28 February 2012

Sabah for Sabahan- menutup ruang rakyat negeri ini menjadi pemimpin negara

Pembangkang ke hulu ke hilir berkempen ‘Sabah Untuk Orang Sabah'. Sebenarnya tindakan ini menutup peluang rakyat negeri ini memimpin di peringkat nasional. Selain itu, tindakan itu juga dilihat memperkecil-kecilkan keupayaan orang Sabah, yang jelas berkebolehan menjadi pemimpin di Malaysia.
Walaupun setakat ini ini hanya beberapa orang individu terpilih menjadi pemimpin atau mengetuai berbagai agensi persekutuan, adalah diyakni berasaskan kepada keadaan semasa, adalah besar harapan rakyat negeri ini menjadi pemimpin negara.

Dalam kabinet persekutuan misalnya, telah ada 11 orang rakyat Sabah berganding bahu dengan rakyat negeri2 lain mentadbir negara. Selain itu, Speaker dewan rakyat yang ada, adalah daripada Sabah.
Bagi jawatan2 penting, antaranya Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin, Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Hassan Abdul Rahman dan ramai lagi.

Dalam bidang politik, Ketua Puteri Umno Malaysia, Datuk Rosnah Rashid Shirlin contohnya adalah pemimpin dari Sabah dan beliau dengan hebatnya memimpin 191 Bahagian Puteri Umno di seluruh Malaysia.”

Pembangkang berpegang kepada konsep ‘Sabah Untuk Orang Sabah’, konsep Barisan Nasional (BN) pula ialah ‘rakyat Sabah memiliki keupayaan yang cukup hebat untuk memimpin Malaysia!’.

Melalui konsep demokrasi, hanya pemimpin yang bernaung dalam parti besar sahaja yang boleh mengetuai negara. Kini, Datuk Safie Apdal adalah orang ketiga dalam kedudukkan pemimpin negara, dikuti oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman atas kedudukkan mereka dalam parti Umno.

Ramai pemimpin negeri berpotensi berperanan di peringat kebangsaan, antaranya Datuk Salleh Tun Said, Datuk Rahman Dahalan. Sementara pemimpin pelapis pula antaranya Haji Nizam Abu Bakar Titingan, Jamawi Jaafar dan ramai lagi.

Jika konsep Sabah hanya untuk orang Sabah, maka negeri2 lain juga akan berpegang kepada konsep itu. Jika ini berlaku, maka padang permainan yang sebelumnya terbuka begitu luas, dipersempit.

Oleh itu, kepada rakyat Sabah, kita perlu membuka minda kita, pilihlah padang permainan yang lebih luas. pilihlah, Sabahan untuk Malaysia.

27 February 2012

Keikhlasan pemimpin menjadi bualan majlis makan malam P.169 Kota Belud

Datuk Musbah dan Datuk Salleh sependapat, bahawa keikhlasan pemimpin memperjuangkan rakyat adalah penanda aras sokongan rakyat terhadap pemimpin itu.
Bagaikan ruas dan buku, sokongan rakyat kepada pemimpin adalah juga sokongan rakyat kepada parti di mana pemimpin itu bernaung.

Intipati ucapan ADUN Tempasuk Datuk Musbah Haji Jamli yang juga pembantu menteri pertanian dan industri makanan negeri sempena Majlis Makan Malam P.169 Kota Belud pada Sabtu mengariskan bahawa keikhlasan perjuangan dalam membawa pembangunan kepada rakyat yang diwakili adalah kunci utama sokongan rakyat.

Pendapat ADUN Tempasuk itu ternyata selari dengan pendapat Timbalan Pengerusi Umno negeri, merangkap speaker DUN Sabah, DSP Salleh Tun Said.

Keikhlasan membantu rakyat adalah penanda aras kepada sokongan rakyat yang berterusan.

Atas sebab itu, hanya para pemimpin yang ikhlas sahaja menjadi buah bibir rakyat.

Majlis makan malam anjuran P.169 Kota Belud turut dihadiri oleh ADUN Usukan, Datuk Japlin Haji Akim, ADUN Kedamaian, Datuk Herbert Timbon Lagadan dan MP Kota Belud Datuk Rahman Dahalan. Selain itu, majlis itu juga turut dihadiri oleh pemimpin akar umbi komponen BN.

26 February 2012

Musa gesa perhebat kempen

Ketua-ketua penerangan seluruh bahagian Umno Sabah digesa memperhebat kempen untuk menangkis segala tomahan dan dakwaan pihak pembangkang, kerana PRU-13 akan menjelang tiba.

Menurut Pengerusi Perhubungan Umno Sabah itu, pihak pembangkang tidak harus diberi peluang dan ruang untuk memutar belitkan semua kerajaan demi kepentingan politik sempit mereka.

Ketua Menteri Sabah itu mengesa, agar ketua-ketua penerangan parti menggunakan kaedah berkesan, pendekatan yang menarik, cara yang kreatif dan terkini untuk memberi penerangan.

Musa meminta semua peringkat akan mempertingkat gerakan perang saraf, mendekati golongan muda atau pengundi baru selain menggunakan jaringan sosial atau media sosial seperti Facebook, blog dan twitter.

25 February 2012

PRU-13: Bila?

MASA idah Dewan Rakyat yang ada, adalah Mac,2013. Hanya setahun lebih sedikit lagi. Namun, sehingga kini ramai yang menggila meneka bila tarikh pilihanraya umum ke 13 diadakan. Dari sebulan ke sebulan mereka teka namun masih juga belum kunjung tiba. Ada yang meneka Disember tahun lepas dan lepas itu mereka kata bulan Mac depan ini. Namun nampaknya tidak juga berlaku.

Ah Jib Gor masih belum ada ilham untuk membubarkan parlimen kerana bebagai isu yang perlu ditangani. Skandal Fidlot yang membabitkan keluarga Shahrizat Jalil merupakan satu isu yang perlu dimuktamadkan sebelum Najib memanggil PRU.

Selain itu, persepsi sokongan kaum cina terhadap Bn, isu2 yang berhubungkait dengan Felda, Lynas dan isu gaji kakitangan awam. Di Sabah pula, isu RCI PATI, sementara di Sarawak isu Ketua Menterinya-Pehin Taib Mahmud.

Sebelum ini ada yang meneka bahawa penanda aras PRU-13, bila kah tarikh bermulanya mesyuarat UMNO cawangan di seluruh negara...begitu juga tarikh mesyuarat UMNO Bahagian.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan tarikh berkenaan dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC Khamis malam.

Katanya mesyuarat tahunan cawangan akan berlangsung pada 1 April hingga 15 Jun ini manakala mesyuarat perwakilan bahagian pula dari 1 Julai hingga 15 September ini.

Kalau begitu tarikhnya apakah mungkin antara sekarang hingga 1 April pilihanraya umum boleh diadakan? Namun, jarak waktu itu cukup singkat. Kalau demikian, maka selepas 15 September? Rasanya juga tidak, kerana bulan puasa dan hariraya menjelang tiba.

Kemudiannya Perhimpunan Agung UMNO pula.Tarikhnya belum ditetapkan lagi.

Biasanya Perhimpunan Agung UMNO diadakan bulan Oktober atau November.

Nampaknya melihat senario yang ada, PRU-13 akan diadakan "full term", yakni awal tahun depan. Perlu diingat, dengan sendirinya dewan rakyat akan secara automatik bubar pada April,2013. SPR mempunyai masa 60 hari selepas itu untuk mengadakan pilihanraya.

Bagi suara rakyat, elok kerajaan sekarang menamatkan term lima tahunnya, agar supaya rakyat melihat dan mengadili apa yang kerajaan BN atau PR telah buat selama lima tahun.

Biarlah rakyat mengadili kerajaan2, secara telus dan ikhlas.

Untuk itu, apa sahaja keputusan rakyat perlulah diterima dengan lapang dada, kerana mereka telah menjalankan keputusan yang seadil-adilnya.

Kerajaan2, jangan bimbang, kerajaan mana yang benar2 membela rakyat, itulah nanti menjadi pilihan mereka.

Janji2 retorik, akan mereka campak ke laut menjadi buih2 politik.

22 February 2012

Peremajaan kepimpinan wajar dilakukan di Sabah

Salah seorang pemimpin penerus yang perlu diketengahkan. (Nizam semasa pengagihan BR1M di Tawau)
Tidak dapat disangkal, bahawa daftar pengundi kini hampir 50 peratus dihuni oleh generai muda atau mereka yang dilahirkan pada pasca merdeka.

Berasaskan kepada trend ini, maka kecenderungan pengundi, sudah tentu selari dengan selera mereka.

Demikian juga dari aspek kepimpinan, sudah tentu pilihan mereka adalah pemimpin sezaman mereka, kerana faktor selera, pendapat dan arah perjuangan.

Di Sabah, peremajaan kempimpin terus dilakukan, terutama di masa kepimpinan Datuk Musa Aman.

Ramai generai muda diberi peluang bertanding untuk menjadi pemimpin pelapis. Antaranya Datuk Ariffin Arif-membakut, Datuk Japlin Akim-Usukan, Datuk Rahman Dahalan-Kota Belud, Datuk Rosnah-Papar, Datuk Bolkiah-pitas.

Dijangkakan pada PRU-13 akan datang, akan ada beberapa generasi muda yang berpotensi diketengahkan untuk bertanding. Antaranya Nizam Abu Bakat Titingan, Jamawi Jaafar, Musliati Moslimin dan beberapa orang lain yang tidak tersebut dalam posting suara rakyat kali ini.

Regenerasi kepimpinan perlu secara terus menerus dilakukan, agar parti terus mengikuti zaman.

20 February 2012

RCI PATI: DAP mahu perangkap pemimpin KDM

Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong mencuba menemplak pemimpin KDM dalam BN, apabila PM tidak mengumumkan penubuhan RCI PATI untuk Sabah semasa lawatannya ke Sabah pada 16-17 Februari lalu.

Seminggu sebelum lawatan Najib ke Sabah, Presiden UPKO-Tan Sri Bernard Giluk Dompok dan Timbalan Presiden PBS-Datuk Maximus Ongkili memberi kenyataan bahawa ada kemunginan, PM akan mengumumkan penubuhan RCI semasa lawatan ke Sabah.

Malah dilaman FB Presiden LDP-Datuk VK Liew, terpapar kenyataan bahawa kabinet telah bersetuju dengan penubuhan RCI PATI Sabah.

Pada 16 Februari, selepas merasmikan pembinaan kilang baja-SAMUR di Sipting Sabah, ramai pemerhati politik termasuk media tempatan mengandaikan, bahawa PM akan mengumumkan pembentukan RCI selepas berjumpa dengan para pemimpin BN, namun pengumuman yang ditunggu2, tidak juga menjadi kenyataan, maka spekulasi lagi beredar, bahawa PM akan mengumumkannya di Kg Nala Tungku, Lahad Datu.

Pengumuman penubuhan RCI tidak juga menjadi kenyataan sehingga kini. Berasaskkan kepada keadaan ini, para pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat mencuba mengaut di air keruh, kononnya para pemimpin KDM diperlekeh oleh Perdana Menteri.

Jika pemimpin KDM akan termakan umpan itu, maka adalah jelas, pemimpin KDM termakan isu yang di bawah2 oleh pembangkang. Sebelum inipun, pihak pembangkanglah yang menguar-uarkan soal PATI, sehinggakan pemimpin BNpun terikut2 rentak; dan kini mereka mengambil alih peranan pembangkang mendesak kerajaan pusat akan bersetuju dengan penubuhan RCI PATI.

Bagi penulis, sekiranya RCI PATI benar2 diwujudkan, maka akan berakibat buruk kepada agensi2 kerajaan yang mengurus mengenai kerakyatan dalam negara.

Jabatan yang terkena tempias adalah Kementerian Dalam Negeri, di mana Jabatan Imigresen dan Jabatan Perdaftaran Negara bernaung.

Penubuhan RCI PATI akan melupuskan integriti jabatan2 itu. Keadaan ini akan diambil peluang sepenuhnya oleh Pembangkang, bahawa apapun yang dilakukan oleh jabatan2 kerajaan itu dipenuhi dengan berbagai penipuan.

Bagi penulis, adalah tidak wajar penubuhan RCI PATI ditubuhkan, kerana jabatan2 yang mengurus soal2 kerakyatan telah berkerja dengan telus dan teratur.

Kalau jabatan2 itu tidak berkerja dengan teratur, kenapa mereka2 yang mempunyai IC Palsu apabila mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu misalnya terus ditangkap.

Memang diakui ada sindikit memalsukan kad pengenalan. Tujuan mereka ini adalah untuk mendapatkan wang semata-mata melalui penipuan.

Sindikit penipuan bukan sahaja melibatkan kad pengenalan, malah wang kertas negarapun ada yang mencetaknya secara palsu.

Adalah wajar, Perdana Menteri tidak bersetuju dengan penubuhan RCI, kerana ianya akan menjadi makan tuan bagi kerajaan.

Jika benarlah adalah penduduk Sabah yang mempunyai kad pengenalan palsu dan jikapun bukan palsu tetapi diperolehi dengan cara tidak betul, dedahkan, di mana2 apakah melalui internet atau buat laporan polis atau ceteklah pada risalah2 tertentu.

Namun pihak pembangkang hanya bercakap dan bercakap, tanpa bukti yang sahih.

Bagi para pemimpin KDM, janganlah terpengaruh kepada isu yang di uar-uarkan pembangkang, kerana ianya akan membawa malapetaka kepada diri sendiri.

Nota. Ekses kepada senarai pengundi terbuka kepada sesiapapun, senaraikan siapa2 mereka yang berupa "PATI". mudahkan!!! daripada hanya bercakap secara umum.


Sistem pilihanraya kita cukup mudah, kerana terbagi kepada beberapa saluran pengundian, kerahkan agen masing2 cari siapakah mereka yang tergolong "PATI".

19 February 2012

PRU-13 Sabah: Gandingan Musa-Salleh

Selepas sahaja dilantik ke jawatan Timbalan Pengerusi Umno Sabah seusai PRU-12, Datuk Salleh Said menyatakan bahawa beliau berganding bahu dengan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman untuk mempertahankan Sabah sebagai simpanan tetap BN aka kubu kuat BN.

Sabah dianggap sebagai kubu kuat BN apabila hampir 100 peratus kawasan yang ditandingi calon2 BN, menang baik kawasan DUN mahupun Parlimen. Hanya satu kawasan ADUN dan Parlimen terlepas,yakni DUN Sri Tanjong dan Parlimen Kota Kinabalu,kedua2nya kepada calon DAP.

Walaupun Salleh, tidak bertanding pada PRU-12, namun pengalaman politiknya, dianggap oleh pucuk pimpinan masih relevan, apatah lagi menghadapi tsunami politik yang melanda BN di Semenanjung.

Perlu diingat, Salleh suatu masa adalah ahli majlis teringgi umno, bekas ketua menteri dan bekas menteri beberapa kementerian negeri, termasuk menteri kewangan.

Pengalaman beliau diperlukan bagi mendokong kepimpinan Musa, apabila gandingan Musa sebelum ini Datuk Safie Apdal telah berhijrah ke Pusat sebagai menteri kanan persekutuan.

Gandingan Musa-Safie, terbukti sangat mantap, apabila dua PRU,yakni PRU-11 dan PRU-12, dimenangi dengan cemerlang.

Bagi menghadapi PRU-13, gandingan Musa-salleh akan dibuktikan keampuhannya, apakah akan mampu mempertahankan, jumlah kerusi2 DUN dan Parlimen di Sabah. Ujian getir berhadapan dengan dua tokoh ini, disebabkan faktor senario politik yang berbeza, walaupun tetap dengan padang permainan yang sama.

Melihat atas kertas, gandingan Musa-salleh akan mampu mengharungi PRU-13 dengan mudah. Perkara ini disebabkan tiada isu yang menonjol yang diketengahkan oleh pihak pembangkang.

Isu pembangkang hanya memutar belit, isu2 lama, seperti royalti minyak, isu pendatang haram,isu tanah NCR, sedangkan isu jawatan2 penting persekutuan, isu sekolah2 sudahpun diatasi.

Menyentuh isu royalti minyak, Perdana menteri semasa lawatan dua harinya di Sabah bermula 16 feb dan berakhir pada 17 februari lalu, menyatakan bahawa semua janji pembangkang mengenai royaliti minyak hanya merupakan gimik semata-mata.

Di peringkat akar umbi, rakyat tiada isu yang boleh menjadi negatif kepada calon2 Bn/umno,kerana perkhidmatan wakil2 rakyat sungguh cemerlang. Wakil2 rakyat rajin turun padang bagi menyelesaikan kemuskilan2 rakyat dan juga mendengar degup jantung rakyat.

Wakil2 rakyat Bn berkerja round the clock di kawasan2 masing, untuk itu tidak timbul ada wakil rakyat yang tidak berkhidmat.

Selain perhidmatan wakil2 rakyat yang cemerlang, pegawai2 kerajaan juga turut menyumbang kepada sokongan rakyat. Di peringkat daerah, sokongan pegawai daerah dalam melaksanakan projek2 kerajaan cukup memberansangkan.

Kecekapan para peneraju di jabatan ketua menteri, yang diketuai oleh Ketua Setiausaha politik Ketua Menteri, Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan, memperlancar semua projek2 kawasan luar bandar yang mendapat peruntukan khas daripada Jabatan Ketua Menteri.

Nampaknya pada PRU-13 akan datang, gandingan Musa-Sallah akan cemerlang. Tahniah.

18 February 2012

BN DUN Tempasuk siap sedia hadapi PRU-13

RABU lalu bertempat di bilik mesyuarat ADUN Tempasuk, telah diadakan mesyuarat pertama jentera pilihanraya BN Dun Tempasuk.

Jentera pilihanraya DUN Tempasuk diketuai oleh Datuk Haji Musbah Haji Jamli yang juga ADUN bertahan N.6 Tempasuk, dalam kawasan Parlimen P.169 Kota Belud.

Blog suara rakyat difahamkan, jentera BN tersebut hanya menunggu saat pembubaran DUN dan siap siaga mempertahankan DUN Tempasuk agar supaya terus dikuasai oleh Bn/Umno.

Kawasan N.6 Tempasuk, mempunyai jumlah pengundi berdaftar yang telah disahkan pada September,2011 menghampir 15 ribu pengundi. Dalam senerai tersebut, kaum bajau mendahului jumlah terbanyak, diikuti kaum dusun dan iranun.

Pada PRU-12, calon Bn/Umno mencatat jumlah tertinggi berbanding undi yang diperolehinya pada PRU2 sebelumnya.

Pada PRU-13 akan datang, diperkirakan jumlah undi yang akan diperolehi oleh calon bn/umno akan terus meningkat dan memperlembar jurang perbezaan undi yang akan diperolehi pihak pembangkang.

Calon bn/umno akan terus diberi kepercayaan oleh rakyat memandangkan perkhidmatan yang diberikan oleh wakil rakyat yang ada sekarang cukup memuaskan dan cemerlang.

BR1M hanya RM2.6 bilion gembirakan rakyat, subsidi RM22 bilion, ramai yang pertikai

Sebaiknya subsidi yang diberikan kerajaan terhadap berbagai barangan pokok, dialihkan kepada bentuk agihan langsung kepada rakyat.

Subsidi hanya memperkaya segelintir individu. Subsidi gula memngakibatkan monopoli pembekal komoditi itu jadi kaya raya, demikian juga monopoli pembekal beras, minyak masak dan petrol dan gas.

Kerajaan saban tahun menanggung subsidi RM22 bilion, namun rakyat tidak berterima kasih, namun melalui BR1M, yang hanya melibatkan RM2.6 bilion dan jumlah rakyat 5.2 juta, tergambar bagaimana terima kasihnya rakyat menerima bantuan itu.

Jika keadah BR1M diguna pakai bagi menampung kesengsaraan rakyat dan diberikan saban tahun, penulis rasa, ianya lebih berbaloi berbanding keadah subsidi.

Selain itu, perlu mengamalkan, bahawa setiap rakyat yang tidak berpendapatan, perlu diberi bantuan sara hidup, adalah pendekatan yang lebih mulia berbanding skim subsidi.

17 February 2012

Murid Asia Kini Lebih Pantas Dari Barat

SYDNEY: Satu kajian yang dijalankan di sini telah mendapati, murid-murid sekolah di Barat telah ketinggalan tiga tahun di belakang rakan-rakan seangkatan dengan mereka di Asia khususnya dari China.

Kajian itu yang dijalankan oleh sebuah institusi ‘think-tank’ - The Grattan Institute - mendapati, Asia Timur kini telah menjadi pusat kecemerlangan pendidikan sekolah dengan Hong Kong, Korea Selatan, Shanghai dan Singapura muncul sebagai peneraju.

"Di Shanghai, murid yang berusia 15 tahun telah didapati mempelajari matematik jauh kebih ke hadapan berbanding dengan rakan mereka di Australia, Amerika Syarikat dan Eropah," kata Pengarah Program Pendidikan Sekolah Grattan Institute, Ben Jensen.

"Ini akan memberi kesan yang besar kepada masa hadapan. Kita dapati ekoran perpindahan kuasa ekonomi dari Barat ke Timur, prestasi tinggi dalam pendidikan sekolah juga telah turut berubah dan meningkat," katanya.

Kajian itu juga turut mendapati, dari sudut penguasaan membaca, murid di Korea Selatan kini berada setahun di hadapan jika dibandingkan dengan murid-murid di Amerika dan negara-negara Kesatuan Eropah serta tujuh bulan di hadapan dengan murid-murid sekolah Australia.

Data yang dikumpulkan ini menggunakan kaedah yang diguna pakai oleh Pertubuhan Untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi yang berpusat di Paris dan menjadi kayu ukur di peringkat antarabangsa dalam sektor pendidikan.

Laporan itu turut mengenalpasti punca kejayaan China, Hong Kong dan Singapura dalam melonjakkan pendidikan sekolah ada kena mengena dengan keazaman ibu bapa dari etnik Cina untuk memaksa anak-anak mereka mengutamakan pelajaran dan kejayaan.

Perkara ini terbukti benar di Hong Kong dan juga Singapura yang telah memperlihatkan pencapaian yang besar sejak sedekad yang lalu.

Kajian itu menyebut, sistem pendidikan yang terbaik ialah sistem yang memberi penekanan kepada aspek-aspek praktikal dalam pengajian dan pembelajaran serta pendidikan perguruan, sistem mentoring serta pembangunan profesional bukannya perbelanjaan ke atas pembangunan fizikal.

Ia memetik contoh sekolah-sekolah di Shanghai yang melonjakkan jumlah murid di dalam satu-satu kelas sehingga 40 orang tetapi memberi ruang dan masa yang lebih kepada guru untuk merancang pembelajaran di kelas mereka dan melakukan penyelidikan.

16 February 2012

Jalan Pulang

KOTA BELUD dikenal dengan sebutan cowboy town of the east dikenali dipelosok tanah air pada tahun 1991, apabila untuk pertama kalinya umno bertapak, melalui PRK Usukan.

Pada PRK itu, calon sulung umno Tun Mustapha Datu Harun melawan calon kerajaan PBS Jap omar. Jap meletakkan jawatan sebagai pegawai daerah kota belud semata-mata untuk bertanding pada PRK itu. Kini Jap adalah ahli umno dan bertugas di salah sebuah syarikat milik kerajaan negeri.

Walaupun umno parti pembangkang ketika itu, namun sokongan rakyat terhadap calon umno cukup menyakinkan, Tun Mustapha menang besar,walaupun, calon PBS tidak hilang wang pertaruhan.

Kemenangan Tun Mustapaha, tidaklah memeranjatkan,kerana beliau bertanding di kubu kuatnya, kubu kuat parti usno yang dibubarkan untuk memberi peluang kepada umno mengembangkan sayapnya ke Sabah.

Umno terpaksa mengembangkan sayap ke negeri di bawah bayu atas sebab kehendak bumiputera islam yang tertindas semasa kerajaan Parti Bersatu Sabah.

Kemasukan umno disambut baik di semua kawasan yang mempunyai pengundi majoriti bumiputera islam. Perkara ini terbukti apabila pada PRU-1994, semua kawasan bumiputera islam dimenangi oleh calon2 umno/BN termasuk kawasan campuran. Namun, Bn/umno belum menang dalam pilihanraya, atas sebab gabungan antara KDM dan kaum cina masih dibelakang PBS.

Pada PRU-1994, umno/bn hanya mendapat 23 kerusi DUN, sementara PBS 25, daripada 48 kerusi yang dipertandingkan.

Selepas sebulan, PBS membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah, berlakulah tsunami politik kepada PBS; dua orang wakil rakyatnya berpaling tadah, seorang daripada kemabong dan seorang daripada klias. Kedudukan komposisi ADUN telah bertukar, BN 25 dan PBS 23. Akibat daripada kemelut itu, Ketua menteri pada masa itu, Datuk Pairin Kitingan (kini Tan Sri) mencoba membubarkan dewan, sepertimana pernah beliau lakukan pada tahun 1985,namun kali ini, beliau gagal,kerana TYT Sabah ketika itu, enggan menandatangani surat pembubaran DUN Sabah.

Sebagai akibatnya, BN membentuk kerajaan, dengan majoriti mudah, dan melantik Datuk Sakaran Dandai (kini Tun) sebagai Ketua Menteri.

Pada tahun 1994, bermulalah episod pengiliran ketua menteri-bumiputera islam-kaum cina dan bumiputera bukan islam. Dalam spin waktu sehingga tahun 2003, telah 6 orang dilantik sebagai ketua menteri sabah secara bergilir-gilir.

Pengiliran ketua menteri terhenti apabila berlaku pergantian perdana menteri, daripada Tun dr mahathir kepada Tun Abdullah badawi. Ketua menteri sabah kini adalah datuk musa aman yang dilantik pada tahun 2003 mengambilalih daripada tan sri chong kah kiat.

Mengimbas kembali percaturan politik daripada tahun 1985-1994, politik sabah ketika itu dikuasai oleh kaum kdm dan kaum cina. Tidak ada yang boleh dilakukan oleh bumiputra islam, apapun percaturannnya, bumiputera islam tidak boleh memerintah kerana kekurangan kerusi di DUN.

Namun, percaturan politik mengubah segala-galanya. PBS yang kuat berpecah-pecah, menjadi beberapa parti kecil-seperti PDS (kini upko), pbrs, SAPP dan pbs, sebelumnya pbs cuba diruntuhkan melalui penubuhan AKAR, tajaan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah- Datuk Mark Koding. Sementara umno dimana bumiputera islam bernaung, terus menjadi single entiti.

Kini umno telah bertapak, menguasai 32 kerusi dun daripada 60 jumlah kerusi dun sabah.

Berasaskan kepada keadaan ini, kaum kdm dan kaum cina mencoba JALAN PULANG, mengulangi sentimen tahun 1985, atas sebab itu kaum kdm mencoba memunculkan api sentimen seperti isu tanah dan pati, kerana isu2 ini cukup mendapat sambutan daripada suku kaum itu.

Menghadapi pru-13, isu2 inilah yang terus dimarakkan. Sempena lawatan najib ke sabah bermula hari ini, semoga isu2 ini dimuktamadkan demi mengekang gerak parti2 pembangkang.

15 February 2012

PRU-13: Umno dan ahlinya

Pembentukan ahli jawatan kuasa disiplin untuk memantau tindak tanduk ahli umno, terutama menjelang PRU-13 dan semasa PRU-13 telah ditubuhkan. Apa kah tujuan AJK ini? apa kah umno tidak yakin lagi kepada ahlinya sendiri?

Memang sukar mengurus sebuah parti yang mempunyai keahlian yang cukup besar. Kini umno mempunyai ahli di atas 3 juta,yang tersebar di seluruh negara, termasuk Sarawak,walaupun parti itu belum bertapak di negeri white rajah itu.

Mengurus keahlian yang besar bukan mudah,kerana masalahnya juga besar.

Perkara yang membimbangkan parti adalah tindakan ahlinya sendiri. Sejak PRU-1999, kecuali tahun 2004 dan berulang pada tahun 2008, hampir separuh daripada ahli umno berpaling tadah semasa membuang undi. Jika tidak, adalah mustahil, hampir 40 kawasan parlimen yang ditandangi umno, calon2nya kecundang, termasuk kawasan2 tradisi.

Apa sebenarnya yang mengakibatkan ada ahli-ahli umno berpaling tadah? penyebabnya adalah tindak tanduk pemimpin parti itu sendiri. Pada tahun 2008, berlakunya perbalahan antara para pemimpin, terutama antara mantan presiden parti Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah, ekoran pembatalan beberapa projek termasuk jambatan bengkok.

Selain itu penguasaaan budak2 tingkat 4 putrajaya terhadap kepimpinan Tun Abdullah, merancakkan lagi penyebab ahli2 umno berpaling tadah.

Kini, skandal NFC, menghantui ahli2 umno akibat kengganan Ketua Wanita umno berundur,walaupun terdapatnya desakan para pemimpin umno sendiri.

Sebenarnya sebelum skandal NFC, semangat ahli2 umno yang berpaling tadah telah kembali semula ke pangkuan parti itu. Perkara ini terbukti pada beberapa PRK, termasuk berjayanya Umno/Bn merampas kerusi Dun Galas, gua musang dan sebelum itu hanya kalah 65 undi di PRK Manek Urai. kedua2 kerusi tersebut adalah kerusi PAS.

Namun kerana skandal NFC, maka ahli2 yang telah terguris hati mereka itu,kini terguris lagi.

Benarlah saranan tun mahathir kepada shahrizat,janganlah terlalu sayang pada jawatan, sayangilah parti.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels