2 October 2011

Sabah di bawah Kepimpinan Musa Aman

Telah lebih dua penggal, Sabah dipimpin oleh Datuk Musa Aman, sebagai Ketua Menteri, merangkap Pengerusi Barisan Nasional.

Pada period kepimpinan Musa Aman Juga, Parti Berstau Sabah (PBS) menyertai semula BN-Sabah. Pada masa kepimpinan Musa juga, sistem pengiliran Ketua Menteri Sabah dimansuhkan.

Selain itu, pada masa Musa Aman juga keluarnya parti SAPP pimpinan Datuk Yong Teck Lee daripada BN, atas sebab bukan kerana Musa, akan tetapi SAPP kehilangan keyakinan kepada kepimpinan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perjalanan kepimpinan Musa Aman, sedikit tercabar, apabila Timbalan Presiden LDP mengeluarkan kenyataan, bahawa parti itu kehilangan kenyakinan terhadap Musa, sebagai akibatnya Naib Presiden Parti itu, Datuk Peter Phang di mana pada masa itu, berjawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah, meninggalkan partinya, dan menyertai Parti Gerakan.

Semasa memimpin Barisan Nasional Sabah, Musa membuat keputusan yang sangat berani pada PRU-12, di mana pada masa itu, beliau tidak mencalonkan tiga pemimpin yang dianggap kanan dalam pilihanraya itu, pun demikian, sebelum hari pengundian, tiga pemimpin tersebut terbukti, tetap menyokongnya, dan terbukti, Sabah berjaya dengan cemerlang dalam PRU tersebut, walaupun dua calon PBS kalah, satu DUN dan satu Parlimen.

Kejayaan pada PRU-12, adalah sama dengan keputusan PRU-11, yang berbeza hanya kawasan yang kalah. Pada PRU-11, kawasan yang kalah adalah Parlimen Sandakan, dan DUN Kuala Penyu, manakala pada PRU-12, kawasan yang kalah pula adalah Parlimen Kota Kinabalu, dan DUN Sri Tanjong.

Berasaskan kepada prestasi BN Sabah itu, maka kepimpinan pusat mengiktiraf Sabah adalah simpanan tetap BN pada PRU-13.

Walaupun, beberapa pemimpin parti komponen BN bertelegah mengenai beberapa isu, tetapi itu hanya diperingkat kepimpinan, manakala akar umbi masih dibelakang kepimpinan Musa dan BN.

Walaupun, trend para pengundi kaum cina menolak BN di Semenanjung dan berulang semasa PRN Sarawak, nampaknya di Sabah trend itu tidak berlaku, kerana taburan pengundi di Sabah, tiada yang solid kawasan kaum cina, baik bandar mahupun spra bandar.

Mungkin, kawasan seperti Kota Kinabalu di peringkat parlimen akan dipertahankan oleh DAP, dan Luyang mungkin ditawan pembangkang, namun kawasan lain seperti Sri Tanjung yang kini dikuasai DAP, akan kembali ke pangkuan BN.

Peranan pemimpin di bahagian Tawau, seperti Datuk Ghafur Salleh, Datuk Tawfik Abu Bakar Titingan sangat memberi impak kepada kawasan tersebut. Selain itu, para pemimpin muda, seperti Nizam- Ketua Setiusaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah, juga mempunyai andil dalam merampas, kawasan Sri Tanjong semasa PRU-13 akan datang.

Menurut keadaan semasa, berasaskan prestasi kerajaan negeri, terutama dari segi kewangan, di mana untuk pertama kalinya bajet tahunan kerajaan mencecah RM3 bilion, juga prestasi yang memberi impak postif kepada kepimpinan Musa.

Pengakuan Ketua Audit Negara terhadap pengurusan kewangan, di mana hanya Sabah dan Pulau Pinang diberi pujian dalam pengurusan kewangan.

Pujian juga perlu diberikan pada Musa, kerana semasa sambutan hari raya yang baru berlalu, beliau berjaya menggalakan, para pemimpin membuat rumah terbuka secara bersama-sama. Misalnya sambutan Rumah Terbuka untuk Kota Belud yang berlangsung di Dewan Datuk Musbah Taun Gusi, merupakan anjuran bersama antara Umno Bahagian dan semua ADUN dan MP.

Nampaknya berasaskan kepada keadaan semasa, peluang BN di Sabah sangat cerah, dan sesuaipun dianggap sebagai simpanan tetap BN.

Nampaknya berasaskan kepada sambutan rakyat kepada kepimpinan Musa, yang berslogankan tidak banyak bercakap tetapi banyakkan kerja, perlu dipertahankan, demi menjayakan HALA TUJU Sabah agar supaya Sabah akan menjadi negeri Maju menjelang tahun 2020.

30 September 2011

Parlimen Kinabatangan dihuni lebih 78 peratus warga asing

Daripada 150,327 penduduk Kinabatangan, 117,689 merupakan warga asing atau perbandingan antara penduduk tempatan dan asing hampir kepada kadar 4:1.

Data tersebut berasaskan bancian penduduk dan perumahan tahun 2010.

Kebanyakan warga asing itu berasal daripada Indonesia.

Keluasan Kinabatangan hampir seluas negeri Pahang.

Kawasan parlimen Kinabatangan diwakili oleh Datuk Bung Moktar Radin.

28 September 2011

Tidak wajar pemimpin Katak bersuara

Sejak kebelakangan ini, ramai pemimpin katak dalam BN bersuara, terutama mengenai pembahagian kerusi yang akan diperuntukan kepada parti masing-masing pada PRU-13 akan datang.

Suara katak-katak ini lebih nyaring berbanding pemimpin tulen/asal BN sendiri.

Para pemimpin katak semakin kepanasan, apabila pucuk pimpinan mengatakan bahawa calon-calon yang mewakili Bn nanti merupakan mereka yang dikategorikan sebagai pemimpin boleh menang, berintegriti dan pemimimpin akar umbi.

Terkini, apabila salah seorang pemimpin Katak, Datuk Raymond Tan,yang sebelumnya berasal daripada PBS, kemudian SAPP dan kini Gerakan; mempersoalkan parti Umno yang bertanding melebihi 50 peratus DUN Sabah.

Naib Presiden Gerakan itu, mendakwa bahawa mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir Mohammad, kononnya pernah membuat pengakuan, bahawa parti Umno tidak akan bertanding melebihi 50 peratus kerusi DUN atau parlimen.

Raymond Tan perlu ingat, mempersoal kedudukkan Umno sama sahaja mempersoal kedudukkan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah, kerana kedua-dua pemimpin itu adalah pemimpin Umno.

Tan, seharusnya berterima kasih kepada kepimpinan Umno, kerana pada suatu masa, mantan pemimpin SAPP itu, tidak berparti, akan tetapi terus dikekalkan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah, yang diketuai oleh Musa Aman.

Tan juga perlu ingat, sepatutnya beliau tidak lagi dipertahankan dalam kabinet negeri, kerana parti yang dinaungi sekarang ini, tidakpun bertanding di Sabah pada PRU-12 lalu.

Kenyataan Tan baru-baru ini, bukan sahaja melukai para penyokong BN tulen, akan tetapi mendedahkan dirinya sebagai pemimpin yang hanya berjuang untuk kepentingan dirinya sendiri.

Pemimpin yang tidak pandai berterima kasih seperti Tan ini, seharusnya tidak lagi diketengahkan sebagai pemimpin BN, kerana ianya bukan sahaja memburukkan gabungan parti-parti itu, akan tetapi juga, menjadi cemohan majoriti rakyat. Fikir-fikirkan lah.

27 September 2011

Raymond Tan pula persoal kerusi Umno Dun Sabah

Entah betul atau tidak, apabila Naib Presiden Gerakan (mantan Timbalan Presiden SAPP) Datuk Raymond Tan mendakwa bahawa mantan Presiden UMNO- Tun Dr Mahathir ada membuat pengakuan, bahawa Umno tidak akan bertanding lebih 50% kursi DUN Sabah.

Umno kini menguasai 31 ADUN daripada 32 majoriti bumiputera islam Sabah, dan jumlah itu merupakan 51.67% daripada keseluruhan DUN (60) yang tersedia di Sabah.

Sebelum DUN Sabah ditambah daripada 48 kepada 60, kedudukkan kerusi berasaskan etnik terbesar adalah 20 ADUN Bumiputera Islam, 20 ADUN Bumiputera bukan islam dan 8 ADUN etnik cina.

Apabila, jumlah kerusi bertambah kepada 60, jumlah kawasan yang majoriti bumiputera islam meningkat kepada 32, bumiputera bukan islam tetap 20 dan kaum cina 8.

Walaupun kawasan bumiputera islam berjumlah 32, tetapi Umno yang mewakili kumpulan itu hanya bertanding 31 kerusi. Kawasan yang sepatutnya ditandingi Umno- DUN Tanjong Kapor, Kudat diberikan kepada parti komponen LDP.

Memang tidak boleh dinafikan, Umno Sabah juga mempunyai ahli-ahli bumiputra bukan islam. Jika mengikut jumlah ahli terbanyak, syogianya Umno dibenar bertanding di kawasan-kawasan majoriti bumiputera bukan islam seperti Moyog, Inanam atau Kedamaian.

Oleh kerana bumiputera bukan islam diwakili oleh PBS dan Upko, maka demi perpaduan dalam BN, maka Umno tidak bertanding bagi kawasan-kawasan itu. Sebagai fakta, di DUN Kedamaian, jumlah ahli Umno jauh melebihi ahli-ahli PBS, namun kawasan tersebut terus diwakili oleh PBS.

Jumlah kerusi yang dipertandingkan akan terus menjadi persoalan dalaman bagi komponen-komponen parti di Sabah, kerana demi pengukuhan kuasa, terutama dalam perlantikan kabinet negeri serta jawatan Timbalan Ketua Menteri.

Jika sistem pengiliran jawatan Ketua Menteri tidak dimansuhkan, sudah tentunya pengagihan kerusi tidak akan menjadi persoalan utama.

Sebelum ini, salah satu komponen parti BN-LDP telah menyuarakan, bahawa semua kerusi yang ditandingi parti itu pada PRU-12 akan dipertahankan termasuk, kawasan DUN Karamunting yang kini dibawah oleh Peter Phang ke parti Gerakan, kerana meninggalkan LDP, ekoran kontroversi antara Timbalan Presiden LDP dan Datuk Musa Aman.

Selain itu, LDP juga membuat cadangan agar semua kerusi yang ditandingi SAPP diberikan kepada parti itu atas asas-LDP merupakan parti tertua dalam BN Sabah.

Disamping itu, LDP mendakwa bahawa parti Gerakan adalah parti yang telah ditolak di Semenanjung, dan akan menerima akbiat yang sama jika bertanding di Sabah. Oleh sebab itu, demi memelihara kecemerlangan BN dalam PRU-13 akan datang, maka syogianya, parti-parti yang disokong rakyat perlu diketengahkan.

Sebagai rekod, Gerakan tidak pernah bertanding di sebarang pilihanraya di Sabah.

Pada PRU-12, Umno, LDP, UPKO dan MCA menang 100 peratus, sementara PBS kalah masing-masing satu bagi kerusi parlimen dan DUN, kepada DAP.

Bagi OKB, kemenangan seseorang calon berasaskan kepada parti yang dinaunginya, jikapun ada faktor individu, ianya tidak berimpak besar.

Pada PRU-13, jangan bermain cuba-cuba, kerana akan buruk akibatnya. Fikir-fikirkan lah.

24 September 2011

Rumah Terbuka Umno KB dan wakil-wakil rakyat

Terlihat Datuk Musa Aman, Tan Sri Pandikar, Datuk Salleh, Datuk Musbah, Datuk Japlin sedang memotong kek sepanjang 8 kaki.
18 September lalu, bertempat di Dewan Haji Musbah Kg Taun Gusi Kota Belud telah berlangsung rumah terbuka Hari Raya bagi Umno Bahagian Kota Belud bersama wakil-wakil rakyat.

Acara yang bermula 9 pagi dan berakhir 2 petang dimeriahkan oleh penyanyi Sabah Stacy, Adam AF dan Ampal.

Sungguh diluar dugaan, kehadiran orang ramai daripada segenap lapisan sehingga 40 kemah yang disediakan tidak mampu menampung kehadiran orang ramai.

Kawasan Kota Belud, selain mempunyai kawasan parlimen P169-Kota Belud, juga mempunyai tiga kawasan ADUN- Usukan, Tempasuk dan Kedamaian.

Kota Belud dihuni oleh tiga suku utama, Bajau, KDM dan Iranun.

Kota Belud merupakan kawasan di mana Umno dilahirkan, sehingga ramai yang menyebutnya "anak sulung Umno Sabah".

Selepas Usno dibubarkan pada tahun 1990, ekoran kemasukan Umno ke Sabah atas sebab tikam belakang parti PBS semasa diambang pembuangan undi PRU-1990, maka Umno mula bertapak di Usukan, apabila Tun Mustapha terpaksa mengosongkan kerusi DUN Usukan yang dimenangi atas tikit Usno pada PRU-1990, kerana undang-undang anti lompat DUN Sabah masih belum dimansuhkan.

Tun Mustapha berjaya mengekalkan kerusi tersebut atas tikit UMNO dengan mengalahkan calon PBS- Jap Omar.

Kini, akibat kelahiran Umno di Kota Belud, seluruh Sabah dinaungi oleh parti itu.

Umno merupakan parti tunjang BN Sabah, sejak PRU 1994. Walaupun, pada PRU-1994, gabungan itu belum berjaya menumbangkan PBS, namun pada PRU-1999, 2004 dan 2008, gabungan itu berjaya dengan gembilang.

Walaupun sebelum ini terdengar desas desus bahawa terdapat pergeseran antara para pemimpin teras Kota Belud, namun sejak akhir-akhir ini, desas desus itu semakin terpadam.

22 September 2011

Imej mewah pemimpin dan wakil rakyat BN menjijikkan rakyat: Tun M

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegur wakil rakyat BN supaya mengubah imej mewah yang ditonjolkan golongan berkenaan sehingga menyebabkan rakyat berasa jijik dengan parti itu.

Katanya, faktor tersebut merupakan salah satu sebab BN merekodkan prestasi buruk pada 2008 – yang masih belum dapat dipulihkan pada waktu ini.

Persepsi tersebut antara lainnya berpunca daripada kegiatan membeli undi dari kalangan perwakilan semasa pemilihan parti.

"Golongan muda pandang parti komponen sebagai korup dan mereka tidak ingin sokong. Walau tak ramai yang tak sokong, sikit-sikit tak dapat undi, kita akan kalah," katanya dalam satu majlis di Dewan Umno bahagian Kuala Selangor hari ini.

Kenapa Najib-Rosmah enggan jadi saksi sodomi II Anwar?

Pertanyaan di atas tiada yang boleh menjawab, kecuali yang empunya diri. Apa yang menjadi iktibar di sini, apabila ada saksi yang diperlukan oleh mahkamah suatu hari kelak akan ikut jejak pasangan nombor wahid negara itu.

Najib dan Rosmah telah disepina oleh Mahkamah yang mendengar kes Sodomi II Anwar, sebagai saksi pembelaan, namun pasangan itu enggan melayan sepina tersebut, sebaliknya mengemukakan permohonan agar sepina tersebut diketepikan.

Mahkamah hari ini telah memutuskan untuk mendengar permohonan pasangan negara tersebut pada 29 Septmember. Akibat keputusan tersebut, maka perbicaraan sodomi II yang berlangsung hari ini, ditangguhkan pada 3-7 oktober.

Sodomi II adalah pertuduhan ke atas Anwar yang membabitkan pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengaku diliwat oleh majikannya tersebut kali terakhir pada 26 Jun,2008 disebuah Kondominum di Jalan setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01-4.30 petang.

13 September 2011

Kerajaan BN Sabah telahpun melakar sejarahnya sendiri

Sejak Sabah menyertai Sarawak, Singapura dan Malaya membentuk persekutuan pada 16 September, 1963; belum pernah ada parti yang pernah memerintah negeri di bawah bayu itu melebihi 10 tahun.

Di awal kemerdekaan, Tun Mustapha Datu Harun hanya mampu bertahan sehingga tahun 1975 (bermula daripada tahun 1967), sementara Parti yang menumbangkan Parti USNO, Berjaya hanya bertahan sehingga pertengahan tahun 1985. Demikian juga, Parti PBS yang ditubuhkan menjelang PRU Sabah tahun 1985, hanya berjaya bertahan sehingga tahun 1994.

Namun Parti Barisan Nasional yang ditunjangi Umno yang mula membentuk kerajaan pada pertengahan tahun 1994, masih bertahan sehingga kini. Pemerintahan BN/UMno Sabah juga telah menghasilkan ramai Ketua-Ketua Menteri, kerana sistem penggiliran yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mejelang PRU-1994.

Kerajaan BN yang ditubuhan di Sabah, selain menghasilkan tempoh jawatan Ketua Menteri terpendek, juga menghasilkan tempoh jawatan Ketua Menteri terlama.

Penyandang jawatan terpendek adalah Tun Sakaran Dandai dan yang terlama Ketua Menteri Sabah sekarang ini, DSP Musa Haji Aman.

Musa dilantik ke jawatan Ketua Menteri Sabah pada Mac,2003 dalam sistem penggiliran Ketua Menteri daripada Tan Sri Chong Kah Kiat, mantan Presiden LDP.

Selain itu, Musa juga mengetuai PRU11 dan 12 bagi Sabah dan menunjukkan kemenangan yang sungguh mengkagumkan. Pada PRU11- BN Sabah hanya kalah satu ADUN dan satu Parlimen, demikian juga pada PRU12; keadaan yang sama berulang, walaupun bukan pada kawasan yang sama.

Baru-baru ini, polemik had tempoh jawatan Ketua Menteri disuarakan oleh Pengerusi UBF-Dr Jeffery Kitingan dan mendapat sokongan daripada Timbalan Presiden LDP.

Namun, cadangan tersebut tidak mendapat sambutan daripada Ketua Menteri Sabah yang ada.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri, DSP Salleh Tun Said, juga tidak bersetuju dengan cadangan Jeffery tersebut.
Salleh berkata, selagi rakyat memberi sokongan kepada seorang pemimpin yang menerajui negeri, maka selagi itu, pemimpin itu layak memeggang jawatan Ketua Menteri.

Bagi Sabah, had tempoh jawatan Ketua Menteri bukan merupakan isu lagi, kerana selagi BN/Umno menang dalam PRU, maka sesiapa yang dilantik ke jawatan Pegerusi BN/Umno negeri, maka pemimpin itu lah akan dilantik sebagai Ketua Menteri.

Lain perkara pula, apabila rakyat telah muak dan bosan dengan Ketua Menteri yang dilantik itu. Perkara ini boleh berlaku. Sebagai contoh, di Terengganu pada tahun 1999, apabila Tan Sri Mohktar enggan menerima hakikat, bahawa kepimpinannya tidak diterima lagi oleh sebahagian rakyat Terengganu, termasuk partinya sendiri-Umno.

Sebelum PRU-1999, ramai yang telah menzahirkan kebosanan dan meluat terhadap kepimpinan mantan MB Terengganu tersebut, atas sebab itu, beliau diminta berundur sebelum Pilihanraya. Namun, atas keengganannya, maka Terengganu jatuh ke tangan Pas.

Apa kah senario Terengganu itu berlaku di Sabah? Melihat kepada suara-suara akar umbi dan sebahagian pemimpin parti komponen, walaupun tidak begitu nyaring, rasa-rasanya senario Terengganu akan berlaku di Sabah.

Politik Sabah, agak sukar diramal. Kita menyaksinya pada tahun 1985, tiada yang dapat menyangka, parti BERJAYA yang begitu kuat pada ketika itu, dengan mudah tersungkur.

OKB melihat, sokongan akar umbi terhadap kerajaan sekarang bersifat "bubble", ertinya sokongan di luaran sahaja. Apabila tiba masanya, ada kemungkinan besar, bukan sahaja tukar baju berlaku, akan tetapi tukar rumah sekali.

Sebelum kerajaan yang ada tersungkur, eloklah, para pemimpin melakukan muhasabah, jangan biarkan kampung tergadai asalkan menang sorak.

10 September 2011

Selepas PRU-13 apakah ada gabungan politik untuk membentuk kerajaan BARU?

Melihat senario politik tanah air, nampaknya hanya kaum cina yang akan bersatu dalam memilih parti yang bakal mewakili kaum itu baik dewan rakyat ataupun dewan undangan negeri.Sebaliknya kaum melayu/bumiputera akan terbahagi tiga antara Umno, Pas dan PKR.

Melihat keputusan PRU-12 di mana Umno mendapat 79 kerusi(termasuk 14 daripada Sabah, Pas 24, manakala PKR 31 (sebahagian wakil rakyat PKR daripada kaum cina dan india,dan hanya 20 daripada kaum melayu, ini bermakna jumlah kerusi yang boleh dimenangi kaum melayu adalah 79+24+20= 123 kerusi dewan rakyat. Jumlah itu belum termasuk kerusi-kerusi parti-parti bumiputera daripada Sabah dan Sarawak.

Melihat kepada permainan angka-angka tersebut, nampaknya jika melayu bergabung, maka dengan mudah boleh membentuk kerajaan persekutuan yang sangat mantap apabila disokong oleh parti-parti bumiputera Sabah dan Sarawak.

Namun, berasaskan kepada keadaan politik sekarang, senario di atas sukar untuk terwujud, memandangkan pucuk pimpinan parti-parti melayu mempunyai ego masing-masing, yang sukar diluputkan hingga ke liang lahad. Bagi mereka, biarkan kampung tergadai, jangan tidak menang sorak.

Selepas PRU-13, kita akan menyaksikan bahawa jumlah kerusi DAP sebagai single parti akan bertambah daripada 28 kepada 28 +15 (semua kerusi MCA)+6 (semua kerusi SUPP)+ 2(semua kerusi Gerakan, yang akan menjadi 51 kerusi. Manakala PKR akan bertambah dari 31 kepada 34, kerana semua kerusi MIC akan dimenangi oleh parti pimpinan Anwar Ibrahim itu. Manakala Umno dan Pas akan terikat dengan 78 Kerusi dan 25 Kerusi. Jika adapun perubahan, maka kedua-dua parti itu akan bertukar-tukar jumlah kerusi. Jika jumlah kerusi Pas bertambah, dengan sendirinya kerusi Umno berkurang.

Jika dilihat kepada faktor-faktor yang melanda negara, baik senario politik, ekonomi dan persepsi, maka pada PRU-13 akan datang, Umno di Semanjung masih akan dapat mengekalkan jumlah kerusi yang dimenangi pada PRU-12, yakni 65, manakala di Sabah, negeri di bawah bayu tersebut masih mampu mempertahankan 14 kerusinya.

Manakala komponen BN seperti PBB-14, PRS-6, SPDP-4, UPKO-4, PBS-3, LDP-1 dan PBRS-1 dijangka masih dapat mempertahan kerusi yang dimenangi pada PRU-12, dan akan ada pertambahan 1 atau 2 atau sebaliknya. Jumlah kerusi yang boleh disumbangkan oleh parti-parti bumiputera Sabah dan Sarawak kepada BN adalah antara 33-34 atau 30-31. Jika dijumlahkan sumbangan Umno sebagai single parti 78 atau 79 dan parti-parti bumiputera Sabah dan Sarawak, maka jumlah keseluruhan antara 108-113 sahaja yang akan berpihak kepada BN.

Mungkin berasaskan kepada senario ini, maka blogger http://muslioli.blogspot.com/2011/09/perpaduan-melayu-selepas-pru-13.html membuat handaian mungkin akan berpaduan pemimpin melayu selepas PRU-13. Atas dasar, berasaskan angka-angka di atas, keputusan PRU-13 boleh menyebelahi BN ataupun PKR, jika berdasarkan kepada senario politik pada hari ini.

29 August 2011

Setelah Jadi Pemimpin, Jadi Apa?

"Seorang pemimpin yang baik adalah ia yang mahu selalu berada di tengah-tengah orang-orang yang dipimpinnya, sehingga ia boleh memahami keadaan orang-orang yang berada dalam pimpinannya."

Sepertinya ini pertanyaan bodoh dan kelakar. Setelah jadi pemimpin tentu saja tugasnya adalah memimpin orang-orang yang dipimpin. Berada di barisan paling depan untuk mengatur dan mengarahkan.Bukankah demikian seharusnya?

Ya, demikianlah yang terjadi pada seorang pemimpin. Setelah menjadi pemimpin ia menjadi orang yang mahunya hanya memimpin. Hanya mahunya berada di bahagian depan, merasa orang penting dan tugasnya adalah mengatur.

Pemimpin yang mahunya memimpin, sehingga posisinya selalu mahu berada di depan saja. Mahunya menjadi orang yang dilayani dan dihormati bukannya mengayomi.
Makna pemimpin hanya sekadar dimaknai sebagai orang yang harus berada paling depan.

Apakah memimpin itu harus selalu berada di depan?

Kalau seorang pemimpin hanya mahu selalu berada di barisan depan saja, maka dipastikan ia bukanlah seorang pemimpin yang baik. Kerna telah tercipta jarak antara atasan dan bawahan.

Kerana seorang pemimpin yang hanya mahu berada di depan saja dipastikan ia tidak akan bisa mengerti dan memahami keadaan orang yang dipimpinnya.

Ia tidak akan mengetahui dengan jelas keperluan rakyatnya.
Ia hanya akan bicara dengan kapasitas sebagai pemimpin yang penuh dengan kepentingan, tetapi bukan untuk kepentingan orang yang dipimpinnya.

Seseorang yang telah menjadi pemimpin seharusnya ia bisa kembali menjadi rakyat biasa layaknya dengan orang yang dipimpinnya, sehingga ia bisa memimpin di tengah orang-orang yang dipimpinnya.

Dengan demikian, sebagai seorang pemimpin, maka ia bisa lebih memahami dan mengerti keadaan orang-orang yang dipimpinnya. Kerana ia sendiri merasa adalah bahagian dari orang-orang yang dipimpin.

Apapun yang akan diperbuat dan dikatakan pasti akan sesuai dengan kehendak orang-orang yang dipimpin bukannya melukai sehingga menimbulkan pertentangan.

Di dunia ini memang jarang kita bisa menemukan orang-orang yang setelah menjadi pemimpin mahu kembali menjadi orang biasa. Kerana diperbudak oleh makna dari kata “pemimpin” yang bererti harus berada paling depan.

Kedudukan sebagai pemimpin seringkali membuat seseorang lupa untuk selalu berada di tengah-tengah orang-orang yang dipimpinnya. Lupa diri, bahwa ia juga orang biasa layaknya orang-orang yang dipimpinnya.

Setiap orang adalah pemimpin. Minima menjadi pemimpin bagi dirinya sendiri. Untuk belajar jadi pemimpin yang baik, maka pelatihan yang terbaik adalah dengan belajar memimpin diri sendiri.

23 August 2011

Penduduk Kg Rampayan Ulu boikot majlis berbuka puasa MP Kota Belud

Sepatutnya malam ini ada acara berbuka puasa wakil rakyat Kota Belud Datuk Rahman Dahalan(gambar) di Kg Rampayan Ulu, Kota Belud. Namun, dikerana majlis itu dboikot oleh penduduk kampung, maka dengan sendirinya majlis tersebut terbatal.

Kg Rampayan Ulu, adalah sebuah kampung yang termasuk dalam kawasan parlimen Kota Belud yang kini diwakili oleh Rahman daripada Umno/Bn.

Kedudukan wakil rakyat ini, menjadi kontraversi sejak tahun 2010, apabila sebuah syarikat RM2, telah memohon tanah kampung seluas lebih 800 ekar yang terletak di kampung tersebut, dimana syarikat tersebut dikhabarkan ada kaitan dengan wakil rakyat itu.

21 August 2011

Apa kah faktor Non-Malaysian penyebab BN ditolak?

Banci penduduk dan perumahan tahun 2010 menunjukkan bahawa 4 daripada 10 non-malaysian berada di Sabah, demikin rumusan parti LDP melalui Ketua Pemudanya Chin Shu Ying.

Daripada jumlah penduduk Sabah pada tahun bancian (3,220,558)-889,779 adalah non-malaysian yang mewakili 38.34 peratus, manakala warganegara berjumlah 2,330,779.

Daripada bancian penduduk, didapati 184,197 (5.74%)-melayu; 568,575 (17.73%)-Kadazan/Dusun; 450,279 (14.04%)-Bajau; 102,393 (3.19%)-murut; 659,865 (20.58%)-bumiputera lain; 295,674 (9.22%)-cina; 7.453 (0.23%)-india; 48,527 (1.51%)-lain-lain.

Sabah terdiri lebih 36 sukuan. Sukuan lain seperti rungus, tidung, tabilong, sungai dan lain-lain termasuk dalam golongan bumiputera lain, atas sebab itu komposisi penduduk ini jauh lebih banyak berbanding Kadazan/Dusun atau bajau.

Melihat kepada jumlah penduduk Sabah yang majoritinya adalah bumiputera, atas kertas, parti perkauman seperti DAP adalah sukar menguasai negeri di bawah bayu tersebut. Namun, jika separuh daripada bumiputera bertukar arah, atas sebab tindakan parti yang berasas bumiputera yang tidak membela mereka, maka tidak mustahil pada PRU-13 parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat (DAP-PKR-PAS) akan mampu menubuhkan kerajaan di negeri ini, kalaupun tidak sumbangan kerusi parlimen kepada BN secara keseluruhan akan berkurangan.

Pada PRU-12, BN menguasai 24 kerus parlimen daripada 25, manakala DUN, BN menguasai 59 daripada 60.

Pada PRU-13 akan datang ada kemungkinan kerusi Parlimen yang akan dimenangi BN akan menurun kepada 20, faktornya selain SAPP yang telah keluar BN, sokongan kaum cina terhadap BN, sudah mengendur, ekoran tsunami politik tahun 2008.

Percaya atau tidak, para pemimpin cina dalam BN tidak dapat menarik lagi kaum itu menyokong BN. Buktinya tahun 2008, kebanyakan pemimpin daripada kaum itu kalah teruk termasuk Presiden Gerakan. Fakta terakhir apabila presiden SUPP daripada Sarawak Dr George Chan, kalah pada PRN Sarawak April lalu.

Di Sabah, kemenangan calon-calon daripada kaum cina, didorong oleh sokongan bumiputera. Kemenangan mereka bukan kerana sokongan kaum mereka. Fakta terakhir, semasa PRK Batu Sapi, sokongan bumiputera yang tidak berbelah bagi membolehkan Linda Tsen menang.

Berbalik kepada faktor kehadiran non-malaysian, apa kah faktor tersebut, mengakibat kaum cina menolak BN? Apa kah relevannya pihak LDP membangkitkan isu ini?

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels