12 February 2015

Pengaruh Dipenjaranya Anwar terhadap Bn Sabah?

SEBENARNYA politik Sabah hanya dipengaruhi oleh sentimen tempatan. Sejak merdeka, perubahan kerajaan berlaku kerana kelibat orang tempatan atau pemimpin tempatan.

Ambil cerita, bagaimana kejatuhan kerjaan Usno tahun 1975. Kejatuhan Usno kerana para pemimpin parti itu, Demikian juga kejatuhan parti berjaya tahun 1985, kerana tindakan para pemimpin parti itu. Kejatuhan PBS tahun 1994, juga kerana perbuatan para pemimpin parti itu.

Sabah kini, diperintah oleh Bn yang ditunjangi Umno. Umno masuk ke Sabah secara rasmi pada 5 September 199, walaupun parti itu dijemput oleh parti Usno pada tahun 1990 sebaik sahaja PBS menikam belakang Bn diambang PRU tahun 1990.

Kini, riak-riak perpecahan dalaman sedang berlaku, terutama dalam Umno. Tahun 2012, seorang pemimpin Umno telah keluar dan menyertai pembangkang. Kini pula dikatakan 8 orang Ketua bahagian Umno tidak sebuluh dengan Pengerusi Umno Sabah Datuk Musa Aman.

Namun tindakan 8 Ketua Bahagian itu, dirasakan tidak berimpak, kerana diketahui lebih awal, bahawa tindakan mereka lebih bersifat peribadi, demi kepentingan peribadi.

Terbukanya informasi maklumat terutama dunia maya mempercepat penyebaran maklumat, mempercepat penjelasan, sebelum sesuatu menjadi kronik.

Tindakan jurucakap kumpulan 8 itu, Ketua Bahagian Sepanggar Datuk Jumat Idris yang juga MP Sepanggar, melalui media sosial, cepat diantipasi dan dijelaskan kepada rakyat.

Kini, Jumat semacam tiada pilihan, beliau sudah bertindak seperti suara pembangkang, di mana sebelum ini, bukanlah perilakunya.

Sebagai contoh mempersoalkan tindakan polis menahan 14 orang aktivis SSKM, adalah satu tindakan melawan arus. Benarlah kata seorang ADUN UBN, Jumat tiada pilihan lagi, maju kena, mundur kena.

Tindakan Jumat dan 7 orang Ketua Bahagian (walaupun dua orang sudah berpaling tadah) tidak berimpak kepada Umno, kerana rakyat tahu, bahawa jawatan yang mereka dapat atau sandang bukan kerana khrisma kepimpinan mereka, akan tetapi atas nama parti.

Umno mendidik penyokongnya setia kepada parti dan bukan atas nama pemimpin yang mahu menjahanamkan parti. Ambil iktibar kepada Anwar Ibrahim, beliau adalah mantan timbalan presiden Umno, akan tetapi akar umbi parti tidak mengikuti beliau, malah yang menyokong beliau adalah mereka yang sediakala membangkang Umno. Demikian juga kedudukan Lajim Ukin, mereka yang menyokong beliau adalah terdiri daripada mereka yang menentang Bn dan Umno.

Penyokong dan ahli Umno akan senantiasa menyokong pemimpin yang mempertahankan parti, bukan sebaliknya.

Penyokong dan ahli Umno yang sebenar-benarnya, tidak akan terpengaruh tindakan pemimpin yang membawa mereka menghancurkan parti. Tindakan Jumat, tidak akan berimpak kepada parti, demikian juga kembalinya Anwar ke penjara sebenarnya tiada pengaruh apa-apa terhadap Bn Sabah.

Bn Sabah hanya akan goyang, kalau para pemimpin utamanya goyang, selagi kerjasama berpasukan masih wujud, UBN Sabah akan tetap mengulangi kejayaan pada sebarang PRU.

7 February 2015

Industri Biomas Akan Wujud Di Sabah-60,000 Peluang Perkerjaan Akan Diwujudkan

TENAGA Boleh Diperbaharui- Biomas, hanya dilancarkan pada Tahun 2011. Tujuannya adalah untuk mendapatkan sumber tenaga alternatif.

Sabah dengan kawasan yang luas, tanaman pertanian yang luas, bekas pembalakan yang luas, lautan yang luas, berpontesi pengembangan industri seperti ini. 

Semalam dilaporkan, bahawa satu mesyuarat kali pertama dilakukan, untuk meneroka industri baru ini di Sabah. Jika terwujudnya industri seumpama, peluang pekerajaan sebanyak 60,000 bakal diwujudkan

Apa itu Tenaga Biomas?

Apa yang anda fahami tentang istilah tenaga biojisim (biomass). Rencana ringkas ini akan membincangkan topik ini.

Secara ringkas, tenaga biojisim merupakan tenaga yang terhasil daripada bahan-bahan yang berasal dari tumbuhan. Istilah biojisim (Biomass) berasal daripada perkataan Inggeris yang digabung iaitu biology dan mass. Makna asalnya memberi maksud jisim sesuatu bahan biologi. Bagaimanapun daripada sudut istilah, biomass sering dirujuk kepada tenaga daripada bahan-bahan tumbuhan itu.

Sebenarnya manusia telah menggunakan biomass sejak dari zaman purba lagi sebagai sumber tenaga untuk memasak, memanaskan badan, melebur logam dan pembuatan senjata. Belakangan ini minat untuk menggunakan tenaga biomass sebagai sumber tenaga semakin mendapat tempat. Ini kerana bahan biomass boleh diperolehi dengan mudah dengan jumlah yang banyak, boleh diperbaharui dan dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil yang semakin berkurangan.

Bumi kita dipenuhi dengan pelbagai tumbuhan samada yang tumbuh meliar atau ditanam. Tumbuhan-tumbuhan ini merupakan rumah simpanan bagi tenaga solar dan bahan kimia. Sumber tumbuh-tumbuhan ini yang datang samada dari darat atau lautan dipanggil biomass. Biomass juga merangkumi segala hasil tumbuh-tumbuhan khusus untuk sumber tenaga atau hasil buangan yang berpunca daripada pelbagai kayu-kayan, tanaman dan juga bahan buangan perbandaran. Biomass boleh mengandungi pelbagai bahan, kandungan utamanya ialah selulosa, lignin, hemiselulosa, sedikit minyak dan pelbagai unsur lain. Unsur kimia utama bagi semua bahan ini ialah karbon dan hidrogen.

Biomass dianggap sebagai sumber yang boleh diperbaharui kerana karbon dioksida dari atmosfera dan air dari bumi bergabung melalui proses fotosintesis menghasilkan karbohidrat yang merupakan asas binaan utama biomass. Melalui proses fotosisintesis, tenaga solar disimpan dalam ikatan kimia antara molekul-molekul tumbuhan. Apabila biomass dibakar secara cekap, oksigen dari atmosfera bertindak dengan karbon dalam biomass menghasilkan karbon dioksida dan air. Ini boleh menghasilkan biomass yang baru. Oleh itu, biomass dikatakan sebagai satu sumber tenaga penting yang boleh diperbaharui dan mempunyai potensi mengurangkan penggunaan sumber tenaga fosil yang semakin berkurangan.

Kaedah menukar Biomass kepada tenaga.

Terdapat beberapa kaedah yang berkesan untuk menukar biomass kepada tenaga. Antara kaedah utama ialah pembakaran, penapaian alkohol dan pencernaan anaerobik.

Pembakaran

Cara yang paling ringkas ialah pembakaran bagi menghasilkan tenaga. Walaupun proses pembakaran ini mudah dan telah digunakan sejak zaman dahulu kala lagi, tetapi hari ini pembakaran mesti dijalankan dengan cara yang moden agar tidak menghasilkan pencemaran udara yang memudaratkan. Tenaga haba yang boleh diperolehi dalam proses pembakaran ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pemanasan bahan dan ruang dan juga untuk menghasilkn wap panas (stim) bagi penjanaan elektrik.

Penapaian alkohol 

Dalam proses ini karbohidrat daripada bahan organik biomass ditukar kepada gula di dalam satu reaktor biologi dengan kawalan suhu yang rapi. Proses ini sama dengan proses pembuatan arak tetapi produk yang dihasilkan boleh dijadikan bahan api. Oleh itu hasil utamanya ialah etanol atau metanol.

Untuk pembakaran di dalam sebuah enjin, biasanya etanol atau metanol ini dicampur dengan bahan pembakar cecair lain untuk dijadikan bahan pembakar yang lebih sesuai dan campuran ini dikenali sebagai gasohol.

