9 August 2015

Ahli Umno Kena Setia Dan Ikhlas Dalam Perjuangan: Musa

1. Tiada yang mampu menggugat Umno jika ahli dan pemimpin terus setia dan ikhlas dalam perjuangan.

2. Umno merupakan parti yang terus membela rakyat baik sebelum merdeka sehinggalah dalam pengisian kemerdekaan.

3. Selagi ahli dan pemimpin Umno terus berganding bahu selagi itu, parti akan terus menerima sokongan daripada rakyat jelata. Namun jika ahli dan pemimpin saling bertelagah dan saling menjatuhkan, maka ianya boleh dimanafatkan oleh pihak-pihak tertentu bagi manghacurkan parti.

4. Datuk Musa sebagai Pengerusi Umno Sabah kerap mengingat para ahli dan pemimpin Umno Sabah di semua peringkat, pejuangan kena ikhlas dan setia, agar supaya parti terus mendapat kepercayaan rakyat.

5. Sandaran kepada kesetian dan ikhlasan adalah motto perjuangan Umno Sabah, atas sebab itu, meskipun merupakan anak bungso Umno, namun Umno Sabah mendapat jolokan simpanan tetap parti pada setiap pilihanraya. Ekoran Umno merupakan tunjang kerajaan barisan nasional negeri, maka secara umumnya BN Sabah juga mendapat panggilan simpanan tetap Bn.

6. Sejak Musa menerajui Sabah bermula Tahun 2003, beliau telah mengetuai empat PRU, dan semuanya dimenangi dengan baik sekali. Hanya melalui PRU-13, komponeni BN Sabah mengalami mengalami kekalahan beberapa kerusi, sehingga pembangkang mampu mendapat 12 kerusi DUN dan 3 kawasan Parlimen. Kejayaan parti pembangkang mendapat kerusi yang begitu banyak, bukan kerana kekuatan parti pembangkang, akan tetapi akibat persepsi negatif yang dilemparkan kepada kerajaan, khususnya berkaitan keagamaan, serta tindakan tsunami kaum cina yang mahu mengubah kerajaan.

7. Kini, Musa mengambil iktibar kepada keadaan PRU-13 lalu, atas sebab itu, bagi meredakan keadaan itu, maka semua pemimpin UBN Sabah dikerahkan agar mengutama turun padang demi menyelesaikan masalah rakyat selain memperbetulkan berbagai persepsi negatif yang dilemparkan kepada kerajaan.

8. Musa mempergunakan aktiviti keagamaan seperti sambutan Hari raya dan keagamaan lain selain pesta menuai untuk rapat dengan rakyat.

9.Rungutan rakyat seperti masalah tanah diselesaikan dengan baik. Rungutan berkaitan peluang pekerjaan, maka banyak projek-projek kerajaan yang mampu mencipta peluang pekerjaan diwujudkan.

29 July 2015

Musa Sambut Baik Barisan Baru Kabinet Persekutuan

1. Sebaik sahaja Perdana Menteri mengumumkan barisan kabinet Persekutuan pada Selasa, Ketua Menteri Sabah mengeluarkan kenyataan akhbar yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

2. Menurut Musa, perlantikan barisan kabinet merupakan kuasa penuh Perdana Menteri. Atas sebab itu, mereka yang dilantik menganggotai kabinet, adalah mereka yang dirasakan oleh Perdana Menteri boleh berkerjasama dengan beliau sebagai satu pasukan.

3.Barisan kabinet bukan sahaja bertanggungjawab pada sebarang kebijaksanaan atau keputusan kerajaan akan tetapi boleh berkerjasama membangunkan negara.

4.Menurut Ketua Menteri Sabah tersebut, adalah menjadi kebiasaan mana-mana pemimpin untuk melantik sesiapa sahaja yang dilihat mampu memikul tanggungjawab bersama, di masa susah dan senang.

5.Musa berharap melalui barisan kabinet persekutuan yang baru, tindakan pergeseran antara para pemimpin dapat dinoktahkan, supaya penumpuhan kepada pembangunan negara dapat dicapai.

6. Pada masa yang sama Ketua Menteri Sabah itu mengucapkan tahniah kepada Datuk Salleh Tun Said dan Datuk Wilfred Madius Tangau kerana dilantik sebagai menteri penuh Persekutuan. 

7.Barisan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri pada Selesa merupakan barisan pemimpian Barisan Nasional sebagai persiapan menghadapi PRU-14, yang bakal diadakan pada Tahun 2018.

21 June 2015

Perkukuh Perpaduan Menerusi Amalan Mulia: Musa

1. Sempena Majlis Berbuka Puasa Zon1 (Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran) pada Sabtu di Kudat, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman mengingatkan umat islam agar terus mengukuhkan perpaduan bukan sahaja sesama kaum muslimin tetapi juga dengan penganut kepercayaan lain melalui pelbagai amalan mulia seperti bersatu hati, bekerjasama dan slaing hormat menghormati.

2. Amalan mulia ini, kata Musa, sudah menjadi budaya masyarakat Sabah yang menjadikan keamanan terus dikecapi di negeri ini.

3. Menurut Ketua Menteri tersebut, amalan tersebut akan diteruskan untuk menjaga perpaduan. Hanya melalui perpaduan yang kukuh, negeri dan negara akan senantiasa maju. Perancangan dan program yang dijalankan demi faedah rakyat akan berjalan lancar melalui perpaduan yang kukuh, tambah beliau, semasa berucap pada majlis tersebut.

4. Pada kesempatan yang sama, Musa juga berkata, sebagai kerajaan yang diterajui Umno dan Barisan Nasional, kepimpian negeri dan negara akan terus prihatin dengan kepentingan dan keperluan rakyat dengan melaksanakan yang terbaik terutama bagi menunaikan segala janji pilihan raya kepada rakyat.

5. Mengenai beberapa musibah yang melanda Sabah baru-baru ini, seperti gempa bumi, disusuli dengan banjir lumpur, Musa melahirkan kesyukuran kerana melalui kerjasama semua pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan, badan swasta serta pemimpin tempatan dan penduduk Ranau dan sekitarnya kerana dapat menangani bencana tersebut dengan baik.

6. Beliau juga berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana prihatin dan mengambil berat terhadap musibah yang menimpa Sabah khususnya kepada Perdana Menteri dan Timbalannya kerana datang melihat sendiri dan meninjau kesan gempa di Ranau.

7. Sesungguhnya menurut beliau, tiada masalah yang tidak boleh diatasi, jika terdapat kerjasama erat di semua peringkat khususnya antara Pusat dan Negeri. 

8. Sempena Majlis berbuka puasa Zon1, antara pemimpin negeri yang turut hadir, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Datuk Masidi Manjun, Datuk Nizam-Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, para Ketua Bahagian serta timbalan Umno Bahagaian Kudat, Kota Marudu, Kota Belud dan Tuaran.

16 June 2015

Penyelesaian PATI Sabah

1. Hanya melalui kepimpinan Datuk Musa Aman, diwujudkan cara penyelesaian PATI Sabah. 

2. Masalah PATI yang telah wujud berdekad lamanya, yang bermula tahun 70-an, hanya diselesaikan secara serius bermuala pada Disember 2014.

3. Ekoran dikeluarkannya temuan RCI PATI Sabah pada awal Disember 2014, Ketua Menteri Sabah mengeluar tiga keputusan drastik- MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHANTAR PULANG pati. Daripada 13 Ketua Menteri Sabah, HANYA Musa yang bertindak demikian.

4. Ketua Menteri Sabah tersebut tidak akan boleh membuat keputusan drastik seperti itu jika tidak mendapat sokongan daripada Perdana Menteri. Kerana sokongan tersebut, maka kerajaan negeri dapat memanfaatkan semua agensi persekutuan yang berkait rapat dengan penguatkuasaan.

5. Mengatasi PATI tidak semudah digambarkan, kerana masalah parti sudah berakar umbi. Sebagai contoh, penculikan di Sabah dikatakan mempunyai hubungkait dengan PATI dan orang tempatan yang bertindak sebagai sindiket bermotifkan kewangan.

6. Kewujudan ESSZONE/ESSCOME tidak akan berfungsi dengan baik jika tidak mendapat kerjasama semua pihak, termasuk rakyat dan para pemimpin politik.

13 June 2015

Bangunan Di Sabah Perlu Quake-Proof: Musa

1. Mengambil iktibar gempa bumi yang melanda Sabah pada 5 Jun yang mengakibatkan kerosakan harta benda, Ketua Menteri Sabah menyeru sektor pembinaan agar mempertimbangkan membina perumahan dan bangunan di Sabah pada masa akan datang perlulah kebal gegaran gempa bumi.

2. Sabah kini sudah termasuk kawasan gegaran, walaupun sebelum ini berada di luar lingkaran Ring Of fire (ROF).

3. Gegaran gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Ritcher pada pagi jumaat 5 Jun, bukan sahaja menyebabkan banyak rumah dan bangunan retak, akan tetapi memyebabkan kematian terhadap 14 pendaki dan 4 malim yang sedang berada di Gunung Kinabalu.

4. Gegaran berlaku lagi 2.29 pagi 13 Jun berukuran 5.1 pada skala Ritcher. Kerosakan sedang dikaji oleh pihak berkuatkuasa.

11 June 2015

Gempa Bumi Sabah: Sabah Berkabung Sehari

1. Musibah atau malapetaka alam, tiada siapapun manusia boleh mencegahnya, apatah lagi gempa bumi.

2. Sabah dilanda gempa pada pagi Jumaat 5 Jun jam 7.15.51 pagi, di mana kawasan peranginan Gunung Kinabalu di landa teruk, bukan sahaja kerosakan harta benda, akan tetapi melibatkan 18 mangsa.

3. Taman Kinabalu, di mana Gunung Kinabalu berlokasi mengalami kerosakan teruk, sehingga memerlukan berjuta untuk membaiki pulih dan memberishkan kawasan itu agar bersedia menerima kembali pelawat.

4. Gunung Kinabalu, merupakan tarikan pelancong merata dunia, termasuk penduduk tempatan.

5. Gunung tertinggi di Asia tersebut, julung kali diterpa gempa yang mengakibatkan korban nyawa.

6. Mendengar berbagai cerita, mereka yang terperangkap semasa gempa, cukup mengerikan, sehingga sukar digambarkan dengan kata-kata. Malah mereka yang terselamat, merasa hidup kembali.

7. Mengingat kepada bencana alam semulajadi melanda Sabah tersebut, Ketua Menteri Sabah mengistiharkan hari berkabung pada Isnin 8 Jun untuk menggambarkan betapa sedihnya rakyat Sabah.

10 June 2015

Gempa Bumi Sabah: Mempamirkan Ketokohan Musa

1. Sebaik sahaja gempa itu berlaku pada pagi Jumaat 5 Jun, Datuk Musa selain sebagai Ketua Menteri Sabah, juga pengerusi Keselamatan Sabah, membuat tindakan pantas.

2. Tindakan beliau mengumumkan cuti bagi semua kakitangan kerajaan kawasan Ranau, bertujuan agar semua pihak yang terlibat tidak perlu ke pejabat, sebaliknya berpeluang membantu impak kepada gegaran tersebut. Selain itu, beliau memerintahkan agar Ahli Jawatan Kuasa Bencana Negeri diaktifkan, agar segala bantuan yang diperlukan boleh digerakkan bagi membantu mangsa atau sesiapa sahaja yang terkena impak kepada gegaran gempa tersebut.

3. Juga, kerana berlakunya kematian akibat gempa tersebut, Musa mengumumkan hari Isnin 8 Jun sebagai hari berkabung bagi Sabah, tanda turut berdukacitanya seluruh rakyat Sabah.

4. Ketokohan Musa, bukan sahaja dikunjungi Timbalan Perdana Menteri akan tetapi juga oleh Perdana Menteri, selain para pemimpin lain termasuk daripada Sarawak.

5. Melihat kepada akibat gempa tersebut, semua pihak bertungkus lumus, menyalurkan berbagai bantuan, baik tenaga mahupun harta benda. Sebagai bukti kepada semua itu, tabungan yang diwujudkan mengalir bantuan-bantuan daripada orang ramai.

6. Tanpa berlengah, bagi membantu para mangsa, bantuan segera disalurkan, malah Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi kerja-kerja membaik pulih dan pembersihan kawasan peranginan Taman Kinabalu.

5 June 2015

Gempa Bumi Sabah: Musa Bertindak Cepat

1. Gempa bumi yang melanda Sabah pada jam 7.15.51 pagi 10km Barat Laut Ranau Sabah di kedalaman 80km, telah mengeggarkan kawasan Pantai Barat Sabah daripada Kudat hingga ke Beufort.

2. Selepas sahaja kejadian tersebut, Ketua Menteri Sabah telah bertindak cepat, pertama mengumumkan cuti bencana bagi Kakitangan Kerajaan bagi kawasan Ranau, kedua telah mengarahkan pengaktifan Jawatankuasa Bencana Alam negeri,

3. Melalui tindakan cepat tersebut, beliau bertukar-tukar tweet dengan Menteri Pertahanan Dato Hishamuddin Hussien dan Dato Masidi Manjun, berkaitan bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada para pendaki Gunung Kinabalu yang terperangkap.

4. Sehingga tulisan ini ditulis, masih 89 pendaki gagal dikesan, namun pihak Majlis Keselamatan Negara yang diketuai Brig Jeneral Masrani sedang bertungkus lumus mengesan para pendaki tersebut dengan menggunakan berbagai aset termasuk Helikopter EC735 yang mampu digunakan dalam keadaan ekstrim.

5.Tindakan cepat Ketua Menteri mendorong berbagai pihak juga bertindak cepat, termasuk pasukan keselamatan dan bomba.

6. Gegaran pagi Jumaat yang berkekuatan 6 pada Richter Scale telah mengakibatkan gegaran kuat termasuk merosakan harta benda di sekikar kawasan pusat gegaran.

28 May 2015

Dato Rahman Mahu Ramai Anak Watan Sabah Di Lantik Di Peringkat Persekutuan

Mohammad, Rahman dan Perdana Menteri
1. Salah satu isu yang melanda rakyat Sabah sekian lama, adalah kurangnya anak watan Sabah dilantik di peringkat Persekutuan. Ekoran daripada itu, sejak Tahun 1994, secara perlahan-lahan agensi-agensi Persekutuan di Sabah melantik anak watan Sabah.

2. Jabatan Pelajaran misalnya, kerap diketuai oleh bukan anak watan Sabah, namun sejak BN menerajui Sabah bermula Tahun 1994, Pengarah Pelajaran Sabah diberikan kepada anak watan Sabah.

3. Selepas itu, Jabatan Pendaftaran, diikuti Naib Censelor Universiti Malaysia Sabah (UMS), kemudian Jabatan Imigresen dan terakhir Jabatan Kastam DiRaja Malaysia.

4. Namun, di peringkat Ketua setiausaha Kementerian (KSU) hanya berlaku pada bulan Mei 2015, apabila Datuk Mohammad Mentek dilantik di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

5. Perlantikan Mohammad, bukan kerana politik, akan tetapi berasaskan merit serta kekanan beliau.

6. Atas perlantikan Mohammad, salah seorang pemimpin yang paling gembira adalah Dato Rahman, kerana atas kapasiti beliau sebagai Setiusaha Barisan Nasional Sabah, AMT Umno serta sebagai Menteri Penuh Kabinet Persekutuan, setidak-tidaknya telah menjawab berbagai rungutan akar umbi di Sabah, kononnya rakyat Sabah tidak diberi peluang di peringakat Persekutuan.

7. Barang diingat, perlantikan KSU bukan atas kapasiti Menteri, akan tetapi perlantikan itu ditentukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara.

8. Setidak-tidaknya rekod di buat di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerana julung kalinya pemimpin Sabah dilantik pada Kementerian itu, kemudian KSU pertama daripada Sabah juga dilantik pada Kementerian yang sama.

9. Melihat kepada perlantikan Mohammad Mentek, diharapkan tidak akan berhenti di situ, akan tetapi akan diikuti perlantikan-perlantikan berikutnya.

10. Setengah pihak melihat perlantikan Mohammad atas sebab politik, tidak lah benar, kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas. 

11. Mohammad pernah menjadi Pengarah Intan Sabah sekian lama, sebelum dilantik sebagai Pengarah Imigrtesen Sabah dan kemudian sebagai Pengarah Esscom yang pertama.

27 May 2015

Bukti Kepimpinan Musa Dihargai Putrajaya

1. Sejak Sabah Merdeka melalui Persekutuan Malaysia, belum pernah anak watan Sabah dilantik sebagai Ketua Setiausaha sebuah Kementerian Persekutuan.

2. Badi itu tercantas pada 22 Mei 2015, apabila anak watan Sabah asal Semporna- Datuk Mohammad Mentek dilantik sebagai KSU Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, di mana kebetulan menterinya juga seorang anak watan Sabah MP Kota Belud Dato Abdul Rahman Dahalan.

3. Perlantikan Mohammad, telah mengikuti perlantikan Naib Censelor Universiti Malaysia Sabah, Pengarah Imigresen, Pengarah Kastam DiRaja Malaysia, Pengarah Pendaftaran dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah, di mana kesemuanya dijawat oleh anak-anak watan Sabah.

3. Musa dalam perundingan untuk mendapatkan kedudukan bagi anak-anak watan Sabah, jarang menguar-uarkan cara beliau, namun, sebarang tindakan beliau mencipta rekod.

4. Rekod juga dicatat Musa dalam pentadbiran negeri, apabila membentangkan bajet untuk Sabah melepasi angka RM4bilion, untuk dua tahun berturut-turut Tahun 2013 dan 2014. Jika pada Tahun 2015 tidak berlaku penurunan harga minyak, sudah tentu bajet Sabah akan kekal pada angka tersebut.

5. Di bawah pemerintahan Musa juga, untuk julung kalinya Sabah diwakili 6 Menteri Persekutuan, 4 Timbalan Menteri serta jawatan Speaker dan Timbalan Speaker daripada Sabah.

6. Oleh kerana kepimpinan Musa dihargai di peringkat pusat, selain mendapat sokongan daripada Perdana Menteri, maka Sabah menikmati semua itu, yang seharusnya telah dicapai sebelum ini.

7. Melihat kepada keadaan ini, rakyat Sabah sebenarnya sangat beruntung dipimpin seorang Ketua Menteri yang membela rakyatnya, dan juga seorang Perdana Menteri yang mendengar degup jantung rakyat Sabah.

8. Perlantikan Mohammad akan membantu merealisasi program-program Kementerian yang dicetuskan Oleh Rahman, amnya untuk Sabah dan khususnya untuk Kota Belud.

26 May 2015

Kenapa Geran Komunal Diperkenal?

1. Sebaik sahaja dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 2003, Datuk Musa Aman mengambil tindakan drastik, tidak meluluskan sebarang permohonan tanah. 

2. Asas kepada tindakan beliau itu, adalah telah hilangnya 1.4 juta hektar tanah yang diberikan kepada rakyat, kerana tanah-tanah tersebut telah dijual.

3. Musa memikirkan, jika tiada mekanisme baru diperkenal, besar kemungkinan sebahagian tanah Sabah akan dimiliki orang lain, malah bakal menyedihkan, apabila orang-orang kampung terusir daripada kampung halamannya sendiri.

4. Masalah pendudukan haram tanah kerajaan oleh rakyat, bukan kerana mereka itu tidak bertanah, akan tetapi tanah yang telah diberikan, telah dijual. 

5. Untuk mengelak pendudukan tanah kerjaan secara haram, maka kerajaan negeri memperkenalkan geran tanah komunal, di mana tanah tersebut boleh diwarisi turun temurun, kerana status tanah itu tidak boleh berpindah milik aka tidak boleh dijual.

6. Tanah merupakan aset penting dalam pembangunan rakyat, tanpa tanah, maka terlalu sukar membangun rakyat dalam semua aspek.

7. Pandangan jauh Musa, setidak-tidaknya menjamin agar rakyat negeri ini mempunyai tanah, setidak-tidaknya untuk tapak rumah.

8. Melalui geran tanah komunal, ianya mudah diusahakan kerana tidak dipisah-pisahkan. Generasi akan datang boleh memajukan tanah tersebut melalui sistem koperasi atau sebagainya.

15 May 2015

Wang Tebusan: Penggalak Penculik Rentas Sempadan

1. Untuk kesekian kalinya, sempadan Pantai Timur Sabah berjaya dibolosi oleh penculik rentas sempadan. Hanya dua bulan lalu, seorang anggota polis, berjaya dibebaskan, walaupun tiada kenyataan berkaitan wang tebusan.

2. Penculik tidak pernah meminta atau membuat kenyataan berkaitan politik, yang kita dengar hanya berkaitan dengan wang tebusan.

3. Memang berkali-kali pihak Malaysia menafikan, apabila mangsa culik dibebaskan, tidak pernah menyebut bayaran wang tebusan, sebaliknya memberi penghargaan kepada pasukan keselamatan kerana berjaya membebaskan mangsa tanpa syarat.

4. Semalam di Restoran Ocean King Sandakan, dua orang rakyat Sabah diculik lagi. Dalam operasi menculik itu, ternyata penculik begitu berani, tanpa memakai topeng, lagipun keadaan restoran yang ramai dengan pelanggan. Perbuatan menculik itu, hanya mengambil masa satu minit, menggambarkan bagaimana profesionalnya para penculik.

5. Semasa menculik tersebut, seolah-olah penculik sudah tahu target mereka, ertinya, kecurigaan bahawa terdapatnya kerjasama dengan orang dalam mempunyai kerbarangkalian yang tinggi.

6. Penculikan pada waktu malam, hanya boleh dilakukan oleh mereka yang benar-benar mahir dengan keadaan persekitaran. 

7. Meskipun pihak keselematan digerakkan dengan cepat, dan membawa perintah, menahan dan penculik, namun sehingga kini (lebih 20 jam) belum ada maklumat kejayaan operasi keselamatan itu.

8. Nampaknya aset yang ditumpukan di Pantai Timur Sabah dan kos operasi yang beratus juta, belum mampu menghalang penculik rentas sempadan.

9. Menteri dalam negeri- Dato Zahid Hamidi mengesaki, bahawa penculikan di Sandakan itu didalangi dua beradik rakyat Filipina Milson Muktadil (30) dan abangnya Badong@ Admil Muktadil (40).

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels