22 March 2011

Gara-gara Video lucah Anwar: Unit Khas terpaksa ditubuh

PUTRAJAYA, 22 Mac — Satu unit khas akan ditubuhkan bagi meneliti laporan polis yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung satu video seks, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Unit itu bertanggungjawab terus dengan Ketua Polis Negara,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas tuduhan Anwar bahawa ia didalangi kerajaan.

“Saya telah mengarahkan Ketua Polis Negara supaya lebih profesional, telus dan secara menyeluruh,” katanya.

Hishammuddin berkata perkara itu akan dibawa ke peringkat Bukit Aman kerana ia dianggap sebagai kes berprofil tinggi dan kepentingan awam.

Anwar membuat laporan di ibu pejabat polis Dang Wangi di sini berhubung video yang telah dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara semalam.

Dalam laporan itu, di mana salinan diedarkan kepada media, Anwar menafikan penglibatannya dalam video lucah itu.

“Sementara itu, beliau boleh menuduh sesiapapun tetapi pada akhirnya, kita hanya mahukan kebenaran,” katanya.

Satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.

Hishammuddin ditemui selepas “Penerimaan Petisyen Berkaitan Ratifikasi” Protokol Pilihan kepada konvensyen mengenai hak kanak-kanak, penjualan kanak-kanak, pelacuran dan porografi kanak-kanak di sini. — Bernama

13 comments:

tombolo said...

video ini perlu disiasat bagi mengetahui kesahihannya dan memastikan individu yang berada dalam video tersebut.

Tiada Nama said...

siasat video lucah sanggup tubuhkan unit khas. Sabah minta SSD tapi kena tolak. Sungguh mengecewakan.

nickko said...

pasti konco2 Anwar atau Pakatan akan terus mempertikaikan tuduhan ini sekalipun siasatan memihak kepada Datuk T. mereka akan menggunakan apa sahaja cara untuk lepas dari tindakan undang2 dan lepas daripada menjadi tohmahan seluruh rakyat malaysia.

Mohd Ishak said...

Mestikah gunakan SSD untuk menyiasat. PDRM tidak boleh siasat?

fazlin said...

nampaknya isu ini memang mendapat perhatian semua pihak.

nickko said...

saya harap siasatan ini dilakukan dengan lebih profesional dan telus serta tidak ada sedikit ruang untuk Pakatan dan konco2nya mempertikaikan hasil siasatan tersebut.

nickko said...

Mohd Ishak said...

kadang2 kes seperti ini perlu ada keistimewaan dari segi siasatan bagi mengelakkan sebarang rasa tidak puas hati dikalangan penyokong Anwar. lebih adil lagi jika siasatan ini diketuai atau turut disertai oleh pemimpin2 utama Pakatan seperti Azizah, Lim Kit Siang dan Nik Aziz.. walaupun kes ini melibatkan seorang individu, tetapi kesannya amat besar kepada kerajaan dan negara.

Hosie Masie said...

Nampaknya kes anwar ini semakin serius lagi setelah dia mendakwa kes video lucah ini didalangi oleh pihak polis. Harap pihak unit khas yang ditubuhkan ini akan dapat menangani masalah ini.

Patrick said...
This comment has been removed by the author.
Patrick said...

Harap2x kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Tuduhan terhadap Anwar telah mencemarkan lagi imej Anwar. Sudalah Anwar dituduh meliwat seorang lelaki, sekarang muncul lagi tuduhan baru yang menyatakan dia terlibat dalam rakaman seks video.

Paquin said...

aishhh, harap2 hal ni dapat diselessaikan secepat mungkin.

Paquin said...

Harap video ini dapat disiasat seteliti yang mungkin bagi mengelakkan isu baru timbul lagi.

shiro said...

apa yang penting,isu ini perlu diselesaikan dengan teliti dan adil supaya kebenaran akan nyata dan tidak timbul ketidakpuasan hati.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels