1 March 2011

Membangun Kota Belud

Datuk Rahman Dahlan (Baju Hitam) Datuk Musbah, Datuk Timbun dan Pegawai Daerah Kota Belud.
Daerah Kota Belud terletak di Pantai Barat Utara Negeri Sabah, adalah di unjuran kaki Gunung Kinabalu - gunung yang tertinggi di Asia Tenggara, mengarah ke Utara dan lembahnya dibatasi Laut Cina Selatan.

Daerah Kota Belud mempunyai keluasan 1,385.6 km persegi dan terdiri daripada 168 buah kampung. Ia belum lagi termasuk Pekan Nabalu yang kini telah diletakkan dibawah pentadbiran daerah Kota Belud dan di dalam kawasan perkadaran Majlis Daerah Kota Belud.

Daerah Kota Belud dikelililingi beberapa daerah lain yang bersempadan dengannya, seperti Tuaran, Kota Marudu dan Ranau. Kedudukan daerah Kota Belud yang strategik, menjadi persinggahan utama ke daerah-daerah di Bahagian Pantai Barat Utara, seperti Kota Marudu, Pitas, Matunggong, Banggi dan Kudat. Dengan sempurnanya By-pass Kota Belud / Ranau yang melalui di Kawasan N.7 Kadamaian, telah memendekkan dan memberi keselesaan perjalanan ke Ranau tanpa bersusah payah melalui daerah Tuaran mahupun Tamparuli.

Petikan asal bahasa Kaum Bajau. KOTA bermakna KUBU PERTAHANAN, dan BELUD bermakna BUKIT. Makanya, Kota Belud diertikan sebagai KUBU PERTAHANAN DI ATAS BUKIT.

Menurut cerita dari mulut ke mulut, bahawa pada zaman silam, sebelum adanya badan pemerintah, sering berlaku permusuhan antara kaum dan antara kampung. Demi memperkukuhkan pertahanan masing-masing, mereka terpaksa mencari tempat untuk bertahan daripada serangan musuh. Justeru itu, kaum Bajau telah memilih sebuah bukit sebagai kota (kubu) mereka, dan kubu pertahanan itu, dikenali sebagai Kota Belud. Setelah tibanya zaman pemerintah dan berlaku pembahagian daerah di Negeri Sabah, maka daerah ini dikenali dengan rasminya sebagai daerah Kota Belud. Sejak itu, bukit tersebut yang juga dikenali sebagai Bukit Perintah, telah dibangunkan sebagai Pusat Pentadbiran daerah dan sehingga kini menempatkan beberapa bangunan kerajaan lain, termasuklah bangunan rumah bekas Pegawai Daerah, yang kini telah dijadikan sebahagian dalam kawasan Rekreasi Taman Tun Said.

Berasaskan kepada potensi Kota Belud sepertimana yang disebutkan pada awal tulisan ini- selain Kota Belud boleh menjadi pusat persingahan untuk tujuan pelancongan, ianya juga boleh menjadi pusat perkilangan.

Kota Belud adalah daerah penghubung bagi daerah utara Sabah, dan letaknya pun hanya 40 minit perjalan dengan kenderaan ke ibu kota negeri Sabah, Kota Kinabalu.

Daerah Kota Belud meempunyai persisir pantai yang indah dan terpanjang di Malaysia. Selain itu, kawasan lapangnya sesuai dibina lapangan terbang antarabangsa, bagi menggantikan lapangan terbang Kinabalu yang sukar diperbesarkan lagi kerana masalah alam sekitar dan keterhadan tanah.

Suatu hari kelak, Kota Belud boleh seeperti Sepang di Selangor, di mana KLIA beroperasi.

Untuk itu sesuai lah saranan Wakil Rakyat Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan, agar semua pihak mengembeling tenaga, termasuk NGO dan media untuk memperkenalkan potensi Kota Belud.

18 comments:

mandau said...

Kota Belud adalah sebuah daerah yang amat berpotensi untuk dibangunkan dgn bentuk muka bumi dan persekitaran yang indah untuk dimajukan. potensi ini harus dimanfaatkan sepenuhnya.

azman said...

saya yakin jika semua pihak bekerjasama membangunkan Kata Belud, pasti daerah ini akan menjadi maju pada masa akan datang.

azman said...

yang penting sekarang ini adalah, tunjukkan usaha untuk menjadikan KB sebagai daerah yang maju.

Anonymous said...

kota belud mempunyai potensi yang besar dalam industri perikanan, pelancongan dan minyak. sehingga hari ini kerajaan tidak putus2 memberikan sepenuh perhatian terhadap potensi kota belud dengan meluluskan pelbagai projek mega bagi meletakkan kota belud sebaris dengan daerah2 maju yang ada di negara ini.

Hosie Masie said...

Bersatulah untuk membangunkan satu kawasan. Kerana kita bersatu maka lebih cepat masalah dapat diselesaikan.

Sanih Alias said...

Kota Belud adalah kawasan yang kuat dengan politik di Negeri Sabah. Ramai wakil yang berkebolehan dari Kota Belud. Maka para pemimpin haruslah membangunkan kota belud menjadi kawasan yang berkebolehan seperti kota kinabalu..

Unknown said...

Berkerjasama dapat membantu membangunkan Kota Belud menjadi lebih maju. Semoga para pemimpin mengambil berat akan pembangunan sekitar kota belud. Bantulah dan rancanglah sesuatu untuk memajukan daerah ini.

elia said...

Bukan hanya Kota belud sahaja tapi untuk seluruh Sabah, pembangunan harus dilakukan.

Anonymous said...

I hope to see greater developments in Kota Belud.

mandau said...

Kota Belud jika sgt berpotensi, ia perlu dibangunkan.

Nemia said...

Make KB a rice bowl.

Anonymous said...

potensi KB untuk dibangunkan sebagai pusat perindustrian/pertanian/ sebagainya harus dipertimbangkan kerana bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk malah negeri dan negara.

Anonymous said...

jika adanya kerjasama antara semua pihak tidak mustahil KB akan berubah wajah kepada yang lebih baik.

Anonymous said...

apa pun, lakukan apa yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat.

Paquin said...

Banyak cerita mengenai KB dan rasanya KB memang daerah yang berpotensi dibangunkan:)

Paquin said...

Jika KB berjaya dibangunkan, pasti penduduk disana menikmati banyak manfaat dan sekaligus dapat meningkatkan taraf kehidupan penduduk di Sabah.

Paquin said...

Usaha dan tindakan harus dibuat untuk merealisasikan pembangunan di KB.

Paquin said...

Bagaimanapun, pembangunan di tempat lain pula jangan dilupakan. Pastikan semua kawasan membangun secara seimbang.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels