18 August 2021

KERANA FAKTOR ANWAR- AHLI PARLIMEN EX PN BERTAUT

ABAH tumbang, kerana 15 ahli parlimen Umno yang diketuai Presiden dan mantan Presiden. Itu lah fakta yang bakal dicatit dalam sejarah politik tanah air.

Kini, semua ahli parlimen ex Perikatan Nasional (PN) bertaut semula, kerana faktor Anwar.

Faktor Anwar menjadi unsur kesepakatan antara parti-parti ex kerajaan PN, hanya kerana, Anwar disokong DAP.

Dua parti yang ada pengalaman bersama DAP, selain Bersatu, adalah PAS. Bersama DAP, sama dengan menyimpan singa dalam rumah.

Iktibar apa yang dapat dipelajari pada kejatuhan Abah? Hanya satu, sifat kepimpinan yang menerima takdir. Kepimpinan Bersatu, sekali lagi membuktikan, apabila hilang kedudukan, tidak melatah, tidak memberontak, sebaliknya, terima hakikat, jika pernah disokong, maka tiba masanya menyokong pula.

Apabila Umno menamakan Naib Presiden parti itu- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mantan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan PN, Bersatu menyokong sebulat suara, termasuklah Presiden yang tersingkir daripada jawatan Perdana Menteri.

Kepimpinan yang ditunjukkan pemimpin Bersatu, menunjukkan kesetiaan, pada pihak yang sepatutnya perlu setia. Memang, Bersatu ada rekod, lari daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dibentuk bersama DAP. Lari bukan tidak setia, akan tetapi, kesetiaan yang membawa mudarat kepada ummah, lebih banyak keburukkannya, dan lebih berdosa.

Jika pemimpin Bersatu itu ada dendam, boleh sahaja menyokong Anwar. Anwar hanya perlu sokongan 6 ahli parlimen, untuk mendapat sokongan majoriti. Tetapi, ianya tidak berlaku. 31 ahli parlimen parti itu, kekal mendokong sebuah kerajaan Melayu/bumiputera.

Kata orang, “Facts speak louder than words”.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels