SHAH ALAM, 6 Mac — Majlis pelancaran Buku Jingga dan sambutan tahun ketiga pemerintahan Pakatan Rakyat — PKR-DAP-PAS — di Selangor malam tadi tetapi hanya dihadiri sekitar 1,000 orang.
Pihak penganjur menyifatkan kehadiran yang berkurangan daripada tahun sebelumnya itu disebabkan dua pilihan raya kecil serentak yang pengundiannya diadakan hari ini.
Pengerusi penganjuran Datuk Dr Hasan Ali yang juga Exco kerajaan Selangor dalam ucapannya pada majlis itu berkata, kehadiran yang kecil jumlanya itu adalah kerana kemuncak kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kerdau dan Merlimau.
Sementara itu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ucapannya berkata, Buku Jingga yang dilancarkan malam tadi merupakan janji Pakatan Rakyat yang akan dilaksana dalam tempoh 100 hari jika mereka berjaya mengambil alih Putrajaya.
Beliau berkata kerajaan negeri itu juga akan melancarkan Pelan Tiga Tahun
Selangor yang dipanggil Agenda Selangor Untuk Rakyat (Arus) pada 26 Mac ini.
Buku Jingga yang terdiri daripada dasar kerajaan Pakatan Rakyat dan 10 inisiatif 100 hari pertama pemerintahan diperkenalkan pada konvensyen keduanya di Pulau Pinang Disember lalu.

2 comments:
Assalam Bro
Betul ke pasal PRK kat Merlimau dan Kerdau menyebabkan tak ramai rakyat Selangor yang datang masa perlancaran buku jingga yang nak bawa ke neraka tu? Mereka kena ingat rakyat yang tidak menyokong kerajaan Pakatan pembangkang di Selangor adalah lebih ramai dari yang menyokong. Time is running out with Kerajaan Pekatan Pembangkang di Selangor.
hahaha....buku pelan untuk 100 hari, yg dah nak 5 tahun ni pun habuk pun tarak yg di buatnyerr...duit peruntukkan kjaan pusat bagi habis dia pulunnyer....ceh
ini kalau pegang kjaan pusat, alamatnyer kering kontang ler duit kjaan....
Post a Comment