10 August 2012

Mengapa ramai YB Sabah tidak yakin dengan media alternatif

TERKECUALI Datuk Musa Aman, Datuk Salleh Tun Said, Datuk Rahman Dahalan, Datuk VK Liew, Datuk Musbah Jamli, Datuk Shafie Apdal, Datuk Azizah Dun Banir, Datuk Nasrun Datu Mansor,Datuk Arifin Arif. Datuk Ronald Kiande, Datuk Masidi Manjun, Datuk Rahim Bakri, Datuk Shamsudin Yahya, Datuk Bolkiah Ismail, Datuk Japlin Akim, Datuk Rosnah Rashid Sherlin, Datuk Rahim Ismail, Datuk Maximus Ongkili, Datuk Marcus Mojingoh, Datuk Tawfik Titingan, Datuk Jainab Ahmad, Datuk Bung Moktar Radin, yang lainnya kurang memanfaatkan media alternatif seperti facebook, twitter mahupun blog.

Malah ada YB senior yang tidak mempunyai FB apalagi twitter mahupun blog. Mereka ini, mengharapkan kepada PRO masing-masing untuk berkomunikasi dengan khayalak, sehinggakan maklumat mengenai mereka adalah maklumat orang ketiga.

Suara Rakyat beberapa kali google YB-YB tertentu, namun jawapan yang diperolehi "not exist", malah Suara Rakyat pernah menghantar SMESES melalui Handphone YB-YB berkenaan namun, tidak bersambut atau berjawab.

Sebenarnya pihak BN begitu ketinggalan berbanding pembangkang dalam mempergunakan media alternatif, atas sebab itu, mereka lebih cepat mendapat maklumat daripada akar umbi, kerana rakyat yang berada di kampung-kampung dengan cepat menghantar maklumat berhubung masalah rakyat di mana YB yang berkaitan sebagai wakil rakyat.

Terus terang, penetarasi media alternatif kini, jauh lebih pantas berbanding media cetak, kerana media tersebut memerlukan masa untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat, atas sebab itu, maklumat daripada media cetak selalunya sudah basi, kerana maklumat yang telah dicetak melalui media cetak, sebenarnya telahpun dimuat turun di halaman-halaman media alternatif.

Faktor apa kah yang menyebabkan beberapa YB Sabah ini enggan memanfaatkan media alternatif? malah mereka ini tidak mesra blogger!!!

Apa kah mereka fikir, bahawa suara bloger tidak bererti? atau kah mereka menganggap suara bloger hanya penulis tidak berupah, atas sebab itu, tulisan mereka tidak perlu diberi perhatian?

Para YB yang berkaitan, perlu mengambil iktibar daripada kejatuhan Presiden Mesir Hosni Mubarak, yang hanya berpunca daripada mesej FB.

Suara Rakyat, tidak kisahpun mengenai kecenderungan para YB yang kurang mesra media alternatif ini, namun tindakan mereka boleh mencercatkan maklmuat kepada rakyat yang diamanahkan kepada mereka.

Tiada Yang Berhormat, kalau tiada rakyat, YB mendapat status YB kerana rakyat, atas sebab itu berilah maklumat yang sebaik mungkin kepada rakyat. Suara Rakyat yakin, tiada YB yang mampu turun padang pada setiap kawasan untuk menyebarkan maklmuat pembangunan yang diusahakan kerajaan, atas sebab itu Perdana Menteri sendiri memanfaatkan media alternatif secara maksima; demikian juga Datuk Musa, Datuk Salleh, Datuk Rahman dan YB-YB yang tersenarai di atas, mempergunakan media alternatif untuk menyampaikan mesej pembangunan, polisi, atau rancangan kerajaan.

Kepada PRO-PRO YB yang berkenaan, jikalah tersempat membaca entri ini, tolong nasihatkan YB-YB mereka agar mempergunakan media alternatif, apatak lagi, menjelang PRU-13 ini.

6 comments:

Sotong Kurita said...

kadang kala ada YB yang terlalu padat masanya hinggakan tidak ada masa untuk bersosial menggunakan media alternatif.. berlainan dengan pemimpin2 pembangkang yang mana kerjanya hanya membangkang tanpa terikat dengan mana2 urusan2 rasmi kerajaan atau pentadbiran kerajaan..

Sotong Kurita said...

namun sesibuk mana pun pemimpin2 kerajaan ini, jika ketua mereka Najib Razak boleh menggunakan media alternatif, malah boleh meluangkan masa untuk bersosial dengan rakyat, takkan pemimpin2 diperingkat negeri ini tidak boleh..

Unknown said...

Kita perlu tahu yang mana politik ini berbeza dari masa ke semasa dan cara penyampaian pun berbeza.

mantera said...

mgkin ada sesetegah YB kurang arif dan pengetahuan mengenai media alternatif terutamanya yang senior.

Unknown said...

Maklumat yang disampaikan menerusi media alternatif adalah maklumat yang tidak terlalu bertapis dan kadangkala terdapat kenyataan yang boleh menghentam pihak kerajaan dan juga pandangan masyarakat yang tidak berpuas hati dengan kerajaan turut diluahkan menerusi media ini.

Unknown said...

YB kena lebih ikut keadaan semasa/up to date yang kini mementingkan teknologi moden. jangan jadi pemimpin yang diumpamakan seperti katak di bawah tempurung.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels