PASTIKAN semua kerusi yang ditandingi UMNO menang; jika tidak; peluang "tikam belakang" mungkin berlaku. Hanya kerusi Umno yang mencukupi dapat mengekang tindakan tikam belakang.
Anggapan tikam belakang ini tidak boleh dielak; contohnya walaupun Umno dan BN Sabah begitu kuat hasil daripada keputusan PRU-12, pun demikian SAPP dengan dua kerusi Parlimen bertindak keluar, kerana termakan pancingan Anwar, kononnya 31 MP BN akan menyertai Pakatan Rakyat menjelang 16 September,2008.
Cuba bayangkan, jika jumlah kerusi Umno tidak cukup untuk membentuk kerajaan, dan tergantung kepada kerusi parti lain, malapetaka besar akan berlaku.
Politik Sabah tidak sunyi dengan kejutan. Tahun 1994, PBS kalah kerana tindakan tiga Adunnya menyeratai BN; perkara seumpama itu, tidak boleh dianggap tidak akan berlaku terhadap BN. Contoh, tahun 1990-PBS bertindak keluar BN diambang pembuangan undi, kalaulah pada masa itu, BN Semenanjung tidak mampu mencapai keputusan yang baik, maka BN kecundang dengan mudahnya angkara kawan yang berpaling tadah.
Pimpinan Umno negeri, perlu memastikan, bahawa Umno perlu bertanding sekurang-kurangnya 32 kerusi DUN untuk mempertahankan kerajaan negeri daripada sebarang kemungkinan.
Di bahagian Parlimen pula, Umno kena pastikan 12 kawasan Parlimen dipertahankan dan kalau boleh bertandinglah di Sepanggar dan Tawau, kawasan SAPP.
Kemenangan Umno peringkat parlimen sangat diperlukan oleh kerajaan pusat untuk mempertahankan Putrajaya.
Diperkirakan pada PRU-13, Umno di Semenanjung boleh menang 90-99 kerusi berbanding keputusan tahun 2008 yang hanya 79 kerusi. Jika ini berlaku, walaupun apa-apa berlaku di 11 kerusi parlimen di Sabah, tidak memudaratkan kerajaan BN untuk mempertahankan Putrajaya.
Di Sabah, parti komponen BN yang masih boleh "diharap" adalah LDP dan PBS-diperkirakan dua parti ini akan terus setia dengan BN, walaupun berlaku sebarang kemungkinan yang buruk terhadap BN.
UPKO masih dalam keadaan tandatanya, kerana kesimpangsiuran halatuju parti itu. Tiada parti yang dianggap kuat, jika pucuk pimpnan dan ahlinya telah terbelah dua. Pada zahirnya-UPKO kini telah terbagi dua antara Dompok dan Bumburing. Dompok mendapat sebahagian, manakala Bumburing sebahagian. Berlainan dengan Lajim, Lajim hanya mendapat sebahagian penyokongnya di Beaufort sahaja, tidak melibatkan kawasan lain.
Lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Fikir-fikirkanlah.
4 comments:
nampaknya PRU13 ini Anwar masih menggunakan taktik yang sama dimana beliau akan menggunakan kebijaksanaan beliau berkata2 untuk menghasut seberapa banyak ahli2 BN Sabah untuk meninggalkan parti masing2.. saya yakin kali ini taktik beliau tetap tidak akan menjadi lebih2 lagi setelah munculnya beberapa parti pembangkang tempatan di negeri ini..
apa yang perlu dibanggakan sangat dengan kemampuan Anwar menghasut pemimpin2 BN untuk melakukan sabotaj atau lompat parti?? lain la jika Anwar mampu membawa masalah2 Sabah keperingkat nasional.. rakyat Sabah sendiri perlu menilai sikap Anwar yang lebih suka menggunakan jalan pintas untuk merampas kerajaan berbanding dengan melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai pemimpin rakyat..
Pastikan juga semua yang dijanjikan kepada rakyat terlaksana sepenuhnya.
moga UMNO -BN akan menang di semua kerusi mereka bertanding.
Post a Comment