6 August 2012

Majlis berbuka puasa: Tidak salah bermewah

BAYANGKAN kos perkepala majlis berbuka puasa antara RM45-100; dan rata-rata pesanan antara 1000-1500 tetamu. 

Kita terlupa, hanya  empat bulan lalu, kerajaan membahagi-bahagikan BR1M yang bernilai RM500 kepada setiap keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM3000 untuk meringankan bebanan golongan itu.

Tujuan pemberian BRIM berserta bantuan kepada pelajar daripada tahun satu hingga sekolah menengah sebanyak RM100 setiap murid kemudian ditambah dengan pemberian baucer RM200 pada setiap mahasiswa, menunjukan keperhatian kerajaan kepada rakyatnya.

Namun di lain pihak, ada golongan kita yang berbelanja mewah, seolah-olah bertolak belakang kepada matalamat kerajaan yang mahu memikul bebanan rakyat bagi menghadapi kenaikan harga barangan yang sukar terkawal.

Suara Rakyat tidak mempertikai kemampuan penganjur mengadakan majlis mewah, kerana mereka mempunyai keupayaan untuk itu. Namun yang "mengkilankan" keadaan majlis itu diadakan; seolah-olah bersifat menunjuk-nunjuk; dan tidak menggambarkan keperhatian golongan tertentu itu kepada sebahagian besar rakyat yang tidak mempunyai kesempatan menjamu selera semewah itu.

"Pemimpin" seharusnya bertindak sebagai teladan; namun trend mengadakan majlis berbuka puasa yang semakin trendy; menggambarkan betapa besarnya JURANG antara rakyat yang berkeupayaan dengan tidak berkemampuan.

Tidak dinafikan masih ramai rakyat yang hanya mampu bersungkai dengan nasi dan satu lauk, demikian juga bersahur dengan makanan yang dipanaskan baki makanan sungkai; namun, dilain pihak terdapatnya golongan yang berbelanja mewah, kerana mereka mempunyai keupayaan untuk itu.

Golongan yang kurang bernasib baik ini, tidak minta untuk tidak bernasib baik, akan tetapi mereka tidak mempunyai peluang yang sama, sepertimana golongan yang bernasib baik itu.

Mereka yang tergolong kurang bernasib baik itu, tidak mempunyai "networking" yang memungkinkan mereka mendapat pendapatan yang lebih; kerana ketergantungan kepada tulang empat kerat, tidak akan sampai ke mana-mana.
 
TERFIKIR juga betepa KEJAMNYA demokrasi dan ditambah SISTEM EKONOMI KAPITALIS,bahawa semakin kurangnya NETWORKING seseorang, maka semakin tercicirlah mereka itu dalam dunia kehidupan yang serba lengkap.
 
SEMENTARA semua pemimpin bergembira (kecuali Manoharan Malayam-pemimpin DAP) dengan pencapaian Datuk Lee Chong Wei, walaupun terlepas habuan RM4juta kepada pemain wira tangkis negara itu,  dilain pihak ramai rakyat yang terkilan melihat bagaimana para "rakyat" tertentu negara ini kelihatan sungguh mewah sempena bulan ramadhan Al-mubarak ini.

Perlu diingat, tiadalah orang-orang besar tanpa rakyat yang susah; kerana rakyat susahlah, maka ada orang-orang besar; apa kah gejala ini- memang jadi suratan? atau tercipta kerana ada yang mengambil peluang  terhadap mereka yang tidak berkeupayaan?

2 comments:

Unknown said...

Berbelanja biar berpada-pada. ingat mereka yang susah.

mantera said...

berbelanja mengikut keperluan, bukan mengkut nafsu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels