22 August 2012

Limpahan peruntukan terus menerjah Kota Belud: Rahman Dahlan

Datuk Rahman dan Datuk Musbah
Sepanjang tahun 2011, daerah Kota Belud telah menerima jumlah peruntukan hampir RM700 juta daripada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Ahli Parlimen Kota Belud, Dato’ Abdul Rahman Dahlan berkata, pembangunan di daerah Kota Belud berterusan, dan sampai akhir ini menurut perkiraan, pada penghujung tahun 2011, jumlah peruntukan yang telah disalurkan sudah menjangkau hampir RM700 juta.

“Jumlah RM700 juta ini kemungkinan akan naik sehingga ke jumlah RM1 Bilion kerana perancangan dan perbelanjaan yang seterusnya daripada projek-projek seperti Jelapang Padi dan Agropolitan juga berterusan, dan kita juga membincangkan tentang pembangunan minyak dan gas yang kita cadangkan kepada kerajaan negeri dan Ketua Menteri sendiri juga telah menunjukkan minat dan secara prinsipnya bersetuju untuk mewujudkan satu pusat kejuruteraan minyak dan gas di Kuala Abai di Kota Belud dan dalam jangkaan kita program ini akan menyediakan peluang pekerjaan hampir 1500, setelah semua fasa-fasa itu diselesaikan.

Beliau berkata demikian kepada media semasa Majlis Hari Terbuka Hari Raya beliau yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman di Bukit Nabila, Tuaran, dekat sini kelmarin.

Katanya, perkara tersebut merupakan suatu perkembangan yang baru kerana selain daripada kekuatannya dalam bidang pertanian dan pelancongan, daerah Kota Belud juga dekat dengan telaga-telaga minyak baru Petronas yang telah ditemui baru-baru ini, pihaknya mahu meletakkan Kota Belud sebagai sebuah daerah yang dapat mengeksploitasikan industri minyak dan gas di daerah terbabit

Ditanya mengenai perancangan seterusnya, Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah, memberitahu bahawa pihaknya telah memberi penerangan kepada Ketua Menteri dan pada dasarnya cadangan itu diterima dan hanya memikirkan apa tindakan seterusnya nanti.

“Agensi yang mungkin kita akan minta supaya dapat menerajui projek kejuruteraan minyak dan gas di Kota Belud nanti, kalau boleh adalah antara agensi yang paling berjaya dalam minyak dan gas iaitu Asian Supply Base Sdn Bhd.

“Kita minta supaya syarikat ini yang mempunyai pengalaman di Labuan supaya dapat mengembangkan sayap dan aktiviti perniagaannya ke Kota Belud, serta Kuala Abai sebagai pelabuhan laut dalam yang mempunyai kedalaman yang cukup baik dan terlindung daripada udara angin kuat dan ombak besar menjadi lokasi yang terbaik kepada Asean Supply Base untuk mengembangkan perniagaannya di tanah besar Sabah.

6 comments:

Tun Teja said...

Rahman Dahlan dari Kota Belud, memang pemimpin yang hebat dan berwibawa. Bijak, berkeyakinan tinggi dan berkarisma. Aku tengok dari kacamata TV3 pada pandangan ku Rahman Dahlan memang ada potential untuk menjadi Ketua Menteri Sabah dengan masa yang secepat mungkin.

Harryzan Aming said...

syabas kepada Datuk Rahman Dahlan.. pastikan setiap projek yang hendak dilaksanakan itu mengambilkira kepentingan rakyat atau mengajak rakyat untuk sama2 membuat keputusan..

Ian Cooper said...

Berkat kepimpinan wakil rakyat KB. harap-harap kawasan lain pun akan mendapat peruntukan yang besar seperti ini dan lebih baik lagi kalau kawasan2 di Sabah ni mendapat pembangunan yang seimbang.

Batresiah said...

Semoga peruntukan yang diberikan itu akan dimanfaatkan sebaiknya.

Batresiah said...

Datuk Rahman Dahlan haruslah merancang sebaiknya mengenai perkara ini. Jangan sia-siakan sokongan rakyat kepada beliau.

mantera said...

peruntukan yang ada kena digunakan sebaiknya untuk rakyat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels