam memenuhi syarat hak istimewa yang membenarkan, dan diterbitkan dalam perlindungan yang munasabah terhadap kepentingan sah beliau sendiri sebagai pemimpin pembangkang kepada orang ramai, yang juga memiliki hak kepentingan yang sama dalam menerima maklumat itu.

Dalam tuntutan balasnya, Anwar menegaskan kenyataan Hishammuddin dalam sidang media beliau pada 21 Mac, memperlihatkan bahawa beliau adalah individu dalam video itu sepertimana ditegaskan oleh ‘trio’ yang dikatakan terbabit dalam penayangan itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan 25 Julai bagi pengurusan kes untuk membolehkan Anwar memberi jawapan kepada kenyataan balas Hishammuddin.

Beliau menetapkan tarikh itu selepas menemui peguam Tan Sri Cecil Abraham dan Sunil Abraham yang mewakili Hishammuddin dan Datuk S Ambiga dan J Leela yang mewakili Anwar, apabila kes itu dibawa kepada pengurusan kes hari ini.

2 June 2011

Trend: Semakin maju rakyat, maka semakin tak sokong kerajaan

Bukan omong kosong, semakin majunya rakyat, maka semakin tidak menyokong kerajaan. Buktinya, wilayah persekutuan Kuala Lumpur, majoriti penduduk di situ menyokong pembangkang, demikian juga di pulau Pinang, kawasan-kawasan bandar di Sarawak, Sabah, Selangor, Melaka,Negeri sembilan kecuali Johor Baharu.

Kawasan Felda dan kwasan-kawasan pinggir bandar yang daif seperti Batu Sapi, masih menyokong kerajaan; persoalannya kenapa trend demikian?

Kawasan bandar, semuanya tersedia, apa sahaja keperluan hidup, semuanya tersedia, akan tetapi kenapa penduduk yang mendiami kawasan-kawasan ini menentang kerajaan? Manakala, kawasan-kawasan kampung, boleh dikatakan keperluan hidup masih kekurangan, namun di situlah bank votes kerajaan. Pun demikian, kerajaan kurang mengambil perhatian sangat terhadap kesejahteraan bank votesnya itu? apa kah ada phobia, apabila maju nanti, akan ikut trend pengundi bandar yang menolak kerajaan?

Benarlah, semakin miskinnya seseorang maka semakin mudah diperkotak katikkan, falsafah ini lah mungkin senantiasa berada di benak para pemimpin, atas sebab itu, persetaaan dengan dengan kemajuan.

Wakil rakyat sepatutnya membela rakyat, tetap bukan itu yang berlaku, menjadi wakil rakyat adalah jalan cepat untuk memajukan diri sendiri. Banyak kita saksikan, seseorang sebelum jadi wakil rakyat, hanya berkerta proton, namun selepas sahaja menjadi wakil rakyat, sekurang-kurangnya berkerata pacuan empat roda model terkini.

Status meningkat kerana rakyat, persoalannya kenapa rakyat yang menjadi penyebab menigkatnya stasus wakil rakyat, terlupa oleh wakil rakyat? Tak payah sebut nama-nama, rakyat pasti tahu siapa wakil rakyat mereka, dan tahu kelibat para wakil rakyat itu.

Pengundi serba salah, tolak calon ini, pilih calon ini, jawapannya dua kali lima, jawapannya sepuluh.

Sampai kapan kah rakyat, jadi lembu perahan?

31 May 2011

Nik Aziz dakwa dipujuk 5 kali oleh Umno

Usaha memujuk PAS bekerjasama dengan Umno dilihat berterusan apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa beliau didatangi wakil Umno sebanyak lima kali untuk tujuan itu.

Menurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.

Menteri besar Kelantan itu bagaimanapun didakwa tidak memperincikan individu itu sebaliknya hanya menyebutnya sebagai "berpangkat datuk" dan "pesara kerajaan".

Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu.

Bagaimanapun menurut Muhammad, Nik Aziz menolak mentah-mentah pujukan itu kerana PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR.

Muhamad juga menjelaskan, mursyidul am PAS itu memberitahu, usaha itu berlaku sejak April lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja isu kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.

Sementara itu, sumber yang dekat Nik Aziz mengakui terdapat beberapa pertemuan, termasuk di rumahnya di Pulau Melaka diadakan sejak awal tahun ini

Bagaimanapun, sumber itu tidak dapat memastikan butiran spesifik berhubung masa dan tarikh ia berlangsung.

Sejak timbulnya isu itu pada 2008, Nik Aziz antara pemimpin PAS yang paling lantang menolak idea itu sehingga mendorong beliau mencadangkan diadakan Muktamar Khas bagi menyingkirkan beberapa pemimpin parti itu.

Bagaimanapun, beliau sendiri pernah dikaitkan dengan perkara itu apabila menghadiri majlis dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin, yang turut dihadiri perdana menteri di ibu negara.

Nik Aziz bagaimanapun menyeru semua pihak sama ada media atau invidu supaya tidak mengaitkan istana dengan pergolakan politik negara kerana ia hanya majlis santapan malam.

29 May 2011

Sampai bila penyokong tegar BN miskin?

Sampai bila penyokong tegar BN dibiarkan miskin? satu pertanyaan yang lama menghantui benak OKB.

Semasa PRK Batu Sapi-terpampang dengan jelas taraf hidup dan kedaifan penyokong tegar BN-sehingga setiausaha BN KU NAN menitiskan air mata menurut blogger Sekali Ketuk dalam entrinya semasa PRK itu.

Demikian juga gambar-gambar yang dimuat turun dalam FB ADUN Tempasuk-Datuk Haji Musbah Jamli-gambar-gambar yang yang menyayat hati untuk di pandang. Seperkara yang menarik, pada setiap pilihanraya, kawasan-kawasan di mana terdapat penduduk yang daif, maka di situ lah BN mendapat sokongan padu.

Dalam hati para pengundi itu-bantu lah kami-atas sebab itu-kami memberi sokongan yang padu-namun semua itu tidak berbalas sepertimana kehendak para pengundi itu.

Apabila kerajaan dibentuk-kawasan yang tidak menyokong kerajaan juga yang mendapat tempias pembangunan luarbiasa. Mereka yang pandai bermuka-muka juga yang untung, sebaliknya mereka yang mengharap-dibiarkan penggal demi penggal.

Sampai kapan kah keadaan ini berlaku? Apa kah BN mahu seperti yang berlaku di Kedah-apabila rakyat protes-kerajaan yang diperatuhkan.

PRU 2008 merupakan saksi dan panduan. Pada masa PRU itu-kita menyaksikan penurun jumlah undi yang diperolehi calon BN pada kawasan-kawasan tradisi BN. Kawasan Kota Belud, baik parlimen mahupun DUN, jumlah undi yang diperolehi calon BN begitu merosot sekali; keadaan juga berlaku di kawasan-kawasan lain.

Pada PRN Sarawak- kita juga menyaksikan bagaimana penurunan undi yang diperoleh oleh calon-calon BN, baik di pendalaman mahupun separah bandar-jangan di kata di bandar-BN kecudang!!.

Pada ketika ini-anak-anak kampung yang berijrah ke bandar mempunyai persepsi yang negatif terhadap kerajaan-apabila PRU nanti-mereka akan pulang kampung dan mempengaruhi ibu-bapa dan sanak saudara mereka untuk menolak kerajaan. Jangan anggap enteng fenomena ini-pasti ianya akan berlaku.

Secara Nasional-pada PRU 2008 lalu, kawasan Selatan bermula daripada N9 hingga ke Johor merupakan kubu kuat BN secara tradisi setiap pilihanraya; namun pada PRU lalu N9 kehilangan 2/3 di DUN, sementara di Johor-buat pertama kali PAS menang 2 kerusi DUN.

Di utara Semenanjung-BN akan terus terkial-kial- Kelantan sukar untuk BN menwannya-pada keadaan politik sekarang- Kedah? jika perbalahan antara pemimpin Umno tidak reda, alamat Pakatan terus menguasai negeri Jelapang Padi itu. Pulau Pinang- MCA dan Gerakan tiada taring lagi-apapun hiasan kapal dua komponen BN itu-kaum cina tidak akan menaikinya. Kaum cina ahli MCA sebenarnya telah bingung selepas tsunami politik melanda parti itu pada PRU 2008, dimana daripada 31 parlimen yang ditandingi hanya menang 14, sementara di Pulau Pinang-semua calon MCA baik DUN mahupun Parlimen kalah teruk. Akibat kebingungan itu-maka mereka terpaksa memilih Presiden yang ada kaitan dengan moral.

Apa kah stretegi ahli MCA memilih presiden yang ada kaitan dengan moral-untuk menghalang kaum cina mengundi MCA? untuk memperlancar parti DAP menjadi parti tunggak dalam negara?

Ingat hanya Malaysia di Asia Tengara ini belum berketua negarakan kaum cina- semua negara telah berketuakan kaum cina termasuk Indonesia yang berpenduduk islam terbesar di dunia.

Dalam perlembagaan negara tidak menghalang sesiapa sahaja warganegara ini menjadi Perdana Menteri asalkan individu itu mempunyai command dalam dewan rakyat-yakni pada masa ini 112 kerusi daripada 222 kerusi dewan rakyat. Keadaan Perak tidak boleh diikuti-walaupun PAS hanya ada 6 kerusi dan DAP 18- Nizar Jamaluddin yang dilantik MB-akhirnya Nizar hanya tergantung kepada parti DAP-tanpa ada kuasa.

Demikian juga- Jika Pakatan Menang dengan DAP mempunyai kerusi terbanyak-melantik Anwar sebagai Perdana Menteri-hanya menjadi PM kepada DAP.

Oleh kerana itu- jika BN mahu terus berkuasa-jangan kecewakan para pengundi yang selama ini memberi sokongan yang tidak berbelah bagi- Jangan sombong kepada rakyat yang meletakkan anda di persada kuasa!!!

27 May 2011

Harga RON95 tidak naik-Tariif Litrik pula naik

Majlis Ekonomi Negara (NEC) pada Jumaat meluluskan kenaikkan tarif elektrik yang butirannya hanya akan diumumkan Isnin ini.

NEC yang bermesyuarat di sini dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota Jemaah Menteri, lapor Malaysiakini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dijadualkan mengadakan sidang media pada pukul 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Sejak beberapa minggu lalu, Kabinet berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, Kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Wakil rakyat -Kenapa mesti jadi sombong?

Wakil rakyat seharusnya mewakili rakyat sekaligus pembantu kepada rakyat. . .namun kenyataannya yg malah lebih sombong wakilnya daripada bosnya/rakyat. . . .lihat ja masa bosnya masih ada yg tinggal dibawa jembatan dan susah dengan urusan keperluan harian untuk hidup. . . .eh malah mereka enak2kan mau buat gedung megah padhal duit punya rakyat. . .dah itu ga dikasih restu lagi ma bosnya. . .eh malah yg ngeyel anak buah. . .

26 May 2011

BUGIS DI SABAH. SIAPA ANAK WATAN?‏

Perdana Menteri Malaysia adalah berketurunan bangsawan Bugis, yang mewarisi gelaran Orang Kaya Indera Shahbandar. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak adalah generasi ketiga atau keempat Bugis di Tanah Melayu yang merupakan tanah tumpah darahnya dan kesetiaannya hanya kepada negara Malaysia.

Di Sabah ramai juga keturunan suku Bugis. Namun yang dipersoalkan bukan keturunan Bugis generasi kedua, ketiga atau keempat yang telah sebati kehidupan dan budayanya dengan penduduk pribumi tempatan Sabah. Bugis kategori ini hanya menumpahkan taat setianya kepada Sabah dan Malaysia serta tidak mepunyai sikap rakus dan gelojoh berbanding dengan golongan pendatang baru kaum Bugis yang statusnya kerakyatannya masih diragui rakyat tempatan!

Persoalan ini timbul bila pada 22 Mei lalu, persatuan suku itu yang dikenali Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS) tiba-tiba telah bertukar nama, lebih tepat dipanggil rebranding kepada Persatuan Komuniti Bugis Sabah dengan singkatan yang sama PKBS. Bagaimana ini bisa berlaku? Sedangkan PKBS yang sebelumnya telah diharamkan R.O.S kerana melanggar beberapa syarat dalam Akta Pertubuhan?

Nah sekarang PKBS sudah kembali aktif. Lumrahnya begitu setiap kali menjelang pilihan raya umum untuk menonjolkan pemimpin-pemimpinnya yang begitu ghairah menjadi calon pilihan raya. Maka nama-nama seperti Datuk Osman Jamal, Andi Bandipilo (pernah ditahan ISA kerana peranannya mengeluarkan kad pengenalan), Haji Pondiring Nawa, Mohd Gasing Saling, Datuk Dr Pataware dan Zainal Hj Amin.

Namun ada yang bertanya, benarkah "tembuni" nama-nama yang ghairah menjadi calon itu ditanam dibumi Sabah atau di Indonesia?

Nama anak-anak Bugis tempatan seperti Haji Amrullah Kamal, Yahaya OKK Zainal dan lain-lainya lebih berwibawa akan tetapi secara sengaja ditenggelamkan dan menonjolkan nama-nama yang disebut awal tadi.

Sebagai Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib jangan mudah terpedaya dengan helah PKBS kerana salah perhitungan memilih calon yang bukan asalnya anak tempatan, kedudukan Sabah sebagai fixed deposit akan terancam.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels