Tiba masanya Umno dan Pas bersatu. Agama islam telah tercabar. Jika sebelum ini belum pernah berlaku, mempersendakan agama islam dalam negara kita. Bermula dengan tuntutan penggunaan kalimah Allah. Jika sebelumnya agama kristian menterjemahkan perkatan GOD dengan ejaan ALAH, termasuk di Indonesia, namun kini, di Malaysia terjemahan GOD telah menggunakan ejaan ALLAH, yang lazimnya digunakan oleh umat islam bagi merujuk Tuhan Yang Maha Kuasa.
Kini terjemahan Injil menggunakan bahasa Melayu dengan di mana kata God telah diterjemahkan sebagai ALLAH, bukan sahaja mencabar kewibawaan agama islam, malah telah memerlekeh kepimpin Negara yang beragama islam, termasuk ke Bawah Duli SPB Agong.
Tergamak kah para pemimpin UMNO dan PAS membiarkan kejadian ini berlaku? Lupakan sengketa politik, bersatu lah demi agama dan negara.
Kini terjemahan Injil menggunakan bahasa Melayu dengan di mana kata God telah diterjemahkan sebagai ALLAH, bukan sahaja mencabar kewibawaan agama islam, malah telah memerlekeh kepimpin Negara yang beragama islam, termasuk ke Bawah Duli SPB Agong.
Tergamak kah para pemimpin UMNO dan PAS membiarkan kejadian ini berlaku? Lupakan sengketa politik, bersatu lah demi agama dan negara.
2 comments:
Salam. Pada pandangan peribadi saya, soalnya skarang bukannya soal PAS-UMNO bersatu, tetapi apa relevannya PAS bersatu dengan satu parti yg semestinya tidak sehaluan dengan mereka? PAS satu parti yang memperjuangkan Islam, oleh itu jika Umno juga memperjuangkan Islam, mengapa pengeluaran akhbar Harakah yang bermotifkan Membangun Bersama Islam pernah diterhadkan satu ketika dahulu? Pada tahun 2007-2008, PAS pernah diancam oleh para pemimpin Umno yg pernah mencadangkan supaya dihilangkan perkataan 'Islam' pada nama parti PAS. Ketika musim pilihanraya negeri Sarawak, PM Najib sendiri dengan angkuhnya berkata bahawa PAS ini parti yg bersalam dengan org ramai tetapi berhati busuk. Juga, PAS terus disindir dalam akhbar Utusan Malaysia (milik kerajaan BN) oleh kerana tidak berjaya menawan mana2 kerusi di PRN Sarawak. Yang paling dahsyat tentang Umno, para pemimpin Umno selalu berhasrat untuk membangunkan negeri Kelantan tetapi royalti minyak yg seharusnya dimiliki Kelantan terus dinafikan haknya oleh kerajaan Pusat BN. Dari beberapa contoh ini (baru beberapa, belum semuanya) jelaslah Umno sendiri pun tidak ikhlas bila mereka mengatakan BERSATU dengan PAS demi Islam. Secara kesimpulannya, Umno dengan PAS tidak akan dapat bersatu kerana Umno sendiri adalah satu parti yang sangat busuk dari mulut sehingga ke ususnya (sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Tun Dr M sendiri). Alangkah malunya Umno kerana mahu bersatu dengan PAS setelah diludahnya PAS seteruk2nya sebelum ini.
Post a Comment