Pirolisis 

Proses pirolisis melibatkan pemanasan bahan biomass pada suhu yang tinggi dalam keadaan tanpa oksigen atau jumlah oksigen terhad. Dalam proses ini bahan organik terurai menjadi pelbagai gas dan karbon. Gas-gas yang terhasil kemudiannya dikondensasikan menjadi cecair untuk digunakan semula sebagai bahan bakar atau sur bahan kimia. 

Pencernaan anaerobik 

Proses ini melibatkan penguraian bahan organik dan tak organik tanpa kewujudan oksigen molekul dengan menggunakan mikroorganisma tertentu. Mikroorganisma yang bertanggungjawab menukar sebatian organik yang kompleks kepada asid organik mudah seperti asid asetik dan asid propinik. Kemudian asid-asid ini ditukarkan kepada gas metana dan karbon dioksida.

Industri Biomas, merupakan salah satu jawapan kepada pengangguran. Percepatlah.

6 February 2015

Musa Capai Lagi

EMPAT BELAS TAHUN berturut-turut, sijil tanpa teguran daripada Ketua Audit Negara diberikan kepada Sabah kerana pengurusan kewangan negeri yang mapan. Satu pencapaian luarbiasa, dan ianya merupakan salah satu terbaik dalam negara.

Laporan Kewangan Negeri bagi tahun 2013 yang dihantar kepada Ketua Audit pada April lalu, mendapat sijil itu, sepertimana kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam(PAC) Datuk Ahmad Bujang pada Khamis.

Ketelusan kepimpinan, dicerminkan melalui pengurusan kewangan. Apabila pengurusan kewangan sesebuah negeri mapan dan tanpa teguran, ertinya apa-apa tindakan kerajaan adalah telus dan penggunaan kewangan negeri sesuai dengan tatacara pengurusan kewangan yang betul.

Sijil tanpa teguran daripada Ketua Audit Negara, dengan sendirinya menafikan dakwaan-dakwaan pihak tertentu terhadap kepiminan negeri di bawah Datuk Musa.

Musa yang berlatar belakang seorang penguasa yang berjaya selain banker, mempergunakan pengealaman itu mengurus tadbir negeri. 

Sejak tahun 2003, pembangunan Sabah dalam semua bidang lepas landas. Untuk menupang pembangunan, bajet meningkat, dan berkali-kali mencatat rekod. Simpanan kewangan negeri merupakan rekod.

Sabah sebelumnya hanya menebang hutan untuk menyokong pembangunan dan perbelajaan, menukar cara, kayu balak bukan sumber utama lagi, malah perolehan negeri melalui pejualan balak dalam jumlah yang sangat minima.

Sudah Gembirakah Pengundi Kota Belud?

DENGAN yakin, Menteri itu kata, semasa tempoh masa berjawatan Menteri, beliau akan gembirakan pengundinya. Bukan gembira kerana banyak duit, tetapi gembira kerana adanya kemudahan awam, yang bakal dinikamti.

Kemudahan awam itu, adalah jalan raya yang tidak sesak, adanya tempat berniaga yang selesa, kawasan yang bersih, taman-taman yang indah, serta kemudahan-mudahan berreadah. Juga, bagi generasi muda yang bakal memilki rumah, akan punya peluang mendapat rumah, kerana bakal dibina ratusan unit rumah.

Pengundi gembira kerana penyebab banjir, akan di atasi, kemudahan asas akan dipenuhi, malah kemudahan internet juga bakal tersedia. Yang jelas semua itu, disediakan untuk menjadikan pengundi gembira.

Telah tujuh tahun, BALB Kota Belud tidak siap-siap, bukan salah wakil rakyat, akan tetapi salah pelaksana, para pegawai yang hanya mempunyai kuasa mengikut peraturan, tidak dapat menyelesaikan tugasan di luar bidang kuasa mereka. Maka, berlakulah tarik tali, saling melepaskan tanggungjawab itu, kerana satu kegagalan yang sepatutnya sudah dijangka.

Dua tahun, memang masa yang singkat, atas sebab itu, belum ada perubahan fizikal yang boleh membuatkan pengundi/rakyat gembira. Pembangunan perlu masa, pembangunan yang sudah dirancang? perlu kewangan, atas sebab itu, lambat muncul, akan tetapi, yang paling cepat berubah adalah keadaan perancang itu bersama kabilanya, macam mereka itu mempunyai lampu alladin untuk mencipta perbezaan, yang menyebab para anggota kabila itu cukup gembira.

Tak apa, biar kabila dulu yang gembira, nanti berikutnya pengundi/rakyat yang gembira. Mengapa kabila didahulukan, sebab menunjang kemenangan sangat menteri, kerana para kabila itu penyebab sang menteri dapat jawatan, kerana menang dalam pilihanraya, dan menjadi wakil rakyat.

Kemenangan sang menteri semata-mata kerana faktor kabila, bukannya atas nama parti, atas sebab itu, kepentingan anggota kabila perlu didahulukan dan diutamakan, walaupun ianya berimpak negatif ke atas parti, itu tidak penting, yang paling penting anggota kabila mesti gembira, perlu gembira, kerana jika tidak, maka tidak akan mampu menjadi penglipurlara.

Janji tidak semestinya ditepati, itu belakang kira, Janji akan diulang nanti dengan tokok tambah yang menyedapkan telinga. Taulah bagaimana memutarnya kerana sang menteri yang petah berhujah, petah bercakap, semuanya akan beres apabila tiba masanya. Kalau ada yang degil juga, tahulah caranya, setiap penyakit ada ubat, yang paling penting, sangat menteri sanggup beri kos untuk beli ubat. 

Dalam politik yang paling penting adalah popular (thinking big numbers), pengundi bagi kawasan (small numbers) mudah dikawtim. Itulah dalam benak sang menteri. Masa Datuk Harris Salleh berdepan dengan PRN Sabah tahun 1985, dibenak mantan Ketua Menteri Sabah itu, sama juga, everything can be bought, malang bukan, pengundi Tenom tidak terkesan dengan power $$, akan tetapi terkesan dengan dendam yang berbuku.

Pengundi Kota Belud, ibarat api dalam sekam, terbukti pada PRU-13 lalu, DUN Kedamaian menjadi mangsa, malah Bn yang super dalam semua bidang, terkial-kial juga berdepan dengan calon-calon pembangkang yang entah daripada mana.

Kalaulah bukan kerana parti, kerana Ketua kerajaan baik negeri/pusat dan ketua parti setempat, tidak dapat dibayangkan jika calon Bn parlimen Kota Belud kecundang. Sebenarnya, Menteri itu tahu betul, penyebab-penyebab itu, akan tetapi kejadian silam tidak jadi panduan, akan tetapi terus berulang. Sesuatu perlu dilakukan, terutama oleh pimpinan Umno Kota Belud. Jangan sampai calon umno kalah di kawasan anak sulung Umno.

5 February 2015

Budaya Politik Kotor DAP Tidak Diperlukan Di Sabah

Teresa Kok (kiri sekali) di Airport Sandakan pada Rabu
BUDAYA politik kotor yang diamalkan pemimpin DAP Semenanjung tidak diperlukan di Sabah. Seharusnya para pemimpin daripada parti itu yang berasal daripada Semenanjung awal-awal lagi dilarang masuk ke Sabah.

Pemimpin parti itu seperti Teresa Kok, adalah pemimpin DAP yang sangat perkauman, dan tindakannya menghalalkan cara. Budaya itu, seharusnya ditengah untuk di bawah ke Sabah.

Semalam, Teresa Kok dilarang masuk ke Sabah, walaupun menggunakan pintu masuk Lapangan Terbang Sandakan.

Seharusnya, para pemimpin lain seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tony Pua, juga dilarang masuk ke Sabah.

4 February 2015

Kestabilan Politik dan Keamanan Penting Untuk Tarik Pelabur-Musa

HANYA melalui kestabilan politik dan keamanan membuatkan pelabur datang dan melabur. Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman memberitahu rombongan Persatuan Kaum Cina yang diketuai Datuk TC Goh yang membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri itu di Sri Gaya pada Selasa.

Sementara itu, TC Goh memberitahu Ketua Menteri, bahawa persatuan itu yang dianggotai oleh mereka yang berjaya dalam dunia perniagaan akan membantu kerajaan Bn di bawah kepimpinan Musa dan bertindak sebagai penyambung dengan masyarakat cina dengan kerajaan.

Dalam perkembangan yang sama, Musa meberitahu rombongan kaum cina itu, bahawa pembangunan Sabah dalam landasan yang betul, atas sebab itu, Sabah banyak mendapat pelaburan langsung yang cukup signifikan besarnya untuk sebuah negeri. Tahun 2014 sahaja, lebih RM13 bilion FDI telah masuk ke Sabah.

Sabah kini, sudah menjadi destinasi pencari kerja profesional selain tenaga kerja kolar biru.

Sebelum ini kebanyakan rakyat Sabah terutama generasi muda berhijrah ke negeri-negeri lain untuk mendapatkan kerja, namun kerana peluang pekerjaan perlahan-lahan dicipta, maka kecenderungan itu semakin hari menurun.

Hanya melalui kestabilan politik dan keamanan sahaja boleh menjadikan sesebuah negeri seperti Sabah boleh membangun.

3 February 2015

Musa Bagaikan Angsa Bertelur Emas- Kenapa Mahu Dibunuh?

HANYA cemburu dan irihati sahaja yang boleh menjadi faktor mengapa ada pemimpin Umno mahu Musa letak jawatan atau perlu diganti. 

Tindakan mereka itu, hanya membantu pihak pembangkang, yang sememangnya tidak mahu seseorang yang boleh memajukan negeri, kerana mereka ketandusan idea bagaimana mengatasi sesuatu kemajuan dan pembelaan kepada rakyat yang sedang dan akan berjalan.

Pembangkang sebenarnya tiada alternatif untuk dikemukakan kepada rakyat, mereka hanya mampu membuat dakwaan palsu atau dakwaan yang direka-reka. Namun, tindakan mereka itu cepat disadari rakyat, atas sebab itu, walaupun sepanjang masa, pembangkang berpolitik dengan berbagai putar belit dan janji-janji retorik, akan tetapi bila sampai Piliahanraya, calon-calon mereka ditolak oleh rakyat.

Musa sebagai Ketua Menteri, sangat mudah menjadi sasaran para pembangkang, kerana beliau tidak suka melatah, jarang membuka mulut, sebaliknya beliau hanya tertumpu kepada memajukan negeri, agar supaya mampu mengejar ketinggalan yang sebegitu jauh, kerana akibat politiking yang bermula sejak merdeka.

Sebenarnya, pembangunan Sabah hanya bermula tahun 2003, sementara tempoh 40 tahun hilang begitu sahaja, dan apa yang paling malang, tempoh masa 40 tahun menjadikan Sabah termiskin di negara ini.

Sejak Musa menerajui Sabah, kadar kemiskinan daripada double digit, turun kepada single digit, malah pada masa ini berkeadaan sedang menurun.

Bajet Sabah meningkat, malah dua kali berada di atas RM4bilion, angka itupun merupakan rekod, simpanan kewangan negeri meningkat keparas RM3.2 bilion, dimana tidak pernah berlaku sebelum ini, kadar pembangunan di seluruh pelosok negeri rancak, projek-projek yang membuka peluang pekerjaan rancak berjalan, pembangunan bagi keperluan lifestyle seperti komplkes belah belah sedang dan akan dibuka. Terbaharu Kompleks belah Oceanus, kompleks belah bermutu lifstyle.

Pengurusan kewangan negeri, selama sedekad mendapat clean bill daripada Ketua Audit negara. Atas sebab itu FDI terus meningkat. Pada tahun 2014, FDI berjumlah lebih RM13 bilion dicatatkan, satu pencapaian luar biasa.

FDI masuk, kerana pengurusan kewangan negeri yang mendapat rating triple A daripada Agensi penarapan Kewangan antarabangsa.

Meskipun Musa mendapat tomahan dan dakwaan daripada pemimpin Umno terutama daripada Ketua bahagian Umno Sepanggar-Datuk Jumat Idris, beliau tidak pernah bersuara, apakah membidas atau membuat dakwaan kepada MP Sepanggar itu. Musa benar-benar bersifat gentlemen dan bersifat seperti kebapaan, Jarang ada pemimpin yang sedemikian. Tahniah.

1 February 2015

Jumat Snook Tanjung

Datuk Jumat Idris sudah snook tanjung. Senerio pertama mengatasnamakan Ketua Menteri Sabah, kononya ketua menteri itu menuduh Datuk Salleh sedang menghimpun Ketua-ketua Bahagian untuk menjadi Ketua Menteri, kemudian senerio kedua, kononnya tindakan 8 Ketua bahagian Umno yang berjumpa PM pada Julai 2014 didalangi Salleh. Senario ketiga, kononnya tindakkan menimbulkan peralihan kuasa ketua menteri Sabah disokong seseorang yang berkedudukan, walaupun tidak langsung akan tetapi menjurus kepada Perdana Menteri.

Apabila ketiga-tiganya menafikan semua senario yang dihubungkan kepada mereka, akhirnya kini Jumat terperangkap, ibarat main snooker, bola berada pada kedudukan snook tanjung.

Dua minggu lalu, tiga sayap kanan Umno Sabah telah mencadangkan agar Ketua Bahagian Umno Sepanggar itu diambil tindakan disiplin, malah Pergerakaan Wanita pula mahukan agar MP Sepanggar itu dipecat daripada parti. Sebelum itu, Ketua Bahagian Umno Papar, Datuk Rahim Ismail dalam satu kenyataan bahawa tindakan-tindakan Jumat tiada justifikasi, malah melanggar adab dan etika parti.

Jumat: Garang Di Media Sosial- Tapi Tidak Bersuara Di Dewan Rakyat

HANYA sekali bercakap di Dewan Rakyat, iaitu selepas angkat sumpah. Dua tahun berlalu, hanya memanaskan kerusi. 133 MP Bn tidak dapat membaca apa yang dibenaknya, sedar-sedar lagi, menghentam di facebook, target adalah kepimpinan Sabah. Rupaya selama dua tahun melamun di dewan rakyat, akhirnya lamunan itu, berakhir di facebook dengan mengambil target Ketua Menteri Sabah.

Apa yang sungguh malang, tindakan Ketua Bahagian Umno Sepanggar itu, menyebabkan rakan-rakan lain terutama sayap Umno Sabah membuat kenyataan sebulat suara agar supaya tidakan disiplin perlu diambil kepada beliau kerana melanggar adab dan etika parti. Malah wanita Umno Sabah yang diketuai Datuk Armani Mahiruddin mencadangkan agar Ketua Bahagian itu dipecat daripada parti.

Pukulan yang amat keras diterima MP Sepanggar itu, apabila Presiden Parti menyatakan kepada barisan Exco Umno Sabah yang berjumpa dengan beliau minggu lalu, bahawa tindakan Jumat itu adalah tindakan peribadi beliau dan diluar pengetahuan beliau.

Jumat sebelum ini begitu garang di facebook, walau secara tidak langsung, mengaku bahawa ada pemimpin besar disebalik tindakannya. Melalui kenyataan Najib kepada exco Umno Sabah yang diketuai Musa, dengan sendirinya memadam semua anggapan itu.

Jumat bertindak atas kapasiti peribadi.

Satu Projek Untuk Pekan Kota Belud- Bazaar Kota Belud


PADA Julai/Ogos 2016, satu mercu tanda bagi Pekan Kota Belud akan wujud, apabila Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan meluluskan pembinaan sebuah Bazaar di Pekan Kota Belud berkos RM20juta.

Di wall facebook Menteri yang berkenaan Dato Rahman Dahalan yang juga MP Kota belud, kira-kira sejam yang lalu, memaklumkan, bahawa beliau telah meluluskan pembinaan mercua tanda baru itu berserta kosnya.

Berikut kenyataan beliau: 

Alhamdullilah setelah saya luluskan peruntukannya tahun lepas dan setelah beberapa siri mesyuarat untuk menentukan reka bentuknya, kementerian saya akan membina Bazaar Rakyat Kota Belud.

Ia akan mula dibina tahun ini dan bakal menjadi mercu tanda baru untuk Kota Belud.

Sedikit fakta mengenai projek ini.


Tiga tingkat dengan keluasan 90,000 kaki persegi

371 lot perniagaan dan ruang menjaja termasuk Arena Makan dan ruang terbuka untuk menjaja

Lebih kurang 80 ruang tempat letak kereta di tingkat atas bangunan

Pembinaan memakan masa 18 bulan

Mempunyai kemudahan lain seperti surau, pondok polis, tandas awam dan tandas OKU

Kos dianggar RM20juta.

31 January 2015

Kawasan Kota Belud- Datuk Salleh Kena Bertindak

MEMANG benar, bahawa Kota Belud adalah anak sulung Umno, kerana di situlah lahirnya Umno pada 5 September 1991, apabila melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) Usukan, parti Umno yang diwakili Tun Mustapha Datu Harun menjadi calon melawan calon PBS-mantan Pegawai Daerah Jap Omar yang meletak jawatan menjelang penamaan calon. Tun Mustapha sepertimana dijangka menang, maka bertapaklah Umno secara rasmi di Sabah.

Umno bersama parti Akar dan LDP menubuhkan Bn Sabah, kemudian diikuti parti-parti seriphan PBS- PDS (kini Upko), PBRS, SAPP, akan tetapi gabungan itu tidak berjaya menang pada PRN 1994. Hanya kerana tindakan melompat parti yang dilakukan oleh Datuk Robin Balang (Kemabong) dan Datuk Lajim Ukin (Klias), maka Bn dapat membentuk kerajaan.

Bermulalah episode penggiliran Ketua Menteri, di mana tidak pernah berlaku di negara ini. Sembilan tahun diperlukan sebelum sistem itu dimansuhkan pada tahun 2004.

Diakui atau tidak, pemansuhan penggiliran Ketua Menteri itu mempengaruhi sokongan kaum KDM dan cina kepada Bn. Pada PRU-13, perasaan kaum KDM dan cina terdedah, apabila kawasan 11 kawasan majoriti KDM dan Cina ditawan pembangkang, berserta dua parlimen, ditambah kepada keadaan biasa satu Dun dan satu Parlimen sepertimana berlaku pada PRU 2004 dan 2008.

Musa sebagai Ketua Menteri bukanlah penyebab kepada keadaan itu, melainkan tindakan para pemimpin parti komponen parti yang bercakap seolah-olah mewakili pembangkang, misalnya isu Pati, isu royalti minyak, isu kalimah Allah dan isu pembakaran bible. Para pemimpin parti kompnen Bn memanjangkan isu pembangkang, seolah-olah mereka adalah lidah kepada pembangkang. Akhirnya strategi mereka itu memakan tuan. Dua Presiden parti komponen Bn kalah pada PRU-13, selain Pengerusi MCA negeri.

Di Kota Belud, semasa PRU-13 lalu, Naib Presiden PBS kalah teruk dikawasan tradisinya Dun Kedamaian, malah diperingkat Parlimen, kalau bukan talian terakhir dengan turunnya Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia berkempen di kawasan majoriti iranun, kemungkinan besar calon Bn kalah.

OKB terlibat dalam pilihanraya itu, walaupun bukan jentera parti, akan tetapi sebagai pengamat dan seseorang ahli parti yang merasa ada tanggungjawab mememangkan calon-calon parti.

Seminggu selepas penamaan calon, OKB telah membuat analisa awal, bahawa hanya dua kawasan selamat, iaitu Dun Usukan dan Tempasuk, manakala Kedamaian akan kalah, manakala Parlimen dalam kedudukan 50-50.

Lima hari sebelum pembuangan undi, ternyata hanya Tempasuk dan Usukan akan dimenangi BN, manakala Kedamaian, hanya sesuatu luarbiasa berlaku, barulah Bn menang, manakala Parlimen, bersyarat, jika pengundi kaum iranun mengundi Bn, maka calon Parlimen akan menang. Dalam keadaan ini, Tan Sri Pandikar turun padang, terbukti juga, kerana sokongan pengundi Iranun, maka calon Parlimen boleh menang. Sebagai satu catitan, semasa PRU 2008, semua pusat mengundi iranun calon Bn kalah diperingkat parlimen.

Adalah suatu rahsia umum di kalangan pengundi iranun, mereka bukan tidak suka Umno atau Bn, akan tetapi calon yang dikemukakan. Mereka terpaksa menelan "anger" mereka semasa PRU-13 itu, atas sebab berkempennya Tan Sri Pandikar. Yakinlah bukan kerana pencacai iranun yang mengelilingi MP Kota Belud yang menyebabkan Iranun mengundi calon Bn, akan tetapi kerana Tan Sri Pandikar. 

Kini, anger kaum iranun tidak boleh dibendung lagi, pendirian mereka sukar ditarik balik lagi, tidak boleh menelan lagi anger mereka itu, walaupun pada PRU-14, Tan Sri Pandikar akan berkempen sekali lagi, jika calon yang sama dicalonkan.

Kemuskilan mereka, sudah memuncak, bahawa calon yang mereka terpaksa undi, kerana semata-mata mememangkannya, ternyata tidak mahu menebus kesilapan masa lalu.

Mulut tempayan boleh ditutup, akan tetapi padang bola boleh tidak boleh ditutup dengan nyiru. Tiada guna menonjolkan berbagai program seperti NBOS Kota Belud, kerana ianya merupakan satu projek yang menguntungkan kontraktor.

OKB pernah menulis berkaitan dengan Bekalan Air Bersih Luar Bandar (BALB), dalam kesimpulan penulis, bahawa pada pertengahan tahun 2013, projek bernilai RM114 juta perutukan KKLW itu akan selesai, maka berakhirnya penantian rakyat sejak merdeka, namun, hingga kini belum selesai-selasai juga.

Perangai lama berulang, keperluan rakyat tidak dipenuhi. Bayangkan sekolah agama yang dibina berdekad lamanya daripada papan, kini semakin usang, meskipun dibaik pulih dengan peruntukan yang sangat sedikit. 

Sekolah adalah tempat untuk melahirkan kebijakan dan pendidikan agar rakyat mampu keluar daripada kepompong kemiskinan dan kedaifan, namun bukan keutamaan, akan tetapi, penumpuhan kepada bidang-bidang yang tidak membawa kebaikan jangka panjang kepada rakyat. Membina perhantian bas di mana tiada bas, merupakan satu tindakan yang tidak mencerminkan pembelaan kepada rakyat.

OKB tiada maksud dendam secara peribadi dengan wakil rakyat parlimen kawasan OKB sendiri, akan tetapi OKB sebagai pengundi mahu mengutarakan suara pengundi di mana mereka tidak berpeluang mengutarakannya untuk pengetahuan para pemimpin negeri atau pusat. 

Memang dikaca TV atau surat-surat khabar bercetak, nampak sangat wakil rakyat yang mewakili Kota Belud, sangat hebat kerana mampu berdepat dengan pembangkang, terutama Lim Kit Siang, Lim Guan Eng atau Anwar Ibrahim, namun apa erti kehebatan itu, jika kawasan sendiri tidak terbela.

Benarlah kata Datuk Musa, berkerjalah melalui tindakan, bukannya melalui suara yang nyaring, seperti tin kosong.

Mungkin Musa, tidak diberi gambaran yang sebenar, apa perasaan pengundi Kota Belud. Kini, kalau diambil sampel daripada 10, 8 pengundi menaruh dendam. Takut-takut dendam itu diterjemahkan melalui undi seperti mana berlaku di kawasan Kedamaian.

Datuk Salleh Tun Said, sebagai Ketua Umno Bahagian merangkap Pengerusi Bn Kota Belud, perlu bertindak awal untuk menjernihkan keadaan, sebelum berlarutan, kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Beliau juga perlu memaklumkan kepimpinan negeri dan kalau boleh pimpinan pusat, berhubung dengan keadaan sebenar. Sama-sama kita tunggu.

Main Jackpot Lebih Utama Berbanding Madarasah

Ada seorang pemimpin lebih gemar memberi bantuan kepada pencacainya yang suka bermain jackpot, berbanding membina atau memperbaiki madarasah.

Sudah menjadi rahsia umum, bahawa pencacai yang kebetulan ada hubungan keluarga dengan seorang pemimpin yang juga berkedudukan Menteri, mendapat peluang seluas-luasnya, malah lifestyle sudah berubah, daripada hitam legam menjadi putih melepak.

Rakyat yang mengundinya terlopong, kerana janji-janji semasa pilihanraya tidak menjadi. Apa yang berubah, hanya lifestyle para pengikutnya. Berkereta mewah, menunjuk-nujuk, makan di restoran mahal-mahal, selain gambar-gambar lawatan ke luar negara.

Apabila sempat berbual dengan pencacai pemimpin ini, tiada bahan lain yang dibualkan, berapa ramai cewek yang pernah dibaham, berapa mug pernah ditegok. Satu petanda kepada kehancuran.

Apakah tindak tanduk mereka-mereka ini akan berlaku, kerana seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit. Yakinlah satu kerajaan akan tersungur kalau dipenuhi dengan keadaan di mana para pemimpinnya melanggar perintah Allah, yang sepatutya dilarang bagi mereka.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels