19 August 2021

HASRAT SHAFIE GUGAT KERAJAAN GRS TERBANTUT


SEJAK kalah dalam PRN-16 Sabah September tahun lalu, Shafie bersama rakan-rakan beliau dalam Warisan Plus, tidak henti-henti mengatur strategi, memujuk Umno berpaling tadah, dan sebaliknya memilih mereka untuk membentuk kerajaan baharu.

Alang kah gembiranya mereka, apabila Datuk Bung Moktar Radin bersama Mohammad Alamin, terlibat menjatuhkan Perdana Menteri dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Keadaan begini lah yang mereka tunggu-tunggu, Umno dan Bersatu berpecah. Bagi mereka, kenyataan Umno Sabah kekal bersama GRS, hanya kenyataan politik, kerana apabila di Persekutuan, berlaku penjajaran politik baharu antara Umno dan PH Plus, maka Umno Sabah tiada pilihan, melainkan memilih kerajaan negeri sehaluan dengan kerajaan pusat.

Kini, walaupun kerajaan baharu persekutuan belum diketahui, tetapi, sudah boleh diramal, atas sebab harapan Shafie akan ada kerjasama antara Umno dan PH plus tidak berlaku.

Walaupun kerajaan baharu yang bakal dibentuk, bukan perubahan politik atau penyelesaian politik, tetapi hanya penyelarasan pentadbiran, tetapi jelas, telah menghalang niat Shafie dan pemimpin Warisan.

Shafie dan Warisan teruja sangat mendapatkan kuasa menerusi pintu belakang, kerana mereka sedar, mereka tidak akan mendapat mandat daripada rakyat.

Pada PRU-14, Shafie dan parti beliau gagal mendapat mandat, akan tetapi kerana khianat 6 ADUN Bn, Shafie dapat merampas kerajaan.

Pada PRN-16 Sabah, sebelum kerajaan GRS membentuk kerajaan, Shafie cuba mempengaruhi PBS untuk berkerjasama dengan mereka, membentuk kerajaan. Menurut hemat Shafie, pemimpin PBS itu seperti pemimpin UPKO. Shafie tersilap besar.

Pergolakan politik tanah air akan berterusan, sehingga lah parlimen dibubar.

Kerajaan Persekutuan yang bakal dibentuk, hanya untuk meneruskan Pelan Pemulihan Negara (PPN) agar rakyat terkeluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi.

Walaupun kerajaan yang bakal dibentuk, semacam klon daripada kerajaan yang tumbang, harap-harap isu kerajaan yang mempunyai majoriti paling tipis di dunia, tidak dibangkitkan oleh orang-orang yang sama, kerana tersangat jelas, kerajaan yang bakal dibentuk, bukan kerajaan yang telah menyelesaikan krisis politik, tetapi hanya berkisar pada pergantian nahkoda.

Bagi Shafie and the gang, stop dulu angan-angan membentuk kerajaan pintu belakang, kerana tidak akan belaku dalam masa terdekat.

Kerajaan GRS, adalah kerajaan yang diberi mandat rakyat. Mana-mana parti yang cuba mengkhianatinya, akan dikuburkan oleh pengundi pada pilihan raya.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels