13 September 2011

Kerajaan BN Sabah telahpun melakar sejarahnya sendiri

Sejak Sabah menyertai Sarawak, Singapura dan Malaya membentuk persekutuan pada 16 September, 1963; belum pernah ada parti yang pernah memerintah negeri di bawah bayu itu melebihi 10 tahun.

Di awal kemerdekaan, Tun Mustapha Datu Harun hanya mampu bertahan sehingga tahun 1975 (bermula daripada tahun 1967), sementara Parti yang menumbangkan Parti USNO, Berjaya hanya bertahan sehingga pertengahan tahun 1985. Demikian juga, Parti PBS yang ditubuhkan menjelang PRU Sabah tahun 1985, hanya berjaya bertahan sehingga tahun 1994.

Namun Parti Barisan Nasional yang ditunjangi Umno yang mula membentuk kerajaan pada pertengahan tahun 1994, masih bertahan sehingga kini. Pemerintahan BN/UMno Sabah juga telah menghasilkan ramai Ketua-Ketua Menteri, kerana sistem penggiliran yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mejelang PRU-1994.

Kerajaan BN yang ditubuhan di Sabah, selain menghasilkan tempoh jawatan Ketua Menteri terpendek, juga menghasilkan tempoh jawatan Ketua Menteri terlama.

Penyandang jawatan terpendek adalah Tun Sakaran Dandai dan yang terlama Ketua Menteri Sabah sekarang ini, DSP Musa Haji Aman.

Musa dilantik ke jawatan Ketua Menteri Sabah pada Mac,2003 dalam sistem penggiliran Ketua Menteri daripada Tan Sri Chong Kah Kiat, mantan Presiden LDP.

Selain itu, Musa juga mengetuai PRU11 dan 12 bagi Sabah dan menunjukkan kemenangan yang sungguh mengkagumkan. Pada PRU11- BN Sabah hanya kalah satu ADUN dan satu Parlimen, demikian juga pada PRU12; keadaan yang sama berulang, walaupun bukan pada kawasan yang sama.

Baru-baru ini, polemik had tempoh jawatan Ketua Menteri disuarakan oleh Pengerusi UBF-Dr Jeffery Kitingan dan mendapat sokongan daripada Timbalan Presiden LDP.

Namun, cadangan tersebut tidak mendapat sambutan daripada Ketua Menteri Sabah yang ada.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri, DSP Salleh Tun Said, juga tidak bersetuju dengan cadangan Jeffery tersebut.
Salleh berkata, selagi rakyat memberi sokongan kepada seorang pemimpin yang menerajui negeri, maka selagi itu, pemimpin itu layak memeggang jawatan Ketua Menteri.

Bagi Sabah, had tempoh jawatan Ketua Menteri bukan merupakan isu lagi, kerana selagi BN/Umno menang dalam PRU, maka sesiapa yang dilantik ke jawatan Pegerusi BN/Umno negeri, maka pemimpin itu lah akan dilantik sebagai Ketua Menteri.

Lain perkara pula, apabila rakyat telah muak dan bosan dengan Ketua Menteri yang dilantik itu. Perkara ini boleh berlaku. Sebagai contoh, di Terengganu pada tahun 1999, apabila Tan Sri Mohktar enggan menerima hakikat, bahawa kepimpinannya tidak diterima lagi oleh sebahagian rakyat Terengganu, termasuk partinya sendiri-Umno.

Sebelum PRU-1999, ramai yang telah menzahirkan kebosanan dan meluat terhadap kepimpinan mantan MB Terengganu tersebut, atas sebab itu, beliau diminta berundur sebelum Pilihanraya. Namun, atas keengganannya, maka Terengganu jatuh ke tangan Pas.

Apa kah senario Terengganu itu berlaku di Sabah? Melihat kepada suara-suara akar umbi dan sebahagian pemimpin parti komponen, walaupun tidak begitu nyaring, rasa-rasanya senario Terengganu akan berlaku di Sabah.

Politik Sabah, agak sukar diramal. Kita menyaksinya pada tahun 1985, tiada yang dapat menyangka, parti BERJAYA yang begitu kuat pada ketika itu, dengan mudah tersungkur.

OKB melihat, sokongan akar umbi terhadap kerajaan sekarang bersifat "bubble", ertinya sokongan di luaran sahaja. Apabila tiba masanya, ada kemungkinan besar, bukan sahaja tukar baju berlaku, akan tetapi tukar rumah sekali.

Sebelum kerajaan yang ada tersungkur, eloklah, para pemimpin melakukan muhasabah, jangan biarkan kampung tergadai asalkan menang sorak.

10 September 2011

Selepas PRU-13 apakah ada gabungan politik untuk membentuk kerajaan BARU?

Melihat senario politik tanah air, nampaknya hanya kaum cina yang akan bersatu dalam memilih parti yang bakal mewakili kaum itu baik dewan rakyat ataupun dewan undangan negeri.Sebaliknya kaum melayu/bumiputera akan terbahagi tiga antara Umno, Pas dan PKR.

Melihat keputusan PRU-12 di mana Umno mendapat 79 kerusi(termasuk 14 daripada Sabah, Pas 24, manakala PKR 31 (sebahagian wakil rakyat PKR daripada kaum cina dan india,dan hanya 20 daripada kaum melayu, ini bermakna jumlah kerusi yang boleh dimenangi kaum melayu adalah 79+24+20= 123 kerusi dewan rakyat. Jumlah itu belum termasuk kerusi-kerusi parti-parti bumiputera daripada Sabah dan Sarawak.

Melihat kepada permainan angka-angka tersebut, nampaknya jika melayu bergabung, maka dengan mudah boleh membentuk kerajaan persekutuan yang sangat mantap apabila disokong oleh parti-parti bumiputera Sabah dan Sarawak.

Namun, berasaskan kepada keadaan politik sekarang, senario di atas sukar untuk terwujud, memandangkan pucuk pimpinan parti-parti melayu mempunyai ego masing-masing, yang sukar diluputkan hingga ke liang lahad. Bagi mereka, biarkan kampung tergadai, jangan tidak menang sorak.

Selepas PRU-13, kita akan menyaksikan bahawa jumlah kerusi DAP sebagai single parti akan bertambah daripada 28 kepada 28 +15 (semua kerusi MCA)+6 (semua kerusi SUPP)+ 2(semua kerusi Gerakan, yang akan menjadi 51 kerusi. Manakala PKR akan bertambah dari 31 kepada 34, kerana semua kerusi MIC akan dimenangi oleh parti pimpinan Anwar Ibrahim itu. Manakala Umno dan Pas akan terikat dengan 78 Kerusi dan 25 Kerusi. Jika adapun perubahan, maka kedua-dua parti itu akan bertukar-tukar jumlah kerusi. Jika jumlah kerusi Pas bertambah, dengan sendirinya kerusi Umno berkurang.

Jika dilihat kepada faktor-faktor yang melanda negara, baik senario politik, ekonomi dan persepsi, maka pada PRU-13 akan datang, Umno di Semanjung masih akan dapat mengekalkan jumlah kerusi yang dimenangi pada PRU-12, yakni 65, manakala di Sabah, negeri di bawah bayu tersebut masih mampu mempertahankan 14 kerusinya.

Manakala komponen BN seperti PBB-14, PRS-6, SPDP-4, UPKO-4, PBS-3, LDP-1 dan PBRS-1 dijangka masih dapat mempertahan kerusi yang dimenangi pada PRU-12, dan akan ada pertambahan 1 atau 2 atau sebaliknya. Jumlah kerusi yang boleh disumbangkan oleh parti-parti bumiputera Sabah dan Sarawak kepada BN adalah antara 33-34 atau 30-31. Jika dijumlahkan sumbangan Umno sebagai single parti 78 atau 79 dan parti-parti bumiputera Sabah dan Sarawak, maka jumlah keseluruhan antara 108-113 sahaja yang akan berpihak kepada BN.

Mungkin berasaskan kepada senario ini, maka blogger http://muslioli.blogspot.com/2011/09/perpaduan-melayu-selepas-pru-13.html membuat handaian mungkin akan berpaduan pemimpin melayu selepas PRU-13. Atas dasar, berasaskan angka-angka di atas, keputusan PRU-13 boleh menyebelahi BN ataupun PKR, jika berdasarkan kepada senario politik pada hari ini.

29 August 2011

Setelah Jadi Pemimpin, Jadi Apa?

"Seorang pemimpin yang baik adalah ia yang mahu selalu berada di tengah-tengah orang-orang yang dipimpinnya, sehingga ia boleh memahami keadaan orang-orang yang berada dalam pimpinannya."

Sepertinya ini pertanyaan bodoh dan kelakar. Setelah jadi pemimpin tentu saja tugasnya adalah memimpin orang-orang yang dipimpin. Berada di barisan paling depan untuk mengatur dan mengarahkan.Bukankah demikian seharusnya?

Ya, demikianlah yang terjadi pada seorang pemimpin. Setelah menjadi pemimpin ia menjadi orang yang mahunya hanya memimpin. Hanya mahunya berada di bahagian depan, merasa orang penting dan tugasnya adalah mengatur.

Pemimpin yang mahunya memimpin, sehingga posisinya selalu mahu berada di depan saja. Mahunya menjadi orang yang dilayani dan dihormati bukannya mengayomi.
Makna pemimpin hanya sekadar dimaknai sebagai orang yang harus berada paling depan.

Apakah memimpin itu harus selalu berada di depan?

Kalau seorang pemimpin hanya mahu selalu berada di barisan depan saja, maka dipastikan ia bukanlah seorang pemimpin yang baik. Kerna telah tercipta jarak antara atasan dan bawahan.

Kerana seorang pemimpin yang hanya mahu berada di depan saja dipastikan ia tidak akan bisa mengerti dan memahami keadaan orang yang dipimpinnya.

Ia tidak akan mengetahui dengan jelas keperluan rakyatnya.
Ia hanya akan bicara dengan kapasitas sebagai pemimpin yang penuh dengan kepentingan, tetapi bukan untuk kepentingan orang yang dipimpinnya.

Seseorang yang telah menjadi pemimpin seharusnya ia bisa kembali menjadi rakyat biasa layaknya dengan orang yang dipimpinnya, sehingga ia bisa memimpin di tengah orang-orang yang dipimpinnya.

Dengan demikian, sebagai seorang pemimpin, maka ia bisa lebih memahami dan mengerti keadaan orang-orang yang dipimpinnya. Kerana ia sendiri merasa adalah bahagian dari orang-orang yang dipimpin.

Apapun yang akan diperbuat dan dikatakan pasti akan sesuai dengan kehendak orang-orang yang dipimpin bukannya melukai sehingga menimbulkan pertentangan.

Di dunia ini memang jarang kita bisa menemukan orang-orang yang setelah menjadi pemimpin mahu kembali menjadi orang biasa. Kerana diperbudak oleh makna dari kata “pemimpin” yang bererti harus berada paling depan.

Kedudukan sebagai pemimpin seringkali membuat seseorang lupa untuk selalu berada di tengah-tengah orang-orang yang dipimpinnya. Lupa diri, bahwa ia juga orang biasa layaknya orang-orang yang dipimpinnya.

Setiap orang adalah pemimpin. Minima menjadi pemimpin bagi dirinya sendiri. Untuk belajar jadi pemimpin yang baik, maka pelatihan yang terbaik adalah dengan belajar memimpin diri sendiri.

23 August 2011

Penduduk Kg Rampayan Ulu boikot majlis berbuka puasa MP Kota Belud

Sepatutnya malam ini ada acara berbuka puasa wakil rakyat Kota Belud Datuk Rahman Dahalan(gambar) di Kg Rampayan Ulu, Kota Belud. Namun, dikerana majlis itu dboikot oleh penduduk kampung, maka dengan sendirinya majlis tersebut terbatal.

Kg Rampayan Ulu, adalah sebuah kampung yang termasuk dalam kawasan parlimen Kota Belud yang kini diwakili oleh Rahman daripada Umno/Bn.

Kedudukan wakil rakyat ini, menjadi kontraversi sejak tahun 2010, apabila sebuah syarikat RM2, telah memohon tanah kampung seluas lebih 800 ekar yang terletak di kampung tersebut, dimana syarikat tersebut dikhabarkan ada kaitan dengan wakil rakyat itu.

21 August 2011

Apa kah faktor Non-Malaysian penyebab BN ditolak?

Banci penduduk dan perumahan tahun 2010 menunjukkan bahawa 4 daripada 10 non-malaysian berada di Sabah, demikin rumusan parti LDP melalui Ketua Pemudanya Chin Shu Ying.

Daripada jumlah penduduk Sabah pada tahun bancian (3,220,558)-889,779 adalah non-malaysian yang mewakili 38.34 peratus, manakala warganegara berjumlah 2,330,779.

Daripada bancian penduduk, didapati 184,197 (5.74%)-melayu; 568,575 (17.73%)-Kadazan/Dusun; 450,279 (14.04%)-Bajau; 102,393 (3.19%)-murut; 659,865 (20.58%)-bumiputera lain; 295,674 (9.22%)-cina; 7.453 (0.23%)-india; 48,527 (1.51%)-lain-lain.

Sabah terdiri lebih 36 sukuan. Sukuan lain seperti rungus, tidung, tabilong, sungai dan lain-lain termasuk dalam golongan bumiputera lain, atas sebab itu komposisi penduduk ini jauh lebih banyak berbanding Kadazan/Dusun atau bajau.

Melihat kepada jumlah penduduk Sabah yang majoritinya adalah bumiputera, atas kertas, parti perkauman seperti DAP adalah sukar menguasai negeri di bawah bayu tersebut. Namun, jika separuh daripada bumiputera bertukar arah, atas sebab tindakan parti yang berasas bumiputera yang tidak membela mereka, maka tidak mustahil pada PRU-13 parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat (DAP-PKR-PAS) akan mampu menubuhkan kerajaan di negeri ini, kalaupun tidak sumbangan kerusi parlimen kepada BN secara keseluruhan akan berkurangan.

Pada PRU-12, BN menguasai 24 kerus parlimen daripada 25, manakala DUN, BN menguasai 59 daripada 60.

Pada PRU-13 akan datang ada kemungkinan kerusi Parlimen yang akan dimenangi BN akan menurun kepada 20, faktornya selain SAPP yang telah keluar BN, sokongan kaum cina terhadap BN, sudah mengendur, ekoran tsunami politik tahun 2008.

Percaya atau tidak, para pemimpin cina dalam BN tidak dapat menarik lagi kaum itu menyokong BN. Buktinya tahun 2008, kebanyakan pemimpin daripada kaum itu kalah teruk termasuk Presiden Gerakan. Fakta terakhir apabila presiden SUPP daripada Sarawak Dr George Chan, kalah pada PRN Sarawak April lalu.

Di Sabah, kemenangan calon-calon daripada kaum cina, didorong oleh sokongan bumiputera. Kemenangan mereka bukan kerana sokongan kaum mereka. Fakta terakhir, semasa PRK Batu Sapi, sokongan bumiputera yang tidak berbelah bagi membolehkan Linda Tsen menang.

Berbalik kepada faktor kehadiran non-malaysian, apa kah faktor tersebut, mengakibat kaum cina menolak BN? Apa kah relevannya pihak LDP membangkitkan isu ini?

17 August 2011

Pemimpin UPKO kata Rahman Dahlan merapuh

Salah seorang pemimpin UPKO komponen BN Sabah menyifatkan kenyataan setiausaha BN Sabah Rahman Dahalan sebagai merapuh dan dan cakap tidak serupa bikin. Biyou Suyan salah seorang pempin UPKO berkata, Rahman bertidak tidak "neutral" apabila menghalang parti komponen lain mengeluarkan kenyataan dan menyifatkan sebarang kenyataan yang dikeluarkan parti komponen selain UMNO adalah provokatif.

Rahman mengeluarkan kenyataan ekoran kenyataan Presiden LDP VK Liew Isnin lepas, bahawa LDP tetap mempertahankan kerusi yang disandang parti itu. Selain itu, Presiden LDP yang juga merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, sebagai Presiden sebuah parti komponen BN Sabah yang terawal, maka adalah lojik meminta enam kerusi yang disandang SAPP pada masa ini ditandinginya pada PRU-13 akan datang.

Sebelum ini, pemimpin Umno pernah membuat kenyataan bahawa kawasan-kawasan yang disandang parti komponen seperti Merotai (LDP), Putatan (UPKO), Pensiangan (PBRS) hendaklah ditandingi UMNO. Tetapi yang peliknya, Rahman Dahalan yang juga Wakil Rakyat import Kota Belud itu, tidakpun memberi ulasan, bahawa kenyataan tersebut adalah provokatif.

LDP bersama AKAR dan UMNO adalah tunjang utama BN Sabah melawan PBS pada PRU 1994.

Walaupun LDP adalah komponen utama BN Sabah, akan tetapi parti itu hanya diberikan tiga kerusi ADUN-Tanjong Kapor, Kudat; Karamunting, Sandakan; Merotai, Tawau dan parlimen Sandakan dan ternyata semua kerusi yang ditandingi telah menang 100 peratus, berbanding PBS yang kalah dua kerusi satu DUN dan satu parlimen kepada DAP.

Kerusi-kerusi yang dimenangi PBS bagi kawasan cina, sebenar kalah, jika tidak berlaku bertembungan calon-calon parti pembangkang.

Sementara itu, Timbalan Presiden LDP Senator Chin Su Phin berkata, adalah satu kemastian bagi Presiden LDP mengemukakan suara akar umbi LDP yang disampaikan melalui AGM parti itu, kepada pucuk pimpinan BN,dalam perkara ini adalah Perdana Menteri DS Najib yang juga Pengerusi BN Nasional. Adalah keterlaluan bagi Rahaman Dahalan bercakap bagi pihak Perdana Menteri, sedangkan dalam sistem perkongsian kuasa dalam BN, semua presiden Parti adalah setaraf, tanpa melihat besar kecilnya sesebuah parti.

Rahman hanya sebagai setiausaha BN, tiadapun kedudukan dalam UMNO selain ahli biasa.

Benar Rahman pernah menduduki jawatan Setiausaha Pemuda Umno Malaysia, tetapi itu adalah jawatan lantikan, dimana sesiapapun boleh dilantik.

Wakil Rakyat Kota Belud itu pernah bertanding Timbalan Ketua Bahagian Umno Tuaran, tetapi tewas kepada penyandangnya Ali Ashgar.

Bagi OKB, sebaiknya Rahman sebagai setiausaha BN, perlu bertindak "neutral" agar supaya masalah-masalah komponen BN dapat diselesai dan beliau dilihat sebagai seseorang yang berwibawa. Ingat, Tun Ghafar Baba, sebagai setiausaha Agong BN, pernah menjadi "presiden MCA".

Hadi Awang selar UMNO

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Umno telah gagal melaksanakan dasar Perlembagaan Persekutuan terutamanya dalam memartabatkan orang Melayu dan agama Islam.

Dalam buku Konsep Asas Negara Berkebajikan yang dilancarkan baru-baru ini, Presiden PAS berkata, Umno yang menjadi parti teras Barisan Nasional (BN) juga tidak menunjukkan contoh ajaran Islam kepada orang bukan Islam.

“PAS menegaskan bahawa Umno tidak melaksanakan dasar dan semangat Perlembagaan Persekutuan dengan betul dan sempurna maka mereka gagal memperkasakan Melayu dengan Islam dan menunjukkan contoh Islam khususnya kepada bukan Islam sehingga menunjukkan dan mengizinkan sikap bermusuh dengan berbagai kaum.

“Umno juga tidak menyelamatkan raja dan meninggikan mereka ke tempat yang sebenar tetapi menjadi pengampu yang merosakkan institusi raja-raja yang boleh mencetuskan kebencian rakyat kepada raja-raja,” katanya dalam buku yang dilancarkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Umno juga tidak memperkasakan bahawa Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa ilmu dengan tidak menyedari bahawa tidak ada negara yang maju dengan bahasa asing, walau bahasa asing adalah bahasa menambah ilmu.”

Kata Hadi, sepanjang 54 tahun memerintah negara Umno gagal memperkasakan Bumiputera supaya setaraf dengan kaum-kaum lain di negara ini.

“Walaupun memimpin negara lebih daripada 50 tahun dengan sumber yang ada, namun Umno gagal memperkasakan Bumiputera setaraf dengan kaum lain dan masih ramai kaum lain yang dibelenggu dengan kemiskinan angkara pemimpin mereka yang bersekongkol dengan Umno.

Sementara itu Pemimpin-pemimpin Umno-BN mendakwa PAS meniru pendekatan negara berkebajikan yang diamalkan pentadbiran BN sejak lima dekad lalu.

Akan tetapi Hadi berhujah bahawa konsep negara berkebajikan yang dibawa PAS meliputi urusan hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan Tuhan.

“...dengan merujuk kepada maksud kebajikan itu dengan erti katanya yang sebenar menurut pandangan Islam.

“Negara yang kita mahu ialah yang juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat di bawah jagaan kita,”.

Menurut Hadi, negara berkebajikan bukan boleh diisytiharkan secara tempelan semata-mata seperti mana yang didakwa BN.

“Tetapi kewujudannya mestilah mengikuti konsepnya yang jelas, pengisiannya yang tulen dengan dipimpin oleh tenaga kepimpinan yang memenuhi ciri kepimpinan dan negara yang sebenar.

“Masa sudah tiba kepada seluruh rakyat untuk keluar dari ketidakadilan, kebejatan amalan rasuah serta salah guna kuasa dan pemikiran songsang yang ada dalam kepimpinan negara masa kini,”.

16 August 2011

Timbalan Presiden LDP desak SPRM percepat siastan terhadap Datuk Musa Aman

Desakan Parti Liberal Demokratik (LDP) supaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan siasatan ke atas kes penggubahan wang haram yang membabitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman pasti akan menjadi buah mulut untuk beberapa hari mendatang.

Ini kerana desakan itu bukan datang daripada luar, tetapi daripada salah sebuah parti komponen BN sendiri.

Dalam kenyataannya, Timbalan Presiden LDP, Chin Su Phin berkata, memandangkan PRU ke-13 dijangka berlangsung dalam masa terdekat, isu tersebut wajar diselesaikan sesegera mungkin.

Penyiasatan SPRM ke atas kes tersebut bermula sejak akhir 2008, namun sehingga kini tidak menampakkan sebarang kemajuan.

Menurut Chin, kes tersebut didakwa melibatkan beberapa pemimpin tempatan tetapi kebanyakannya memainkan peranan kecil, manakala dalang utamanya masih gagal dicekup oleh SPRM dan masih memainkan peranan di belakang tabir.

“Kami rakyat Sabah mahu mengetahui perkembangan kes ini,” kata Chin dalam satu laporan di Freemalaysiatoday.

“Saya berharap SPRM akan menyiapkan penyiasatan ke atas mereka yang terlibat, di Sabah dan Sarawak, dan menghadapkan mereka ke mahkamah sebelum PRU ke-13,” tambahnya.

Menurut Chin, walaupun diakui SPRM bekerja keras memerangi rasuah, namun apa yang dilihat sekarang ialah mereka hanya mengherey bekas-bekas pemimpin ke mahkamah, manakala pemimpin sedia ada yang terlibat dengan rasuah masih dibiarkan bebas.

Perlu disebut bahawa nama Musa pertama kalinya dikaitkan dengan penggubahan wang haram apabila seorang yang bernama Michael Chia, yang dipercayai mempunyai kaitan dengannya, ditahan di Lapatangan Terbang Antarabangsa Hongkong pada Ogos 2008.

Ketika ditahan Chia didakwa cuba membawa keluar sejumlah S$16 juta wang tunai, yang dipercayai untuk digunakan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Kes itu disiasat oleh Suruhajaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) yang menghantar tiga wakilnya ke Kota Kinabalu pada November tahun yang sama untuk menyiasat sumber wang tersebut.

Kes itu kemudian turut disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), nama lama bagi SPRM.

Chia dan Musa bagaimanapun dilaporkan saling mengenali antara satu dengan lain. Tetapi banyak sumber mengatakan kedua-duanya mempunyai ‘kaitan’ dan Chia sering dilihat dalam majlis-majlis Musa.

Najib "lebih Terampil": dari Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat lebih berketerampilan sebagai pemimpin di mata masyarakat umum berbanding dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebabnya, Najib lebih terdedah kepada keberkesanan penggunaan media arus perdana yang mana rata-rata membuat liputan untuk menaikkan imej Najib.

Ekoran penguasaan media itu, keyakinan dan kepuashatian rakyat terhadap PM ke-6 itu masih tinggi, malah menurut badan bebas "merdeka center" paras kepuashatian rakyat kepada Najib masih pada paras 69 peratus.

Tindakan undang-undang demi undang-undang terhadap Anwar lebih banyak membawa negatif terhadap ketrampilan ketua pembangkang itu, berbanding Najib yang kebanyakkan tindakkannya membawa tangapan postif terhadapnya.

Meskipun pihak anti-Najib mempergunakan serangan media siber untuk menyerang peribadinya termasuk isterinya-Rosmah Mansor, namun impaknya kepada rakyat yang tidak terdedah kepada media alternatif sangat kecil.

15 August 2011

Akan muncul kah kelompok ke tiga dalam politik Sabah?

Pada zahirnya pemimpin politik yang dominan di Sabah untuk ketika ini terbagi kepada dua, baik dalam pembangkang mahupun dalam kerajaan. Jika dalam pembangkang, sudah tentunya Pakatan rakyat dan juga SAPP, tetapi dalam kerajaan bukan berasaskan parti akan tetapi berasaskan pemimpin.

Bukan sesuatu yang rahsia lagi, persaingan dalaman antara Musa Aman dan Safie Apdal sudah terang dan nyata, walaupun dalam bulan ramadhan ini, kedua dua pemimpin tersebut sempat sepentas semasa majlis berbuka puasa untuk Zon 6 anjuran BN negeri.

Dikhabarkan, selain kelompok Musa dan Safie akan ada lagi kelompok yang akan bakal muncul. Kelompok ini sudah tentunya mewakili bumiputera islam. Jika kelompok ke tiga muncul, maka 32 kerusi bumiputera islam dalam DUN negeri ada kemungkinan akan terbagi tiga, yakni sekumpulan menyokong Musa Aman, sekumpulan lagi menyokong Safie Afdal, dan sekumpulan lagi menyokong kumpulan ke tiga yang masih misteri ini.

Difahamkan kumpulan ke tiga yang bakal muncul mengadakan persefahman dengan dua parti komponen BN di Sabah, satu parti berpaksi kepada KDM dan satu lagi kaum cina.

Tanda-tanda kemuculan kelompok ini, walaupun masih nampak kabur, akan tetapi tanda-tanda sudah terbayang semasa majlis-majlis berbuka puasa.

Dikhabarkan, pada masa terdekat, akan ada majlis berbuka puasa yang dihadiri oleh Musa Aman, pada masa yang sama juga ada lagi satu majlis serupa yang bakal berlangsung, namun, Musa bukanlah tetamu khasnya.

Apa kah pengajuran yang bersamaan ini disengajakan atau hanya kebetulan? satu perkara yang perlu diamati dan perlu dianalisis.

9 August 2011

Isu Gereja GMDU: 12 penganut agama islam gagal tampil dalam siasatan JAIS

12 individu beragama Islam yang hadir pada majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama di sini Rabu lalu akan dikenakan waran kehadiran ekoran kegagalan mereka tampil membantu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkaitan kes berkenaan.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JAIS, Sharom Maarof, waran tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat selepas pihaknya membuat permohonan daripada Mahkamah Syariah.

“Setakat ini, kita telah serahkan surat dan menelefon mereka supaya hadir dan beri keterangan kepada JAIS.

“Bagaimanapun sehingga kini tidak ada seorang pun daripada 12 individu tersebut hadir. Kami difahamkan mereka telah dinasihatkan oleh peguam masing-masing supaya tidak hadir memberi keterangan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini siasatan terhadap 12 individu Islam yang hadir pada majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama minggu lalu.

Mengulas lanjut, Sharom berkata, pihaknya akan tetap memberikan masa kepada individu terbabit untuk hadir dan beri keterangan sebelum waran kehadiran daripada mahkamah dikeluarkan.

"Sepatutnya mereka hadir untuk beri keterangan bermula hari ini. Namun tidak ada seorang pun hadir ke JAIS," katanya.

Rabu lalu, penguat kuasa JAIS menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Di bawah seksyen itu, seseorang yang didapati melakukan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang beragama Islam supaya cenderung kepada mana-mana agama bukan Islam, atau supaya menjadi penganut atau anggota mana-mana agama bukan Islam, atau supaya meninggalkan atau tidak suka kepada agama Islam.

Mereka boleh disabitkan mengikut seksyen kecil (1) dan jika didapati bersalah boleh dikenakan penjara sehingga satu tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Isu tersebut menjadi kecoh apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim campur tangan dan menggesa JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa jabatan agama itu.

Abdul Khalid yang melahirkan kekesalannya berhubung insiden itu menyatakan kerajaan negeri memandang serius mengenai perkara itu dan mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan toleransi di kalangan rakyat pelbagai agama selain menghargai usaha meningkatkan kefahaman di antara satu sama lain.

Beliau turut mengeluarkan arahan melarang mana-mana Exco Kerajaan Negeri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut sehingga siasatan berhubung perkara itu siap dijalankan

8 August 2011

KhirToyo diminta bela diri

Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo agar membela diri atas tuduhan memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada sebuah syarikat empat tahun lalu.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan demikian pagi ini selepas mendapati pendakwa telah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu.

Oleh itu, Dr Khir (gambar) akan membela diri pada 26 September ini.

Mengikut pertuduhan, Dr Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn. Bhd. melalui pengarahnya, Shamsuddin.

Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Khir, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels