KITA perlu imbas kembali, mengapa Parti Bersatu Sabah (PBS) boleh mengalahkan Parti Berjaya pada tahun 1985? Kemudian kita imbas kembali, mengapa PBS tidak pernah kalah piliaharaya sehingga tahun 1994? semasa masih memerintah!!.
Jika sokongan rakyat kepada PBS kerana pembangunan... ini boleh sisangkal, kerana kadar pembangunan semasa PBS adalah yang terburuk sekali, sehinggakan Sabah menjadi negeri termiskin di Malaysia.
Kemenangan PBS pada masa itu atas sebab sentimen perkauman dan agama yang dikaitkan dengan Datuk Pairin Kitingan (kini Tan Sri)- ekoran pemecatannya daripada Parti Berjaya pada tahun 1984, sehingga kawasannya Tambunan di turun taraf, dan beliau sendiri dilucutkan sebagai ADUN Tambunan.
Sentimen itu terus dimainkan oleh PBS sehingga tahun 1994, atas sebab itu PBS terus menang pilihanraya negeri.
Pada pilihanraya tahun 1999, PBS tidak lagi memerintah, parti itu merupakan parti pembangkang utama di negeri Sabah dan untuk pertama kali PBS kalah dalam pilihanraya, itupun kekalahan parti itu bukannya mutlak, kerana masih mampu mendapat 17 kerusi daripada 48 kerusi yang dipertandingkan.
Pada PRU-1999 juga tiada seorangpun calon PBS kehilangan wang pertaruhan, malah memberi persaingan yang sangat sengit terhadap calon-calon BN.
PBS bergabung semula dengan BN pada tahun 2002, atas sebab persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya Sabah dan jumlah kerusi bertambah kepada 60. Daripada jumlah kerusi 60 itu, komposisi kerusi berasaskan kaum telah berubah, jika sebelumnya 20 kerusi dikuasai bumiputera bukan islam, 20 kerusi dikuasai bumiputera islam dan 8 kerusi dikuasai kaum cina. Melalui persempadanan baru itu, komposisi telah berubah kepada 32 kerusi didiami bumiputera islam. manakala yang didiami bumiputera bukan islam tetap pada 20 kerusi dan cina juga tidak berubah-8 kerusi.
Berasaskan kepada kedudukan baru jumlah kerusi DUN Sabah yang baru, maka PBS menyadari bahawa sentimen perkauman tidak lagi boleh disandarkan untuk merai kemenangan; perkara itu terbukti pada PRU-1999, apabila pendekatan BN adalah berasaskan pembangunan melawan sentimen. PBS kalah dalam pilihanraya itu, walaupun persempadanan belum dikuatkuasakan.
Pendekatan pembangunan yang di bawa BN terus diterima rakyat pada PRU-2004 dan PRU-2008. Dan BN akan terus membawa agenda pembangunan dalam menghadapi PRU-13 akan datang.
Melihatkan kepada isu pembangunan yang dibawa BN, nampaknya parti pembangkang tidak akan mampu bersaing; atas sebab itu, ISU sentimen Perkauman cuba untuk dibangkitkan semula. Di pihak KadazanDusunMurut (KDM) pihak Dr Jeffery Kitingan melalui STAR.. cuba membangitkan sentimen perkauman yang melibatkan etnik KDM.
Sepertimana yang disebutkan di atas, akibat persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya Sabah, maka kaum KDM tidak akan mampu memerintah sepertimana PBS tahun 1985-1994, kerana jumlah kerusi yang boleh dikuasai parti yang berasaskan KDM maksima 20. Atas sebab itu, untuk menumbangkan BN, maka perlu ada pemimpin bumiputera islam yang dikira boleh memberi kerusi pelengkap kepada jumlah kerusi KDM dan mungkin ditambah kerusi kaum cina, maka boleh menumbangkan kerajaan BN.
Melihat kepada senario itu, pemimpin bumiputera islam yang menyahut kepada percaturan itu adalah Datuk Lajim Haji Ukin. Lajim mahu dirinya sebagai KING MAKER sepertimana beliau lakukan pada tahun 1994 semasa menumbangkan PBS.
Pada tahun 1994, kerajaan PBS tumbang ekoran melompatnya Lajim, Rubin Balang dan Zaini Isa ke dalam Umno. Ekoran melompatnya Lajim, maka BN menubuhkan kerajaan negeri, dan sebagai habuan kepada Lajim, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.
Pada PRU-13 akan datang, pihak pembangkang akan terus memainkan sentimen perkauman, sentimen kenegerian untuk mempengaruhi rakyat. Pendekatan ini, tidak boleh diambil remeh, kerana telahpun terbukti semasa PBS menggunakannya selama 9 tahun.
BN Sabah terpaksa berkerja keras untuk membendung, menangkis, memperjelas pendekatan yang ditempoh oleh pembangkang; kerana tidak dinafikan dalam BN sendiri terutama komponen parti BN terutama daripada UPKO dan LDP ramai pemimpin mereka mempuyai halunan masing-masing dan seolah-olah tidak selari dengan pucuk pimpinan negeri.
Sebagai misalan, Datuk Welfred Mojilip Bumburing Timbalan Presiden UPKO, telah mengumumkan keluar daripada BN akan tetapi masih setia kepada UPKO, atau dengan kata lain ada pemimpin dan ahli serta penyokong UPKO yang anti BN dan PRO Pembangkang; di lain pihak ada juga pemimpin UPKO yang anti Umno tapi PRO BN dan pada masa yang sama Pro Rakyat Sabah.
Pihak pucuk pimpinan BN baik negeri mahupun pusat perlu mengatasi kemelut ini, sebelum berhadapan dengan rakyat, jika tidak; buruk padahnya. Renungkanlah.
2 comments:
Bumburing keluar BN tapi masih ahli UPKO, ini akan memecahkan UPKO, baik UPKO pecat ja Bumburing.
sentiman perkauman jgnlah nak dimainkan di Sabah.
Post a Comment