27 August 2012

Politik Sabah semakin kukuh

APABILA keadaan politik semakin kukuh dan stabil, bukan sahaja dapat menarik pelabur akan tetapi juga kunjungan daripada pelawat-apa kah pelawat asing mahupun rakyat sendiri.

Keadaan ini berlaku di Sabah. Disebabkan keadaan politik dan keamanan di Sabah sungguh baik, maka berjaya mendapat pelaburan asing lebih RM10 bilion pada penggal pertama tahun ini.

Selain itu, kekerapan lawatan pemimpin tertinggi negara samada Perdana Menteri atau Timbalannya, juga mencerminkan betapa kondusifnya keadaan serba serbi di Sabah.

Perdana Menteri dan Timbalannya sungguh bebas bergerak di mana-mana di negeri ini, dan terlihat bagaimana hangatnya sambutan rakyat terhadap mereka, terutama pada masa-masa "walkabout" atau menghadiri majlis-majlis rakyat termasuk majlis berbuka puasa dan Hari Raya.

Pada 2 September atau pada Ahad minggu ini, Perdana Menteri sekali lagi membuat lawatan ke Sabah. Pada siri lawatan itu, PM akan berkunjung ke Sandakan untuk merasmikan Persidangan Umno Zon 5 yang bertempat di Dewan Sri Libaran, Sandakan. Salah satu Bahagian Umno pada Zon itu adalah Bahagian Libaran, di mana Ketua Bahagiannya adalah Pengerusi Perhubungan Umno negeri-Datuk Seri Musa Aman.

Pada siri lawatan PM ke Sabah pada hari itu, beliau juga dijangka hadir pada Majlis Hari Raya Speaker Dewan Rakyat-Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia di Kampung Rampayan Laut, Kota Belud.

Dengan seringnya lawatan pemimpin nombor satu negara itu ke Sabah, menggambarkan betapa eratnya hubungan antara pemimpin negeri ini dengan kerajaan pusat.

6 comments:

Batresiah said...

Kekukuhan parti BN di Sabah tidak dinafikan lagi. Memang sokongan terhadap parti BN ini sangat kuat di Sabah.

Hamdan Hadillah said...

Ekonomi di Sabah ini menampakkan perkembangan yang baik.

Ian Cooper said...

Satu perkembangan yang baik walaupun beberapa pemimpin BN telah keluar dan sertai PR. seperti apa yang telah dijelaskan sebelum ni, tindakan Lajim dan Bumburing tidak akan menggugat parti BN.

Ian Cooper said...

Kita sama2 saksikannya lepas PRU nanti. semua yang terbaik buat politik di Sabah.

mantera said...

semoga politk Sabah akan terus kukuh.

Jeff Ambuyat said...

politik di sabah tidak sama macam di semenanjung.. walaupun ada segelintir pemimpin yang cuba membawa masuk budaya politik semenanjung ke negeri ini, namun syabas kepada rakyat di negeri ini kerana tidak terpengaruh dengan budaya itu..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels