JADIKAN vaksinasi mobil (MOVAK) keutamaan, sebagai kaedah mempercepat jangkauan program PICK bagi Sabah.
Untuk menyokong kaedah ini, pastikan bekalan vaksin sentiasa mencukupi.
Memerhatikan jumlah jangkitan harian Sabah, memang membimbangkan, namun, jika ianya diiringi dengan kelajuan pemberian vaksin, jumlah jangkitan akan menurun dengan sendirinya.
Walaupun jumlah jangkitan sudah melepasi 3 ribu, dan konsisten 4 angka sejak awal Ogos, akan tetapi, sebahagian besar adalah terdiri daripada tahap 1 dan 2, yang tidak memerlukan rawatan di hospital.
Sebenarnya, tidak pasti, apa kah punca, jumlah vaksin yang dihantar ke Sabah, rendah berbanding keupayaan pusat pemberian vaksin (PPV) termasuk MOVAK, sedangkan Sabah ada lah punca gelombang ke-2 peningkatan jangkitan di negara ini, impak kepada PRN-16 Sabah pada September tahun lalu.
Jika dibandingkan dengan negeri jiran, Sarawak, bekalan vaksin Sabah cukup rendah berbanding penduduk yang layak. Namun, sejak akhir-akhir ini, bekalan vaksin, sudah selari dengan jadual pemvaksinan. Walaupun demikian, MOVAK perlu dijadikan keutamaan memandangkan topografi Sabah.
Kedatangan vaksin 1 dos, CanSino, pergunakan untuk MOVAK, dengan kadar segera, supaya, negeri cepat mencapai imuniti kelompok.
Imuniti kelompok dikatakan terwujud, jika sekurang-kurangnya 80% penduduk yang layak telah diberi vaksin lengkap.
No comments:
Post a Comment