5 September 2021

JIWA BESAR TAN SRI MUHIYIDDIN YASSIN


Tan Sri Muhiyiddin Yassin memberi tauladan, seorang mantan Perdana Menteri, sanggup berkhidmat semula sebagai menteri selepas melepaskan jawatan.

Menerima jawatan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf menteri, memperkuat lagi pengertian tugas seseorang menteri bukan untuk mengurus manusia atau rakyat secara fizikal, akan tetapi untuk merangka, mengubal dan melaksanakan polisi dalam bidang-bidang yang difikirkan perlu oleh sesebuah negara.

Perlantikan sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) selain melaksanakan halatuju kerajaan yang berorentasikan hasil demi Keluarga Malaysia, juga berperanan seperti mana yang tanggungjawab seorang menteri.

Sebagai Pengerusi bertaraf menteri, yang menghimpunkan berbagai idea daripada anggota majlis yang dianggotai berbagai pihak termasuk pembangkang dan teknorat, maka boleh dibentangkan menerusi mesyuarat kabinet, dan seterusnya, jika cadangan-cadangan dipersetujui, maka dijadikan polisi untuk dilaksanakan.

Jika perlantikan tersebut tidak sambut positif pihak pembangkang, termasuk penganalisis politik pro mereka, mengsahkan, bahawa mereka itu, hanya tahu mengeritik, tidak dapat mengenal sebutir kebaikkan pun, tidak dapat mengenal kelebihan orang lain, kerana itu lah erti tin kosong, nyaring sahaja bunyi.

4 September 2021

SAWIT KINABALU BAYAR RM10 JUTA DIVIDEN INTERIM DAN SUMBANG RM10 JUTA PADA TABUNG COVID-19 SABAH


YAB Datuk Seri Hajiji Haji Noor  pada Jumaat, bagi pihak Kerajaan Negeri, telah menerima RM10 juta bayaran Dividen Interim dan RM10 juta sumbangan pada dana Covid-19 Sabah daripada Sawit Kinabalu.

Swait Kinabalu, adalah syarikat berkaitan kerajaan yang secara konsisten membayar dividen kepada kerajaan negeri. Secara kumulatif syarikat tersebut telah membayar RM1.2bilion sejak ditubuhkan 25 tahun lalu.

Pada April lalu, Ketua Menteri menghimbau syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan juga swasta, agar ikut serta membantu rakyat yang terkena kesan pandemik Covid-19.

Impak Covid-19, bukan sahaja pada kesihatan, akan tetapi memberi kesan yang cukup teruk terhadap pendapatan rakyat.

Sumbangan Sawit Kinabalu pada tabung Covid-19, sekurang-kurangnya mengurangkan beban kerajaan dalam soal-soal bantuan bakul makanan, atau pun keperluan barisan hadapan seperti PPE, pelitup muka dan sarung tangan.

Diharapkan sumbangan Sawit Kinabalu, akan menjadi ikutan syarikat-syarikat lain dalam masa terdekat.

2 September 2021

KETUA MENTERI TERIMA SUMBANGAN BAGI PIHAK BARISAN HADAPAN

 


Ketua Menteri Sabah- Datuk Hajiji Haji Noor pada Khamis, di Pejabat Ketua Menteri, Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), Teluk Likas, Kota Kinabalu telah menerima sumbangan daripada Persekutuan Industri Sabah sebanyak 1000 kotak pelitup muka jenis KN95, dan juga menerima sumbangan PPE, pelitup muka dan sarung tangan daripada Malaysia-China Chamber of Commerce (MCCC).

SFI diwakili Datuk Harun Ismail, manakala MCCC oleh Michael Lim.

Hajiji dalam ucapan ringkasnya, mengalu-alukan sumbangan, sokongan dan dokongan daripada semua pihak termasuk syarikat-syarikat dalam usaha memerangi pandemik covid-19.

Sumbangan seperti PPE, pelitup muka dan sarung tangan, ada lah keperluan utama barisan hadapan yang sangat penting.

27 August 2021

COVID-19 SABAH: ASAS KEBIMBANGAN SHAFIE?


DATUK Shafie Apdal merujuk pada jumlah jangkitan harian negeri Sabah yang konsisten 4 angka sejak awal Ogos, 2021.

Jika melihat pada data, angka 3,000 atau lebih memang cukup tinggi. Jika diteliti kategori pesakit, kurang 2% yang dimasuk ke hospital untuk rawatan, manakala selebihnya hanya perlu kurantin.

Perlu disedari, virus covid-19 sudah berada di tengah-tengah komuniti, sebab itu lah mustahaknya mengamalkan SOP.

Data pesakit positif, purata 40% daripada kontak rapat, hampir seimbang dengan jangkitan sporadik, manakala bakinya adalah jangkitan kluster.

Berasaskan kehadiran virus yang sudah tersebar luas, cara mencegahnya, selain program vaksinasi, juga mengamalkan SOP yang ketat.

Diakui, kadar vaksinasi Sabah agar perlahan, bukan kerana kerajaan tidak komited, akan tetapi pada awal pelaksanaan PICK, kerajaan yang bersandar pada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang telah ditetapkan, sesuai dengan jumlah penduduk yang mendaftar menerusi MySejahtera atau keadah lain yang disediakan oleh kerajaan.

Oleh kerana sambutan pendaftaran secara atas talian yang kurang memberangksangkan, maka bermula pada Jun, 2021, kerajaan memperkenalkan OUTREACH dan memperbanyak PPV termasuk PPV bergerak (MOVAK).

Pada mulanya, sasaran inokulasi harian adalah 30,000. Oleh kerana pendekatan agresif Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), inokulasi harian bukan sahaja melepasi sasaran, malah mencapai 62,365 suntikan pada 18 Ogos.

Pendekatan agresif JKNS khususnya melalui OUTREACH, agak terbantut, kerana kedatangan bekalan vaksin mengalami penjadualan, ekoran “outbreak” di Lembah Klang, WP Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan WP Labuan.

Dakwaan Shafie bahawa kerajaan negeri kurang komited melaksanakan PICK, dikeluarkan, untuk mengambil peluang, kejadian diluar perancangan.

Untuk makluman Presiden Warisan tersebut, komitednya kerajaan negeri melaksanakan PICK, apabila membuka hampir 100 PPV di seluruh negeri, termasuk PPV yang dikendalikan oleh UMS, selain melayan penduduk yang telah mendaftar, juga membuka “walk-in”. Selain itu, pembukaan PPV di SICC, yang melibatkan kakitangan syarikat swasta, juga salah satu pendekatan kerajaan mempercepat pelaksanaan PICK.

Mungkin Shafie, pura-pura lupa, halangan utama penduduk yang layak tidak mendaftar untuk tujuan vaksinasi, kerana impak hasutan pemimpin Warisan sendiri, semasa kempen PRN-16, yang memperdaya rakyat, bahawa Covid-19 itu hanya sandiwara kerajaan, dan yang paling malang lagi, bahawa ancaman virus tersebut, tidak benar.

Kerana impak daripada hasutan tersebut, kerajaan menerusi berbagai cara, terpaksa memujuk, memberi penerangan kepada penduduk, tentang pentingnya mereka divaksin.

Kepada Presiden Warisan tersebut, jangan bimbang, kerajaan negeri dengan berbagai cara, terus komited, menjelang Oktober, sekurang-kurangnya, 50% penduduk yang layak lengkap divaksin. Sasaran tersebut kemungkinan besar dilangkaui, kerana vaksin CanSino sudah digunapakai. Vaksin Cansino, hanya memerlukan 1 Dos, berbanding vaksin-vaksin yang digunakan sebelum ini pfizer dan Sinovac.

25 August 2021

VAKSINASI SABAH: JADIKAN MOVAK KEUTAMAAN


JADIKAN vaksinasi mobil (MOVAK) keutamaan, sebagai kaedah mempercepat jangkauan program PICK bagi Sabah.

Untuk menyokong kaedah ini, pastikan bekalan vaksin sentiasa mencukupi.

Memerhatikan jumlah jangkitan harian Sabah, memang membimbangkan, namun, jika ianya diiringi dengan kelajuan pemberian vaksin, jumlah jangkitan akan menurun dengan sendirinya.

Walaupun jumlah jangkitan sudah melepasi 3 ribu, dan konsisten 4 angka sejak awal Ogos, akan tetapi, sebahagian besar adalah terdiri daripada tahap 1 dan 2, yang tidak memerlukan rawatan di hospital.

Sebenarnya, tidak pasti, apa kah punca, jumlah vaksin yang dihantar ke Sabah, rendah berbanding keupayaan pusat pemberian vaksin (PPV) termasuk MOVAK, sedangkan Sabah ada lah punca gelombang ke-2 peningkatan jangkitan di negara ini, impak kepada PRN-16 Sabah pada September tahun lalu.

Jika dibandingkan dengan negeri jiran, Sarawak, bekalan vaksin Sabah cukup rendah berbanding penduduk yang layak. Namun, sejak akhir-akhir ini, bekalan vaksin, sudah selari dengan jadual pemvaksinan. Walaupun demikian, MOVAK perlu dijadikan keutamaan memandangkan topografi Sabah.

Kedatangan vaksin 1 dos, CanSino, pergunakan untuk MOVAK, dengan kadar segera, supaya, negeri cepat mencapai imuniti kelompok.

Imuniti kelompok dikatakan terwujud, jika sekurang-kurangnya 80% penduduk yang layak telah diberi vaksin lengkap.

23 August 2021

APA JADI DENGAN KAKITANGAN AWAM SABAH?


NAMPAKNYA, kakitangan awam Sabah, tidak cepat menyesuaikan cara kerja dalam suasana norma baharu, sehinggakan Ketua Menteri terpaksa mengetuk pintu pejabat mereka.

Kelembaban mengurus projek-projek pembangunan, bukan kerana ketiadaan peruntukan, akan tetapi, kerja-kerja tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual, kerana mungkin pihak pelaksana tidak bersedia melaksanakannya.

Memang Covid-19 menjadi kambing hitam terbantutnya pelaksanaan projek-projek kepentingan rakyat.

Jika kakitangan awam kerajaan, cepat menyesuaikan diri dengan norma baharu, tidak akan timbul kelambatan, kerana, era sekarang, ada lah era teknologi, yang memungkinkan setiap manusia, setiap masa dan di mana sahaja, boleh berkomunikasi atau berhubung, walaupun bukan secara fizikal.

Sepatutnya, kakitangan awam lah yang perlu mendahului masa, bersedia setiap masa, jika mereka daripada awal sedar, dan seterusnya proaktif dengan perkembangan semasa, termasuk perkembangan teknologi.

Bukan cerita baharu, jika kakitangan awam (bukan semua), kurang minat berkaitan dengan perubahan, mereka, mahu kekal dengan cara lama, yang berpandukan minit atas minit, fail atas fail, secara fizikal, sedangkan cara demikian, sudah lapok dan ketinggalan.

Mereka masih gemar bersembunyi di belakang pintu, masih mengamalkan, pintu sentiasa tertutup dan ada yang sentiasa berkunci.

Teguran Ketua Menteri, ada lah tepat masanya, apatah lagi diiringi, dengan amaran, bahawa tindakan tegas bakal diambil, jika mereka melambatkan pelaksanaan projek-projek yang berkaitan rakyat, apa tah lagi, jika projek-projek seumpama itu, dijadikan isu politik, yang boleh menjejaskan kredibilti dan imej kerajaan.

Diharapkan, teguran Ketua Menteri tersebut, adalah teguran pertama dan terakhir. Selepas ini, diharapakan semua kakitangan awam Sabah perlu berusaha bukan sahaja proaktif, tetapi bertindak lah mendahului masa.

PPN WARISAN KERAJAAN PN TANGANI KRISIS KESIHATAN & EKONOMI


SALAH satu nilan ambang PPN adalah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Bersasaskan data, PICK dilandasan betul, dan memenuhi sasaran pengwujudan imuniti kelompok.

Kejayaan hanya tertangguh, dan tiba masanya, kita semua akan merayakannya.

Jangan dengar, hujah para pemimpin yang terdesak dan kecewa, kononnya, rakyat akan mempersalahkan Perdana Menteri ke-9, jika melawan Covid-19 mengalami kegagalan.

Dalam ucapan sulung Perdana Menteri, beliau menekankan strategi melawan covid-19 menerusi PPN akan diteruskan, dan jika perlu ditambah baik.

Kejayaan PPN sudah dibuktikan di Wilayah Persekutuan Labuan, dan kini, menampakkan hasil di Lembah Klang dan Putrajaya serta Negeri Sembilan, apabila Rt sudah berada di bawah satu. Kadar kebolehjangkitan di wilayah-wilayah tersebut, kerana peratusan PICK di atas 70% vaksin lengkap.

Selagi PICK berjalan lancar, dan rakyat yang anti vaksin, bersedia menerima vaksin, maka kemenangan akan tiba jua akhirnya.

Melawan virus pembunuh ini, hanya menerusi pemvaksinan seluruh penduduk yang layak. Kerana menerusi cara itu sahaja, setiap rakyat selamat kerana dilindungi. Tiada seorang pun selamat, melainkan semua mesti selamat.

Apabila rakyat selamat, maka aktiviti ekonomi akan kembali normal. Dan tidak ketinggalan aktiviti sosial juga akan berjalan seperti biasa.

Walaupun secara umumnya, PICK berada pada landasan betul, akan tetapi, ada juga negeri-negeri yang masih ketinggalan. Negeri Sabah misalnya masih tercorot, apabila 51.7% penduduk menerima dos 1, manakala 29.3% penduduk lengkap 2 dos.

Sabah, telah lebih seminggu terdapatnya jangkitan harian konsisten 4 digit, menghampiri 3,000.

Memandangkan keluasan negeri, maka kepadatan penduduk, bukan isu, tetapi, jangkitan tinggi, ertinya, virus benar-benar berada di tengah-tengah komuniti.

Di lokaliti penulis, sudah dua kali diadakan PKPD, namun, jangkitan jika berpandukan hotspot MySejahtera, masih berlegar-legar pada 2 digit. Dalam radius 1 km, tiada kawasan yang selamat, kerana kebanyakkan kawasan ada jangkitan 3 digit.

19 August 2021

KERAJAAN PN2.0


KERAJAAN PN2.0 agak jelas strukturnya, berbanding PN1.0, walaupun mempunyai komposisi sokongan yang sama.

PN1.0 yang dipimpin Tan Sri Muhiyiddin Yassin merupakan kerajaan PN Plus, manakala PN2.0 adalah kerajaan BN, PN, GPS dan PBS.

Sangat jelas, kebarangkaian, politik negara ini, menunju ke arah sistem dua parti.

Umno sebagai peneraju kerajaan baharu, perlu mengakui, kewujudan kerajaan PN1.0 dan PN2.0 adalah daripada komposisi parti yang sama, ertinya, menunjang kepada pengwujudan sistem dua parti dalam negara ini.

Selain itu, penolakkan PH, Warisan dan Pejuang terhadap tawaran Tan Sri Muhiyiddin berkaitan kerajaan sokongan bi-partisan, juga pendorong ker arah sistem tersebut.

Terletak pada bahu, Datuk Ismail Sabri, apa kah mampu, mengubah pendirian Umno, untuk merealisasikan kewujudan sistem dua parti dalam negara ini.

Sistem dua parti, memudahkan rakyat memilih, seperti mana yang digunapakai di Amerika, samada Demokrat atau Republikan.

Senario politik negara, ada lah dirasakan, hanya menerusi kerjasama berbagai parti sahaja dapat mengumpulkan sejumlah kerusi yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan.

Contoh paling dekat, adalah keputusan PRN-16 Sabah.

Dalam pilihan raya Sabah tersebut, tiada mana-mana parti secara bersendirian boleh membentuk kerajaan, melainkan gabungan antara parti-parti.

Kerajaan PN2.0 adalah, ada lah pembuka jalan kepada pemerintahan sistem dua parti. Menerusi sistem tersebut, maka dapat pengwujudan kestabilan politik. Dengan adanya kestabilan politik, maka kerajaan yang memerintah dapat menumpukan sepenuh masa untuk memajukan rakyat dan membangun negara.

PM-9: APA HARAPAN RAKYAT?


HAMPIR pasti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal dipilih sebagai Perdana Menteri ke-9, Perdana Menteri ketiga sejak Mei, 2018.

Apa harapan rakyat? Dalam masa setahun setengah atau kurang sebelum parlimen bubar?

Tiada magic yang boleh dilakukan, hanya mungkin, apabila Program Imunisasi Caovid-19 Kebangsaan (PICK) berjaya memvaksinasi keseluruhan penduduk yang layak, maka dapat membantu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menerusi PPN, telah dikenal pasti, fasa-fasa atau keadaan membuka aktiviti ekonomi dan sosial.

Impak krisis kesihatan, ada lah pengalaman buruk yang dialami rakyat, bukan sahaja memberi kesan pada kehidupan harian, akan tetapi jauh daripada itu.

Perdana Menteri yang mengharungi tiga krisis serangkai-krisis kesihatan-krisis ekonomi-krisis ekonomi, terpaksa mengalah, bukan kerana lari daripada tanggungjawab atau bebanan tugas, akan tetapi terpaksa tunduk pada sistem demokrasi.

Selang beberapa jam daripada sekarang, kerajaan baharu, bakal dibentuk, menangani krisis tiga serangai yang belum selesai.

Melihat senario yang melanda rakyat dan negara, sepatutnya, masa tidak terbuang, hanya memenuhi karenah ahli-ahli politik, yang tidak menyumbang manafaatkan kepada rakyat dan negara.

Perbuatan mereka, telah membuka kelemahan mereka di mata rakyat negara ini.

Kekecohan yang berlaku, walaupun selesai, akan tetapi, tiada perubahan yang jitu, yang boleh menyebabkan keadaan tidak berulang.

Tidak pasti, akan bila kah, kekecohan sebegini akan dinoktahkan, sebabnya kekecohan ini, sebenarnya ada lah bibit-bibit PRU-12, dan puncakya pada PRU-14. Selagi, tiada kuasa 2/3 daripada mana-mana parti politik, seperti mana sebelum ini, tiada jaminan kekecohan yang bermula awal bulan ini dan puncaknya pada 16 Ogos tidak akan berulang.

Apa pun, diharapkan, baki penggal parlimen ke-14 ini, dapat diurus dengan baik oleh pentadbiran negara yang baharu yang diterajui PM yang baharu, khususnya menjayakan PPN, sebelum kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat baharu.

HASRAT SHAFIE GUGAT KERAJAAN GRS TERBANTUT


SEJAK kalah dalam PRN-16 Sabah September tahun lalu, Shafie bersama rakan-rakan beliau dalam Warisan Plus, tidak henti-henti mengatur strategi, memujuk Umno berpaling tadah, dan sebaliknya memilih mereka untuk membentuk kerajaan baharu.

Alang kah gembiranya mereka, apabila Datuk Bung Moktar Radin bersama Mohammad Alamin, terlibat menjatuhkan Perdana Menteri dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Keadaan begini lah yang mereka tunggu-tunggu, Umno dan Bersatu berpecah. Bagi mereka, kenyataan Umno Sabah kekal bersama GRS, hanya kenyataan politik, kerana apabila di Persekutuan, berlaku penjajaran politik baharu antara Umno dan PH Plus, maka Umno Sabah tiada pilihan, melainkan memilih kerajaan negeri sehaluan dengan kerajaan pusat.

Kini, walaupun kerajaan baharu persekutuan belum diketahui, tetapi, sudah boleh diramal, atas sebab harapan Shafie akan ada kerjasama antara Umno dan PH plus tidak berlaku.

Walaupun kerajaan baharu yang bakal dibentuk, bukan perubahan politik atau penyelesaian politik, tetapi hanya penyelarasan pentadbiran, tetapi jelas, telah menghalang niat Shafie dan pemimpin Warisan.

Shafie dan Warisan teruja sangat mendapatkan kuasa menerusi pintu belakang, kerana mereka sedar, mereka tidak akan mendapat mandat daripada rakyat.

Pada PRU-14, Shafie dan parti beliau gagal mendapat mandat, akan tetapi kerana khianat 6 ADUN Bn, Shafie dapat merampas kerajaan.

Pada PRN-16 Sabah, sebelum kerajaan GRS membentuk kerajaan, Shafie cuba mempengaruhi PBS untuk berkerjasama dengan mereka, membentuk kerajaan. Menurut hemat Shafie, pemimpin PBS itu seperti pemimpin UPKO. Shafie tersilap besar.

Pergolakan politik tanah air akan berterusan, sehingga lah parlimen dibubar.

Kerajaan Persekutuan yang bakal dibentuk, hanya untuk meneruskan Pelan Pemulihan Negara (PPN) agar rakyat terkeluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi.

Walaupun kerajaan yang bakal dibentuk, semacam klon daripada kerajaan yang tumbang, harap-harap isu kerajaan yang mempunyai majoriti paling tipis di dunia, tidak dibangkitkan oleh orang-orang yang sama, kerana tersangat jelas, kerajaan yang bakal dibentuk, bukan kerajaan yang telah menyelesaikan krisis politik, tetapi hanya berkisar pada pergantian nahkoda.

Bagi Shafie and the gang, stop dulu angan-angan membentuk kerajaan pintu belakang, kerana tidak akan belaku dalam masa terdekat.

Kerajaan GRS, adalah kerajaan yang diberi mandat rakyat. Mana-mana parti yang cuba mengkhianatinya, akan dikuburkan oleh pengundi pada pilihan raya.

18 August 2021

KERANA FAKTOR ANWAR- AHLI PARLIMEN EX PN BERTAUT

ABAH tumbang, kerana 15 ahli parlimen Umno yang diketuai Presiden dan mantan Presiden. Itu lah fakta yang bakal dicatit dalam sejarah politik tanah air.

Kini, semua ahli parlimen ex Perikatan Nasional (PN) bertaut semula, kerana faktor Anwar.

Faktor Anwar menjadi unsur kesepakatan antara parti-parti ex kerajaan PN, hanya kerana, Anwar disokong DAP.

Dua parti yang ada pengalaman bersama DAP, selain Bersatu, adalah PAS. Bersama DAP, sama dengan menyimpan singa dalam rumah.

Iktibar apa yang dapat dipelajari pada kejatuhan Abah? Hanya satu, sifat kepimpinan yang menerima takdir. Kepimpinan Bersatu, sekali lagi membuktikan, apabila hilang kedudukan, tidak melatah, tidak memberontak, sebaliknya, terima hakikat, jika pernah disokong, maka tiba masanya menyokong pula.

Apabila Umno menamakan Naib Presiden parti itu- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mantan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan PN, Bersatu menyokong sebulat suara, termasuklah Presiden yang tersingkir daripada jawatan Perdana Menteri.

Kepimpinan yang ditunjukkan pemimpin Bersatu, menunjukkan kesetiaan, pada pihak yang sepatutnya perlu setia. Memang, Bersatu ada rekod, lari daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dibentuk bersama DAP. Lari bukan tidak setia, akan tetapi, kesetiaan yang membawa mudarat kepada ummah, lebih banyak keburukkannya, dan lebih berdosa.

Jika pemimpin Bersatu itu ada dendam, boleh sahaja menyokong Anwar. Anwar hanya perlu sokongan 6 ahli parlimen, untuk mendapat sokongan majoriti. Tetapi, ianya tidak berlaku. 31 ahli parlimen parti itu, kekal mendokong sebuah kerajaan Melayu/bumiputera.

Kata orang, “Facts speak louder than words”.

ISMAIL SABRI YAAKOB BAKAL DILANTIK PM-9


Ahli Parlimen Bera, Pahang, yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri era Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin yang meletakkan jawatan bersama kabinet pada 16 Ogos, 2021, ekoran kehilangan sokongan majoriti, bakal dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9 negara, kerana disokong majoriti daripada 220 ahli parlimen.

Datuk Ismail Yaakob yang juga Naib Presiden Umno, adalah calon tunggal parti itu, Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Gabungan Parti-Parti Sarawak, PBS dan 4 ahli parlimen bebas.

Saingan terdekat beliau adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disokong Pakatan Harapan, Warisan,Pejuang, PSB, UPKO dan 2 ahli parlimen bebas gagal mendapat sokongan majoriti yang diperlukan.

Episod pertukaran Perdana Menteri mengikuti langkah Perak Disember lalu, yang membabitkan pemimpin daripada parti yang sama. Langkah Perak membabitkan Timbalan Presiden, kali ini pula membabitkan Presiden.

Kerana hanya membabitkan jawatan Perdana Menteri, maka dasar-dasar kerajaan terdahulu akan diteruskan, terutama Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Tidak dipastikan lagi, apa kah menteri-menteri yang dilantik terdiri daripada individu yang sama dan kembali ke kementerian yang sama, terutama menteri kewangan, menteri kesihatan dan menteri Inovasi dan teknologi. Ada lah diyakani, para individu tersebut akan dilantik semula dan kembali ke kementerian masing-masing, untuk menyambung tugasan dan tanggubjawab yang perlu disempurnakan.

Mungkin beberapa kementerian, akan berlaku pergantian, khususnya kementerian Luar bandar dan wilayah, kementerian multimedia dan komunikasi yang kurang menyerlah sepanjang 17 bulan.

Selain itu, apakah berlaku pengecilan jumlah kabinet? Atau kah akan sama? Sama-sama kita tunggu, selepas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri ke-9 negara.

Jika perlantikan ini dapat disempurnakan, maka dalam tempoh 3 tahun, Malaysia telah mempunyai 3 Perdana Menteri, sedangkan di masa lalu, mererlukan berpenggal-penggal, termasuk yang terlama, iaitu 22 tahun.

Jika Datuk Ismail Sabri Yaakob, tiada aral melintang, dan selepas mendapat perkenan SPBA, maka akan mengangkat sumpah jawatan dalam masa yang terdekat. Tahian daripada SUARA RAKYAT!!!

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels